Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

05 November 2010

Gadis Bergaduh Dengan Bakal Tunang, Seminggu Lagi Nak Bertunang


Ada seorang gadis ni, bergaduh dengan lelaki bakal tunangnya, seminggu lagi nak bertunang. Malah kedua-dua pihak sudah beli barang-barang hantaran masing-masing. Harga pulak tu tak kurang dari seribu ringgit bagi satu-satu pihak lelaki dan perempuan.  Kiranya dah cukup 80 peratus daripada persiapan yang sepatutnya dah siap.

Perempuan nampaknya dah merajuk terus dan tak mahu bertunang. Masalahnya sekarang, keluarga perempuan nasihat dan marahkan perempuan sebab kata tak jadi bertunang. Mereka kata nak teruskan juga pertunang sebab dah janji dengan pihak sebelah dan ahli-ahli mesyuarat tingkap semua dah tahu.

Bila ditanya sebab apa perempuan tak jadi bertunang. Dia jawab, lelaki suka mengongkong dan suka buat lawak bodoh sehingga menyakitkan hati dia. Perempuan nekad sangat taknak bertunang. Kalau boleh, dia nak lari dari rumah sehari sebelum bertunang supaya majlis dia tak jadi.

Sesiapa pembaca yang boleh nasihat, nasihatkanlah gadis ni.....

3 ulasan:

  1. Hehehe...Kawe boleh nasihatkan gadis tu.. Kalau tak mahu bertunang meh sini biar abe sunting bunga di taman . Abe ni seorang yang tak suko mengongkong apatah lagi buwek lawok yang buleh sakitkan hati wanita. Percayalah. Abe insan yang budiman. Hmm. Buleh Tuan rekomenkan pada saya tak?

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  2. Pada pandangan saya alasan yang diberikan hanyalah escapism (pelarian) kerana dalam kes-kes seumpama ini, biasanya ada hal di sebalik tabir yang tak terungkap. Biasanya perkara berkaitan maruah dan wujudnya cinta berdahan lebih satu! salam dan maaf.

    BalasPadam
  3. ustaz ni memang lawak la.... "ahli2 mesyuarat tingkap"..... hehehe... hahaha

    BalasPadam

Dipersilakan komen.