Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

29 September 2010

Suami Meninggal Dunia Masa Tengah Bergaduh, Tak Tegur Suami (Episod 1)

Saya dengar ceramah ustaz seorang tu, dia kata, suami isteri ni selalu bergaduh. Isteri pulak selalu merajuk, dah merajuk tak tegur suami 2-3 hari. Lepas tu baik semula, lepas tu gaduh dan tak tegur semula. Ustaz tu kata, nanti suami dia mati, entah masa baik ker masa bergaduh....Kalau dihayati betul-betul ceramah ustaz tu, ada juga betulnya.

Ada satu kes ni, ini saya lalui beberapa tahun dulu. Masa suami dia hidup, dia banyak burukkan suami dia. Banyak benda yang suami dia beri, dia tak pernah cukup. Semua yang suami dia buat, kira tak betul, dia saja yang betul. Bab beli kereta pun dia suruh suami beli kereta mahal-mahal, suami ikut saja walaupun macam tak mampu. Dah selesai satu, gaduh lagi sampai nak mintak cerai, cuma tak buat lagi.

Tengah gaduh-gaduh tu, suami meninggal kemalangan di lebuhraya. Tinggallah dia keseorangan, meratapi  suami dia yang dah pergi. Meninggal pulak, lepas 2-3 hari bergaduh dah isteri taknak tegur suami. Saya tengok isteri dia ni, menyesal tak sudah hingga ke akhir hayat.

Episod 2

8 ulasan:

  1. Salam ustaz,

    Mintak maaf kalau apa yg saya cakap nie akan menyinggung byk pihak terutamanya perempuan.. zaman sekarang, perempuan kurang rasa hormat pada suami, sebab itu ego tinggi, sikap provokasi.. dah jadi mcm ini, baru nk sedih.. bila masih ada depan mata, tidak menghargai..

    BalasPadam
  2. Salam.
    Biasalah perempuan suka bermain dengan emosi.
    Masa sedang marah, semua terhambur keluar dari mulut tanpa tapisan. Selepas tu, barulah datang penyesalan. Nak buat camna? Emosi tak terkawal.
    Puncanya lelaki atau suami yang bergelar lelaki yang tak tahu nak jaga hati isteri terutama bagi lelaki yang mengamalkan poligami.Tak boleh lah nak salahkan isteri tu 100%.Lihatlah ke dalam diri sendiri wahai suami-suami.Pun begitu, sebagai isteri faham-fahamlah dimana kedudukannya.Jarang suamiisteri bergaduh isteri tak minta maaf pada suami kecualilah dia dah benci suami sedia ada dan suami tu pulak pun tak pandai nak memujuk isteri yang kepanasan . Maklumlah masing-masing ada ego sendiri.Maaf jika kenyataan ini menyinggung banyak pihak.Sekadar pendapat yang tak berapa boleh diikut.....Wassalam.

    BalasPadam
  3. salam

    syukur pada Allah atas artikel yg Ustaz tulis ni. malam tadi saya berselisih faham dengan suami. teringat artikel ni, saya terus sejukkan diri & kami selesaikan per'cakar'an tu. takut la Ustaz kalau-kalau tak sempat minta ampun, tau tau meninggal suami saya.... kesal sepanjang hayat !!

    BalasPadam
  4. ntah la ustaz. mungkin ada betulnya bila orang lama kata wanita ni akalnya cetek. kalau la kuasa cerai tuh di tangan mereka saya rasa mau dah 200x kena cerai saya ni...bukan apa, kita ni orang lelaki kadang2 hal remeh kita tak ambil pusing...tolongla faham jiwa kaum adam ni...wallahualam

    BalasPadam
  5. assalamualaikum,

    saya nak tanya..sebelum suami saya meninggal, saya ada merajuk dengan mengenai suatu perkara. kami jenis weekend husbang and wife. Jadi setiap kali nak pegi keje atau ke mana sahaja saya masih maklumkan kpd suami cuma cara saya menunjukkan saya merajuk.

    saya berhasrat untuk minta ampun bila kami berjumpa hujung minggu nanti. tapi malangnya, saya tak sempat jumpa suami saya kerana suami saya yang terlibat dgn kemalangan hingga meragur nyawa dia.

    jadi adakah saya ini dikategori sbg isteri derhaka? sy menyesal sgt2 kerana layanan terakhir sy kpd die tidak sepenuhnya. bagaimana status saya adakah isteri derhaka? kalau saya dikira derhaka, bagaimana saya nak minta ampun kepada suami?

    BalasPadam
  6. Salamualaikum just pendapat saya saja.,

    Kalau dia dah meninggal macammana kita nak buat lagi.Dia berdoa pada Allah untuk dia dan untuk kita sajalahkan.Kita nak tanya samada kita isteri derhaka ke apa itu bukan hak sesama manusia nak putuskan yang penting kita bermohon dan insaf saja.

    BalasPadam
  7. Kalau ada link to facebook syok juga, sebarkan untuk renungan bersama.

    BalasPadam
  8. Salam.ustaz tolong bantu saya.saya baru bercerai hidup.masalah sekarang.saya telah memburukkan bekas suami saya.kini saya amat kesali di atas perbuatan saya.setelah di teguri oleh adik saya.mungkin saya tidak menerima hakikat berpisah.namun tidak patut saya memburukkan beliau kerana amarah.ustaz tolong bantu saya.apa yang harus saya buat.saya menyesal.saya buntu.saya berdosa pada bekas suami saya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.