Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

28 September 2010

Persediaan Penting Sebelum Nak Nikah Lagi Satu (Episod 1)

Seorang ni, ada isteri dua, sudah 8 tahun  dia ada dua tempat berkebun ni. Saya tanya dia, bahagia ke tak ? Dia kata bahagia. Lelaki ni sekarang umur 59 tahun, dulu masa nikah isteri kedua masa umur 51 tahun. Dia pilih isterinya janda, lupa pulak tanya janda anak berapa.  Masa kawin tu, isteri muda dia 30 an. Lelaki ni bukan kerja gaji besar sangat tapi seperti kata dia, alhamdulillah, bila dah kawin lagi satu, rezeki berkat malah makin bertambah.

Bila dia kata dia bahagia dan tak ada apa-apa pergeseran dengan isteri pertama, saya macam tak percaya dan tanya sekali lagi. Saya tanya lagi, bahagia ke tak ? Dia jawab, kalau nak kata tak bergolak tu, kira bohong pulak. Terus dia cerita kisah-kisah masa isteri pertama dapat tahu dia kawin 8 tahun dulu.

"Ustaz, susah ustaz, rasa rambut pun jadi tegang, tak turun-turun". Kata dia.

Saya macam nak tergelak pulak, rambut pun boleh tegak pulak. Saya bayangkan macam cerita lawak Mr Bean masa Mr Bean kena kejutan letrik, kira macam tulah agaknya suami kena. Lepas tu saya tanya, bagaimana nak hadapi situasi macam tu ? Dia jawab.

"Macam ni ustaz, macam kita nak lepaskan perahu di lautan, kita mesti tahu gelora yang bakal dihadapi. Kalau tak tahu geloranya, jangan kawin dua. Jadi macam mana gelora pun di lautan tu, pembawa perahu mesti pandai kawal perahu tu". Kata lelaki tu.

Tinggi betul bahasa orang yang ada isteri dua ni. Saya tak kawin dua, bahasa saya tak setinggi dialah. Hidup dia sekarang bahagia dan anak-anak dia pun pandai-pandai, kebanyakannya masuk universiti dan kerja bagus-bagus sekarang.

....BERSAMBUNG, (Tapi tak janji nak sambung)

5 ulasan:

  1. lawak betul citer ustaz.. :-DDDDD

    BalasPadam
  2. Beristeri satu pun mcm2 karenah dan cobaan inikan pula beristeri dua tentu ada tapi takat mana suami guna akal nak selesai.

    BalasPadam
  3. Tuan, sebelum nak sambung episode ni, tolonglah habiskan cerita "Mat Burger" tu. Silent reader Tuan ni semua menantikan kesudahan cerita "Mat Burger" itu. Kawan tengok sejak kebelakangan ini jumlah pengikut dan pelawat semakin bertambah. Allhamdulillah, boleh diteruskan menulis blog sambil menambah pendapatan sampingan.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  4. Cerita Mat Burger ? Tiap kali tulis cerita tu, saya pun sedih. Untuk taknak selalu sedih, tulis ler cerita lain dulu hehehe

    BalasPadam
  5. jgnla x sambung.... mcm kelakar je citer ni. mat burger bila tuan nak sambung? suspen ni

    BalasPadam

Dipersilakan komen.