Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

11 Disember 2010

Tak Jadi Bertunang, Bakal Tunang Tak Hadir


Hari yang cukup ditunggu-tunggu pun tiba iaitu hari majlis pertunangan. Perempuan pun bersiap dengan jamuan ala kadar dan sedikit hadiah sebagai balasan kepada bakal tunangnya. Malangnya, hari sepatutnya bertunang itu, bakal tunangnya tak muncul-muncul. Dijanjikan bertunag sebelah petang tapi sampai malam pun tak tiba. Bukan jauh sangat, daerah bersebelahan saja.

Maka tak jadilah bertunang kerana sedikit perselisihan. Beberapa hari selepas tu, lelaki telefon katanya untuk terus memutuskan hubungan. Perempuan kecewa, siapa yang tak kecewa. Sebagai kenang-kenangan diambil gambar perempuan dan ahli keluarga serta hadiah-hadiah pertunangan pada hari berkenaan.

Inilah kisah benar yang menimpa seorang wanita umur dalam 25 tahun kerja swasta, lelaki pula 28tahun berniaga.

4 ulasan:

  1. jika xsilap, perkara sebegini bleh buat aduan dan dihadapan ke muka pengadilan.. xgitu, ustaz..?

    BalasPadam
  2. Kalau tunang tak hadir masa majlis nikah memang boleh saman. Ini lain, ini tak hadir majlis bertunang. Tapi kalau nak cuba bawa ke mahkamah, boleh juga cuba. Apa salahnya, cuma rasa saya ada susah sikit.

    BalasPadam
  3. Salam Tuan,

    Kawan sungguh marah dengan sikap lelaki itu. Sebagai seorang manusia yang prihatin, boleh tak Tuan memperkenalkan gadis tersebut pada kawan. Adik kawan ni haa masih bujang lagi. Umur pun sudah lanjut.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  4. Kalau lelaki beria ajak bertunang, tiba tiba dia kata dia gementar, dia rasa buat keputusan terlalu gopoh. Patut ke saya risau? Dia kata dia yakin dgn saya, cuma dia tk yakin dgn diri dia. Itu cuma nak sedapkan hati saya atau mmg itu yg dia rasa? Saya tak pernah desak dia, dia yang rancang semuanya. Saya hanya ikut. Bila saya dah beria, dia pulak macam ni. Hmmm..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.