Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

22 Oktober 2010

Lelaki Cuba Cabul Anak Tiri, Isteri Mintak Cerai

Lelaki ni umur 40-an kawin dengan perempuan 40-an kira-kira 4 tahun lepas. Sebelum nikah, suami adalah duda mempunyai 4 anak yang dijaga bekas isterinya. Isteri barunya berstatus janda 2 anak, kedua-dua anaknya perempuan.

Sepanjang kawin, lelaki ada juga rumah dia di sini, isteri ada juga rumah bersama anaknya. Lelaki kira selalu duduk rumah isterinya tapi ada kala duduk rumah dia juga.

Satu hari tu, sebelah siang, masa isteri bekerja, suami datang ke rumah isterinya. Masa tu hanya tinggal anak tiri perempuannya yang berusia 19 tahun. Menurut ceritanya, lelaki itu cuba mencabul anak tirinya tapi tak berjaya kerana perempuan itu meronta dan melawan.

Bila diceritakan pada ibunya, ibunya memarahi suaminya. Bagaimanapun laporan polis tidak dibuat, mungkin tidak mahu mengeruhkan keadaan, atau tak berapa ambil berat pasal tu. Sejak itu, isteri tidak membenarkan suaminya masuk ke rumah itu dan menukar kunci rumah. Isteri kemudian minta diceraikan tapi suami enggan. Jadi mereka sudah tidak bersama lagi beberapa bulan walaupun tidak bercerai. Suami telefon, isteri tak layan. Nak datang rumah lagilah tak boleh masuk. Jumpa kat luar, isteri buat tak kenal.

2 ulasan:

  1. x ada pasal carik pasal ! teringin nk kena sebat kt penjara agak nyer..

    BalasPadam
  2. lelaki...oh lelaki...kan Tuhan jadikan kamu untuk melindungi kaun perempuan, tapi kenapa bagitu perangai kamu , tak cukup ngan isteri anak tiri pun nak di rembat gak... mudah2an lelaki ini sempat bertaubat....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.