Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

13 September 2010

Sikap Pemandu Punca Jalan Jem: Cerita di Terengganu dan Pahang


Minta maaflah kalau ada yang terasa bila saya tulis tajuk ni. Setiap kali hari raya dan cuti sekolah, Terengganu mesti jem sangat-sangat. Antaranya sebab tak banyak jalan, kereta ikut jalan yang sama untuk ke sesuatu destinasi. Itu memang betul, tapi yang jadi faktor juga adalah sikap pemandu juga.

Beri Laluan Kepada Kereta Lain
Antaranya, pemandu tak mahu beri laluan pada kereta lain untuk masuk atau keluar simpang. Contohnya  kereta dari arah depan bertentangan kita nak belok ke kanan, dah beri signal dan duduk di line tengah. Kenapa kita tak berhenti saja, sedangkan kita bukannya bawa laju waktu tu. Kalau laju tu lain ceritalah. Itu menyebabkan kerera dari arah bertentangan akan jem sebab hampir tak ada kereta yang beri laluan.

Atau kita di jalan besar, ada kereta nak masuk jalan kita, kenapa tak bertolak ansur beri laluan pada kereta tu masuk ? Kalau hanya sebiji kereta tak apa, ni kita tengok kereta di belakang kereta tu berderet nak masuk jalan besar.

Pemandu di Batam, Indonesia

Di Batam, kebanyakan simpangnya termasuk simpang empat tidak ada lampu isyarat. Tapi pergerakan kereta lancar walaupun banyak kereta. Masing-masing bertolak ansur dan  beri laluan kepada orang lain. Saya ingat, kalau di Malaysia begitu,. waduhhhh, bisa gawat pak.

Pemandu di Kuantan

Bagi jalan dua lorong (ada orang kata 4 lorong), ramai pemandu kereta suka berada di line kanan walaupun pandu perlahan. Di Kuantan sekarang banyak jalan 2 lorong, antaranya Jalan Gambang, jalan ke Chukai dan ke Pekan. Kalau tak memotong tu, elok berada di kiri. Jangan ingat dia laju sangat, biar kereta di belakang yang pandu lagi laju tu potong. Biarkan kereta tu pandu lebih had laju pun. Jangan rasa nak jadi pengawal yang tak kasi orang pandu lebih had laju. Tu merbahaya sangat, nanti boleh kena langgar belakang kalau kereta laju sebelah kanan tu tak sempat brek.

Dalam perjalanan ke Terengganu hari tu, beberapa biji kereta saya potong ikut kiri walaupun agak bahaya sikit. Kereta tu bawa dalam 110 kmj, saya potong 140-150 kmj ikut kiri. Sebelum tu dah kasi lampu tinggi, kereta depan buat tak faham ajer. Mungkin dia orang rasa, dia tak kasi orang lain lebih had laju.  Kalau kita memandu di JB, KL, Melaka, Seremban ker, pemandu dia tak sebegitu. Ramai yang faham duduk kiri walaupun ada seorang dua yang tak faham.

3 ulasan:

  1. Setuju dengan ustaz ni.... Pemandu di Terengganu perlu ubah sikap. Saya kerja KL, balik kampung raya di Terengganu juga. Jalan dah sesak tu kena bertolah ansurlah, jangan pentingkan diri sendiri. Lagi satu, kalau nak belok tu, berilah lampu isyarat.

    ...Awie

    BalasPadam
  2. Bhai Tuan Kadi Kluang...

    Driver kat Ganu nih memang selalu tak bagi chan kat pejalan kaki... tambah kat depan Public Bank dan BSN di Chukai tue.. lagi nampak pejalan kaki nak melintas... lagi laju diorang pecut kereta atau motor... hampeh..

    BalasPadam
  3. x semua mcam tu...bg saya, semua tempat sama je... ada yg prihatin, ada juga yg x...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.