Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

19 Ogos 2010

Tangkap Suami Dalam Bilik Hotel: Wajar Atau Tidak ?

Ramai yang tanya saya, wajarkan seorang itu tangkap sendiri suaminya yang berkhalwat dengan wanita lain dalam bilik hotel ?

Tak wajarlah, wanita tu bukan penguatkuasa Agama, bukan ada kuasa boleh tangkap. Pun tak ada kuasa memasuki premis orang, sama ada rumah atau bilik. Kecualilah dia terserempak, contohnya dia balik ke rumah, tiba-tiba jumpa suaminya bersama perempuan lain dalam bilik tidur. Kalau macam tu, tak dapat dielakkan.

Masuk rumah atau bilik orang pulak, penguatkuasa dibekalkan dengan kuasa dan peraturan undang-undang, wanita tu dibekalkan dengan apa ? Tindakan wanita ini boleh menyebabkan dia disaman di mahkamah sivil kerana menceroboh atau masuk ke kawasan larangan. Jangam main-main dengan undang-undang, saman kalau juta-juta rupiah tak apa, ni  RM.

Sepatutnya, wanita ini kena rilek dulu, kemudian buat laporan ke penguatkuasa Agama, biar penguatkuasa yang tangkap. Kalau rasa tak boleh hubungi penguatkuasa, hubungilah polis. Ramai orang tak tahu yang pegawai polis boleh mengambil tindakan terhadap kesalahan syariah. Malah, kebanyakan undang-undang yang ada di negara kita, polis mempunyai kuasa menangkap.

Kalau penguatkuasa tak ada, polis pun tak ada, nak buat macamnana. Rileklah puan, puan dah beri aduan, kena serahlah kepada penguatkuasa atau polis. Pandailah dia nak buat kerja, jangan nak desak-desak, janganlah rasa macam nak kiamat dah dunia.  SABAR PUAN SABAR, BANYAKKAN MENGUCAP.

Dah tak sabar sangat tunggu penguatkuasa dan polis macammana ? Puan boleh panggil orang lain untuk buat pemeriksaan sebaiknya lelaki. Elok ada pelbagai pihak termasuk pengawal keselamatan, orang hotel atau orang yang tak ada pertalian keluarga. Kalau yang ada pertalian keluarga ni boleh juga, cuma nanti bimbang di mahkamah, peguam lelaki tu kata, ini semua pakatan keluarga. Kalau orang awam ni, nak masuk hotel, ketuk sajalah, jangan sampai pecah pintu pulak. Kalau orang tu tak buka pintu, tunggu sajalah depan pintu, makan nasi bungkus depan pintu sampai sore.

Kalau orang awam tangkap, masih sah kalau ikut prosedurnya. Lepas tangkap, bawa ke balai polis dan buat laporan polis, jangan malas nak buat report pulak. Atau jangan suruh polis buat report, bukan polis yang tangkap. Itulah, tadi tak menyempat-nyempat tangkap, patut tunggulah penguatkuasa dan polis tangkap. Lepas tu kena jadi saksi dalam siasatan, jangan liat datang lak, kalau dia tak beri kerjasama, macammana nak bawa kes ke mahkamah. Dalam mahkamah, kalau suami dia tak mengaku salah, jadilah saksi tangkapan, dah tentu teruk kena gasak peguam. Peguam main peranan mengenai motif isteri pergi tangkap, mesti ada sesuatu niat ni, soal peguam suami.

Itulah nak sangat tangkap suami. Hehehe. Ingat senang ke kerja menangkap ni. Hehehe...

5 ulasan:

  1. yeah, bagus tu, saya pun tak tau, lain kali bawak penguatkuaa atau polis sekali tangkap sama2..thanks tuan.

    BalasPadam
  2. dia geram sangat kot bila dapat tau...

    Latest entry :
    Hina Islam?

    BalasPadam
  3. kalau dh suami ade skandal x kan nak biar....ati is3 mane x sdh oiiii...x kan nak tggu suami hbs buat maksiat bru sibuk nak tangkap....b4 tjadi baik kta tangkap dlu..memang kte ade undang2 tp bandingkan buat maksiat n ceroboh tempat org mane lg berat???aku lbh rela ceroboh dr biar maksiat

    BalasPadam
  4. Sabar puan, minta bertenang kalau berlaku pada diri puan....

    BalasPadam
  5. Salam Ustaz Khalil,

    ramai isteri tak mau dimadukan oleh suami. dia fikir, kalau laki dia buat maksiat, itu laki dia punya akaun sendiri bila mati nanti, asal jangan mata dia sendiri nampak sudah.... blkg2 si isteri tak pedulik....

    kalau dimadukan... macam2 hal terutama harta yang sememangnya tak banyak tu kena kongsi2 plk...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.