Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

02 November 2010

Bagus Sangat Ker Buat Pinjaman ASB ?

Tadi saya pergi ke sebuah bank di Kluang, nak masuk cek. Masa beratur di sebuah mesin tu, ada 2 orang beratur di depan saya. Kemudian seorang yang saya rasa staf bank tersebut berbual dengan seorang lelaki yang beratur di depan saya. Lebih kurang perbualannya begini,

"Encik dah buat pinjaman ASB ker ". Orang bank tu.

"Tak ada, saya cuma simpan sendiri saja" Kata orang tu.

"Buatlah pinjaman sekarang. Kalau masuk sekarang RM 100,000 nanti Januari dia kasi dividen lebih kurang 7 persen. Kalau masuk sekarang, nanti dapat RM 7000 kalau 7 persen" Kata orang bank tu.

Lelaki tu buat tak kisah saja dengan penerangan tu, lepas tu dia terus pergi ke mesin masuk cek.

Janganlah Menipu Untuk Untung

Betul ke kalau buat pinjaman 100,000 sekarang, dividen 7 persen, akan dapat 7000 Januari nanti ? Jawapannya, tidak sama sekali.

Sebenarnya, kalau kita melabur 100,000 (Pinjaman ke atau duit sendiri) hari ni 2 November, kita hanya dapat dalam RM 583.00 saja. Iaitu 7000  bahagi 12.

Kenapa bahagi 12 ? Sebab hari ni 2 November, jadi yang dikira hanya Disember sahaja. Kalau masuk 31 Oktober, lain pulak. Iaitu 7000 bahagi 12 dan kali 2 sebab bulan November dikira bersama Disember. Jadi  kalau masuk bulan oktober, mereka akan dapat dividen dalam 1,166.00

Kenalah Jujur

Kepada sesiapa saja, tak kira orang bank ker, agen ker atau orang lain, kenalah jujur. Jangan kejar keuntungan saja. Terangkanlah perkara sebenar, jangan nak tarik pelanggan saja walaupun ada banyak perkara yang disembunyikan.

Saya bukan nak salahkan sesiapa, tapi kesian kerana ada ramai orang tertipu dan terpedaya terutama sesama Islam.

15 ulasan:

  1. salam ustaz...

    zaman skrg semua gitu..mcm2 plan la nak buat nk dpt untung..'x pyh cakap itu, ini..bgtau gini gini gini jer..' itulah strategi yg biasa digunakan. jadi, ada la info yg disorok drp pelanggan..kira menipu la..sbb xbgtau yg sbnrnya..

    BalasPadam
  2. kena tolak kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman lagi.

    BalasPadam
  3. Salam. Seperkara lagi, duit dividen kena 'tolak' duit pinjaman (kena periksa syarat2 pinjaman).

    Yang pasti kena congak, pinjaman berapa peratus (sekiranya conventional banking) berbanding dgn kadar dividen.

    BalasPadam
  4. Hummm...bgs2..kita pnh buat..

    BalasPadam
  5. Saya kerugian kerana menyertai skim pinjaman ASB ni... Janganlah tertipu

    BalasPadam
  6. Salam Ustaz,

    Pendapat yang tak seberapa dari saya, ada juga untung kalau buat pinjaman ASB ni,

    1.ada takaful, kalau terjadi apa-apa kepada orang yang meminjam seperti hilang upaya kekal dan kematian adalah manfaat kepada keluarga yang masih hidup.

    2.ASB loan ni sebenarnya kita cuma perlu bayar untuk tempoh lebih kurang 12 bulan ajer. Yang selebihnya kita biarkan Dividen tahunan yang dapat dari ASB tu yang bayar.

    E.g ASB Loan 100k selepas setahun dividen+bonus at lease 8.5% so dah jadi RM8500 dividen dia.

    Tahun pertama kalau pinjam RM100K monthly instalment lebih kurang RM574.00 (termasuk insuran untuk tempoh 25 tahun pinjama) Kita bayar total untuk tahun pertama ialah RM6888.00.

    Untuk tahun kedua kita tak payah keluarkan modal dari gaji kita yang monthly tu RM574. Keluarkan dari dividen tu RM6888 untuk bayar instalment. siap ada balance lagi RM1612 (8500-6888) boleh enjoy duit ni. Positive (+) cash flow every year.

    (Tip nak ambik ASB loan ni kena ambik masa pembayaran yang paling lama seperti 20 ke 25 tahun. kalau ambik temph masa yang pendik akan menyusahkan dan akan dapat negetive(-) cash flow)

    Tapi saya nasihatkan biarkanlah dividen tu kat dalam ASB, biar dia bertambah until max RM200K. kalau betul2 perlu barulah keluarkan. Kalau kita mampu bayar monthly instalment pakai duit gaji lagi bagus untuk mendisiplinkan diri dan semakin cepat duit ASB tu bercambah kepada max 200K.

    Selepas max 200K yearly tu keluarkanlah dividen tu sebab after 200k ASB tak bayar dividen yang lebih tu. ASB bayar dividen setakat RM200K ajer. labur kat tempat lain pula.

    ASB loan ni kalau diberi kepada bangsa lain saya pasti "hot sale punya" sebab bangsa lain memang pandai dalam pengiraan saving ni. Kita orang melayu memang selalu takut dengan perkara macam ni. Ada peluang depan mata kita sepatutnya kaji dengan mendalam & "grap the oppurtunity while it still available"

    Kita orang melayu selalu terlepas peluang yang diberikan kerajaan.


    Cuba tanya any accountant or person very particular in calculation. This scheme actually is very helpful to bumi. Nothing to loose as per few comenter in this blog. All I see is positive (+) cash flow.

    Tips2: kalau nak pinjam kaji dulu kemampuan nak bayar monthly instalment tu kat bank. Jangan nak hentam kromo jer pergi pinjam banyak dan nak dapat dividen yang banyak. tapi terlupa dia kena serve loan tu monthly.

    Just my 2 cent opinion. Saya pun lambat buat ASB ni sebab takut rugi, Alhamdulillah sekarang kalau taknak keluarkan duit gaji nak bayar monthly pun tak apa sebab dividen dah boleh cover monthly instalment.

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen saudara saya setuju...pengalam kita sama.jika yang berkemampuan buatlah pinjaman 100 k.dan dahulukan duit bayaran untuk tempoh setahun dan selepas itu biarkan dividen yang buat bayaran untuk kita

      Padam
    2. Sama amat-amat bersetuju dengan pendapat saudara kerana saya telah pun praktikkannya. Cuma saya tak buat pinjaman ASB terus dari bank tetapi saya buat pinjaman peribadi, kemudian baru labur ke ASB.Memang ada beza yang besar terutama faedah yang dikenakan.Kalau pinjaman ASB terus dari bank kena faedah + BLR, lebih kurang 6.5%. Pinjaman peribadi ada bawah 4%.

      Yang penting displin,kalau dapat dividen jangan nak habiskan kerana niat kita asalnya untuk pelaburan. Lagi satu..bayaran pinjaman peribadi biarlah jangan lebih dari 20% gaji.

      Padam
  7. apa hukum nya dari sudut Islam tuan? Ada artikal yg saya baca, hukumnya haram kerana riba'.Minta penjelasan tuan.

    BalasPadam
  8. Pinjaman ASB yang bank tu tawarkan saya tak pasti sama ada mematuhi syariah atau tidak. Berdasarkan kertas yang saya ambil di bank tersebut, tidak menyatakan yang pinjaman itu lulus syariah. Mungkin juga ada yang lulus syariah tapi saya tak pasti bank mana.

    Jadi sebelum ambil pinjaman tu, pastikan dia mematuhi syariah.

    BalasPadam
  9. diveden dan bonus hasil labur dalam asb,apa hukumnya tuan?

    BalasPadam
  10. Untuk menjawab soalan hukum melabur dalam ASB, sila rujuk kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau dalam internet ni masuk google, taip "ASB Majlis Fatwa Kebangsaan" pun boleh tengok.

    BalasPadam
  11. sy kakitangan kerajaan gaji sy hanya rm1500 dan masih bujang.. sy bt pnjmam asb 200k.. dh msk thn ke4 alhmdulila xde mslh.. tiap2 thn rolling je blk dt diveden.. nk kongsi ckit prncagan sy..

    1. bt pnjaman 50k - potongan sbln rm480

    2. dr 50k sy ambil 35k simpan utk kawin..

    3. selebihnya, lg 15k sy byr langsam pnjman ASB utk thn pertama sbyk rm14280 - pjaman 200k

    4. utk pnjaman 200k sptutnya sy perlu mbyr 1190sbln.. tp di sbbkan nk byr langsam utk thn prtama slps total utk sthn dpt la rm14280..

    5. ckup sthn dividen ASB sy sbyk 7.5% .. utk 200k punye simpanan sy dpt rm15000..

    6. step yg sma cuma kali ni sy guna dt dividen.. itu yg dinma kn rolling.. dt dividen 2 sy amik terus byr langsam utk thn ke-2 sbyk rm14280 lg.. baki rm720 msk poket.. begitulah berulang- ulang utk thn2 sterusnya shingga 25thn..

    7. sy start bt pd usia 22 dan isyallah kalo umo pnjng pd usia 47thn sy blh merasa 200k 2..

    8. hutang yg nmpk hnya hutang loan 50k sbyk rm480 sbln tu shj..htg ASB pejam mata sb dt dividen bt rolling..

    bg sy mnguntungkn terutama utk hr2 tua kt.. cuma kt perlu displin menguruskan prncngan wang..

    BalasPadam
  12. dengan UNIT TRUST dalam masa 25 tahun, cuma invest RM10k, dah boleh dapat pulangan sehingga RM100k, untuk potential return of 10%. dan ia syariah compliance yang dikawal oleh badan berdaftar.

    bayar dekat bank RM1,190 x 12 bulan = RM14,280
    RM14,280 x 25 tahun = RM357,000

    sedangkan, cuma RM100k, pulangan boleh menjangkau sehingga RM70k dlm masa 10tahun,

    mana lebih bijak?

    email: rozanna.rizwan@yahoo.com

    BalasPadam
  13. unit trust pon ade yg rugi gak

    BalasPadam

Dipersilakan komen.