Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

30 September 2010

Main Kutu Mana Ada Untung, Rugi Ada Ler...

Untung ke main kutu ? Jawapannya, mana ada untung, rugi adalah. Masih ramai orang kita main kutu ni. Saya dari dulu sampai sekarang tak pernah main kutu-kutu ni. Dulu sejak masa sekolah sampai masa kerja tengok ada kawan-kawan main kutu. Dia orang ajak saya tapi saya fikir balik, ada ker untung ?

Masuk RM 100 seorang untuk 10 orang, nanti dapat 1,000. Maknanya dapat sebulan jer, 9 bulan kena bayar. Ada yang target bayar duit insuran dan roadtax kereta dan macam-macam lagi. Pada saya, kalau pakai kereta tu, pandai-pandai ler simpan duit untuk bayar roastax kereta. Apa yang untung ? Modal yang dikeluarkan 1,000 dapat pun 1,000, tak untung le namanya tu. Yer le, nama pun kutu, mana ada untung kalau ternak kutu. Yang main ni pun bukan orang-orang kampung tapi orang yang kerja hebat-hebat juga.

Ada beberapa pengalaman dengar cerita kawan-kawan pejabat main kutu. Satu kumpulan ni main kutu RM 100 untuk 8 orang. Ada seorang dua buat hal tak bayar betul. Orang ni nak dapat awal, lepas dah dapat, bulan-bulan seterusnya dia tak bayar. Jadi, orang tu dapat 800, tapi orang yang lepas tu dapat 600 jer sebab 2 orang tak bayar.

Lagi satu kumpulan tu bayar RM 200 untuk 10 orang, banyak tu 2000 dapat. Tiba-tiba yang salah seorang yang dapat tu kena pindah pejabat lain, jadi orang yang belakang tu dapat 1800 jer. Tak untung, rugi lagi ada. Bila mintak dan telefon, jadi gaduh pulak. Dia marah orang yang mintak duit kat dia, dia kata orang ni macam 'along' padahal dialah yang tak bayar duit orang.

Lebih baik simpan duit kat Tabung Haji atau ASB tiap bulan. Kalau simpan RM 200 sebulan, setahun dah ada RM 2400. Jadi bertambah lagi duit kita dengan keuntungan lain, dia tak berkurangan macam main kutu. Jadi yang main kutu tu, yang tengan main tu teruskan main, jangan cabut lari pulak. Yang belum main tu, tak payahlah bela kutu, nanti tak boleh tidur malam, sibuk garu-garu kepala.

6 ulasan:

  1. saya biasa main kutu.kami main kutu tak untung dan tak rugi.cara utk simpan duit dan terima dlm jumlah yg besar.kalau simpan kat bank,kadang tu tak tersimpan dan bila2 masa boleh keluarkan duit.

    siapa yg jadi kepala atau ketua dia harus bertanggungjawab utk cover peserta yg tak bayar atau lari,jadi ketua kena pandai pilih peserta yg jujur.

    BalasPadam
  2. Susah nak cari orang jujur sekarang dalam bab duit. Ramai pulak tu 5-10 orang. Lagi satu, orang tu memang jujur tapi ada masalah kewangan seperti kemalangan, diberhentikan kerja, kena pindah dll. Orang lain akan susah.

    Kalau seorang dua tak bayar, ketua pun boleh 'kopak' nak tanggung semua tu. Ketua pun bukan dapat duit lebih, dia pun sama juga dapat, tak lebih.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah setakat yg pernah saya main,semua berjalan dgn lancar. Biasanya kami main dlm lingkungan org yg memang saling kenal mengenal. Peserta harus bertangungjawab dan byr pada tarikh yg ditetapkan. Kelebihan jadi ketua dia org pertama dpt duit kutu.

    BalasPadam
  4. Asalamualaikum Ustaz...sila ke blog sya..anilazza.blogspot.com.my..
    sya cerita pasal kutu...hrp maaf kalau slp ye...wassalam...

    BalasPadam
  5. sy main kutu untuk suntik modal berniaga...mana ada rugi.sy main 300 satu kepala dan sy amik dua kepala..total sy dapat utk dua kepala dkt 10k..kan byk tuh buat modal...hehehe

    tp tulah sy setuju ustaz kt payah nkcari yg jujur pasal duit ni..stakat ni alhamdulillah smua berjalan lancar..mungkin rezeki sesetengah org kot...tp jgn ler dikondem org main kutu..

    kutu ni konsep dia macam takaful lah..tolong menolong..cuma kutu xde mekanisma khusus macam takaful..klu jd apa susah..patutnya bukan dikondem tp cari cara penyelesaian kerna ia byk membantu bg sesetengah org yg susah dapat dana mcm sy ni...huhuu

    BalasPadam
  6. rugi main kutu, kalau peserta tidak bayar mana boleh buat laporan polis, ibarat bunuh diri kalau buat laporan. main kutu salah di sisi undang undang Malaysia.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.