Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

24 Ogos 2010

Kopitiam Tauke Bukan Islam: Halal Atau Tidak ?

Hati-hati kalau nak makan dan minum di kedai kopitiam. Di Kluang banyak kedai kopitiam seperti ini yang pemiliknya bukan Islam. Pastikanlah kedai itu ada tanda halal. Kalau tak ada tanda halal bagaimana ? Maaflah, saya bukan nak kasi orang ragu-ragu, cuma mintak supaya berhati-hati. Elakkanlah kalau anda tak yakin, kalau yakin dan nak masuk juga, tak ada pihak boleh halang.

Beberapa hari lepas, Jabatan Agama Johor membuat pemeriksaan di kedai kopitiam yang baru saja dibuka di Kluang ini. Ada juga orang Melayu yang makan minum di situ. Apa tidaknya, nama kedai kopitiam itu sudah sekian lama terkenal di Kluang dan ada beberapa cawangan. Ramai orang minum kopi dan roti bakar di situ.

Hasil pemeriksaan, kedai tu tidak ada tanda halal. Perlu diingat, selagi dia belum dapat sijil, belum tentu situ halal. Selama ini, cawangan kedai ini beroperasi, sudah ratusan ribu orang Islam sudah makan minum di situ yang tidak disahkan halalnya. Walaupun tak ada tanda halal, tapi orang Islam tetap datang. Kenapa ? Jawapannya, ada suatu yang istimewa di situ iaitu makan minum dan tempatnya. Tetapi sepatutnya orang Islam memikirkan dan mengelak dari masuk kedai yang diragui halalnya.

Kalau dikaji dari segi undang-undang, tuan kedai macam tak salah apa-apa. Mereka bukan letak logo halal, bukan mereka menipu tanda halal. Bukan juga mereka letak ayat Quran untuk mengaburi mata orang Islam. Cuma pekerjanya Melayu Islam, kalau perempuan tu pakai tudung. Pihak berkuasa pula tak boleh paksa kedai ni mohon sijil halal, kalau mereka taknak, tak apa. Tuan kedai ini pula tak boleh sekat orang Islam datang masuk, mereka bukan paksa orang Islam datang, sendiri datang.

Kalau nak datang kedai kopitiam orang Islam punya, datanglah 'Chamek Kopitiam' di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Lokasinya bersebelah Avon dan berdekatan restoran Osman dan Mydin. Itu orang Islam punya, semua pekerja Islam, barang yang digunakan pula tak diragui halalnya.

4 ulasan:

  1. masa nak dapat sijil jer ikut prosedur then beli dengan pembekal haram (kroni) saper yang tau...

    BalasPadam
  2. Rasa cam kenal jer gambar kopitiam ni. Saya pernah makan mee kari n kopi, memang sedap. Cuma tak perasan plak logo sebab klien yang bawak dan syorkan tempat tu..terkenal katanya. sempat beli serbuk kopi bawak balik.

    BalasPadam
  3. chamek kopitiam ni mmg sedap dan tidak meragukan kerana pengusahanya adalah orang islam saya dah banyak kali minum kat situ

    BalasPadam
  4. susah cakap pasar halai.seperti ikan sardine dari negeri cina logo halai yang halus.thailand yang tiga segi.yang datang dari latin america(CHILLI)adakah halai itu di pastikan oleh jakin malaysia.pada angappan saya tidak kerana mereka tak ternampak kes kes seperti itu.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.