Ada ramai orang tanya saya soalan, bagaimana lafaz ijab dan qabul masa nak nikah di negeri Johor. Oleh kerana ramai nak nikah lepas raya ni dan hujung tahun ni, saya beritahulah. Lafaz qabul boleh beritahulah, lafaz ijab yang pak imam jurunikah tu tak payahlah beritahu.
Lafaz yang betul bagi pengantin lelaki:
"Aku terima nikah............(nama pengantin perempuan) dengan maskahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai".
Kisah Bapa Paksa Hantaran 10,000, Klik Sini
Kisah Bapa Paksa Hantaran 10,000, Klik Sini


salam...
BalasPadamlafaz cara jawab nikah bagi negeri terengganu lain sikit dan agak simple:
jurunikah:
"aku nikahkan dikau (nama penuh pengantin lelaki) dgn (nama penuh pengantin perempuan) dengan maskahwinnya sebanyak (jumlah) tunai."
pengantin lelaki jawab:
"aku terima akan nikahnya dengan maskahwin seperti yang tersebut itu."
aku terima nikahnya....(nma bkal isteri)dengan maskahwin seperti yang tersebut. leh x ustaz?
Padammcm ni ke kat trg jwab nikah?..ke atas juru nikah yang suruh..
BalasPadamAs salam..
BalasPadamsaya ingin bertanya,adakah sah ijab dan kabul sekira nya kadi tersalah menyebut nama pengantin perempuan dan mas kawin.manakala pengantin lelaki menyambutnya dengan nama pengantin perempuan dan mas kawin yang betul..saksi mengesahkan lafaz tersebut..tetapi sebelum berlangsung ijab dan kabul kadi melakukan latihan akad bersama suami, kadi menyebut nama pengantin perempuan dan mas kawin adalah betul.
nama sebenar pengantin perempuan: Nurul Ain
nama yang disebut kadi semasa akad: Nurul Aini
nama disebut pengantin lelaki semasa akad:Nurul Ain
apakah perlu ijab dan kabul perlu dibuat semula?
Sekian, Terima kasih
Nikah adalah sah dan jangan diragui lagi. Jurunikah memang bermaksud Nurul Ain, walaupun tersasul tersebut Nurul Aini. Yang penting, memang niat jurunikah hendak nikahkan Ain bukan orang lain. Sebelum itupun, tentu wali sudah kata serah wali berwakil kepada jurunikah Ain itu, bukan orang lain.
BalasPadamSebaiknya, saksi nikah hendaklah dengar betul-betul ijab dan qabul itu. Dan boleh menegur jurunikah sekiranya tahu jurunikah tersasul, bukan peranan saksi duduk saja. Saksi juga boleh minta lafaz ijab qabul itu diulang semula untuk meyakinkan ahli keluarga yang ada di majlis itu.
Tapi kalau perasan selepas selesai malis, janganlah diragui pernikahan itu, sah tetap sah dan tak perlu nikah semula.
Mengenai maskahwin, itu sunat saja disebut dalam akad nikah, kalau tak sebut pun tak apa. Kalau salah sebut pun tak apa sama ada terkurang atau terlebih. Kalau nak dikira mesti sebut tepat, nanti susah juga. Ada orang kata maskahwin dia 22.50 tapi dia kasi lebih. Jangan ragu sah atau tidak. Sah juga.
ustaz tlg bagi cara jawab nikah di negeri kedah..saya was was
BalasPadamSila tanya jabatan agama Islam Kedah.
Padamustaz, boleh ke memendekkan nama bakal isteri yang panjang semasa lafaz terima nikah?
BalasPadamJawapannya, tak boleh. Kenalah sebut nama penuh perempuan dan bintinya. Kecualilah mendapat kebenaran dari jurunikah, tapi tengok keadaan juga.
BalasPadamsaya orang trg...lafaz utk trg agak simple seperti sedara kata di atas hehehehe
BalasPadamas slm ustaz..
BalasPadamkdg kala terdpt "gangguan" semasa akad. adakah d0a2 selain meminta pert0l0ngan drpd Allah SWT??
Banyak doa yang kita boleh baca, antaranya ayat Kursi.
BalasPadamas salam ustaz..
BalasPadambolehkah kita menggantikan mas kawin tunai kepada seutas rantai dengan persetujuan pengantin perempuan..
satu lagi bagaimana lafaz nikah bagi negeri sembilan..
terima kasih
Boleh. Sila maklumkan/bincang dengan jurunikah/ pejabat agama di Negeri Sembilan itu. Lafaz di Negeri Sembilan, sila tanya pejabat agama di sana.
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamBagaimna pula lafaz ijab kabul bagi pngntin pmpuan yg menggunakan wali hakim kerana dia ank tdak sah taraf. adakah lafaz itu akn mmbuatkn hadirin yg mnyaksikn akad tu tahu hal yg sebenar? Sy bingung untuk bernikah di masjid atau dirumah kerana takut pihak keluarga pengantin lelaki tahu status sy yg sebenar.
Insyaallah...tiada masalah, jurunikah tidak akan aibkan pengantin. Kadi atau jurunikah ada kaedah tersendiri untuk menjaga kepentingan pengantin. Tak perlulah dicerita pada umum apa kaedah itu.
BalasPadamAskum ustaz...nak tanye,saya akn bernikah di kluang..soalan saya solat sunat sebelum dan selepas nikah mesti buat ke,atau atas tok kadi...lagi 1 upah jurunikah dan 2 orang saksi berapa?t.kasih...
BalasPadamUpah jurunikah trmasuk saksi di johor rm150.
BalasPadamtentang solat sunat sebelum dan selepas pulak mesti kena buat ke?
BalasPadamSolat lepas akad nikah hukumnya sunat saja, jadi kalau buat dapat pahala.
BalasPadamustaz untuk negeri sembilan berapa upah kadi temasuk saksi?
BalasPadamTanyalah kat Negeri Sembilan.
PadamUstaz akad negeriri pahang mcm mane ea
BalasPadamUstaz lafas taklik kt jhr dlm jawi atau rumi?
PadamTanyalah kat Pahang.
PadamLafaz taklik Johor ada jawi dan ada rumi. Kecualilah jurunikah tertinggal yg rumi tu kat rumah.
Padamsalam ustaz..niat dalam bahasa arab solat sunat sujud lepas akad nikah mcm mana..
BalasPadamLafaz niatnya:
BalasPadam“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”. Allahu Akbar.
Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”.
Salam Ustaz,
BalasPadamSekiranya bernikah berwalikan bapa, perlukah pengantin lelaki menyebut nama pengantin perempuan termasuk binti sedangkan akad dilakukan dengan bapanya.
Sebutlah nama perempuan dan bintinya sekali. Ini diseragamkan di seluruh negeri Johor.
BalasPadamAssalamualaikum Ustaz,
BalasPadamNak tanye, lafaz ijab bagi bapa pengantin perempuan yg ingin menikah anak nye sendiri.
Terima Kaseh
Ahmad AM
Lafaz ijab bapa yg menikahkan anaknya, sila tanya jurunikah. Di Johor, jurunikah disyaratkan ada bersama walaupun bapa yang nikahkan.
BalasPadamUntuk seorang bapa menikahkan anaknya, sila mohon kebenaran dari Kadi terlebih dahulu melalui satu borang.
salam.. Andai Nama lelaki di salah sebut..jauh bezanya dari nama asal lelaki tersebut..adakah sah nikahan tersebut..?
BalasPadamSalah sebut nama lelaki tetapi maksudnya tetap pada lelaki yang bersalam dengan jurunikah itu. Nikah sah.
BalasPadamustaz tolong saya bagaimana nk jawb nikah di KL?tolong tanyekan kawan2 ustaz di KL..sy nk nikah dekat da ni...terima kasih bnyk2 sy dahulukan
BalasPadamSalam
BalasPadamustaz.. Sy sepatutnye bernikah pd bulan oct akn dtg..tempoh dr tarikh kawin kini Tggal tk sampai 2 bln.. Dan sy baru tau status sy dimane sy merupakan anak luar nikah bler bapa sy mengatakan sy kena nikah mgunakan wali hakim.. Berita ini telah buat sy amat kecewa di saat2 akhir persediaan perkawinan sy..adakah lafaz akad nikah yg berwalikan hakim akn disebut di khalayak tetamu dan adakah nama sy akan ditukar bt ke abdullah semasa majlis akad nikah? Ini kerana nama sy sek di ic dan surat beranak berbintikan nama ayah sy..Sy harap ustaz dpt membantu sy menjawab soalan sy.. Terima kasih ustaz..
soalan ni saya akan jawab melalui email saya. sila email kpd kadikluang@yahoo.com. Atau melalui fb saya.
BalasPadamAdakah sah lafaz qabul seperti "saya terima nikah dengan maskahwinnya yang tersebut".
BalasPadamkemudian saksi kata sah sdgkn tidak ada nama pengantin perempuan atau nya selepas perkataan "nikah"
Kalau jurunikah kata sah, maka sahlah. Perempuan walaupun tidak disebut tetapi tentu sudah dikhususkan, bukan ada perempuan lain yang bernikah. Cuma di negeri-negeri seperti Johor, sudah ada lafaz yang standart yang perlu diikuti.
BalasPadamsalam uztad,sy nk tyn..boleh ke bakal bapak mentua saya mintak dulu duit hantaran..dengan cara paksa...
BalasPadamMertua boleh minta dulu semua atau sebahagian duit hantaran sebelum nikah. Mungkin nak buat belanja kenduri. Tapi paksa memaksa ini tidak sepatutnya berlaku. Eloklah berbincang cara elok tanpa paksa2. Tapi kenapa bakal pengantin lelaki tak mahu kasi sehingga perlu dipaksa? Sila baca novel saya brtajuk Hantaran 10000. Menarik d byk pengajaran.
BalasPadamjika wali adalah adik lelaki sendiri dan dia tak nak tolong jadi wali,mcm mana nak buat??? adakah makamnah akan jadi wali...tapi pengurusan \nya mcm mana?? lama tak jangka masa nya?
BalasPadamkalau adik tak mahu jadi wali, ada adik lain yg nk jadi wali, boleh jadi wali. kalau taknak, kenalah pujuk. kalau tak brjaya, minta org lain pujuk. kalau tak, pegi ke mhkmah syariah failkan kes. lama atau kejap itu trserah pd mhkmh yg tentukan.
BalasPadamberapa cara lafaz ijab kabul oleh pihak pengantin lelaki yang ada di malaysia
BalasPadamAasalamualaikum sy nak tahu kalau dalm ic sy tak ade binti boleh kah sy berkhawin? Tetapi ic abang kandung sy ade bin ttp di ic sy tak ade bagaimana cara cara untk bernikah dan dan ape perlu sy buat? Sbb sy berkhawin pd dec ni
BalasPadamBoleh kawin, kenapa pulak tak boleh kawin. Sila bincang dan jelaskan di pejabat agama. Mungkin ada kekeliruan sedikit yg perlu diperjelaskan.
BalasPadamTuan.Saya seorang janda...pada awal tahun lalu saya telah dilamar dengan perkataan oleh teman lelaki saya ( Sudikah sapiah menjadi isteri saya ) dan pada masa itu saya kata sudi...ianya disaksikan oleh kawan dan teman....ada teman mengatakan saya telah pun menjadi isteri pada teman lelaki saya.saya mohon rujuk masalah ini di Selangor tapi sehingga kini teman lelaki saya tetap mengatakan saya isterinya.
BalasPadam"Tuan.Saya seorang janda...pada awal tahun lalu saya telah dilamar dengan perkataan oleh teman lelaki saya ( Sudikah sapiah menjadi isteri saya ) dan pada masa itu saya kata sudi...ianya disaksikan oleh kawan dan teman....ada teman mengatakan saya telah pun menjadi isteri pada teman lelaki saya.saya mohon rujuk masalah ini di Selangor tapi sehingga kini teman lelaki saya tetap mengatakan saya isterinya".
BalasPadamSaya tidak berapa faham dengan maksud nikah ini. Banyak keliru punya. Adakah sah nikah hanya kerana lelaki kata nikah sah? Adakah semua rukun nikah dipatuhi iaitu suami, isteri, wali, saksi dan lafaz ijab qabul ? Adakah lamar itu tandanya dah nikah ? Mungkin itu boleh bermaksud bertunang atau merisik saja.
Bagaimanapun, rujuklah ke Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah Selangor dan tunggu keputusannya. Kalau lelaki tak mahu datang ke Pejabat Agama, datang seorang sahaja untuk bertanya dan dapat keputusan yg jelas.
kalau kite mula dengan bismillahhirrahmannirrahim aku terima nikah simpolan binti simpolan, sah ke tidak
BalasPadamTak perlu baca bismillah kuat2, kalau nak baca pun dalam hati saja. Terus jer jawab.
BalasPadamAssalam Ustz Khalil..
BalasPadamSaya bakal melangsungkan pernikahan dgn bakal isteri di Parit Raja BP. Saya ingin bertanya mengenai setengah pendapat yang menyatakan sunat menjawab lafaz akad nikah selepas 3kali jurunikah melafazkan akad nikah (untuk mengelakkan gangguan syaitan)..betul ke Ustz? ada ke dalil atau hadis yang menyatakan sedemikian?
Zakwan Ramli... Itu satu pendapat yang tak betul dan jangan diikut.
BalasPadamsalam ustaz,saya adam..saya nak tanya..macam mana cara lafaz nikah di kuala lumpur..sebab saya dah nak dekat nikah 6haribulan12 ni..tolong saya ye ustaz..terima kasih..
BalasPadamLafaz kat kl, mintak tolong ustaz2 kl tolong jawab kat sini. Saya tak tau.
BalasPadamsalam ustaz..saya baru tgk video kwn sy lafaz nikah di trganu.mmg simple. cuma yg sy t'tanya2, jurunikah xb'tnya pada saksi samada nikah sah atau x,,lalu terus b'doa..mmg xwajib b'tnya pd saksi ke??
BalasPadamTiada masalah, nikah sah. Kalau jurunikah dah yakin dan tiada bantahan/ pertikaian oleh saksi, jurunikah boleh beranggapan nikah itu sah.
BalasPadamSalam Ustaz,kalau mas kahwin ialah RM888.50, macam mana nak sebut dalam lafaz ijab kabul? saya tanya sebab nak elakkan kesilapan...
BalasPadamKalau maskawin 888.50 sebutlah jumlah tu. Tapi beritau jurunikh dulu sblm akad nikah.
PadamSalam ustaz, saya akan bernikah tahun hadapan. Saya ingin memberi mas kahwin berupa rantai tangan emas kepada bakal isteri saya. Persoalannya, bagaimanakah lafaz nikah yang perlu saya sebut nanti? Adakah perlu menyebut barangan tersebut atau nilai sahaja atau kedua-duanya sekali? Di dalam borang nikah, bagaimanakah saya perlu mengisi pada bahagian mas kahwin? Perlukah saya hanya menulis nama barang atau nilai atau kedua-duanya sekali. Terima kasih.
BalasPadamMenjawab soalan ini, saya tak pasti yg brtanya akan brnikah di johor atau di negeri lain. Nasihat saya, sila brjumpa d brbincang dgn jurunikah trlebih dahulu. Jangan beritau jurunikah hanya pada majlis akad nikah, bimbang ada percanggahan.
BalasPadamsalam ustaz. sy ingin bertanya.
BalasPadamsituasi:
hantaran untuk pengantin perempuan rm10000,
tp pihak lelaki sudah menggunakan duit tersebut sebanyak rm2000..bermakna rm8000 shj diberikan semasa upacara pernikahan..
kalau pihak lelaki membayar baki rm2000 setelah berkahwin,boleh tak ustaz??
Bab hantaran ini adalah persetujuan antara pengantin lelaki dan perempuan. Di Johor,Jurunikah biasa akan tanya mas kahwin saja. Kalau jurunikah tanya pasa hantaran, jawablah. Tak payahlah jawab, dah beli bunga ke, dah beli kambing seekor ker, buat pelamin ke dll.
BalasPadamSALAM USTAZ...LAFAZ TAKLIK DI KEDAH JAWI OR RUMI..SBB BULAN 12 NI INSAYALLAH SY AKAN DINIKAH KN..A.S.A,P
BalasPadamLafaz taklik Kedah jawi atau rumi, maaflah, saya tak tahu. Sila tanya di Kedah.
BalasPadamAssalamualaikum Ustaz,
BalasPadamSaya Mohd Redzuan dari negeri PAHANG, bakal bernikah dengan seorang gadis kluang pada hari jumaat nie 22.2.2013, jadi saya ingan bertanya prosudeur cara lafaz, lain2 prosedur dan bilangan saksi di perlukan sebab mak kepada tunang saya bagi tahu saksi belah lelaki di perlukan 4 org dan perempuan 4 org.
Terima kasih
yang Benar
Redzuan
Mohd redzuan. Sila tanya kat pejabat kadi kluang. Atau bakal pengantin perempuan yg tanya.
BalasPadamassalamualaikum ustaz..saya berasal dari perlis dan akan berkahwin pada awal bulan 3 thn ini...soalan saya,adakah wajib kita habiskan lafaz akad nikah dalam satu nafas sahaja??sekiranya tidak mampu habiskan dalam 1 nafas disebabkan nama pasangan dan sebutan mas kahwin y panjang,bolehkan saya berhenti seketika di pertengahan lafaz untuk mengambil nafas?
BalasPadamTak disyaratkan satu nafas. Dua tiga nafas pun bole tapi jangan berhenti lama atau putus sblm sambung semula.
BalasPadamIngin brtany tntang wali hakim..sbb kwn sy brurusan dr jbatan agama stelah selesai org trsebut minta rm300 dn kwn brtnykn utk apa dn jwpan beliau utk surat2 tnpa resit..kwn sy bingung dn ingin minta resit scra lngsung dia kmblikn smula rm200 dn rm100 utk upahny..jd soalan sy pd ustaz adakah wali hakim dbyar(dminta)?atau upah?atau sdah dtetapkn..krn sy bkal akn brnikah dn pihak prmpuan akn mggunkn wali hakim..sekian
BalasPadamTak tahulah saya duit apa tu. Tanyalah kepada orang yang anda beri duit itu, kat pejabat agama yang berkenaan. Tanya tak tahu apa ceritanya.
BalasPadamAssalammualaikum ustaz..yg d atas tu tanya tentang wali hakim d byar atau tidak..soalan sy pula proses utk mengeluarkn surat wakalah wali..sbb sy akn bernikah dgn org indonesia dn kluarga dsna tidak dpt hadir dan telah mengeluarkn surat utk wali hakim..d bahagian mana sy ingin memohon?tq
BalasPadamMana satu ni ? Wali hakim ke wakalah wali ? Elok dtg ke pejabat dan tanya. Jangan tersalah wali.
BalasPadamlafaz taklik di kelantan jawi kew rumi
BalasPadamSila tanya di Kelantan.
Padambila tempoh boleh dapatkan sijil nikah untuk negeri johor
BalasPadamTempoh sebulan atau lebih sikit.
BalasPadamAssalamualaikum ustaz....nama arwah ayah adalah MD ISHAK....tp mase akad jurunikah menggunakan nama MOHAMAD ISHAK...namun, nama pengantin perempuan disebut dgn betul....adakah sah?
BalasPadamSah. Yg dimaksudkan oleh jurunikah, mamat tu ler, bukan org lain.
BalasPadamBagi negeri selangor macam mana?
BalasPadam