Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

29 Oktober 2010

Isteri Izin Suami Nikah Lagi Satu

Seorang lelaki 40-an kerja kakitangan kerajaan, bergaji lebih kurang RM 3,000 sebulan. Isterinya bekerja swasta, gaji dalam Rm 2,000 sebulan. Pasangan ini bernikah lebih 20 tahun dulu, dikurniakan 3 orang anak yang semuanya masih belajar.

Suaminya memohon di mahkamah Syariah untuk bernikah dengan seorang wanita 20-an. Wanita ini masih anak dara dan bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat, gaji dalam RM 2,000. Semasa hadir ke mahkamah, isteri pertamanya turut sama hadir dan memberi izin pada suaminya bernikah lagi satu. Mahkamah kemudiannya memberi kebenaran kepada lelaki ini berpoligami.
SELAMAT BERNIKAH

11 ulasan:

  1. Seorang isteri yg memahami...tidak mahu kemungkinan suami bergelumang dgn dosa jika membantah. Moga berbahagia dan adil hendaknya.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. syukurrr...

    BalasPadam
  3. Seronoknya isteri membenarkan suami bernikah satu lagi. Alhamdulillah. Ada balance lagi dua. Bila agaknya tu?

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  4. alhamdulillah, sya baru melihat blog ini. byk cerita yg dpt sya baca dan jadikan iktibar. terkini dan bermanfaat. renung-renung kan selalu kehidupan kita ini.

    BalasPadam
  5. saya sendiri pun bakal dimadukan tapi tak pasti bila... Nak marah, tak boleh sbb insyallah suami mampu... Tapi, mana ada isteri yang tak sedih... Ust... Mcmn nak menghadapi dgn redha selain berserah pada Allah... Sy risau, sy tak mampu menjadi isteri dan madu yg baik hanya kerana cemburu...

    BalasPadam
  6. saya dan kekasih gagal mendapat izin isterinya berkahwin, maka kini kami membawa haluan masing2 walau hati masih sayang...kami menyerah masa depan kami pada takdir...

    BalasPadam
  7. jgn rosakkan rumahtangga org lain kalau istri pertama tak setuju.Biasa umum lelaki kahwin kerana nafsu bukan ikut kerana ikut sunnah

    BalasPadam
  8. amboihh ..baguslah..carilah bujang atau duda.Jgn dilayan suami org yg gatal tu

    BalasPadam
  9. pelik lah kenapa terlalu negatif dgn isu poligami? bknkah ramai ppuan skrg yg bkerjaya & punya segalanya yg inginkan zuriat & sanggup kahwin misyar.maksudnya tak perlukan nafkah zahir dr suami.. rumah, kereta, makan minum tanggung sendiri, cuma perlukan suami sekali sekala sahaja kerana ppuan bkerjaya tinggi ini perlukan privacy & freedom... jadiknya kehidupan bkeluarga yg sesuai adalah poligami bukan monogami..malahan dgn menjadi isteri k2, k3 @ ke4, mrk tak mganggu kewangan suami pun sbb mrk amat faham tentang keupayaan suami & mrk telah memiliki segalanya...

    kebanyakan lelaki kaya kawin artis2 sbg isteri ke2, ke3 & lelaki ini yg menanggung segalanya, sdgkan kes sebaliknya berlaku, ramai ppuan bkerjaya tak perlukan lelaki kaya @ VVIP sebab mrk bukan nak tumpang senang (sbb mrk dah senang), mrk cuma & zuriat anak & company pd waktu2 tertentu sahaja...

    BalasPadam
  10. nasihatku pada wanita bujang, usahkan mencari kebahagiaan dgn berkahwin dgn suami orang...kerana yg ada hanyalah PENDERITAAN, kepahitan dan penyesalan.... Aku isteri kedua, bukanlah tidak mendpt izin madu, tetapi lebih dari itu, maduku yg menyarung cincin di hari pertunanganku... Aku wanita, kalian wanita, dan aku tak kan sanggup menyakiti hati wanita..Dan lelaki tak akan faham derita jiwa wanita bermadu...

    BalasPadam
  11. cerita anda terlulu ringkas & perlukan huraian kalu nak buat kptsn bhw "berkahwin dgn suami org hanya Penderitaan".....

    jika begitu, bgm pula dgn isteri2 Rasullullah yg begitu sanggup susah bersama di dunia semata2 inginkan kebahagiaan di akhirat???

    tidakkah Rasullullah sebaik2 contoh...so, knp kita tak spt kehidupan Rasullullah? sebab kita terlalu cinta dunia maka kita "menderita"...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.