Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

27 September 2010

Isteri Kedua Dulu Kata Tak Kisah Jarang Jumpa, Dah Kawin Kisah Pulak

Masa saya kerja penguatkuasa dan pendakwa dulu macam-macam cerita menyiasat orang yang kawin dua ni. Yer le, pegawai penyiasat mesti tahu cerita lanjut, jadi kenalah tanya banyak-banyak.

Seorang tu kata, isteri muda dia sebelum kawin janji macam-macam. Lelaki ni umur 40-an dan ada isteri dan anak. Perempuan isteri keduanya pula, janda anak satu umur 30-an. Sebelum kawin, isteri kedua dia ni kata, kalau jumpa sekali sekali pun tak kisah. Maksudnya seminggu sekali ker, atau dua tiga hari sekali. Kedua, isteri muda janji tak bocorkan rahsia pada isteri pertama untuk tak meruntuhkan rumahtangga suaminya itu.

Suami sewakan satu pangsapuri untuk isteri dia duduk dengan anak kepada isteri ni yang masih tadika. Mula-mula isteri memang ikutlah apa yang dijanji tu. Tapi lepas sebulan dua, isteri kedua selalu bising-bising. Dia nak suami dia selalu tidur kat rumah dia selalu. Kalau asyik tidur kat rumah isteri tua, isteri muda mulalah merajuk dan bising-bising. Tak henti sms dan telefon, sampai telefon rumah pun dia tetefon. Kalau suami dia balik rumah dia, tak bising pulak. Lepas tu kalau suami jarang lagi balik rumah isteri muda, dia bising-bising lagi, suami cuma mampu pekakkan telinga.

Lagi satu yang suami tak tahan dengan isteri muda dia, bila isteri muda ugut nak beritahu isteri tua yang mereka dah kawin. Takut sangatlah suami kalau dengar ugutan begitu, tapi kalau balik ke rumah isteri muda, senyap pulak bab ugut-ugut ni. Itulah sebahagian dari kehidupan harian orang yang kawin dua. Ada banyak lagi, cukuplah satu dua bab jer kisah orang kawin dua ni.

10 ulasan:

  1. Susah juga mcm tu, mungkin lelaki tu berniat berbakti pada janda beranak satu tapi nmpknya penjanjian kesanggupan oleh sijanda telah dimungkiri malah dikhianati dgn ugutan.

    Sakit kepala...sakit hati...nmpknya lelaki tu.

    BalasPadam
  2. hehehe...itu la kadang kalo mamber pompuan cite pasal laki derang kawin dua saya malas amik port...benda ni pasti akan jadik. sangat lah mustahil untuk hidup bermadu tanpa di landa perasaan cemburu....itu adalah lumrah dan naluri perempuan dan lumrah lelaki yang rasa mampu untuk menambah satu lagi kerana rasa mampu dll alasan lain...tapi akhirnya ini yang jadi. nk kawin lebih kene prepare segala kemungkinan yang bakal berlaku.

    BalasPadam
  3. bg betis minta peha la nieh.. dunia2..

    BalasPadam
  4. ustaz mana lagu background blog ni dulu...sepi je..kalu takut dilambung ombak jangan buat rumah d tepi pantai...fikir 1000 kali pun x pe kalu nak pasang 2

    BalasPadam
  5. Tiada perjanjian berat sebelah sebelum kahwin.jika tak mampu bersikap adil baik jangan poligami..antara adil yang di tuntut ialah bermalam sama rata..

    BalasPadam
  6. Saya tak berapa gemar kawin sorok... lebih baik berterus terang, integriti dalam rumah tangga. dah puas merajuk, baik la org pompuan ni... janji nafkahnya cukup... Teringin nak berpoligami dan berjaya membina keluarga besar.
    Amin...

    BalasPadam
  7. baguslah berfikiran sedemikian..

    BalasPadam
  8. belum dapat boleh la janji macam2 ;)
    botakla kepala lelaki tu
    mesti ada rasa nyesal lps dah kewen
    hihi

    BalasPadam

Dipersilakan komen.