Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

23 Oktober 2010

Guru Kena Kerja Hari Sabtu, Kan Sabtu Cuti

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPKK) hari ini meminta Kementerian Pelajaran agar meneliti isu guru yang terpaksa bekerja pada hari Sabtu dengan menghadiri pelbagai kegiatan termasuk kelas tambahan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata buat masa ini semakin ramai guru terpaksa mengorbankan hari rehat tersebut yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga kerana tugas-tugas berkenaan.

6 ulasan:

  1. setuju 100%...guru pun manusia biasa yg perlukan rehat..

    BalasPadam
  2. tapi cikgu waktu pej hari keje biasa separuh hari jer.. mungkin itu yg sering dikatakan cikgu keje senang, half day dh blk..

    p/s - itu la P.H.D ye tak ustaz ? :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang masyarakat tahu. Yang masyarakat tak tahu, guru bekerja sampai pukul 2 , 3 pagi. Hanya guru memahami guru. Cutu penggal pun guru kena kursus dan kena bertugas di sekolah.

      Padam
  3. Saya sanggah yang guru kerja separuh hari. Pada masa kini, hampir setiap waktu digunakan oleh guru, penyemakan buku latihan, penyediaan rancangan mengajar, buat kertas ujian dsb. Cuti akhir tahun pun semakin pendek sebab guru terpaksa menjaga SPM atau STPM. kadang-kadang bila kerap bertugas hari Sabtu, boleh membawa pertengkaran di antara suami isteri.

    BalasPadam
  4. erm...susah nak cakap sebab org yg tak penah jadi cikgu akan kata, cikgu mengada2, keje senang tapi masih nak merungut dan sebagainya. cuti sekolah pulak banyak, jadi ramai org beranggapan keje cikgu seronok, senang dan banyak masa ngan keluarga.

    cikgu pulak xfikir macam tu, derang selalu kata beban tugas kat skolah banyak. kena berhadapan dengan pelbagai kerenah murid, ibu bapa dsbgnye.

    hakikatnye, masing2 ada tanggungjawab trhadap tugas dan keluarga. tak perlulah merungut. saya percaya, org lain yg bekerja pon ada kesukaran masing2. saya pernah bekerja lebih masa, malam baru balik rumah. pagi keluar bekerja seperti biasa. sabtu ahad pn kerja. kat tempat kerja pulak, jangan haraplah dapat bersembang2 kosong atau makan lama2 dekat kantin. setiap masa yang berlalu penuh dengan tekanan. kena berhadapan dengan client yg dtg dr pelbagai lapisan masyarakat selain murid dan ibu bapa.

    apa yg penting, kita suka dan cinta pada kerja. ikhlaskan hati dan laksanakan tugas dengan sempurna. soal kerja lebih masa tu belakang kira la...

    BalasPadam
  5. jadilah guru kalau nak merasa beban tugas...
    tugas dibawa sampai ke rumah...
    jangan ingat kat rumah guru rilex santai...
    nak kena tanda buku murid yang berlambak, nak tulis buku pengajaran harian, macam2 lagila...

    cuti sekolah pun bukan semua hari guru cuti, murid yang cuti penuh, guru ada hari2 kena datang sekolah bila guru besar panggil.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.