Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

04 September 2010

Petua Nak Tinggalkan Kereta Kat Rumah Sempena Raya (Episod 12)


Ramai orang sekarang ada lebih dari satu kereta, atau satu suami satu lagi isteri punya. Cuti raya yang panjang ni, nak tinggalkan kereta kat rumah tu kena ada cara.  Kalau dibiarkan lebih dari 3 hari tak start enjin, nanti bateri boleh lemah. Nanti balik rumah semula, kereta tak boleh start pulak. Jadi macam mana ?

Cabut Kabel

Kena cabut satu dari 2 kabel yang lekat pada kepala bateri tu. Cabut satu saja, tak payahlah sampai dua sekali. Yang senang, cabut yang 'negatif' sebab tak banyak wayer kat situ. Senang jer, pakai spanar yg saiz skru tu atau spanar bunga. Buat sendiri jer. Kalau dah cabut tu, tinggal lama pun tak apa 2-3 bulan pun boleh.

Jadi tak payahlah suruh jiran sebelah tolong startkan.  Nanti bimbang masalah lain pulak timbul. Mana ler tahu, dia pergi bawak kereta kita pergi jalan-jalan pulak. Bukan nak suruh sangka buruk, tapi berhati-hati.

Banyak Mahal Harga Bateri Sekarang


Nak mengata sikit ni, bukan mengumpat....Bateri sekarang mahal harga, biasa naik harga jer, turun jarang sekali. Kalau kereta Proton atau Honda sekitar RM 135 kalau jenis NS 60.  Kalau Peugeot, bateri dia banyak mahal woo, saya dapat dalam RM 240 satu, murah lagi dah tak jumpa. Nak beli bateri jangan kat bengkel atau kedai aksesori, harganya boleh sampai RM 200 untuk Honda dan RM 35O untuk Peugeot, banyak rugilah itu macam.

Kat Mana Nak BeliBateri Murah ?

Belilah kat kedai alat ganti kereta atau kedai bateri. Bateri lama pulak jangan buang, kedai ambil RM 10 setiap bateri lama. Kalau hantar kat barang lusuh, boleh sampai RM 20, ikut berat. Yang senangnya, masa beli bateri, terus tolak bateri lama. Pasang sendiri jer, bukan susah. Kalau di kedai, dia ambil upah sampai RM 20 untuk pasang bateri. Beli spanar pun tak sampai harga tu. Sebab tulah rumah saya banyak spanar, ada masa terluang tu, boleh juga repair kereta sikit-sikit. Bukan buat benda yang berat ler, kecil-kecil jer.

Cerita Kereta Episod 13, klik sini

3 ulasan:

  1. Salam ustaz..

    Rajin la ustaz kita nieh.. dh la suka berkongsi ilmu.. (",)

    BalasPadam
  2. Terima kasih ustaz

    BalasPadam
  3. Kalu kereta auto yg zaman sekarang dah tak bole dah cabut bateri nanti kereta langsung tak bole idup bila pasang balik.

    Kekadang tu setting kereta pun bole lari, power window tak bole idup, dan macam-macam lg la.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.