Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

14 November 2010

Juruwang Pasaraya, Berbudi Bahasalah Sikit

Semalam saya beli sabun basuh 3 kg di salah sebuah pasaraya di Kluang. Selain tu, ada juga beli barang lain. Masa bayar tu, pergi ke satu kaunter, pekerja wanita Melayu usia mungkin 20-an atau 30-an.

Masa dia angkat dan scan harga sabun tu, saya nampak macam ada serbuk sabun tumpah di bahagian bawah. Rasa saya mungkin plastik sabun tu ada sikit koyak. Saya pun keluarkan semula dari plastik dan tengok kat bahagian bawah sabun tu. Saya cakap.

"Tunggu sekejap, ni ada koyak ke tak ?" Kata saya.
Tangan saya tengok di bahagian bawah sabun tu.

Dia jawab,

"Mana saya tahu, awak yang ambil sendiri". Kata wanita tu.
Amboi kasarnya bahasa. Tak ada ke bahasa yang elok sikit bila bercakap dengan pelanggan.

Saya periksa sabun tu, tak koyak pun. Mungkin serbuk sabun yang keluar tu datang dari sabun lain atau pada tempat letak sabun tu. Cuma yang tak sedapnya, bahasa juruwang tu.

7 ulasan:

  1. kena ambik gambar juruwang cam mazidul baru berbaloi tegurannya

    BalasPadam
  2. mungkin waktu tu ada masalah dgn pasangan (gf/bf) kut... atau mungkin masalah gaji/elaun bulanan terlalu rendah... atau mungkin masalah gaji blum dpt... atau pelbagai lagi masalah yg dihadapi waktu tu... kut !!!

    tq..

    BalasPadam
  3. salam...

    dlm semua urusan, bahasa ketika berkomunikasi dgn org sentiasa kene jaga.

    BalasPadam
  4. Zaman sekarang ni, dah banyak sangat budak2 yang merasakan diri mereka bila sudah masuk alam pekerjaan, mereka tidak perlu lagi budi bahasa dengan orang sekeliling. Memang menyakitkan hati bila perlu berdepan dengan 'anak orang' yang kurang budi bahasa seperti itu.

    BalasPadam
  5. dia datang bulan kot....hormon tak stabil hehe

    BalasPadam
  6. assalamualaikum... emm ada masalah apa sekali pun,Pelanggan selalunya benar..tgk Juruwang Pasaraya giant..kan ada pakai lambang gambar senyuman kat baju..tapi kebanyakkan masa gi bayar,muka mereka masam je..macam kita ada banyak utang dgn dia org..kadang macam nak tanya je dengan dia orang..lambang tu untuk apa sebenarnya. hehe...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.