Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

06 November 2010

Isteri Kata Kalau Suami Dia Kawin Lagi, Dia Lari, Padahal Suami Dia Dah Kawin


Seorang suami cakap dengan isteri dengan nada yang macam bergurau, lebih kurang begini.

"Bagaimana agaknya kalau abang kawin lagi ?". Kata suami.

"Kalau awak kawin lagi, saya bawak anak-anak lari, tinggalkan awak". Kata isteri.

Sebenarnya suami dia dah kawin lagi satu, cuma belum beritahu isteri jer. Dan tak ada peluang yang sesuai untuk beritahu isteri. Agaknya macam mana nak beritahu isteri ?
Pembaca tolonglah bantu.

7 ulasan:

  1. Isteri janganlah cakap macam tu, suami ibarat jambatan ke syurga.

    BalasPadam
  2. pendapat ana lah...mula2 jangan bagi tahu dulu, langkah pertama:bagi isteri gelang emas atau rantai emas,ambik hati dia dulu, buat tanda kt sayang pada dia,pastu bawa isteri dan anak2 pergi melancong(jalan2)mcm PD ke, pangkor ke dan apa2 lah,janji dia suka tempat tu,pastu klu dia dah suka pada kt dan dah syg pada kt, ckp baik2 kat isteri yang dia dah nikah lagi,so klu isteri mengamuk,suruh dia istiqfar byk2...

    BalasPadam
  3. susah gak nak bantu ni..apa-apahal pun beri isteri tempoh masa untuk dia.. jgn ceritakan hal ini sehingga kita bersedia begitu juga dengan dia.. ada peluang atau masa yg sesuai baru beritahu.. andaikata isteri melenting itu normal.. selepas itu cuba cari jln macmn nak bagi diaorg jadi kamcing. ikut pengalaman kawan lama, dia pi umah isteri pertama bawa hadiah ckp isteri kedua bagi begitu juga sebaliknya.. alhamdulilah.. baik juga akhirnya..cuba lah.. smga bjya.. amin..

    BalasPadam
  4. cam mana ya kalu isteri tu pulak yang kawin 2?? Agak2 suami tu melenting tak???

    BalasPadam
  5. branie buat, branie lah cakap.. ntah apa2..

    p/s - kepada Tanpa Nama diatas, agama apa yg mengizinkan isteri bersuami lebih dari satu dlm satu-satu masa ? Dlm Islam, mmg diizinkan lelaki berkahwin 4 (dgn cukup syarat2nya)..

    BalasPadam
  6. Ala, tanpa nama no 4 tu hanya nak membawa kita semua agar berfikir, apa perasaan si suami pulak sekiranya si isteri pula nak kawin no 2 (kalau boleh la....walaupun memang tak boleh...) Suka ke? Lelaki ni memang seronok kalau bercakap tentang kahwin lebih dari satu. Memang la boleh, tapi mampu ke? Mampu dari segi apa? Dari segala-galanya, baik dari segi batin, juga dari segi zahir. Lu fikirlah sendiri...
    Anyway, bagi kes ni, tak payahlah buat cadangan yang kedua tu especially bila si suami tak pernah buat sesuatu yang istimewa kepada keluarganya. Itu ada 2 petanda. Sama ada si suami tak lama lagi dah nak mati, ataupun namanya nak memperbodohkan si isteri tua. Awal-awal lagi dah kantoi. Si isteri pasti dah dapat agak dari mula. Saya rasa ada baiknya si suami berterus terang lebih awal. Jangan sampai si isteri dapat tahu daripada orang lain. Caranya, terus terang aje. Kalau dah berani kawin satu lagi, maka beranilah berterus terang dengan isteri pertama. Lepas tu, hembuskan dia dengan dengan surah-surah terpilih, biar lembut hatinya. Kemudian berlaku adillah kepada semua ahli keluarga, baik yang tua mahupun yang muda. Bila ada keadilan itu, rasanya mereka akan faham bahawa si suami itu mampu untuk berpoligami dan insyaAllah mereka akan mula menerima satu sama lain. Dan jika nak kawin satu lagi, kenalah pastikan bahawa kedua-dua isteri tadi memang boleh ngam antara satu sama lain... Jangan asyik nak syok sendiri aje gamaknya...

    BalasPadam
  7. saya tak akan terima kalau suami saya ada bini no 2, sebab gaji dia tak cukup, saya membantu suami dlm masaalah kewangan utk membesarkan anak2. kami susah senang bersama termasuk duit gaji beshare dan account pun bersama. klau suami menginyaya saya dlm hal ini, saya akan menuntut fasah kerna melakukan penipuan serta tidak pernah memberi nafkah zahir bagaimana pula boleh memberi nafkah yg no 2. Jaga2 yg no 2,jgn terkena lelaki yg belagak kaya,walau gaji 2ribu keatas belum pasti duitnya banyak sebaliknya hutang loan nya tinggi. Biasanya kewangan yg di gunakan utk memuaskan simpanan nya adalah hasil kewangan tipu dan hutang sanasini, hingga melibatkan begadai emas bini, begadai tanah. sudah semua itu habis dimana mau mencari duit lagi? akhirnya aloan pelajar anak dikerjakan utk kegunaan harian. Sungguh kejam akal manusia dan kekejaman manusia kerana melaksanakan nafsu seorang perampuan yg no 2. Jangan perasaan mendapat kaya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.