Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

23 November 2010

Dinar Iraq Boleh Jadi Jutawan ?


Sekarang ni tersebar kononnya boleh beli duit 'Dinar Iraq' untuk peluang orang ramai jadi jutawan. Sekarang nampaknya dah berleluasa juga orang kita terjebak terutama pengguna internet.  Ada seorang ni kata, harganya RM 750 untuk memiliki 50 ribu dinar. Katanya, duit Iraq ni sekarang tak ada nilai kerana disekat oleh kerajaan asing yang menjajah Iraq sekarang.

Katanya, tak lama lagi duit ini akan diapungkan semula dan akan ada nilai yang tinggi. Katanya sehingga 1 dollar Amerika. Jadi kalau 50 ribu dinar Iraq, nilainya 50 ribu dollar Amerika, maknanya lebih 150 ribu ringgit Malaysia. Waw...modalnya cuma RM 750 saja, berbaloi betul.

Bila ditanya, bila sebenarnya duit ni akan diapungkan ?  Katanya dah tak lama lagi, paling lewat pun 3 bulan lagi. Sekarang baru lantik perdana Menteri baru Iraq dan lepas tu kabinet. Lepas tu duit ni akan diapungkan sebelum ganti matawang baru. Maknanya, tak lama lagi, ramailah orang kita jadi jutawan.

Tanpa saya nak ulas panjang, cukuplah orang kita dah banyak kena tipu. Ni dinar Iraq pulak. Jangan mudah terpedaya dengan penipuan ini... Cukuplah orang kita dah banyak kena tipu seperti saham ikan keli, lintah, burung puyuh, burung walit dan lain-lain. Dalam dunia sekarang kita perlu ingat, banyak penipuan yang  kita sendiri tak berapa sedar.

Nak ulang banyak-banyak kali letihlah saya. Bacalah sendiri dfalam blog saya ni, banyak cerita penipuan macam ni.

Cerita Paling Popular Dalam Blog ini, Sudah Nasibku Mat Burger

Pelaburan Keli, Lintah, Puyuh, Ketam


32 komen:

  1. Semoga tuan membuat lebih banyak kajian lagi sebelum mengulas sesuatu isu. Jangan terburu-buru membuat sesuatu kesimpulan..

    BalasPadam
  2. boleh ustaz jelaskan mengapa?..nak jgak tahu?..

    BalasPadam
  3. Entahlah kenapa orang kita ustaz. Dah banyak kali kena tipu, tapi masih nak percayakan benda macamni lagi. Nanti masa depan musnah.
    ..Mira.

    BalasPadam
  4. Hahaaa... dulu Rupiah Sukarno, sekarang Dinar Iraq pulak. Macam-mcam taktik org kita menipu. Kawan saya beli dinar ni sebeban, tak laku pun kat moneychanger. Kata dia kena tunggu diapungkan, tapi entah bila nak terapung, dah lebih setahun. Member tu dan menyesal, tunggu tak timbul-timbul.

    BalasPadam
  5. ni nama nya ustaz kurang ilmu di dada..masyaAllah

    BalasPadam
  6. Maaf tuan...tpi sy x rasa dinar iraq ni satu penipuan..secara umumnye jika kita memperdagangkan matawang memangla kita beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi...matawang ini juga matawang sbenar iraq kerna kita bole membuat semakan di laman rasmi bank pusat iraq...matawang ini buat masa ini laku dlm iraq sahaja...apabila sudah di iktiraf utk didagangkan secara global...kita bole membuat tukaran di mana2 dlm dunia...skrg ini pun sudah ada money changer malaysia yg jual dn beli dinar iraq tetapi dengan kadar semasa...jadi sy tidak nmpk dimana penipuannye...mungkin kerna terpaksa menunggu lama utk diapungkan tetapi sudah menjadi lumrah putaran ekonomi begini memakan masa yg lama kerna proses mengapungkannya bukanla mudah berikutan prosedur dn undang2 yg terpaksa dilalui...

    BalasPadam
  7. Sebelum komen , kene rujuk pakar ekonomi

    BalasPadam
  8. tuan? saham saham pelaburan kat malaysia ni seperti ikan keli dan lain2 memang tak boleh percaya,mula2 saja tapi lepas beberapa bulan senyap saja..saya ada menyimpan dinar kuwait Alhamdulilah sekarang boleh beli kebun 150 ekar.buat rumah anak2 yatim dan macam2 boleh buat di jalan yang di redhai Allah...

    BalasPadam
  9. pandai la kau beli kebun siap. nak auta pun tak payah lebih-lebih.

    BalasPadam
  10. jual sawi laaa wehh kaya..

    BalasPadam
  11. pening pale yang maner satu entah yang betul...jadi mane2 kengkawan yang berpengetahuan atau pun memang mengikuti perkembangan dinar iraq ni atau ade buat reseach.mintak email kan lah pade saye.sbb saye tengah selidik mende nih dan perlukan sedikit maklumat atau panduan dari kengkawan...emailkan pade saye fullfraser@yahoo.com...manelah tau ini satu peluang...walau macam mane pun tq pade ustaz yang mengutarakan isu nih...ustaz hanya memberi pendapatnya shj...

    BalasPadam
  12. cakap banyak tiada guna..kalau sapa berani tanggung risiko bolehla simpan sekeping dua ..x rugi sgtla..daripada x beli langsung.kalu jd kenyataan melopong nanti..kuasa ALLAH melebihi segalanya..aku percaya padanya dn aku sentiasa berdoa supaya ALLAH bersamaku

    BalasPadam
  13. Saya bekerja di basra ( oil & gas) selatan iraq. Disini nak saya nyatakan bahawa mmg terdapat byk penipuan sindiket berkaitan pengapungan iraq dinar.Usah di ikut skim berkenaan kerana sekarang dari situasi yg saya alami sekarang adalah lebih senang berurusan dng USD berbanding iraqi dinar. Bygkan 10 dinar disni mmg tiada ertinya malahan ada yg membakar kerana nilainya yg terlalu rendah. Pihak Ministry of Oil and Finance Baghdad sendiri sedar ramai org luar ( masyarakat dunia luar sibok membeli iraq dinar) dan logiknya mereka takkan mengapung sewenang wenangnya . Maka pesan saya kepada rakyat Malaysia jgn mudah terpedaya. Carilah rezeki setimpal titik peluh kita, kudrat kita. TIDAK ada wang datang bergolek sewenang wenangnya. Saya khuatiri anda yg dah melaburdan membeli dinar akan merasa kesal sekesalnya tindakan anda.

    BalasPadam
  14. org melayu mmg kuat belit>>macam2 cara nk mkn duit org,kejap skim amanah raya,,kononnye ade harta pusaka yg x dituntut,cari 10 org sorang 1rat pastu dh leh bwk kuar itu harta...jgn jd penipu sgt r kn..skang dinar plak...yg naek kn nilai tu sebenarnyer korang gk..mula2 250000 dinar leh dpt dlm 50 je,skang ni da naek jd 120....so pike2 kn je r...x mustahil dinar tu leh jd cam duit pisang zaman jepun dlu........yg suke menipu tu tobat2 le ...

    BalasPadam
  15. awak semua budak budak lagi...

    BalasPadam
  16. So what, logik ape?

    Perkara pertama yang korang patut tahu adalah : Dinar Iraq takkan naik! Dan kalau dia nak naik pun, nilai dinar Iraq akan naik secara gradual dan bukannya suka hati terus jadi $3.7 gila apa. Kau dah lupa ke, dinar Iraq sekarang adalah dinar baru yang telah menggantikan dinar Iraq zaman Saddam Hussien yang kini nilainya sama dengan tisu tandas.

    Dan kalau korang rajin untuk baca sedikit lagi, mari aku explain kenapa skim ni memang 100% scam:

    Untuk jual matawang, kena ada pembeli – Setakat ni hanya ada satu saja tempat kat dunia ni yang beli matawang Iraq, iaitu Bank of Iraq sendiri. Kau beli dengan Iraq 64 ringgit, lepas tu nak jual balik kat diorang RM280,000. Gila apa? Lagi baik Iraq guna matawang baru.
    Seorang pakar ekonomi pernah cakap,,,,,
    No matter how low a currency gets, it can always go lower

    So dengan kata lain, nak tunggu currency Iraq naik melambung ni sama la macam tunggu ayam jantan bertelur. Keadaan ekonomi bukan faktor untuk currency naik mendadak. Kau tengok jepun duit diorang besar ke tak? Tapi ekonomi steady je kan?

    Scammer buat duit dengan cara menjual matawang lebih dari nilai sebenar. Kadang-kadang sampai dua kali ganda! Malangnya manusia-manusia yang tak pandai guna google ni tak kisah bayar double, sebab dah mabuk nak jadi kaya beb. Terdapat juga scammer yang terdiri dari manusia yang dah tertipu, lepas tu nak ‘fluid’ kan balik duit dia dengan cara tipu orang lain.

    BalasPadam
  17. kebanyakkanya individu yang berada dalam lingkungan umur 40 ke atas paling ramai ditipu....

    BalasPadam
  18. ada kah logik ...tiada yg kaya kecuali berusaha dgn titik peluhnya sndiri,,..pkir2 kan lah..jgn mabuk dgn kya tnpa usaha...moral dinar iraq jgn beli..

    BalasPadam
  19. nak tanya.nak cetak iqd tu senagke ustaz.yang tktau tentang ekonomi

    BalasPadam
  20. biar kan ustaz dn labu nyer tenggelam dik kata2 sendiri...biar kan..mcm mn org melayu nk maju...

    BalasPadam
  21. nak kata yang beli dinar kurang cerdik dan tak buat research dgn intenet pun kurang tepatkerana setahu saya pembeli dinar rata2nya mereka yang berpendidikan dan berkerjaya menarik dan celik IT.orang kampung ada juga beli tapi tak ramai tapi majoriti pemilik dinar adalah kakitangan awam,swasta dan golongan profesional.bg saya secara pribadi tetap mencuba untuk simpan sekeping dua.jika menjadi Alhamdulillah.jika tidak pun takpa.sekurang2nya kita mencuba.Allahualam.

    BalasPadam
  22. pembeli dinar yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya menarik dan celik IT tu sbenarnya golongan TERPEDAYA, dah yang mempromotenya pun org2 yang sama level dia mau tak percaya mesti termakan jugak tipu daya kwn2..lagi plak diorang senang buat loan

    BalasPadam
  23. dah anta pertanyaan ke facebook Bank Negara minta mereka sahkan secara rasmi Dinar Iraq ni satu penipuan kewangan tapi tidak dibalas selepas itu.Pelik kan??????kalau scam,tentu BNM dah umum dalam berita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. die xkan umum kn dalam berita bro...owg bank jew yg akan tau....

      Padam
  24. konsep transaksi = berani ambil risiko

    untung/rugi belakang cerita..

    BalasPadam
  25. percaya atau tidak lantak korang la....dinar iraq mmg akan diapungkan...so tngu da lihat jela....orang yg tau ekonomi je yg tau....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko tunggu jerlah..aku dah baca tentang dinar iraq ni dari 2007 lagiii..semua ckp bulan depan dlm tahun tu..bila masuk tahun baru..diorang pun ckp benda yg sama juga..ini dah masuk 2012...hahahahahaha..satu habuk pun tadakk

      Padam
  26. salam...
    sekadar pendapat..... kalau betolla set wang 50,000 dinar iraq yang boleh dibeli pada harga rm750/set boleh melambung sehingga USD 50,000 atau lebih RM150,000,.... saya secara yakinnya akan cakap, penjual dinar iraq adalah manusia terbodoh... [sebagai manusia biasa, yang bukan zuhud, baikla simpan sendiri... nanti kalau dinar iraq diapungkan... penjual dinar iraq akan untung besar.... apsal plak nak kongsi dgn orng lain? kalau betulla untuk kebaikan bersama, nanti bila dinar diapungkan, penjual dinar tu boleh jer nak bantu org lain... kenapa dok sibuk nak jual set wang dinar iraq tu????? ] saya bukan pakar ekonomi...

    BalasPadam
  27. dinar iraq boleh percaya ke??

    BalasPadam
  28. Assalam... untuk makluman semua, dinar iraq bukanlah scam. nk ckp biarlah dgn ilmu bkn men blasah je. dlm ilmu ekonomi, matawang sesebuah negara ditentukan oleh tahap ekonominya. mmg akn jd xlaku bila berlakunya perang, sama seperti iraq. tp skrg US pn dh kluar dr iraq, msk paper pn.. b'maksud dh merdeka la.. bila ekonomi iraq dh pulih seperti dulu, matawang diorg pn akn mningkat kembali seperti dulu juga. secara logik xkan la iraq xnk majukan ekonomi diorg sedangkan diorg pngeluar kedua t'besar dunia.. seperti yg pernah t'jadi kepada dinar kuwait.. dinar iraq pasti akan diapungkn.. cuma masa yg menentukan.. Wallahua'lam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm mane plak klu iraq tukar duit baru..laku lg ke IQD yg lame??

      Padam
  29. tiap-tiap bulan kata bulan depan..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.