Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

14 Oktober 2010

Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam (Episod 5) Cepat-cepat, Jangan Lambat, Peluang Baik

(Toyota Alpart 110,000)

Kepada siapa yang berminat nak beli kereta lelong Kastam jangan lepaskan  peluang ini. Berkunjunglah ke pejabat Kastam berhampiran sebab sekarang tengah buka 'Tender Bersepadu Kenderaan Lucuthak Kastam Bil.2/2010'.

(Mercedes 50,000)


(Honda Accord 2,000)


(Mitsubishi 50,000)

Tawaran bermula 11 Oktober 2010 dan tutup  tender pada 1 November 2010. Boleh tengok kereta dari 11 Okt hingga 20 Okt kat tempat Kastam tu.

Beberapa jenis kereta juga dilelong kali ni seperti BMW, Toyota, Honda, Mercedes dan Mitsubishi.  Saya dah tengok kereta tu dan nampak ada juga yang menarik. Cuma kali ni saya taknak masuk lelong, taknak memadukan kereta-kereta yang dah sedia ada.

Tengok ler betul-betul sebelum masuk. Jangan fikir harga murah, nak masuk jer. Kena fikirkan kos pembaikannya dulu, jangan sampai rugi dan membebankan. Ada juga kereta yang nampak dah teruk dan murah sangat harganya. Cuba tengok betul-betul kereta tu, mungkin boleh beli. Kos pembaikannya mungkin tak seberapa. Ada masa lagi nak jenguk-jenguk kat kedai potong body, nak dapatkan anggaran harganya. Kalau di JB, pergilah tengok kat Taman Mount Austin, alat ganti berlambak dengan harga murah.

Untung beli kereta tender Kastam ni. Kalau kat Johor ni banyak kereta yang seludup dari Singapura yang masih baik-baik. Orang sana bukan selalu jalan jauh pun. Pada saya, rugi sangat beli kereta baru sebab ada peluang beli kereta lelong kastam, lelong bank dan kereta terpakai yang masih baik. Kereta baru harap mahal saja harganya, kualiti belum tentu baik macam kereta import ni.

Orang sekarang ramai beli kereta baru, hutang besar-besar tiap bulan. Sesetengah mereka gaji bukan besar sangat dan tak ada duit simpanan setiap bulan. Yang mampu tu lain ler. Saya lain ler, gaji tak berapa besar sangat. Nasihat saya pada semua, masa kita bekerja ni simpanlah duit, jangan boros dan belanja di luar kemampuan kita.
SELAMAT MASUK TENDER.

...BERSAMBUNG KE EPISOD 6
http://kadikluang.blogspot.com/2010/10/kereta-lelong-kastam-episod-6-ada.html

Nak baca pengalaman saya dari Episod 1, Klik Sini

7 ulasan:

  1. Salam ustaz,
    Minat gak keta kastam ni..
    Tp sy kat putrajaya.
    Kena turun JB ker??
    Sj jer tny..minat tp
    byk aral melintang..hehe

    BalasPadam
  2. Kat kastam negeri lain takder ker???

    BalasPadam
  3. Bukan Kastam Johor saja, negeri lain pun ada, negeri yang ada rampas kereta ler.

    BalasPadam
  4. ustaz saya ada tengok hari tu... ramai ke yang akan masuk untuk tender kastam ni? ade peluang ke kita boleh dapat?

    BalasPadam
  5. qimie...entahlah ramai ke tak. Yang datang tengok ramai bukan melambangkan ramai orang nak masuk.

    Kalau nak masuk, masuk sajalah, tak kisah orang ramai ke tak. Isyaallah kalau ada rezeki dapatlah. Tak dapat pun tak apa, duit dipulangkan.

    BalasPadam
  6. Aslmkm Ustaz, Macamanan nak confirmkan sama ada kita berjaya memenangi tender tsb.

    BalasPadam
  7. Nak tahu berjaya ke tak, telefonlah pejabat kastam

    BalasPadam

Dipersilakan komen.