"Saya adalah seorang isteri kedua. Kami baru setahun mendirikan rumahtangga dan kini sedang mengandung anak sulong kami beberapa bulan.
Saya sudah tidak tahan hidup bermadu. Saya selalu ditinggalkan keseorangan. Sehingga saya sering menyalahkan diri sendiri kerana berkahwin dengan suami dahulu tanpa berfikir panjang. Untuk pengetahuan, perkahwinan kami direstui oleh ibu-bapa saya dan kenduri diadakan secara besar-besaran seperti org lain.
Tapi saya tidak bahagia kerana sering ditinggalkan sendirian. Suami memang menjalankan sistem giliran yg betul tapi desakan hati tidak sanggup lagi hidup begini. Saya selalu menangis sendirian dan sering terlintas dalam fikiran untuk bercerai. Patutkah saya memohon cerai ?
Tolong nasihatkan saya...sesungguhnya saya telah melakukan sembahayang dan membaca Quran supaya Allah beri petunjuk pada saya. Tapi hati saya sering tewas dengan keadaan ini. Bantu lah saya ustaz. Apa yang harus saya lakukan ?"
Pembaca, lelaki dan wanita, silalah bantu jawabkan....



hanya pengalaman saya.
BalasPadamSurah Al-Baqarah Ayat 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
1) ayat di atas menjadi motivasi kepada saya bila sesuatu perkaya yg saya tidak suka berlaku.
2) sebenarnya kita tak sendirian, ALLAH sentiasa bersama kita. bila solat sujud lame ckit (berdoa)& paham makna bacaan dlm solat.
3) baca quran dgn terjemahannya, jadikan buku motivasi & agama sebaik peneman :
4) perasaan sedih, lemah, putus asa tu datang dari syaitan. jgn di layan.
5) selalu berkongsi masalah dgn kluarga & orang2 yg berfikiran positif. jauhkan diri dgn orang2 berfikiran negatif.
semoga dapat membantu....
Salam Tuan. Persoalan ini mmg payah utk di rungkaikan, pun begitu tidak ada masalah yang tidak dpt diselesaikan. Saya hanya dapat mengatakan SABAR dan bertenang terlebih dahulu... terkadang sebarang dugaan itu jika kita bersabar sedikit mungkin membuahkan hasil yang baik nanti. Hanya mereka yang tabah dan sabar sahaja akan memiliki kejayaannya nanti. Perlu diingat hidup ini tidak lebih hanya satu dugaan dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik utk hambanya. Mmg berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
BalasPadamamalkan membaca ayat 102 surah al baqarah setiap kali lepas solat dan fahami terjemahan ayat tersebt.
BalasPadamSalam, kakak memahami perasaan adik kerana berada dalam situasi yang sama, hanya dengan mendekatkan diri pada ALLAH, jiwa akan jadi tenang. Boleh hubungi kakak melalui e mail for further advice and sharing experiences. Wassalam.
BalasPadamAlhamdulillah, saya lihat Blog Ustaz Khalil ini benar-benar membantu ramai orang.
BalasPadamUntuk saudari, dekatkan diri dengan Allah. Cinta di dunia hanya sementara, tapi cinta Allah itu kekal. Kita tak pernah bersendirian. Biasalah asam garam rumah tangga, pahit manisnya.. semua terasa.
Saya doakan yang terbaik untuk saudari =)
Begitulah resamnya kalau berbagi suami. Anda tak akan mendapatnya 100%. Sepatutnya sebelum kawin dulu, fikir habis2,tanya diri sendiri: sanggupkah aku menjadi isteri 'part-time..'?Kalau sanggup berkongsi dan berbahagi..teruskan, jika tidak sanggup, jangan diteruskan..Ibarat kata pepatah..Kalau tak sanggup dilambung ombak, janganlah berumah di tepi pantai...Muhasabah diri adalah perkara terbaik...
BalasPadam1.banyakkan membaca buku2 motivasi dan agama..
BalasPadam2.jgn d lyn perasaan tu..syaitan sgaja ingin myesatkan..
3.stiasa bsyukur dgn apa yg kita ada skrg...bkn mudah nk dptkn suami yg blh mbimbing dunia akhirat
4.percaya pd pasangan
5.redha
6.berfikiran positif
7.kasihankn suami kerna dia da ckup tbeban ingin mjg 2 hati & tggjwbnya jg cukup besar
8.bantu suami utk mjd suami yg adil
9.jgn tamak.. di syurga pn kta akn bkongsi suami..bkn 1 org je..malah ramai....
10.ttpkn niat bkahwin utk mcari keredhaanNya...
11.paling ptg skali, dekatkn diri dgn Allah s.w.t
Assalammualaikum...
BalasPadamtidaklah beriman seseorang itu sehingga dia diuji oleh Allah. sebagai orang islam, kita perlu sedar bahawa hidup kita di dunia ini adalah hanya sementara. dan selama mana kita hidup di bumi Allah ini dengan menghirup udara dan bernafas denganya, kita memang selayak nya di uji. dan ujian itu pula pelbagai mengikut kekuatan diri kita untuk memikulnya. ujian2 ini pula antara lain adalah untuk menyucikan diri kita dari dosa2 yang lalu, meninggikan darjat dan sebagai imbalan/pelaburan untuk kita bermusafir di negeri akhirat kelak. antara perkara2 takdir yang tak dapat kita ubah melalui doa adalah ajal maut dan jodoh (ustaz, kalau salah tolong betulkan). oleh itu, andai nya puan dan tuan telah terlibat dalam kancah poligami maka terima lah ianya sebagai ujian buat kalian. dan sebaik2 strategi untuk melalui ujian ini dengan jaya nya adalah dengan sabar, taqwa dan iman. belajarlah dari kisah2 salafus soleh dan nabi2 sebelum kita. ambil lah ibrar dari kisah2 umat islam yang terdahulu yang Allah pilih sebagai kekasih Nya. bagi wanita2 yang hidup dalam poligami, lalui lah jejak bertapak yang ditinggalkan ummul mukminin, juga siti hajar ummu ismail. perit dan ranjau yang mereka lalui lebih hebat dan lebih getir dan mereka pun Allah janjikan syurga. kita hidup di akhir zaman, rebut lah peluang dengan kesabaran dan ketaqwaan. akhirat adalah abadi. dunia ini hanya jambatan yang penuh duri. kembali lah pada Allah. sekian. pendapat 20 sen saya yang tak seberapa. wallahualam.
asalamualaikum..saya isteri kedua dan berkahwin setahun 4 bulan. malangnya suami saya tidak berani pulang ke rumah kerana isterinya memaksa menceraikan saya.saya tetap bersabar dan bersolat hajat minta lembutkan hati isteri pertama. saya sayangkan suami wp mas utk saya terlalu jarang. apa yang perlu saya lakukan untuk tenangkan fikiran dan mengharapkan suami berani utk bertanggungjwab.
BalasPadam