Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

02 Disember 2010

Bakal Pengantin Tak Boleh Baca Surah Al-Fatihah


Baru-baru ni, ada satu permohonan oleh pasangan pengantin untuk bernikah di Kluang. Bila ditemuduga, kedua-duanya iaitu bakal pengantin lelaki dan perempuan telah gagal dalam temuduga. Kes ini dirujuk kepada saya untuk pertimbangan dan saya terkejut kerana kedua-duanya gagal temuduga kerana tidak boleh baca surah Al-Fatihah. Saya tetap tidak memberi lulus kepada mereka sehingga mereka berjaya membaca surah tersebut.

Sebenarnya, kalau bab-bab lain dia gagal, saya masih ada pertimbangan sikit. Tapi kalau gagal baca surah Al-Fatihah, saya tak boleh terimalah. Pasangan ini balik  dan datang keesokan harinya dengan harapan dia boleh hafal surah Al-Fatihah ini di rumah. Malangnya sekali lagi mereka gagal dan saya minta mereka balik dulu dan datang semula selepas dapat hafal surah ini.

Yang saya cerita ini adalah orang kita, orang Melayu yang dah Islam dari kecil. Bukan seorang, tapi dua-dua sekali tak boleh baca Al-Fatihah. Mak dan ayah dia pun Islam dari kecil. Patutkah ibu bapa dipersoalkan pada akhirat kelak kerana kegagalannya mendidik anak-anak ? Kenapalah boleh terjadi perkara sebegini ?

2 ulasan:

  1. kasihankan.. harapnya saya bertemu jodoh dengan orang yang boleh membimbing saya..amin

    BalasPadam
  2. cuba semak / check kedua2 ibubapa bakal pengantin, adakah kedua2nya boleh baca al-fatihah?????

    saya rasa mrk sama saja spt anak mrk2...

    yg saya pelik, ada ppuan bakal pengantin tak dapat nikah sebab cari bapa/wali tak jumpa sejak dia lahir walaupun dah masuk paper/ dah istiyar dia cari bapa utk jadi wali dia nikah...

    come on la ustaz & pej agama.... tak kan disebabkan bapa yg tak "jaga amanah" (anak adalah amanah) ini sampai anak tak boleh nikah...? bukankah jelas boleh guna wali hakim...?

    sedangkan bapa yg 'fasik" spt sengaja tinggalkan solat, atau tak solat sepanjang hidup & tak puasa pun kalau kita tau bapa fasik (fasik dosa2 kecil yg boleh membawa dosa2 besar jika selalu diamalkan) yg seeloknya tidak menikahkan anak ppuannya.....

    bila perkara hukum cuba dibuat (yg selalunya melanggar adat melayu) maka riuh rendahlah masyarakat atau penduduk kg....

    bilalah org melayu ni nak berubah????? jelas bapa seorang peminum arak, berjudi etc, memanglah sebaiknya tidak mewalikan pernikahan anak ppuannya... baru dia tahu berat tanggungjwb sebagai sorang bapa!!!!

    BalasPadam

Dipersilakan komen.