Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

18 Oktober 2010

Jatuh Miskin Sebab Buat Pinjaman ASB ? Kisah Benar Ni

Lelaki ni umur lewat 40-an, kerja kerajaan, gaji dalam 1,700 lebih. Anak dia 5 orang, masih sekolah semuanya, isteri tak bekerja. Sekarang dia menghadapi masalah kewangan yang berat. Sewa rumah dalam 200, belanja anak sekolah, pinjaman kereta 300 dan lain-lain.

Satu hutang yang paling besar dia buat adalah pinjaman ASB dari sebuah bank iaitu 900 lebih sebulan. Pinjaman dia ni dah masuk 3 tahun. Sekarang baki gaji lepas tolak semua tu hampir tak ada, malah perbelanjaan bulanannya sering tak cukup.

Okey, pada saya gaji 1700 tu dah kira besar juga kalau duduk Kluang ni. Tapi mengapa masih tak cukup ? Jawapannya ialah, tidak merancang kewangan dengan betul. Cukuplah, ringkas saja huraian saya kali ni. Panjang-panjang nanti, ada pulak orang tak setuju.

12 ulasan:

  1. Ringkas macam orangnya juga.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  2. Orang lelaki tu ambil pinjaman ASB berapa banyak sampai kena bayar balik pinjaman 900 lebih sebulan.

    BalasPadam
  3. Kadang2 kita ni meminjam sebab kita layak, bukan sebab kita mampu. Buat pinjaman ASB memang bagus, tapi tak semestinya sampai separuh gaji kita gunakan untuk menyimpan. Lebih baik tebus balik/batalkan pinjaman ASB tersebut, dan buat pinjaman ASB lain dengan bayaran bulanan yang lebih mampu. 500 sebulan mungkin..

    BalasPadam
  4. Pada saya, tak perlu meminjam untuk melabur dalam ASB. Lebih baik potong gaji kalau rasa nak disiplinkan diri. Kalau sesak duit boleh ambil bila-bila.

    Macam saya, ada duit lebih simpanlah, kat ASB ke. Tak ada duit, diam-diam. Taklah rasa terdesak nak bayar hutang kat bank.

    Jaga perangkap bank, jangan mudah terpedaya. Kita buat pinjamin ASB, bank tetap nak untung. Kita belum tentu untung, kekadang rugi.

    BalasPadam
  5. Salam.

    Saya setuju dengan pendapat Ustaz.
    Tidak perlu meminjam untuk melabur dalam ASB.
    Lebih baik asingkan bahagian daripada gaji, dan simpan dalam ASB.

    Tapi saya selalu kena kondem dengan orang lain bila saya beri idea ini. sebab mereka mempertikaikan tentang keuntungan dividen yang diterima daripada skim pinjaman tersebut.

    tak pe la, pandangan masing2 berbeza.

    BalasPadam
  6. ini bukan salah ASB.... salah empunya diri tak reti merancang financial....

    memang tak cerdik, gaji setakat 1,700, potongan ASB bulanan 900!!!!!! kan ke bangang!!!!

    pendapatan sy 8,000.00 sebulan, pun sy hanya pakai gen2, hutang rumah dah habis, anak2 3 org di IPT, sorang pun tak pinjam PTPTN... semua sy tanggung sendiri...

    adakah gaji saya 10 tahun dulu 8,000? tidak!!! tapi saya membuat simpanan TH setiap bulan utk diri & anak2, sy & anak2 mesti ada insuran ambil dgn takaful... 3 org di IPT dah dpt manfaat takaful siswa...

    sy tak pinjam bank utk simpanan ASB, hanya masuk simpan jika ada lebih...

    tapi yg penting mesti buat potongan gaji utk TH & insuran TAKAFUL, biar sikit tapi hasilnya akan ada kmududian hari....lagipun TH akan siap potong zakat utk bersihkan duit simpanan kita.... zakat itu wajib ... penting utk keberkatan hidup...

    buat juga potonga gaji bulanan utk zakat & cukai pendapatan, juga infak/ saham akhirat pd badan2 kebajikan spt YAPEIM dsb.... insyaAllah berkat hidup...

    BalasPadam
  7. Saya potong gaji utk simpanan dlm ASB dan tabung haji. ramai antara kita terutamanya kakitgn kerajaan dijanjikan janji2 manis oleh bank utk buat loan ASB. Katanya loan ASB lg menguntungkan. dividen lg besar sbb bila kira dividen ikut jumlah loan kita, tp kena ingat, buatlah loan berpada2..sepatutnya ikutlah kemampuan sendiri. Buat apa la potong gaji utk loan ASB sampai 900 tp kita tak cukup duit. Saya gaji pun 1700 jer keje dah 10 thn tp cukup mkn, ada rumah, ada kete, ada anak yg perlu dibesarkan dan ada mak. Yang penting ukur baju di badan sendiri bkn nak ikut trend dan gaya org lain. Jangan la terpengaruh dgn iklan2 di luar sana.

    BalasPadam
  8. Pendek kata, ukur baju di badan sendiri. Buat apa nak ikut gaya org tp akhirnya papa kedana. Belanja lah ikut kemampuan. Kalau potong loan ASB dah 900 sebulan dgn gaji 1700, mana la nak cukup. Bukan dpt untung ASB malahan dapat utang sana sini...tu la dunia2...

    BalasPadam
  9. saya pula ada buat loan asb, belum mula untuk buat pembayaran tapi terasa macam kena tipu. kerana loan tersebut bukan kerelaan saya. saya memang tak mampu nak bayar dan saya perlu batalkan loan tu..semoga dipermudahkan urusan nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam saya pon kes cam awk, awk dah batalkan belom? sy tak mampu bayar n tak penah langsung bayar, so dah setel lom?

      Padam
  10. ada kwn buat loan asb ngan bank, dah tak mampu, nak cancel, tp kena bayar jugak selama 6 bulan kehadapan baru boleh stop kalau tidak blacklist! teraniaya betoi!

    BalasPadam
  11. saya byr loan ASB rm1200 tiap bulan.setakat ni takde masalah.kita wajib merancang perbelanjaan kita.bank tak paksa kita loan.saya bayar rumah rm3000 sebulan,kereta rm1500.saya berani loan begitu kerana pendapatan saya lebih rm15000 sebulan.kalau gaji rm1700,loan ASB rm900 sebulan,pada pendapat saya,orang kurang siuman saja yang berani buat mcm tu.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.