Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

26 September 2010

"Kalau Ada Rezeki, Saya Nak Kawin Lagi Satu"

Satu hari tu, ada seorang ni terus terang, kata nak  kawin satu lagi. Katanya, dia dah cakap pada isteri dia dan isteri dia tergamam, rupanya suami dia serius  nak kawin dua. Isteri setuju ke tak setuju, suami nak kawin juga nampaknya.

Lelaki 52 tahun, isteri dia 39 tahun, anak 4 orang dah besar-besar. Lelaki ni kerja kampung saja tapi pendapatan bulanan dia dalam 8,000 sebulan. Itu belum kira sampingan-sampingan lain lagi. Sekarang, dia terpandang anak dara 21 tahun, berkenan pulak nak ambil jadi isteri kedua.

Bila lelaki ni jumpa saya, saya tak kata sokong ke tak sokong ker. Saya mintak dia buat permohonan dulu, nanti perkara ni akan dibawa ke mahkamah syariah.

"Mintak tolonglah ustaz, kalau ada rezeki, saya nak kawin lagi satu". Kata lelaki ni.

Sempat saya tanya, sebenarnya kenapa dia nak kawin lagi satu. Dia jawab,

"Isteri sekarang tak pandai bawak kereta, nak cari isteri baru yang pandai bawak kereta. Nanti senang boleh bantu saya memandu". Kata orang tu.

3 ulasan:

  1. Salam Ustaz dan pembaca2.

    Ustaz, betulkah maksud dia memandu kenderaan atau maksud tersirat?..hehehe. Kalau setakat nak cari isteri hanya kerana kebolehan memandu kenderaan, bkn takde alternatif lain seperti menggaji seorang 'driver', lagipun pendapatan dia amatlah mengcukupi.

    Agak kelakar juga, apa salah kata dia nak beristeri atas sebab lain...secara lahiriah nmpk kewangan berkemampuan dan cuma lain2 perkara saja perlu dipenuhi.

    BalasPadam
  2. kasihan pun ado..kelako pun ado

    BalasPadam

Dipersilakan komen.