Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

04 Oktober 2010

Bapa 70-an Nikah Lagi Satu di Siam

"Bapa saya yang berusia 70-an telah bernikah beberapa bulan lalu dengan seorang janda tempatan yang mempunyai anak di Thailand. Saya risau samada pernikahan tersebut adalah sah atau tidak, agar kedua2nya tidak dalam keadaan berzina.

Apa akan berlaku, sekiranya pernikahan itu tidak disahkan di Malaysia dan apakan prosedur yang sepatutnya dibuat oleh bapa saya? Saya dan adik beradik yang lain kecewa dengan tindakannya dan pembohongan yang dibuat kepada ibu saya selama ini bagi menyembunyikan pernikahannya. Saya mohon nasihat dan pandangan tuan."

Pembaca budiman..... tolonglah beri nasihat kat anak dia ni, dia mengadu kat blog saya ni.

1 ulasan:

  1. Salam ustaz dan pengadu,

    Betulkan saya jika salah,
    syarat sah nikah adalah:- Lelaki, Perempuan, Wali (cukup syarat menjadi wali), saksi dan ijab kabul. Jika cukup kesemuanya maka tiada keraguan dlm sahnya akan nikah kahwin tersebut.

    Cumanya di Malaysia, kita ada undang2 tadbir untuk nikah kahwin untuk menjaga institusi kekeluargaan. Apa yg saya dimaklumkan/difahamkan, bapa anda mesti melaporkan di pejabat Agama akan perkahwinan tersebut di Malaysia dan kemungkinan akan didenda kerana berkahwin diluar negara tanpa kebenaran pihak agama Malaysia.

    Ada salah silap dlm hal ni, harap ustaz betulkan ya...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.