Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

08 November 2010

Tinggalkan Isteri dan Anak-anak, Kawin Lain

Seorang lelaki usia 40-an meninggalkan isteri dan 5 orang anak begitu saja. Lelaki menceraikan isterinya kira-kira dua tahun lalu. Kemudian berkahwin dengan seorang gadis berusia 30-an. Suami lansung tak menjenguk atau memberi nafkah kepada anak-anaknya. Malah, anak-anak tak tahu di mana bapanya berada sekarang.

Maka hiduplah isteri sendirian  membesarkan 5 orang anak yang masih kecil antara 4-15 tahun, semuanya masih bersekolah. Dia menumpang di rumah yang dibina sendiri secara ala kadar di sebelah rumah ibu bapanya di Kluang. Wanita berusia 36 tahun ini terpaksa bekerja di sebuah kilang dengan gaji RM 600 untuk menampung hidup sekeluarganya.

Wang gaji ini tidaklah cukup untuk belanja seharian keluarga  ini. Bagaimanapun, pelajaran anak-anak tidak diabaikan, malah ibunya tetap tidak memberhentikan anak-anak dari sekolah walaupun tidak mampu. Dia mahu anak-anaknya berjaya dan menebus segala kesusahan yang dialami ibunya dalam membesarkan anak-anak.

Bantuan Zakat

Berdasarkan kes ini, hari ini saya menyokong untuk memberikan bantuan bulanan RM 300 sebulan (yang diterima setiap bulan) dari wang zakat kepada keluarga ini. Dia akan menerima wang ini tak lama lagi. Saya percaya, walaupun sudah mendapat bantuan tetapi masih belum mencukupi, tetapi sekadar meringankan bebanan.  Insyaallah, keluarga ini juga bakal menerima bantuan rumah dari Baitulmal selepas beberapa proses selesai.

Ke mana Bapa Anak Ini ?

Tergamak seorang bapa meninggalkan anak-anak tanpa memberi nafkah seperti ini. Lelaki ini, dulu seorang kakitangan kerajaan, sekarang sudah berhenti dan bekerja sendiri. Sedang dia bergembira bersama isteri barunya, janganlah lupakan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan belanja yang sepatutnya.

Berzakat dan Bersedekahlah

Kepada semua orang Islam yang membaca cerita ini, kalau kita ada kemampuan, sudikanlah kita bersedekah. Bukan saja kepada keluarga ini, tetapi kepada orang lain yang memerlukan. Kepada orang yang berada dan berkemampuan, mungkin nilai RM 10.00 dianggap murah, tapi bagi keluarga ini cukup berharga untuk meneruskan hidup mereka. Jadi apa salahnya kita hulurkan RM 10 kepada anak-anak ini bila kita menziarahinya. Berzakat dan bersedekahlah, untuk membantu sesama Islam.

3 ulasan:

  1. Salam..

    Ustaz, apa tindakan yang boleh diambil terhadap suami tersebut ? Bolehkah bekas isteri membuat aduan/tuntutan di pejabat agama / mahkamah syariah dan adakah prosedur nya memakan masa / rumit memandangkan bekas suami sudah tidak diketahui di mana berada?

    BalasPadam
  2. Salam ustaz...mungkin boleh war-warkan no akaun supaya orang ramai yang hendak menghulur bantuan boleh terus bank in kedalamnya. Ala sekarang kan pakai klik klik dah masuk duit. Maybank2u kan ada. Kalau sorang hulur RM 10 kalau ramai mungkin dapat membantu meringankan beban orang yg dalam kesusahan. Nak hulur banyak memang le tak mampu tapi kalau sorang RM 10 mungkin tak terasa sangat lah.

    BalasPadam
  3. Bulan ni kawan gaji awal. Kawan pun ingin membantu isteri beranak lima tu. Bagaimana kaedahnya Tuan?.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam

Dipersilakan komen.