Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

19 Oktober 2010

Nak Nikah, Bapa Tak Mahu Jadi Wali

Seorang perempuan umur dalam 22 tahun, nak nikah dengan seorang lelaki pilihannya umur lewat 20-an. Masalahnya, bapanya tak mahu walikan. Bila ditanya apa sebabnya, perempuan tu terus menangis menceritakan kenangan silamnya pada usia 18 tahun, kira-kira 4 tahun dulu.

4 tahun dulu, perempuan ini pernah terlibat dalam satu kes maksiat. Bila keluarga tahu, semua marahkan gadis ini. Paling marah adalah ayahnya, sampai mengeluarkan perkataan tak mengaku anak. Diceritakan, sampai nak makan bersama semeja pun taknak, lalu di depan ayahnya pun tak boleh. Sejak kes tu, gadis i ni duduk di rumah sewa di bandar dan selalu juga balik ke rumah ibu bapanya walaupun bapanya tak mengaku anak.

Okeylah, dah 4 tahun berlalu dan gadis ini nak bina hidup baru dengan lelaki pilihannya, nak berkahwin secara sah. Masalahnya, nak buka mulut cakap dengan ayahnya pun tak boleh. Ibu dan kakaknya sudah tahu tapi tak dapat menolongnya.

Kenapalah ayahnya begini, saya faham perasaan seorang ayah yang marah pada anaknya. Tapi dalam hal ini, tak bolehkah maafkan kesalahan anak ini ? Jika dibiarkan anak gadis ini berterusan begini, kalau dihalang mungkin boleh terjebat dalam kancah maksiat. Dia mahu bernikah dan bina hidup baru serta menyesal atas perbuatannya selama ini.

8 ulasan:

  1. pastu nak buat macam mana?guna wali hakim?...

    BalasPadam
  2. Boleh sampai ke peringkat wali hakim. Tetapi dalam kes ni, perempuan masih berusaha memujuk bapanya.

    BalasPadam
  3. macam mana selepas di pujuk tp ayah tetap xnak jadi wali

    BalasPadam
  4. saya punya situasi xsma seperti di atas tp issue nye sama..di mana ayah saya xnak jd wali kepada pernikahan saya..ape perlu saya lakukan ustaz..

    BalasPadam
  5. abang saya minta 5000 untuk wali kan pernikahan saya..ayah saya dah meninggal..boleh bantu?

    BalasPadam
  6. Sila datang mengadu di pejabat agama.

    BalasPadam
  7. saya dapati bapa saya sekeluarga tk setuju dgn perhubungan antara saya dan teman lelaki saya yg sdh selama 9 thn ni tapi ingin juga saya bernikah secara sah. Sape yg blh walikan saya kerna saya tidak mau libatkan keluarga yg lain.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.