Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

31 Januari 2010

HIKAYAT SEORANG PENJUAL KERETA TERPAKAI (Episod 8)

Masa rumah-rumah lain di kawasan Setinggan Persiaran Tanjong JB berpindah, kedai kereta masih berniaga. Bukannya tak ada tempat lain nak niaga. Tapi kata Calvin, tempat ni ada banyak 'ong'. Ong apa, manalah saya tahu. Kiranya ada 'berkat' ler kalau istilah kita orang Melayu. Itulah semangatnya orang Cina berniaga dan dia boleh hidup berniaga di kalangan orang Melayu. Salah satu penariknya, Calvin peramah dan biasa bergaul dengan orang Melayu.

Lagi satu, dia tak bising kalau kita nak tengok banyak mana kereta, kalau tak beli tak mengapa, dia tak bising. Kalau sesetengah kedai lain, banyak tanya lepas tu tak beli, jangan buat hal, boleh kena marah lagi.. Saya beberapa kali juga test drive kereta kat sini sebab dia yang tawarkan, bukan saya nak beli, tengok saja. Saya percaya, lebih 95 peratus pelanggannya Melayu, ini kawasan ramai Melayu.

Saya singgah sekejap ke kedai Calvin sebab tertarik tengok satu Pegeout 406 tahun 1998, auto, kereta cantik. Dia jual RM 21,000, dah kira murah tu. Harga Peugeot memang cepat turun, bukan macam kereta Honda dan Toyota yang payah turun.. Boleh loan 16,000. Tapi nak nasihatkan orang yang belum pernah pakai Peugeot, jangan sebarang-sebarang pakai. Tapi bila dah pakai Peugeot, aduhhhh.... ibarat dapat 'isteri muda', kah kah kah. Ke sana ke mari dengan isteri muda jer.

Bomoh 'Tompel' Ditahan Polis

KUALA TERENGGANU 31 Jan. – Seorang lelaki yang mengaku kononnya seorang bomoh dan menipu pelanggannya ditahan di rumahnya di Manir dekat sini, dua hari lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supt. Azmi Adam berkata, kegiatan lelaki itu terbongkar apabila seorang wanita menyedari ditipu apabila rawatan yang dijanjikan oleh ‘bomoh’ berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, tidak membuahkan hasil.

"Mangsa kemudian ke rumah lelaki terbabit untuk mendapatkan semula wang tunai dan barang kemas kerana beliau telah dijanjikan untuk dikembalikan semula barangan tersebut sekiranya rawatan yang diterimanya tidak berhasil.

"Namun, mangsa yang gagal mendapatkan semula barangan tersebut kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Rakit pada Jumaat lepas dan kita berjaya menahan lelaki tersebut dalam hari yang sama,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, lelaki berumur 34 tahun itu pernah ditahan bagi kesalahan menipu.

LANUN TAWAN NELAYAN

KLANG – Bot mereka ditawan lanun tetapi ia bukan peristiwa yang paling menakutkan bagi seorang nelayan, Mohd. Saiful Mansur (gambar), 19, berbanding apa yang berlaku sepanjang 10 jam kemudian.
Bersama rakan nelayan yang hidup sebatang kara, Ismail Jaafar, 57, kedua-dua penduduk Kampung Kelanang, Banting itu seperti biasa mengemudi bot ke perairan Pelabuhan Klang kelmarin.

Ketika bot bernilai RM50,000 milik seorang penduduk kampung mereka itu yang sarat dengan ikan dalam perjalanan balik ke Jeti Kelanang pada kira-kira pukul 5 pagi semalam, mereka dipintas oleh dua bot lain yang dinaiki enam orang lanun.

Mohd. Saiful yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini semalam masih ingat bagaimana mereka dibelasah oleh kumpulan lanun dipercayai warga asing itu yang bersenjatakan pistol dan parang.

Jumpa Duit 5,200, Pulangkan

SETIU, 31 Jan (Bernama) -- Seorang kakitangan Sutra Beach Resort di sini yang bersikap jujur apabila mengembalikan wang tunai RM5,200 yang dijumpai di dalam sebuah bilik resort itu pada 2 Januari lepas, hari ini menerima surat penghargaan daripada majikannya.Mengimbas kembali kejadian itu Maslim Surina Jaafar, 33, yang bekerja sebagai pengemas bilik berkata beliau menemui wang itu di dalam sebuah bilik yang sedang dikemasnya, sejurus selepas penginap bilik itu mendaftar keluar.

"Semasa saya sedang mengemas bilik, saya jumpa satu beg sukan, kemudian saya serahkan beg itu seorang penyelia, yang mendapati ada wang di dalam beg itu, selain peralatan komputer," kata ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun itu.

Maslim yang bekerja di resort berkenaan sejak dua tahun lalu berkata sebelum ini beliau juga pernah menjumpai wang serta barang-barang berharga kepunyaan tetamu resort berkenaan, tetapi bukan dalam jumlah yang banyak, dan semua barang-barang yang ditemuinya itu diserahkan kepada pihak pengurusan hotel.Sijil penghargaan buat Maslim disampaikan oleh Pengurus Besar Resort itu Malizan Zakaria dalam satu majlis khas di sini pada hari Ahad.

Malizan ketika ditemui berkata beliau merasa kagum dengan kejujuran Maslim yang memulangkan wang yang ditemui itu, iaitu milik seorang pelanggan mereka yang bekerja sebagai kakitangan Petronas.

30 Januari 2010

Setinggan JB : Asam Garam Kehidupan

Ratusan rumah kediaman sudah diruntuhkan
Dulu di sini ada lebih 200 rumah setinggan
Kedai jual pokok dan bunga masih beroperasi tapi dah tak lama

Saya ambil gambar ini melalui tingkat 13 Kondoo Persiaran Tanjong, Bukit Alif JB pagi ini. Pemandangan sekarang sudah bertukar. Dulu, rumah-rumah setinggan memenuhi kawasan ini, sekarang sudah diruntuhkan. Kebanyakan mereka telah berpindah di rumah flat yang disediakan kerajaan di sebelah Hospital Permai, tak jauh dari sini, lupa pulak apa nama flat tu. Rumah ni runtuh dah lebih 2-3 bulan kerana tanah tu milik kementerian kesihatan. Saya dapat tahu, kementerian kesihatan akan buat bangunan sama ada klinik, bangunan pusat latihan atau rumah kakitangan dalam masa terdekat.

Jualan Kereta Terpakai Laris

Yang belum pindah adalah 4 kedai jual kereta, sebuah bengkel kereta dan sebuah kedai jual pokok dan bunga, driving school dan warung. Saya percaya sebab mereka tak pindah segera kerana perniagaan di sini laris dan ramai pembeli. Jalanraya persiaran Tanjong ini sentiasa sibuk kerana laluan ke beberapa taman utama seperti Taman Kemas, Cempaka, Dahlia, Kenanga, Bukit Kempas dan banyak lagi. Jadi peniaga sanggup tunggu sehingga saat akhir sebelum pindah. Mungkin dia nak pindah bila Kementerian Kesihatan memulakan kerja-kerja pembinaan

Sebuah kedai kereta terpakai yang saya kenal taukenya mencatat jualan yang cukup baik di sini. Sebuah kedai tu, tauke dia nama Calvin, bangsa Cina tapi fasih cakap Melayu. Calvin cerita, satu hari dia boleh jual 4 biji kereta. Antara faktornya dia tak letak harga mahal sangat. Kawan saya pernah beli kereta Toyota SE Limited di situ RM 12,000 sedangkan kedai lain masa tu jual dalam 15,000. Kepada yang cari kereta terpakai, saya cadangkan pergi ke kedai tu, harga dia antara yang murah di JB. Saya cadangkan saja, bukan nak niaga  tapi nak menggoda (macam iklan Kopi Janda).

Calvin saya beberapa kali jumpa di sebuah kedai agen jual kereta baru Toyota tak jauh dengan kedai tu. Kedai tu jual kereta Toyota baru. Rupanya Calvin kat situ untuk urusan beli kereta terpakai dari  orang yang nak beli Toyota baru. Sebab tu dia dapat harga  murah dan jual kat kedai ni. Kejap lagi saya nak ke kedai tu, nak tanya lepas ni dia pindah mana.

Driving School

Termasuk dalam tanah tu adalah sebuah driving school yang antara yang terbesar dan terkenal di JB. Kenalah pindah sebab tanah tu kerajaan dah ambil. Di sebelahnya ada surau yang cantik, masih beroperasi sekarang. Tak tahulah, kementerian Kesihatan nak roboh ke tak surau tu.  Saya nak ingatkan Kementerian Kesihatan, kalau nak roboh surau ni kena rujuk Jabatan Agama dulu, jangan main roboh-roboh jer. Dia ada peraturan dan garis panduan tertentu, jadi eloklah bincang dulu dengan Jabatan Agama, kalau tak faham kenalah bertanya.

Warung Kak Ani

Warung ni dah lama juga beroperasi. Buka petang dan malam saja, masakan Siam. Kak Ani, ibu tunggal merantau dari Kelantan ke sini bersama seorang anak lelakinya. Bangunan kedai dia buat dengan duit sendiri. Rumah dia pun dibuat bersambung dengan kedai makan dia tu. Masakan Kak Ani sedap dan berjaya menarik pelanggan sendiri. Saya suka makan tomyam, sup tulang dan mee goreng Kak Ani. Saya sempat belajar dengan Kak Ani cara nak buat mee goreng ala Siam. Buat kat  rumah, sekali saja terus berjaya, rupanya masak ni bukan susah tapi kena tahu caranya.

Lepas ni ke mana Kak Ani. Rasanya dia dapat rumah yang kerajaan sediakan tu, rumah flat. Soalnya kat mana Kak Ani nak niaga ? Saya percaya, Kak Ani seorang yang tabah dan dah lebih 20 tahun berniaga kedai makan, dia ada  kesabaran dan kecekalan. Bila kerajaan ambil tanah tapak dia niaga, mungkin dia jatuh sekejap tapi saya rasa tak lama. Lepas ni saya percaya dia akan bangun semula. Sekarang kedai kak Ani masih beroperasi dan tunggu sehingga Kementerian Kesihatan betul-betul mulakan pembinaan, baru dia pindah.

Bengkel Kereta Zaid

Zaid pomen kereta, asal dari Kelantan, berhijrah ke Johor mencari rezekii di sini. Akhirnya nikah dengan orang Johor, kira terus menetap di sini. Zaid saya dah kenal lebih 10 tahun, dia dah kerja dengan ramai tauke bengkel kereta. Antaranya bengkel di depan TNB Yahya Awal, Uda, Taman Bukit Mewah dan lain-lain. Zaid ada cerita susah payah bekerja dengan orang terutama soal kejujuran tauke, juga kebebasan masa dan kewangan. Zaid dah buka bengkel sendiri di kawasan setinggan ni saya rasa dah dekat 5 tahun. Bangunan yang dibuat ringkas saja, ada atap dan sedikit simem.

Pelanggan Zaid ramai terutamanya pemandu teksi. Sekarang Zaid masih berniaga di situ lagi sehingga diarahkan keluar. Ke mana Zaid selepas ini ? Saya dengar cerita, dia nak buat bengkel kat flat baru tu. Tempat ada atau tidak, saya rasa tak jadi soal pada Zaid. Yang saya kenal, dia ni seorang yang tabah. Kat tempat parking pun dia boleh buka bengkel.

Pengalaman Bersama Setinggan

Setakat yang saya campur orang yang menetap di rumah setinggan, jiwa mereka berlainan dengan orang yang duduk di rumah sewa atau rumah sendiri. Cuba bayangkan, betapa nekadnya hati mereka menceroboh tanah kerajaan kemudia buat rumah sendiri. Perpaduan antara mereka cukup kuat. Di kawasan yang saya cerita ni, kebanyakannya orang yang asal dari Kelantan. Mereka buat rumah secara gotong royong. Ada rumah yang saya tanya, nampak macam mahal, rupanya sekitar RM 5,000 saja sebiji rumah batu yang besar. Bila saya tanya, dia kata buat secara gorong royong. Saya tanya upah bagaimana ? Tak ada upah, buat teh O dan bubur kacang saja.

Bahan binaan kebanyakannya barang terpakai yang boleh didapati di beberapa kedai di JB, murah lebih separuh. Simen dan pasir beli barulah. Orang yang duduk rumah setinggan di sini bukan orang miskin. Kalau tengok pada kereta yang mereka pakai, mengalahkan kereta orang bergaji besar. Kerja macam-macam, berniaga, pemandu teksi, kilang dan lain-lain. Ramai juga yang ada rumah sewa di kawasan setinggan ini, biasanya sebelah rumah tuan rumah.

Semoga perpindahan ke tempat baru ini memberi nafas baru kepada warga setinggan ini. Semoga tabah dan sabar menghadapi cabaran. Rumah baru mungkin sempit, maklumlah sebelum ni duduk rumah besar.

29 Januari 2010

Bas Pecut 170 kilometer sejam ?


Sebuah akhbar harian cerita, sebuah bas dipandu 170 kmj. Betul ke tidak sampai 170 kmj ni ? Boleh ke keupayaan sebuah bas ekspres catat kelajuan sebegitu ? Kereta 2000 cc pun belum tentu boleh catat kelajuan sebegini. Kalau boleh pun, pemandu tak berani bawak sebegitu laju. Pada saya taklah sampai 170 kmj. Mungkin 150 kmj saja, itupun di lebuhraya.

Tapi kalau betullah 170 kmj, sekali jer le saya naik bas tu. Dalam bas pun saya dah telefon syarikat tu. Lepas tu tak naik dah bas macam tu.

28 Januari 2010

Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor



JOHOR BAHRU 28 Jan. – Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar di Johor Bahru hari ini.

ORANG UTAN OKU



Gambar ini diambil waktu melawat sebuah zoo di Sabah minggu lepas. Orang Utan ni tiada tangan kiri. Kesihan.... Kalau orang ni bukan orang utan, boleh juga minta bantuan JKM atau Majlis Agama Islam.

27 Januari 2010

Buka Restoran Bukan Senang Tuan.....


Tadi saya ada mesyuarat di JB, terjumpa kenalan lama yang juga seorang peniaga kedai makan. Sekarang dia berniaga di kantin sekolah dan sebuah kedai makan di Bandar Baru Uda JB selain ambil katering secara sambilan. Kami berbual pasal perniagaan kedai makan, dia nampaknya ada banyak pengalaman. Bila dia tahu saya dah duduk di Kluang, dia tanya bagaimana kalau berniaga di Kluang. Saya kata ramai peniaga di Kluang sakit sikit sebab Kluang berbeza dengan JB. Sini orang kurang makan kat luar. Saya cerita pada dia, baru-baru ini, waktu orang kerajaan dapat gaji, saya makan malam dengan keluarga kat kedai. Bila sampai di kedai pertama, saya lihat kedai tu kosong, tiada seorang pun pelanggan. Pergi ke kedai kedua, pun begitu suasananya, saya tak berapa berkenan makan di kedai kosong sebab mungkin ada suatu yang tak kena, mungkin tak berapa sedap. Saya start kereta ke kedai lagi satu, adalah 2-3 meja yang ada orang, barulah berhenti makan di situ. Maknanya, nak niaga di Kluang banyak cabaran bagi peniaga kedai makan.

Ada beberapa kedai saja yang ramai orang yang sudah tentu ada penarik tersendiri. Kedai yang sebegitu boleh bertahan. Sejak saya di Kluang ini yang baru 10 bulan di sini, ada juga saya lihat kedai makan yang terpaksa tutup dengan ruginya. Suasana di JB cukup berbeza. Tapi ada juga kedai di sekitar Bukit Alif  JB yang tutup, buka tak sampai setahun. Kedai tu tak jauh dengan rumah saya. Mula kedai tu buka, promosi agak hebat juga. Tapi bila saya datang makan, masakannya tak seberapa. Datang kali kedua pun begitu, taklah sedap. Nak niaga makan di JB, walauoun ramai orang kena masak sedap. Yang tak tutupnya di Bandar Baru Uda, cuma kedai mamak, tambah lagi adalah. Tak lama lagi akan buka satu lagi kedai mamak di Bandar Baru Uda, tak jauh dengan angsana, sekarang tengah ubahsuai.

Buka Restoran

Kawan saya ni buka kedai di Uda tak jauh dengan Angsana, bukan sederet Mydin seperti yang saya sangka pada mulanya. Dia dah modal lebih RM 100,000 dah beroperasi lebih kurang 6 bulan. Sampai sekarang dia belum pulang modal. Bila dia kata kedai tu, saya tahu sangat dan pernah makan di situ tapi dah lama. Rupanya, tauke lama keluar dan terpaksa tutup kedai. Tauke lama katanya rugi lebih 100,000. Sekarang mungkin hidup dikejar hutang atau ada barang yang tergadai, saya rasa.

Kawan saya ni berani ambil kedai tu, sewa RM 3000 sebulan. Dia dah lebih 15 tahun berniaga, sekarang umur pun dah 50 lebih. Katanya dah, lumrah jatuh bangun dalam bisnes kedai makan. Dah banyak kantin sekolah, asrama dan kilang yang dia niaga, sekarang nak ceburkan diri dalam perniagaan restoran pula. Modal niaga ni pun bukan pinjam, semuanya hasil keuntungan perniagaan yang lama. Bila saya tanya kenapa tak beli rumah kedai, dia kata tak berani nak beli kedai, ada risiko. Sekarang dia ada 3 biji rumah, satu darinya di Bandar Baru Uda.

Nak Jaga Pekerja Bukan Senang

Katanya, bukan senang nak jaga hati dan kerenah peniaga. Ada kalanya pekerja merajuk dan terasa hati dengan tauke, maka macam-macam masalah berlaku kat kedai tu. peniaga pula sentiasa nak naik gaji dan bonus. Kekadang tukang masak utama cuti mengejut, ada buat alasan anak sakit, maka takkanlah tauke tak kasi. Disebabkan tukang masak utama cuti, maka masakan pun tak sesedap manalah. Terasa juga hati pelanggan. Dia kata kalau jualan RM 25,000 sebulan, itu cuma habis untuk gaji, sewa dan api air saja. Kalau jualan RM 45,000 sebulan, barulah tauke bernafas lega. Itupun tipis, nak buat pusingan modal pula.

Babilah Pulak




Apalah nak jadi, lepas kes bakar gereja, bakar surau, lepas tu baling kepala babi dalam masjid. Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa di sini dan Masjid Jumhuriahdi Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dilempar dengan objek dipercayai kepala babi hutan, awal pagi ini.

Insiden yang sama turut berlaku di Taman Datuk Harun, dipercayai dilakukan kumpulan atau individu yang sama. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang melawat Masjid Imam At-Tirmizi hari ini meminta rakyat supaya bertenang dan tidak menimbulkan kekecohan berikutan kejadian itu. Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan ketegangan kaum agar menghentikan tindakan mereka.

Saya cadangkan jawatankuasa masjid sentiasa mengawasi keselamatan masjid dari diceroboh orang-orang yang tak bertanggungjawab seperti ini. Antaranya dengan mewujudkan pengawal keselamatan sekiranya perlu.

MAKIN RAMAI PEKERJA INDON DATANG MALAYSIA ?


Baca berita BERNAMA pagi ni, kerajaan Indonesia cadang nak beri pasport percuma kepada pekerja Indonesia yang datang bekerja di Malaysia ? Maknanya, selepas ini makin ramailah rakyat Indon yang datang bekerja di negara kita. Apa komen rakyat kita ?

Bimbang juga kalau peluang pekerjaan rakyat kita diambil oleh pekerja Indon ni. Tapi nak salahkan orang Indon, tak boleh juga. Orang kita juga yang kekadang terlalu memilih pekerjaan dan lebih sanggup jadi penganggur jer. Apa komen ?


JAKARTA, 27 Jan (Bernama) -- Kerajaan Indonesia memberikan pasport percuma kepada para calon Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang akan bekerja di luar negeri, termasuk di Malaysia. Langkah itu merupakan perubahan dasar pentadbiran Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang dilaksanakan melalui Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Patrialis Akbar.


Patrialis berkata pemberian pasport percuma kepada para calon tenaga kerja Indonesia yang pertama kali bekerja di luar negeri bertujuan meringankan pembiayaan mereka, yang umumnya merupakan golongan tidak berkemampuan.
"Maka negara harus memberikan subsidi dan keutamaan kepada mereka," katanya dalam laman web Direktorat Jenderal Imigresen kementerian itu.Dianggarkan bahawa 350,000 TKI akan menikmati faedah pasport percuma itu dalam masa setahun.



"Jika biaya pasport Rp50,000, maka dalam satu tahun beban TKI secara nasional yang ditanggung oleh negara ialah sebesar Rp17.5 bilion", katanya.
BERNAMA

Lagi-Lagi Kena Tipu



KUALA LUMPUR: Teruja mendapatkan wang mudah, seorang pegawai bank kerugian RM3,000 apabila ditipu seorang lelaki yang kononnya berjanji menggandakan wang miliknya dalam satu skim pelaburan perniagaan di Jalan Tun Perak. Selain dijanjikan ganjaran wang pelaburan sekali ganda hanya dalam tempoh tiga hari melabur, lelaki terbabit menabur janji manis dengan mendakwa akan memberikan hadiah sagu hati, TV LCD berukuran 42 inci.


Difahamkan, mangsa berusia 40-itu pernah bertemu dengan lelaki terbabit dan berjumpa semula Jumaat minggu lalu bagi pelaburan perniagaan yang kononnya menguntungkan. Menurut sumber, suspek berusia 30-an itu pada mulanya menghubungi mangsa dengan memberitahu menjalankan pelaburan dan bertanya sama ada mangsa berminat untuk menyertainya. “Suspek memaklumkan yang pelaburan itu menjanjikan pulangan lumayan dengan syarat mangsa perlu melabur RM3,000 bagi mendapatkan pulangan wang berjumlah RM7,500 dan TV LCD berukuran saiz 42 inci sebagai hadiah.


“Mangsa dikatakan terpedaya selepas mendengar penerangan yang meyakinkan daripada suspek mengenai pelaburan itu,” katanya.

Pada hari sama, mangsa yang naif itu dikatakan memasukkan wang berjumlah RM3,000 ke dalam akaun bank lelaki terbabit. Sumber itu berkata, mangsa dikatakan menunggu pulangan lumayan dijanjikan lelaki terbabit sebelum menghubungi semula suspek selepas tiga hari membayar wang RM3,000 berkenaan kepadanya. “Apabila mangsa menghubungi telefon bimbit lelaki terbabit, suspek dikatakan memberi pelbagai alasan menyebabkannya mangsa curiga dengan tindak tanduk lelaki terbabit.

Awang Hitam Bawa Masalah ?


Walaupun mereka orang asing, kelibat ‘Awang Hitam’ dari Afrika bukan saja memeningkan kepala pihak berkuasa, malah perlakuan kumpulan terbabit yang bagaikan raja di sesuatu penempatan didiami turut mengundang kebimbangan penduduk tempatan sejak beberapa bulan lalu. Ini berikutan perlakuan biadab mereka mengganggu rakyat tempatan terutama ketika bergerak secara berkumpulan.

Tidak cukup dengan itu, kumpulan terbabit kini tidak lagi segan silu melakukan serangan seksual secara terbuka terhadap kepada wanita yang membeli-belah di kompleks perniagaan biarpun kawasan berkenaan lokasi tumpuan ramai.Berikutan itu, satu operasi dinamakan ‘Ops Gagak Hitam’ digerakkan pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membanteras gejala tidak bermoral itu.

Operasi yang dilakukan setiap hari bermula itu, menampakkan hasilnya apabila kumpulan terbabit sudah mula mendisiplinkan diri berikutan bimbang dicekup pihak berkuasa.

26 Januari 2010

TAUKE CUCI KERETA PENING ANAK BUAH BUAT MAKSIAT



Waktu jadi penguatkuasa JAIJ dulu, suatu hari tu dapat aduan kes khalwat di sebuah bilik di kedai cuci kereta. Saya pun pergi dalam pukul 11.00 malam. Kedai tu di kawasan setinggan, tak tahulah tauke dia sewa dengan sesiapa atau ceroboh. Kedai cuci kereta tu menunjukkan iklan dibuka 24 jam sehari. Saya datang naik kereta sendiri, proton saga kebanggaan saya.

Saya dapati, ada lelaki dan perempuan remaja keluar masuk dari dalam bilik sebelah tempat cuci. Mungkin itu tempat rehat mereka. Saya pun pergi cuci kereta walaupun tak berapa kotor, bayar RM 7. Pekerjanya nampak macam malas jer, sorang jer buat kerja. Yang lain enjoy dalam bilik, pasang radio kuat pulak tu. Maka saya rasa, tindakan tangkap tak boleh dilakukan waktu itu, kurang sesuai sebab mereka keluar masuk dari bilik tu. Lagi pun bilik nampak terang, pintu pun tak tertutup rapat. Maka saya balik dulu.

Jam lebih kurang 2.00 pagi saya dan penguatkuasa datang semula ke kedai tu dan tengok dari jauh. Nampaknya suasana masih sama. Radio dibuka kuat dari dalam bilik dan lelaki perempuan keluar masuk. Kedai pun masih dibuka tapi tak ada pelanggan. Pada saya, patutlah tak ramai pelanggan, buat kerja lembab, basuh pun tak berapa sempurna. Saya beritahu penguatkuasa supaya balik ke rumah dulu dan esok jam 8.00 pagi, serbuan akan dibuat.

Esok, jam 8.00 pagi kami tak naik pejabat tapi terus ke kedai cuci kereta tu. Kali ini nampaknya kedai tu belum dibuka walaupun tulis 'buka 24 jam'. Pintu bilik sebelah tempat cuci tu tertutup rapat. Bila didekati, tiada suara orang atau radio dari dalam, semuanya senyap. Biilik tu hanya ada satu pintu, jadi tak payahlah jaga pintu belakang. Saya cuba tolak pintu tu kuat-kuat, rupanya tak kunci. Memang tak ada pengunci dari dalam.

"Nak cuci kereta, nak cuci kereta". Saja berlakon macam nak cuci kereta. Tapi tiada suara menyahut.

Cahaya terang benderang, sebab dah pagi. Saya lihat ada 5 orang, 3 lelaki, 2 perempuan sedang tidur di atas tilam besar. Kami nampak sendiri dari kiri, lelaki, perempuan, lelaki, perempuan dan lelaki. Semuanya tak sedar kedatangan kami. Kami ambil gambar keadaan dia tidur tu. Gambar tu penting untuk bukti di mahkamah nanti.

Kemudian, semuanya dikejutkan dari tidur. Ada lelaki yang malas buka mata, taknak bangun. Dia kata

"Pagi-pagi lagi, kedai tak bukak lagi". Kelakar juga budak ni.

Kemudian barulah dia sedar kami ni penguatkuasa dan ditangkap. semuanya remaja belasan tahun dan awal 20-an.

Tauke pening Kepala

Di pejabat, taukenya suami isteri datang ke pejabat, umur 30-an. Dia kata 3 lelaki tu pekerja dia tapi 2 perempuan tu dia tak kenal, bukan pekerja dia. Tauke tu kesal anak buahnya buat kerja macam tu. Tauke suruh cuci kereta dan buka kedai, dia pulak buat hal. Tauke kata, dia taknak bayar denda dan dia marah pada pekerja dia. Semuanya masuk penjara sebab tak dapat bayar denda, kemudian 2-3 hari ada orang bayar denda, tak pasti siapa.

Kedai Tutup

Oleh kerana kedai tu saya lalu setiap hari dalam perjalanan ke tempat kerja, saya lihat kedai tu terus tak buka. 2-3 hari lepas tu, saya nampak tauke suami isteri yang basuh kereta, ada juga kereta yang datang singgah. Saya dah rasa, setakat mana tauke boleh cuci kereta sendiri, dia ada kerja lain. 2-3 minggu lepas tu, kedai terus tutup, lama juga tutup. Lepas tu, kedai tu dijadikan bengkel kereta pulak, habis tutup terus kedai cuci kereta tu.

Bukan Senang Nak Niaga

Bukan senang nak niaga cuci kereta ni. Bab pekerja ni yang susah. Kebanyakan kedai cuci kereta di JB ni pekerjanya Indon, Bangla, Nepal dan ada le sedikit Melayu. Tauke tak duduk situ, belum tentu anak buah kepercayaan kita tu boleh uruskan kerja dengan baik. Paling nak jaga bab duit ni, entah-entah masuk banyak, tauke dapat sikit.

Lepas tu cara layan pelanggan, cuci kenalah bersih, jangan buat cincai jer. Ni saya tengok, sorang dua je buat kerja, yang lain duduk enjoy dengan awek. Last-last kedai tutup. Saya percaya, taukenya rugi dengan ribunya, bukan ribu rupiah pak.

24 Januari 2010

Siapa Kata Kerajaan Nak hapus COLA



Isu pengurangan atau penghapusan Elaun Sara Hidup (COLA) yang dinikmati penjawat awam sekarang tidak pernah dibincangkan kerajaan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin pada Ahad.


Beliau berkata isu itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang berkepentingan untuk menimbulkan keresahan rakyat di samping menimbulkan keraguan terhadap keupayaan kerajaan menangani kesan kemelesatan ekonomi dunia.

Cikgu saman pegawai pendidikan Kedah RM1.5 juta



ALOR SETAR 24 Jan. - Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat. Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.Guru tersebut yang kini mengajar mata pelajaran Agama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana selepas dipindahkan dari SK Iskandar, Alor Setar memf ailkan saman tersebut bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini.

Mengikut writ saman, defendan pertama yang terlibat dengan pertukaran guru-guru sekolah di Kedah didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua. - Bernama

23 Januari 2010

Jenazah Sultan Iskandar selamat disemadikan


JOHOR BAHRU: Jenazah Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail selamat disemadikan di sebelah makam ayahanda baginda dalam satu istiadat pemakaman diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, hari ini. Istiadat itu disempurnakan dengan siraman air mawar dan taburan bunga rampai selepas bacaan doa dan talkin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Seri Mohd Nooh Gadot.

Terdahulu, Tunku Bendahara Tunku Abdul Majid dan cucunda-cucunda Almarhum, termasuk Raja Muda Tunku Ismail Ibrahim bersama-sama menimbus tanah dalam liang lahad makam baginda. Sebelum itu, semasa upacara perangkatan jenazah, sebuah pedati khas digunakan untuk membawa jenazah Almarhum Sultan Iskandar yang turut dinaiki Tunku Abdul Majid dan Tunku Ismail Ibrahim, dengan diiringi anggota kerabat diraja Johor dan anggota pasukan Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar ke makam diraja.


Upacara perangkatan itu sejauh 3 kilometer dari Istana Besar diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Selain itu, sebanyak 77 das tembakan mariam disempurnakan oleh 41 Bateri Istiadat Kem Sungai Buloh, sebagai menandakan usia Almarhum semasa kemangkatannya. Ribuan rakyat jelata turut beratur di sepanjang jalan dari Istana Besar ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum. Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri di sini pada 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan kerana gering.


Tunku Ibrahim dimasyhur sebagai Sultan Johor




JOHOR BAHRU: Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan secara rasmi sebagai Sultan Johor dalam satu upacara yang diketuai Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar, jam 10.21 pagi ini.

22 Januari 2010

Tengku Mahkota Johor dilantik Pemangku Raja



JOHOR BAHRU: Jemaah Majlis Diraja Johor sebentar tadi melantik Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.

Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata pelantikan itu berikutan kegeringan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

"Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.

"Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.


"Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.

"Rakyat diminta berdoa supaya keadaan baginda sembuh sebagaimana sedia kala," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

21 Januari 2010

Mencabarnya Dakwah di Sabah



Tugas pendakwah di Sabah sungguh mencabar, berbeza dengan semenanjung. Banyak tempat di Sabah, Islam minoriti di situ. Perkembangan Kristian lebih pesat di beberapa kawasan. Semua ini ada kaitan dengan sejarah dan politik Sabah. Pagi tadi kami melawat Pusat Dakwah Keningau yang dikelolakan oleh JAKIM. Sempat mendengar taklimat dan bertukar fikiran di sana.

Kemudian ziarah ke rumah saudara baru yang masuk Islam di Johor dan menetap di Sabah (gambar atas). Seorang saudara baru ni, nama Anas, masuk Islam di Skudai, sekarang sudah tidak bekerja di Johor, balik kampung, bekerja di kampung.

Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, singgah di Masjid Tambunan. Sempat bertemu seorang guru dari semenanjung, mengajar di Sabah hampir 3 tahun. Dia berasal dari Kelantan. Di Tambunan hanya ada satu masjid, tiada surau dan ada banyak gereja. Di sekolah dia mengajar, pelajar Islam hanya sekitar 20 peratus sahaja.

"Lepas tamat belajar, kena campak ke sini". Kata cikgu tu.

"Bukan kena campak tu, itu pengalaman bagus, nanti banyak pengalaman". Kata saya.

Pasar Malam Kota Kinabalu




Anak peniaga berani main troli tepi jalan 10.00 malam

MATI LEPAS TUNJUK HEBAT DEPAN MAKWE



LANGKAWI: Seorang lelaki warga Itali yang cuba menunjukkan kehebatan berjalan atas batu besar licin kepada teman wanitanya maut dengan kepala dan perutnya pecah apabila dia terjatuh di Air Terjun Telaga Tujuh, Pantai Kok di sini, petang kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai Chiarani Andrea, 33, dan teman wanitanya, Boniolo Erika, 32, juga berasal dari Itali tiba di pulau ini Khamis lalu untuk bercuti dan menginap di sebuah hotel di Pantai Tengah serta dijangka pulang ke negara asal petang semalam.


Ketika kejadian jam 4.30 petang itu, Andrea yang teruja dengan keindahan dan kesejukan air terjun berkenaan dilihat berjalan di atas batu besar sebelum tergelincir dan jatuh pada ketinggian 65 meter. Difahamkan, kepala, perut dan tempurung lutut mangsa pecah manakala beberapa helai rambutnya melekat pada batu tempat kepalanya terhempas. Pegawai Penjaga Bomba Langkawi, Ishak Hashim, berkata sebelum kejadian mangsa bersama teman wanitanya pergi untuk menikmati keindahan alam dan bermandi-manda di kawasan perkelahan popular itu.

“Dia gagal mengawal imbangan badan selepas tergelincir ketika cuba menyeberangi di kawasan berbatu besar di tingkat paling atas yang licin dipercayai disaluti lumut.

“Mangsa terjatuh pada ketinggian 65 meter sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Langkawi (HL) untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat HL, di sini, semalam.

20 Januari 2010

Lawatan Bersama Saudara Baru ke Sabah

Saya sekarang berada di Sabah dalam lawatan 4 hari bersama Saudara Baru. Insyaallah, saya update blog saya sepanjang di Sabah ini.


Di Lapangan Terbang Senai

Lapangan Terbang Kota Kinabalu

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Solat Zohor diimamkan Hj Yahya Ahmad, KPP Dakwah

Pungutan Derma Hari Raya RM 22 ribu, menakjubkan

Peranginan Air Panas di Poring

Pemandu bas cekap sewaktu melalui jalan sukar di kaki Gunung Kinabalu

19 Januari 2010

HATI-HATI PAKAI CINCIN



KOTA BHARU: Seorang penuntut Politeknik Kota Bharu (PKB) di sini, malam semalam terpaksa dikejarkan untuk rawatan kecemasan akibat jari kelingking tangan kirinya membengkak teruk, selepas cincin aloi pemberian seorang rakan yang dipakai sejak tiga hari lalu, tidak dapat ditanggalkan. Lebih malang, jari Mohd Muhaimin Mohd Izani, 21, yang berasal dari Bukit Abal, Pasir Puteh itu, terpaksa dibedah pakar Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selepas usaha memotong cincin itu termasuk menggunakan pemotong besi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, menemui jalan buntu. Mohd Muhaimin yang dikejarkan untuk rawatan kecemasan itu kira-kira jam 8.20 malam, berkata seorang rakannya menghadiahkan cincin itu kira-kira tiga hari lalu.

"Mulanya, saya memakai cincin itu tanpa sebarang masalah pada jari kelingking tetapi semalam (kelmarin), jari kelingking saya tiba-tiba terasa sakit.


"Saya cuba menanggalkan cincin itu tetapi gagal, sebaliknya jari saya semakin membengkak besar hingga saya tidak mampu menahan sakitnya. Saya percaya kejadian ini disebabkan aliran darah yang tersekat di jari, hingga bengkak," katanya.

Kucing Batu Serang Manusia di Kota Tinggi



KOTA TINGGI - Seekor kucing batu yang tersepit di dalam sebuah kereta seorang tukang masak bertindak ganas dengan menggigit dan mencakar muka lelaki itu dalam kejadian di Jalan Kota Tinggi-Teluk Sengat di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 8.40 malam, Muhammad Zaki Mahat, 23, terpaksa menerima 15 jahitan akibat cedera di bahagian atas kening kiri, tepi hidung dan lengan kanan.

Selain cedera diserang kucing batu itu, mangsa juga mengalami luka-luka kecil lain selepas kereta dipandunya terbabas ketika mengelakkan haiwan liar itu.Cerita Zaki, semasa kejadian dia dalam perjalanan dari rumah bapanya di Felda Air Tawar 2 ke rumah rakannya di Kampung Teluk Sengat dengan memandu kereta Proton Iswara.
"Saya mahu ke rumah rakan saya untuk menghadiri majlis tahlil kerana bapa rakan saya baru meninggal dunia," kata Zaki ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi di sini semalam.
Sampai di tempat kejadian tiba-tiba muncul seekor haiwan seolah-olah anak harimau terus melintas dari kawasan ladang kelapa sawit.



"Saya terkejut dan cuba mengelak dengan memaut stering kereta ke kiri bagi mengelak daripada terlanggar haiwan itu," katanya lagi

Kes Bunuh di Gemencheh Akhirnya Ke Mahkamah


REMBAU, 19 Jan (Bernama) -- Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa kerana tuduhan membunuh ayah, adik, datuk dan neneknya pada 5 Jan lepas.Bagi pertuduhan pertama, Rasidi Ismail, 32, yang beralamat No. 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin didakwa membunuh adik perempuannya Siti Khadijah, 22, di alamat No. 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada 5 Jan antara pukul 7 hingga 11 pagi.

Tertuduh juga menghadapi tuduhan kedua, ketiga dan keempat iaitu membunuh ayahnya, Ismail Awang, 76, neneknya, Sufiah Katas, 80, dan datuknya, Atan Daud, 87, di rumah tidak bernombor Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada tarikh dan waktu yang sama. Rasidi kelihatan tenang dan mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Sebelum itu, tertuduh yang memakai baju dan seluar panjang lokap polis berwarna oren serta bergari kedua-dua belah tangannya tiba di mahkamah pada pukul 8.45 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis. Emak tertuduh, Saharah Atan, 59, serta seorang anak saudara lelakinya hadir di mahkamah.

Sementara itu, ketika dibawa keluar dari mahkamah dan semasa di dalam kereta polis, Saharah dengan rasa hiba menghampiri Rasidi sambil mengusap pipi anaknya dan Rasidi sempat berkata: "Datang dengan siapa? Tidak mengapa.....19 Februari di sebut di Mahkamah Tampin."

Majistret Siti Nur Shafrida Hashim menetapkan 19 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memaklumkan pihak pendakwaan masih menunggu laporan kimia. Mahkamah juga menetapkan bahawa jaminan tidak akan diberikan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam pada hari ini. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

TAKNAK NIKAH CEPAT, TANGGUHKAN SAJALAH



Gara-gara tidak cukup wang untuk melangsungkan perkahwinan lebih awal, seorang lelaki berusia 27 tahun berdepan dengan tindakan undang-undang apabila membuat laporan palsu mengatakan dia dirompak.Bagaimanapun tindakan juruteknik kilang dari Taman Senai Utama itu gagal 'memperbodohkan' polis yang mendapati sebahagian maklumat yang diberi tidak sama, kata ketua polis daerah Kulai Jaya, Supt Zulkefly Yahya.

"Bila kami menyoal lanjut dia akhirnya mengaku membuat laporan palsu untuk mengelak daripada berkahwin pada bulan depan," katanya kepada pemberita di Johor Bahru semalam.

Mengulas kejadian pada Ahad lepas itu, Zulkefly berkata, lelaki tersebut membuat laporan mendakwa dia dirompak dua lelaki bersenjatakan pisau selepas mengeluarkan duit RM6,000 di sebuah mesin ATM, di Kulai Jaya pada hari berkenaan. Lelaki itu mendakwa dia mengeluarkan duit berkenaan pada pukul 6.50 petang dan sedang menuju ke arah keretanya apabila didatangi dua lelaki yang mengacukan sebilah pisau sebelum melarikan diri dengan wang tersebut bersama resit pengeluaran dan juga kad ATM-nya.

Siasatan polis membawa kepada penemuan 'duit yang dirompak' itu di rumah lelaki tersebut, katanya.

Menurut Zulkefly lelaki itu sepatutnya berkahwin pada Julai ini tetapi bakal bapa mertuanya mendesak agar perkahwinan diadakan pada awal bulan depan.

"Dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk meneruskan perkahwinan itu lalu membuat laporan polis agar perkara tersebut tidak terdedah," kata beliau.

Zulkefly berkata lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 177 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali... BERNAMA

18 Januari 2010

PELACUR BEBANYAK SORI, TAK LAYAN APEK


Waktu jadi penguatkuasa di JB dulu, banyak dapat aduan dari seorang pemadu teksi. Nizam (bukan nama sebenar) pelajar sebuah pusat pengajian tinggi, buat partime pemandu teksi sebelah malam. Kat Jb kena ligat tambah pendapatan, bagus juga cara dia ni. Dia banyak bantu saya buat aduan dan aduan dia kebanyakannya menarik. Satu hari tu dia cerita pasal pelajar pusat pengajian tinggi jadi pelacur. Dia sebagai pemandu teksi tak dapat elak sebab dia bawak saja orang nak pegi mana-mana. Tak kira lelaki ke perempuan ke, cakap saja pegi mana, bawak saja.

Dia cerita pasal pelajar tu yang dia biasa ambil di pintu pagar asrama. Pakaian seksi, biasanya pakai skirt atau seluar ketat, umur awal 20-an. Suatu hari tu, dia lalu depan pintu asrama luar kampus itu, perempuan ni tahan dia, kata nak pegi Taman Sentosa sekitar jam 9.00 malam. Dia pun jalan teksi, wanita tu duduk belakang tak berbual pun sebab ditanya sepatah jawab sepatah. Bila dah masuk taman tu, dia tanya belok mana, wanita tu kata ikut saja alamat yang dikasi tu. Nizam ni dapat rasa yang ini kali pertama wanita tu nak pegi alamat yang dikasi tu sebab  kalau rumah dia mesti dia tahu belok mana.

Melihat dicermin, Nizam nampak wanita ni bercakap dengan seseorang dengan hphone. Bila dah sampai depan rumah tu, rumah tu kelihatan macam rumah Cina. Wanita tu kata pada Nizam, jangan pergi dulu, tunggu tuan rumah buka pintu dulu. Wanita tu petik loceng pintu, kemudian seperti ada orang keluar dari dalam rumah.

Apek Tua Rupanya

Kemudian keluar seorang apek tua sekitar 60-an pakai baju singlet pagoda. Banyak kurus apek tu. Tiba-tiba saja wanita tu masuk balik dalam kereta cepat-cepat. Apek tua tu cepa-cepat buka pintu pagar dan panggil wanita tu.

"Mari, mari, mari..."

Waktu tu wanita tu dah masuk kereta dan suruh nizam jalan cepat. Sebagai pemandu teksi, dia ikut arahan saja. Wanita tu dalam keadaan panik. Dia kata, hantar dia semula ke rumah dia, tempat dia naik tadi. Di dalam cermin tengah, Nizam nampak wanita tu macam cemas dan geram saja. Dah separuh jalan, hphone wanita tu berbunyi dan dia bercakap yang tak berapa didengar Nizam. Wanita tu suruh dia hantar ke Stulang Laut. Bila sampai Stulang, wanita ni keluar di tengah orang ramai, tak tahu dia pegi mana.

Apa Cerita Sebenarnya

Sebenarnya, wanita ni pelajar, jadi pelacur yang dihubungi melalui telefon. Dia juga ada partime malam-malam. Semua lelaki dia layan Melayu ke apa bangsa ke, cuma dia lupa pesan, 'apek tua tidak dilayan'.

Seludup Mercun Bermula


Rampasan terbaru Kastam di Kuala Terengganu. Seludup mercun mula meriah bila dah dekat Tahun Baru Cina. Orang Melayu pun tumpang sekaki beli mercun ni. Dulu masa saya kecil pun join sekali kat kampung.

Pembunuh Isteri Sumbat Dalam Almari Didakwa


KUALA LUMPUR 18 Jan. – Seorang bekas pengurus syarikat katering dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan membunuh isterinya, Fazlina Ahmad yang mayatnya ditemui di dalam almari rumahnya di Taman Pinggiran Ukay pada 30 Disember lalu.


Mohafri Mohamed, 38, didakwa membunuh Fazlina, 39, di rumah beralamat No. 70, Jalan Piggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi.

Harga Saham Dijangka Meningkat


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka bergerak lebih tinggi dalam rali sebelum Tahun Baru Cina, kata penganalisis. Ketua Penyelidik Runcit Maybank Investment Bank, Lee Cheng Hooi berkata, pasaran bakal memperlihatkan kitaran dagangan yang berterusan untuk tempoh dua hingga tiga minggu yang akan datang dalam semua sektor saham-saham bermodal besar dan kecil. Momentum belian yang kukuh, katanya akan menolak Indeks Komposit FBM Kuala Lumpur (FBM KLCI) ke paras ketahanan 1,305 dalam tempoh terdekat selepas melepasi paras 1,300 pada Jumaat.

"Bagaimanapun aktiviti pengambilan untung akan menyekat indeks daripada terus meningkat," katanya.

Penganalisis Teknikal MIMB Investment Bank, Mohd Nazri Khan berkata, sentimen pasaran akan terus rancak dalam separuh pertama 2010 apabila pakej rangsangan kerajaan mula dirasai dalam ekonomi negara.
Beliau berkata, pakej rangsangan ekonomi yang besar oleh semua negara bagi menangani kesan kelembapan dunia juga merangsang minat pelabur tempatan dan asing dalam pasaran saham.

"Pakej-pakej rangsangan akan membantu sentimen pasaran, bukan sahaja dalam FBM KLCI, malah dalam pasaran global," katanya.

Ketua Penyelidik Jupiter Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata, indeks akan terus mencatatkan aliran harga meningkat, namun perlahan-lahan sehingga Februari. Beliau berkata, pelabur yakin sentimen pasaran akan terus meningkat dan kebanyakan mereka menunggu keputusan kewangan Public Bank dan pengumuman model ekonomi baharu yang merupakan asas dan arah tuju ekonomi negara untuk masa depan.

"FBM KLCI akan diniagakan dalam aliran harga meningkat memandangkan terdapat banyak mudah tunai yang akan merancakkan pasaran," katanya.

16 Januari 2010

Orang kampung Tersenyum, Harga Getah Naik


Orang kampung yang menoreh getah macam pakcik saya ni sedang tersenyum gembira. Apa taknya, sejak 2 minggu ni harga getah naik sehingga RM 5 sekilo, paras tertinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ni. Di Pahang ni banyak kebun getah yang saya rasa melebihi kebun sawit. Tidak seperti di Johor, kebun sawit lebih banyak. Pakcik ni menoreh getah 4 ekar, upah toreh getah orang, dapat dalam 800-1000 seminggu. Maknanya, upah toreh getah orang pun boleh dapat 4000 sebulan. Kalau kebun sendiri dah tentu 8000 sebulan.

Pada anak muda yang sekarang menghadapi masalah pekerjaan kat bandar, apa salahnya jadi penoreh getah di kampung. Kalau mak ayah ada kebun lagi bagus. Kalau tak ada kebun pun, boleh tereh getah orang, lumayan. Pakcik saya cerita lagi, sekarang orang Indonesia ramai yang jadi penoreh sebab orang Melayu dah kurang kat kampung.

Sakit Perut Luar Biasa

Saya sekarang kat Chenor, Maran, Pahang. Pagi tadi kul 9.00-11.00 pagi ceramah di Kluang, kul 2.00 -3.00 petang ceramah di Muar, lepas tu terus ke sini. Sampai dalam kul 7.15 petang.

Tadi baru keluar makan tomyam dengan pakcik saya kat Temerloh. Sebenarnya, hari ini saya baru makan nasi sejak hari selasa, dah 5 hari. Selasa tu kena cirit birit, ingatkan biasa rupanya melarat sampai hari ini. Doktor kata, saya keracunan makanan. Tadi kat Muar, ada orang tu tegur saya kata saya dah makin kurus. Mana taknya, 5 hari tak makan nasi. Kalau makan, pasti ada panggilan kecemasan ke tandas. Tadi sempat singgah di Bahau, beli ubat farmasi, ubat tertinggal di Kluang rupanya.

Cerita dengan orang pejabat saya, adik dia pun kena sakit perut macam saya sampai seminggu baru baik. Adik dia tu sampai pergi 2 klinik swasta kemudian ke hospital. Kat hospital kena masuk air dalam badan. Kawan isteri saya pun sama, ada juga yang kena sakit perut kat Kluang. Alhamdulillah, nampaknya hari ni dah semakin sihat.

39 ditahan termasuk 6 penuntut IPT kerana 'berpesta dadah'



KUALA LUMPUR: Gara-gara khayal akibat dadah, 36 orang termasuk enam penuntut 'merelakan' diri mereka ditahan sepasukan polis dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Pudu Ulu, Cheras, awal pagi ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata semua suspek yang berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun itu sedang khusyuk ''berpesta dadah'' ketika serbuan dilakukan pada kira-kira 4 pagi.

"Mereka ini dalam keadaan berkhayal sambil berhibur mendengar lagu semasa serbuan. Mereka seolah-olah tidak sedar dan tidak melawan mahupun cuba melarikan diri apabila diberkas," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Beliau berkata daripada jumlah yang diberkas itu, seramai 29 orang adalah lelaki manakala selebihnya wanita.


"Daripada jumlah itu juga, enam yang ditahan adalah penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di ibu negara...yang mana empat daripada pelajar terbabit adalah wanita," katanya.

Hasil pemeriksaan, polis menemui pelbagai jenis dadah termasuk beberapa biji pil eramin 5 dan ecstasy.
"Selain eramin 5 dan ecstasy, kita juga menemui beberapa paket kecil yang mengandungi serbuk syabu dan ganja. Dadah-dadah ini dilihat berselerakan di atas meja dan ada juga yang kita temui pada suspek-suspek terbabit," katanya. Abdul Rahim berkata ujian saringan air kencing turut mendapati 34 daripada mereka positif dadah termasuk enam penuntut berkenaan.

"Siasatan awal juga mendapati mereka ini mengenali antara satu sama lain dan berkunjung ke pangsapuri ini untuk berhibur. Kita juga tidak menolak kemungkinan ada berlakunya aktiviti seks memandangkan dalam kumpulan ini terdapat wanita.

"Kesemua mereka ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya," katanya. -Bernama

Hati-hati Buat Komen Dalam Internet




PETALING JAYA: Seorang pelajar berusia 25 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menulis perkataan ugutan dalam Facebook berkaitan isu penggunaan kalimah Allah. Pelajar itu didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dakwaan terhadap pelajar tahun pertama jurusan Diploma Perfileman itu dibuat selepas dia dituduh menghantar komen: “Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding...” di laman web rangkaian sosial interaktif tersebut.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

15 Januari 2010

RUMAH LELONG : KONDO LEBIH BAIK DARI RUMAH BAWAH ? (Episod 3)

Dalam episod ini, saya nak jawab soalan dari pembaca dalam episod kedua lepas, di mana saya kata saya lebih suka duduk kondo dari duduk rumah bawah. Soalannya berbunyi,

"Salam tuan, kebanyakkan orang kita suka beli rumah bawah, bak kata dorang senang, nak parking kete pun depan mata je, apa2 hal tak susah. tapi pandangn tuan macam berbeza skit. tuan suka kondo atau pangsapuri? kenapa ye? cite la tuan.."

Jawapan saya :
Sebelum saya jawab, saya nak beritau, saya pernah duduk kondo/pangsapuri di Pangsapuri Kerajaan Bukit Chagar sebelum dirobohkan, lepas itu kondo Persiaran Tanjong Bukit Alif. Pernah juga duduk rumah bawah di Taman Perling, kemudian di Bandar Baru Uda. Secara peribadi, saya boleh buat perbandingan.

Keselamatan

Duduk  kondo lebih selamat dari duduk rumah bawah. Duduk bawah, banyak berlaku jenayah terutama di JB. Di sebelah rumah saya di Bandar Baru Uda, kena ceroboh waktu hujan jam 11 malam, penghuni ada di rumah. Banyaklah tempat terutama di JB, rumah vvip pun kena ceroboh, rumah pegawai kanan polis pun kena. Ada kes rompak sehingga berlaku kematian dan kecederaan. Di kondo ada pengawal keselamatan.

Tetamu Tak diundang

Kekadang datang jurujual, kekadang peminta sedekah (yang menipu), kekadang datang guris dan menang. Macam macam gangguan duduk rumah bawah. Kalau kondo, ada pengawal sekat.

Sampah

Di kondo, sampah diuruskan oleh pihak pengurusan, boleh kata tiap hari pungut. Di rumah bawah, belum tentu pungut. Waktu saya duduk di Bandar Baru Uda, dalam 3-4 kali seminggu diangkat, kekadang ada tertinggal. Masalahnya, waktu tak pungut, sampah berbau, berulat dan diselongkar anjing.

Tikus

Kalau duduk rumah bawah yang ada tikus dan anai-anai, maka tak boleh elaklah.

Nyamuk

Banyak kawasan di bandar banyak kawasan denggi. Kalau kondo, tingkat atas nyamuk tak lepass naik. Macam rumah saya tingkat 13, nyamuk tak cukup kepak nak terbang.

Parking kereta

duduk kondo ada parking di petak yang disediakan. Kalau rumah bawah, ada dua kereta, nak keluar kereta yang kat dalam, bukan mudah. Lebih lagi kalau jalan sempit, kekadang pagar tak boleh kunci, merbahaya tu. Kereta letak jauh sikit pun tak apalah, yang penting kereta kita selamat, takkanlah tidur pun nak renung kereta.

Curi Moto

Kawasan perumahan lumayan kepada pencuri moto terutama rumah bawah, dalam pagar pun dia masuk. Kawan saya kena rembat siang-siang masa dia tengah tengok tv.

Kos pembaikan tinggi

Kepada suami, elakkanlah beli rumah bawah. Nanti  kalau ada duit lebih sikit, isteri goda supaya tambah depan sikit belakang sikit. Pada saya, ada duit, simpanlah, buat beli rumah lain lagi baik, daripada ubahsuai. Duduk kondo nak tambah tambahlah kalau boleh.

Mesin Rumput

Jangan anggap mesin rumput satu kerja mudah. Kalau ada rumput sebesar saiz kereta, upah dia RM 30. Kalau depan belakang dalam 100 sebulan. Kalau setahun 1200, banyak woo.

Ketenangan

Yang paling penting pada saya, duduk kondo ini tenang. Jiran biasa tak sibuk-sibuk nak ambil tahu pasal kita. Jadi, umpat mengumpat tu berkuranganlah. Jadi, saya lepas balik kerja, masuk rumah dengan tenang je. Contohnya duduk rumah bawah kekadang balik keja beli durian, jiran sebelah nampak. Nak kasi tak banyak, tak kasi takleh lah. Kalau kondo, jiran serba tak kisah, dia tak tahu pun kita beli durian.

Lepak depan rumah

Jarang dan hampir tak ada orang duduk kondo bersidai depan rumah. Kalau rumah bawah tu dah biasa. Jadi kekadang segan dan tak sedap juga kalau jiran selalu pandang kita keluar masuk rumah.

Ada Juga Tak Baik

Ada juga tak eloknya duduk kondo, antaranya kos penyelenggaraan yang tinggi. Jadi sebelum beli rumah kondo, kena periksa berapa kos sebulan yang perlu kita bayar. Tapi kalau harga kondo murah, bayar bulan tinggi sikit, kalau masih untung, boleh le beli kondo.

 Kondo lelong Murah

Bukan saya taknak rumah bawah. Ada lokasi yang baik, perkara-perkara negatif di atas hampir  tiada sebab jirannya yang matang dan baik. Tapi masalahnya rumah bawah agak mahal walaupun lelong. Saya pernah 3 kali masuk lelong rumah bawah. Pertama di Uda harga 153,000 tapi ada 4 orang nak lawan. Oleh kerana beri laluan pada abang seorang tu, maka saya tarik diri dan berlaku perundingan belakang tingkap.

Kemudian di Uda juga harga 110,000 ada 8 orang lawan termasuk saya. Orang yang menang tu dapat dengan harga 148,000, harga yang saya tak jangka. Di Bukit Kempas, harga asal 85,000, orang tu dapat sampai 120,000, sorilah nak ambil.

Kondo Orang Ramai Tak Nampak

Dalam satu buku lelong yang saya beli, dia buat ibarat perbandingan seperti air teh o dengan teh. Harga teh o 80 sen, harga teh 1.20.  Walaupun jual teh 0 80 sen tapi modalnya cuma 10 sen. Kalau teh modalnya lebih mahal. Jadi lebih baik beli yang murah iaitu teh o, maksud saya kondo.

Lokasi Penting

Kondo bukan sebarang kondo. Kalau Minah Indon, cakap baik-baik sikit, nanti dia cakap 'kondom' pulak, kelucahan melampau tu. Kalau di JB, pilihlah lokasi dekat dengan bandar dan kawsan tumpuan orang. Contohnya kawasan sekitar Bandar Baru Uda.

Pangsapuri Persiaran Tanjong (gambar di atas)

Lokasi cukup baik, hampir semua rumah penuh dengan penyewa, ada saja orang cari rumah sewa. Sewa antara 700- 1200. Di depannya akan dibina bangunan kementerian kesihatan tak berapa lama lagi. Sekarang, semua penduduk setinggan sudah dipindahkan dan dipagar. Di sebelahnya Kondo Dwi Mahkota juga baik, harga lelong tak mahal tapi orang kita taknak beli.

Komen Situasi di Johor Bahru Sahaja

Ulasan saya ini adalah meliputi hartanah di kawasan Johor bahru sahaja, tidak meliputi daerah lain. Kalau di daerah lain, situasinya amat berlainan. Saya sekarang di Kluang sangat berlainan dan perlu dikaji dari aspek lain pula.
...BERSAMBUNG KE EPISOD KE 4.

14 Januari 2010

10 Orang Kena Penjara di Mahkamah Syariah Kluang


KLUANG 14 Januari 2010: Tadi berlansung perbicaraan di Mahkamah Syariah Kluang, antaranya kes khalwat dan judi nombor ekor. Pendakwaan dijalankan oleh Hafizul Hakim bin Ibakarim di hadapan Hakim Yang Arif Zahari bin Salikin. 10 orang dijatuhkan hukuman penjara dan akan dihantar ke penjara Kluang petang ini juga.

Khalwat di rumah dan bilik hotel

Daripada 7 pasangan kes khalwat (14 orang), 10 orang dijatuhkan hukuman penjara di antara 6 hingga 12 bulan. Manakala yang lain, hakim menjatuhkan hukuman denda di antara RM 1500 hingga RM 2000 seorang. Kebanyakannya adalah terdiri daripada suami orang, isteri orang dan janda. Umur tertuduh di antara 22-46 tahun.

Dah Tua Pun Main Judi

 Dua orang dituduh kerana kesalahan judi nombor ekor dijatuhkan hukuman denda RM 2000 dan RM 2500. Umur 62 dan 67 tahun.

Sempat Tengok Drama Sedih

Saya sempat merakamkan gambar di atas, iaitu gambar seorang anak perempuan usia 3-4 tahun sedang memberi air minuman dalam plastik kepada bapanya selepas dihukum atas kesalahan khalwat. Anak ini tidak mengerti apa dia khalwat dan tak kenal apa itu mahkamah Syariah. Yang dia tahu, itulah bapanya yang mungkin dalam keadaan dahaga. Di sebelah itu adalah ibunya yang masih lagi menangis mengenangkan nasib suaminya.

Gambar ini pula, diambil dari bilik tahanan sementara wanita, diambil dari luar. Wanita ini merayu pada saya kerana katanya dia ada anak kecil. Tapi saya pesan kepadanya supaya menghormati keputusan mahkamah, maka dia terpaksa bermalam dalam penjara. Saya minta dia selesaikan masalah menjaga anaknya kepada orang lain.

Operasi akan diteruskan
Saya memuji tindakan penguatkuasa JAIJ, pendakwa syarie dan keputusan Hakim Mahkamah Syariah pada hari ini. Mudah-mudahan, ketegasan seperti ini dapat menjadi pengajaran yang berguna kepada orang ramai sehingga jauh dari perbuatan maksiat. Operasi akan diteruskan dengan lebih hebat lagi.

GERHANA MATAHARI SEPARA JUMAAT INI


KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku Jumaat ini, bermula 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku pada 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum jam 4.26 petang. Sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari dan disertai dengan khutbah khas gerhana.

Semua dijemput hadir ke Masjid Jamek Kluang, mulai jam 3.30 petang esok untuk mendengar khutbah dan solat sunat gerhana.