Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

10 Disember 2010

Wanita Dulu Mohon Cerai, Sekarang Macam Menyesal

Terlajak sampan boleh diundur, terlajak bercerai, tidak berguna lagi. Seorang wanita, sekarang dalam umur 35 tahun, berstatus ibu tunggal. Dalam 5 tahun lepas, dia mohon cerai dari suaminya kerana katanya suaminya selalu sibuk dengan kerja sehingga tidak ada masa sangat bersama isteri. Dikuatkan cerita, kononnya suaminya ada perempuan lain di luar walaupun tidak dapat dibuktikan.

Isteri waktu itu rasa dirinya masih muda, rupa pun ada. Waktu itu juga, isteri rasa kalau dia bercerai dengan suami, pasti ada lelaki lain yang hendak berkahwin dengannya. Suami akhirnya menceraikan isteri cara baik setelah didesak. Anak lelaki usia dalam 2 tahun waktu itu, dijaga oleh bekas suaminya. Waktu itu, isteri rasa biarlah dia sendirian dan biarlah bekas suami yang jaga anak. Katanya, kalau dia yang jaga, belum tentu nanti suami kasi nafkah.

Sekarang sudah 5 tahun berlalu, wanita ini masih sendirian. Lelaki-lelaki yang dulu banyak menggodanya waktu dia berstatus isteri orang sudah tidak kedengaran lagi. Rupa-rupanya mereka semua main-main, bukan serius nak berkahwin dengannya. Satu tu, wanita ini hampir nak kawin dengan lelaki bujang yang 5 tahun muda darinya tetapi dapat tentangan dari keluarga lelaki tu.

Setiap Sabtu dan Ahad, wanita ini ambil anaknya yang dah sekolah darjah satu tidur di rumahnya. Itulah untuk mengubat kerinduaannya. Bekas suaminya dah berkahwin lain, tapi wanita ini masih berstatus janda. Usia semakin meningkat, rupa paras semakin dimamah usia. Semakin dia menyesal kerana melihat bekas suaminya hidup bahagia dengan isteri barunya. Bekas suaminya juga duduk di Kluang  dan kekadang terserempak tapi tak bertegur.

"Tuan Kadi, saya menyesal kerana dulu saya tak dapat mengawal perasaan saya sebagai isteri sehingga desak suami minta cerai. Sekarang, saya rasa hidup saya penuh kekosongan......." Kata wanita ini.

4 ulasan:

  1. Salam Tuan,

    Kawan rasa sayu bila membaca cerita ibu tunggal ni. Kini tibalah masanya biarlah kawan memenuhi jiwa yang kosongan itu. Boleh tak Tuan kalau saya ingin berkawan dengan ibu tunggal ini?.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  2. Sebelum berbuat sesuatu sebelum berkate kene berfikir dahulu.

    BalasPadam
  3. Org Kampungku,
    Nanti nak senarai org-org yg 'kekosongan' pastu nak kasi kat hang.

    BalasPadam
  4. sayu mendengar cerita begini...harap2 tuan badan dapat ambil iktibar atas apa yg berlaku, juga 1 peringatn buat saya agar terus perbaiki diri untuk jadi secantik Siti Khadijah, isteri Rasullullah S.A.W...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.