Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

09 Disember 2010

Wali Tetapkan Soalan Temuduga Nikah Kepada Bakal Menantu


Pelik juga saya bila seorang bapa menetapkan soalan-soalan temuduga kepada bakal menantunya. Anak perempuannya bakal bernikah dengan seorang lelaki pilihan anaknya. Bapa sebagai wali bersetuju menjadi wali pernikahan anak perempuannya tetapi ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi, antaranya adalah soalan temuduga. Pejabat memang dah sedia ada soalan tu semua, tapi ini soalan lain pula.

"Kenapa tak Tuan Haji saja yang temuduga bakal menantu ?" Tanya saya kepada bapanya itu.

"Tuan kadi sajalah yang soal. Kalau saya, nanti lain pula ceritanya". Kata bapanya.

Dia kasi saya soalan-soalan yang dah siap ditulisnya pada sehelai  kertas. Alamak... terkejut juga saya. Soalannya bukan senang. Kira soalan standart pelajar universiti bidang agama dan mengaji sekolah pondok juga. Susah nak jawab soalan tu.

"Insyaallah Tuan Haji, pegawai saya akan tanya. Tapi bagaimana kalau bakal menantu tu tak boleh jawab ?" Tanya saya.

"Itu terpulang pada tuan kadilah". Katanya

"Terpulang macam mana. Sebagai wali, setuju ke nak teruskan pernikahan ?". Tanya saya.

"Setuju aja". Kata pakcik ni dalam loghat Jawanya.

Saya faham tetapi ada beberapa persoalan yang masih bermain di fikiran saya yang masih belum terjawab.


2 ulasan:

  1. Tu le, nak tau juga apa soalan2 tu. Bagus juga ustaz beritau ni, dapat idea. Klu soalan spr ni ok ke?
    1) Boleh jadi imam? pandai mengaji? baca doa2 dll..?
    2) Klu tak pandai, boleh x janji untuk belajar dgn pak atau mak mentua?

    Buka apa, kebetulan mak & pak mentua tu kira2 mcm ustaz & ustazah x bertauliah le, rugi le klu menantu tak amik kesempatan belajo dari mereka... mereka cuma nak anak menantu bahagia..

    nenek (lama x jengok blok ustaz, ni yg kemarok post ni)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.