Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

09 Ogos 2010

Pasangan Khalwat Bangla dan Indon dipenjara

Malam tadi, penguatkuasa Agama Kluang menahan satu pasangan lelaki Bangla dan pasangannya rakyat Indonesia di Taman Impian, Kluang. Lelaki Bangla itu berumur 26 tahun, bekerja sebagai pembantu kedai makan di kedai mamak. Lelaki ini sudah mempunyai isteri di negara asalnya, Bangladesh.

Manakala perempuan warga Indonesia, berumur 36 tahun, sudah berkahwin dengan rakyat Malaysia dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Aduan Awam

Serbuan penguatkuasa adalah hasil aduan awam pada jam 12.30 tengah  malam. Waktu ditahan, Bangla itu datang ke rumah perempuan itu sewaktu suami perempuan itu keluar bekerja. Waktu itu juga, kedua-dua anak perempuannya ada di rumah dan sedang nyenyak tidur. Kes ini bermula apabila perempuan ini  berhubungan melalui telefon dan mengajak lelaki Bangla ini datang waktu suaminya keluar dan anaknya tidur.

Perempuan berkemban, lelaki seluar pendek

Semasa serbuan penguatkuasa, lampu di dalam rumah kelihatan gelap. Perempuan membuka pintu hadapan apabila menyedari kehadiran penguatkuasa, bagaimanapun lelaki Bangla cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya ditahan penguatkuasa. Pakaian perempuan waktu tangkapan adalah berkemban dan lelaki berbaju tshirt dan berseluar pendek.

Pendakwaan Di Mahkamah Syariah

Kes ini telah didakwa di Mahkamah Syariah siang tadi di bawah seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana berkhalwat. Sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Abdul Syukur bin Maseran di hadapan Hakim Syarie Sharifudin bin Abdul Rahman.

Hukuman berat dan menjadi pengajaran

Setelah meneliti ulasan dan hujah  dari pendakwa dan mempertimbangkan rayuan tertuduh, hakim menjatuhkan hukuman 4 bulan penjara kepada kedua-dua tertuduh ini. Tiada hukuman denda dikenakan oleh hakim. Petang tadi, kedua-duanya dihantar ke penjara Kluang untuk menjalani hukuman. Semoga hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini memberi kesedaran kepada semua pihak supaya tidak terlibat dalam kancah maksiat seperti ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.