Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

28 Ogos 2010

Pendapatan Lumayan Dengan You Tube

LONDON - Satu kaji selidik firma penyelidikan TubeMogul baru-baru ini menyiarkan senarai bintang-bintang YouTube yang menerima pendapatan ratusan ribu dolar selepas video mereka disiarkan di laman itu di Internet, lapor sebuah akhbar semalam. Nama-nama bintang YouTube itu tidak pernah dikenali dalam kalangan ramai penduduk di dunia.

Namun, firma TubeMogul mendakwa sekurang-kurangnya 10 orang penghibur di YouTube termasuk penulis dan penerbit dibayar ratusan ribu ringgit pada tahun lalu menerusi pengiklanan yang dibawa masuk daripada jutaan penonton yang menonton video blog mereka.

Berada di kedudukan nombor satu ialah seorang pelawak satira, Shane Dawson yang berusia 22 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat (AS).  Dawson memuat naik petikan-petikan pendek satira yang memberinya pendapatan sebanyak AS$315,000 (RM990,517) dalam tempoh 12 bulan lalu. Videonya ditonton 431,787,450 kali.

Menduduki tempat kedua ialah video The Annoying Orange dengan pendapatan yang dijana mencecah AS$288,000 (RM905,615). Video itu telah ditonton sebanyak 349,753,047 kali. Berada di tempat ketiga ialah Philip DeFranco yang menyiarkan video berkisar tentang politik dan gosip.

Pendapatan yang diperolehnya sebanyak AS$181,000 (RM569,342) apabila videonya ditonton sebanyak 248,735,032 kali. Video komedi Ryan Higa yang tinggal di Hawaii dan berketurunan Jepun-AS ditonton lebih 206,979,909 dan memperoleh pendapatan sebanyak AS$151,000 (RM474,970) sekali gus menduduki tempat keempat.

Berada di tempat kelima ialah video Fred yang dihasilkan oleh Lukas Cruikshank dari Columbus, Nebraska.Video mengenai menguruskan kemarahan itu menjana pendapatan AS$146,000 (RM459,462) dan ditonton sebanyak 200,656,150 kali.

Menduduki tempat keenam ialah video seorang bekas juruhebah radio, Shay Carl yang telah menerbitkan lebih 100 filem. Dia menjana pendapatan sebanyak AS$140,000 (RM440,579) dan videonya ditonton sebanyak 192,309,247 kali.

Berada di tangga ketujuh ialah video dari kumpulan duet Mediocre Films yang mula menghasilkan komedi pendek sejak tahun 2006. Dengan tontonan sebanyak 159,030,703 kali, video itu memperoleh pendapatan sehingga AS$116,000 (RM365,053).  Video Smosh yang memperoleh pendapatan sebanyak AS$113,000 (RM355,610) dan ditonton 154,936,876 kali menduduki tempat kelapan. Dalam video itu, dua lelaki, Ian Hecox dan Anthony Padilla berduet bagi menyanyikan lagu tema Pokemon.

Menduduki tempat kesembilan ialah video berita The Young Turks yang menjana pendapatan sebanyak AS$112,000 RM352,463 dan ditonton sebanyak 153,807,362 kali. Tempat kesepuluh penghibur YouTube diduduki oleh Natalie Tran yang merupakan pelajar berketurunan Vietnam-Australia. Video Tran berkaitan dilema sosial dan cara untuk memiliki perut yang cantik menjana pendapatan AS$101,000 (RM318,110) dan ditonton sebanyak 138,871,829 kali. - Agensi

1 ulasan:

  1. salam ya ustaz...

    ranking top 10 org2 yg dpt income lumayan ni saya ada terbaca dlm artikel kat yahoo hari tu..tak ingat la bila news tu, tapi mmg ada kat yahoo. artikel tu dlm b.i. la..

    LAWATI BLOG SAYA

    BalasPadam

Dipersilakan komen.