Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

10 Ogos 2010

Lelaki Bangla dan Indon Langgan Pelacur Dicekup

Seorang lelaki Bangla berusia 22 tahun dan seorang lelaki Indonesia berusia 30-an ditahan penguatkuasa Agama dalam operasi bersepadu di beberapa pusat pelacuran di Bandar Kluang pagi ini. Kedua-duanya ditahan bersama pasangan pelacur masing-masing dalam bilik berkenaan. Operasi sempena menyambut Ramadhan ini diadakan secara bersepadu bersama Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Polis, RELA dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kluang.

Dua ditahan atas kesalahan PATI


Manakala 2 orang Bangla turut ditahan pihak RELA dalam operasi tersebut atas kesalahan PATI kerana gagal menunjukkan dokumen diri yang sah.

Bayaran Cuma RM 30.00

Hasil soal siasat saya semasa operasi tersebut, pelacur ini mengenakan bayaran RM 30 bagi setiap pelanggan. Kesemua pelacur yang diperiksa adalah bukan beragama Islam. Manakala pelanggannya kebiasaannya terdiri dari pelbagai latarbelakang termasuk rakyat tempatan dan warga asing.

Rasuah Penguatkuasa

Dalam operasi ini, lelaki Indonesia terbabit turut ditahan SPRM kerana bertindak merasuah pegawai penguatkuasa Agama dengan sejumlah wang. Lelaki ini tidak menyangka operasi ini turut disertai pegawai SPRM. Lelaki ini takut dan mahu mengelak dari dikenakan tindakan selepas ditahan dalam operasi berkenaan. Sebab itulah dia menawarkan diri untuk memberi rasuah walaupun sudah diberi peringatan terlebih dahulu, supaya tidak berbuat demikian oleh penguatkuasa. Lelaki ini ditahan SPRM tidak berapa lama selepas memberikan wang kepada penguatkuasa.









(Gambar-gambar di atas adalah gambar sebenar dalam operasi tersebut)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.