Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

05 Disember 2010

Jutawan Terkaya di Indonesia


JAKARTA 4 Dis. - Majalah Forbes mengumumkan tujuh muka baru dalam senarai 40 orang terkaya di Indonesia dalam terbitan terbaru majalah itu bulan ini

Mereka terdiri daripada Sri Prakash Lohia yang memiliki kekayaan berjumlah RM8.39 bilion (AS$2.65 bilion), Kiki Barki Makmur RM5.34 bilion (AS$1.7 bilion), Benny Subianto RM3.3 bilion (AS$1.05 bilion), Agus Lasmono Sudwikatmono RM2.65 bilion (AS$845 juta), Tahir RM2.53 bilion (AS$805 juta), Wiwoho Basuki Tjokronegoro RM1.81 bilion (AS$575 juta) serta Engki Wibowo dan Jenny Quantero masing-masing memiliki kekayaan berjumlah RM1.76 bilion (AS$560 juta).

Daripada ketujuh-tujuh nama itu, Agus Lasmono Sudwikatmono merupakan yang paling muda pada usia 39 tahun dengan kekayaan berjumlah RM2.65 bilion (7.6 trilion rupiah).Agus merupakan Naib Presiden syarikat, PT Indika Energy, yang berkecimpung dalam industri perlombongan dan tenaga.

Menurut Ketua Penasihat Editorial Forbes Indonesia, Justin Doeble, jutawan Indonesia mengalami peningkatan kekayaan hampir dua kali ganda dari tahun sebelumnya.Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan arang batu dan perladangan, khususnya sawit.

Berikut ini adalah profil tujuh pendatang baru orang terkaya di Indonesia :

Sri Prakash Lohia, 58, pemilik Grup Indorama. Pengeluar polyester terkemuka di dunia. Produknya dieksport ke 90 negara di lima benua. Selain terlibat dalam industri tekstil, beliau juga terlibat dalam sektor jana kuasa elektrik.

Kiki Barki Makmur, 71, pemilik Kumpulan Tanito Coal. Salah satu perusahaan arang batunya, PT Harum Energy Tbk disenaraikan di Bursa Efek Indonesia pada Oktober lalu dan memperoleh keuntungan 1 trillion rupiah (RM350 juta). Kekayaannya naik mendadak dalam tempoh tiga tahun daripada 13.5 trillion rupiah (RM4.7 bilion) menjadi 15.3 trillion rupiah (RM5.3 bilion). Kiki turut memiliki saham di Australia melalui Cockatoo Coal.

Benny Subianto, 68, memulakan kerjaya dengan menyertai Astra Internasional milik William Soeryadjaya. Beliau kemudian memegang jawatan penting di syarikat milik Astra, antara lain United Tractors, Agro Industri, PT Sumalindo Lestari Jaya, dan Astra Basic Industri. Kini Benny dan dua lagi rakan kongsi, Edward Soeryadjaya dan Boy Tohir sama-sama membina kejayaan melalui Adaro Energy.

Agus Lasmono Sudwikatmono, 39, pemilik Grup Indika. Terlibat dalam pelbagai perniagaan termasuk multimedia (Indika FM, Indika Telemedia, Indika Production) serta memiliki saham di SCTV dan Planet Hollywood.Turut menceburi sektor tenaga arang batu melalui syarikat PT Indika Energy Tbk, industri petrokimia melalui syarikat PT Petrokimia Nusantara Interindo.

Wiwoho Basuki Tjokronegoro, pemilik Grup Tripatra, menceburi industri cari gali minyak termasuk mengeluarkan pelantar serta pemasangan kelengkapan itu. Beliau turut menceburi bidang kajian laut, kewangan serta bekalan elektrik dan perlombongan. Beliau merupakan Presiden Pesuruhjaya syarikat Indika Energy.

Engki Wibowo, 59, dan Jenny Quantero, 58, pula merupakan pemilik syarikat PT Bayan Resources Tbk, yang terlibat dalam bidang perlombongan arang batu. Bayan merupakan salah satu daripada syarikat arang batu terbesar di Indonesia.

1 ulasan:

  1. Andai kekayaan nya bisa dibagi ke saya

    BalasPadam

Dipersilakan komen.