Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

30 Ogos 2010

Rahsia Nak Kawin Dua : Kisah Lelaki 71 Tahun, Nikah Isteri Kedua 24 Tahun

Lelaki ini berniaga, pendapatan dalam 5,000 lebih sebulan. Dia selalu ulang-alik Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Masa nak kawin tu, dia terus terang cakap pada anak lelakinya dan isterinya yang dia nak kawin lagi. Isteri pertamanya memanglah macam tak terima tapi macam terpaksa terima. Isterinya ni umur 60-an. Anak lelaki, nampaknya macam tak kisah.

Lelaki ni terus juga kawin. Lepas kawin, dia bawak balik isteri baru di Kuala Lumpur, istihar depan isteri dan anak cucu. Nampaknya semua ok.

"Wah... isteri dan anak-anak semua boleh terima ? Apa rahsianya ?" Saya tanya.

"Ustaz nak tahu ker apa petuanya, ustaz ?". Kata lelaki ni.

 Lelaki ni cerita pada saya di kedai mamak di Johor Bahru tak berapa lama dulu. Satu soalan lagi, saya tanya.

"Macammana umur 71 tahun, boleh dapat anak dara 24 tahun. Apa rahsianya ?". tanya saya.

"Ustaz nak tahu ker ?". kata dia.

"Yer le". Kata saya sambil senyum.

Dia pun cerita..menarik cerita ni.  Berbual dalam sejam dengan dia. Selang seminggu, dia ajak saya minum di situ lagi. Sanggup saya tak main ping pong petang tu. Sampai kat kedai tu, terkejut bila saya tengok dia dengan seorang perempuan cantik. Rupanya itulah dia isteri keduanya.

Pertama, apa rahsia isteri tak bising ?
Kedua, apa rahsia umur 71 dapat anak dara 24 tahun ?
Nampaknya hari ni tak sempat nak cerita. Lain kalilah saya cerita, kalau rasa nak cerita.. 

Bila saya buat topik ni, kepada sesiapa yang nak bantah ke, nak sokong ke,  sila beri  komen.

11 ulasan:

  1. Sila lah sampaikan cerita/rahsia/teknik lelaki tersebut ustaz. Moga dgn ilmu demikian akan aman dunia dari rumahtangga yg berantakan/atau terus menjalinkan hubungan yg tidak sah setiap kali isu begini timbul.

    BalasPadam
  2. Aikkk..ustaz berminat jgk ka?
    jeng..jeng..jeng..

    BalasPadam
  3. tanpa nama tak sabar2 nak tahu rahsia.
    ok lah saya beritahu.

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    .
    .
    .
    alamak lupe.

    BalasPadam
  4. Nak juga tahu apa rahsianya...

    Tapi saya rasa baik ustaz selesaikan dulu cerita Mat Burger....huhuhu...ternanti nanti saya apa kesudahan ceritanya...lama benor rasanya..

    ~ Dee

    BalasPadam
  5. Bagi saya klau diikutkan teori akhir zaman ni laa.. rahsianya duit jer laa.. bak kata Allayarham abah saya... "ada duit semua boleh kait" hehehee...

    BalasPadam
  6. Kat Malaysia ni ada tak kelas untuk mereka2 yg ingin, bakal dan telah kawin dua@lebih? Tiba2 terfikirkan sama ada mereka2 yg berkahwin lebih+bermadu@dimadukan ada ilmu yg cukup @tidak... Duit boleh cari tapi ilmu pun sama penting..

    BalasPadam
  7. pmpuan nak duit je. umur belakang kira. ingat mati l oii

    BalasPadam
  8. ceritalah kisahnya! sampai akhir
    main diri ustaz.

    BalasPadam
  9. Alah ustaz cete ler.. sy nak tau. Nak share dgn hubby nanti.. mesti dia terhibur! Mana ade lelaki xsuka bab poligami ni kan. Sy dulu mcm sensitip bab gini dgn suami, tapi bila dah matang anak 4, skrg sy rasa seronok pulak borak bab poligami.. tgk reaksi wajah hubby memang menggelikan hati.. heheh

    BalasPadam

Dipersilakan komen.