Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

30 April 2010

Janda Anak 3 ditangkap Khalwat dengan Lelaki Bujang

Semalam, seorang janda anak 3, berusia 32 tahun ditangkap khalwat dengan lelaki bujang berusia 26 tahun. Tangkapan dilakukan di sebuah hotel di Kluang malam tadi. Lelaki ini merupakan seorang kakitangan, manakala perempuan kerja swasta.

Mahkamah Perintah Amy Search Bayar RM18,000

Penyanyi Amy Search hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur supaya membayar ganti rugi berjumlah RM18 ribu kepada kanak-kanak berusia 4 tahun yang melecur akibat terkena tomyam panas di restoran Cheng Ho miliknya dua tahun lalu.Keputusan secara lisan dibuat oleh Hakim Sabariah Othman setelah mendapati bahawa sekiranya kecuaian dilakukan oleh pekerja ketika dalam tugas maka majikan boleh dipertanggungjawabkan secara vikarius.

Sehubungan dengan itu, beliau menetapkan ganti rugi am bagi 3 peratus kecederaan di bahagian badan iaitu kebakaran tahap satu dan dua. Mahkamah turut memerintahkan Amy membayar ganti rugi khas sebanyak RM10 ribu untuk kos rawatan, faedah 6 peratus ke atas jumlah penghakiman dan kos tindakan.

29 April 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 3

Man masih menaruh harapan yang satu hari nanti, gadis itu akan menelefonnya. Mungkin waktu hujung bulan, waktu orang dapat gaji gerai burgernya ramai, mungkin gadis itu akan menelefonnya untuk membuat tempahan. Yang Man nak tahu, nombor telefon yang gadis itu dah tentu terpapar nanti. Man dah rancang, kalau ada no tel gadis tu, boleh saja sms. Tapi anggapan Man meleset. Gadis itu datang ke gerainya beli burger, sanggup tunggu lama macam biasa. Tak telefon pun. Man taklah tanya kenapa tak telefon, malulah pulak.

Anggapan Man, mungkin gadis pujaannya itu dah ada pakwe atau dah tunang. Takkanlah gadis secantik itu tak ada pakwe pada anggapan Man. Tapi Man tak kisah semua tu, Man tetap teruskan usaha, bagaimana nak memulakannya. Hatinya sudah terpaut.

Suatu hari, pagi Ahad dalam jam 11.00, Man ke sebuah pasar di JB. Biasalah kalau hari Ahad ni Man bangun tidur lewat sebab malamnya tutup kedai hingga ke pukul 2.00 pagi, orang ramai hujung minggu. Sedang Man tolak troli berisi sayur timun dan salad serta telur, dari jauh Man terpandang seseorang. Yer, gadis itu sedang membeli di pasar dengan seorang kawannya, mungkin itu teman serumahnya. Man rasa malu nak tegur sebab gadis tu berdua, Man sorang. Bila berselisih ketika sama-sama tolak troli, tiba-tiba gadis itu menegurnya.

"Hai... banyak beli ? ". Kata gadis tu sambil tersenyum manis.

"Errrrg. Yer, beli untuk niaga". Kata Man sambil suaranya tersekat-sekat, nampak sangat gemuruhnya. Itu saja perbualan mereka.

Man tak boleh bercakap lama, troli Man kena jalan cepat, tak boleh berhenti sebab ada orang lain yang tolak troli di belakang. Kemudian dalam beberapa langkah, Man berhenti semula dan menoleh ke belakang, dilihatnya gadis itu menuju keluar dan hendak pulang. Man belum habis membeli. Dalam hati Man, ada sikit menyesal iaitu kenapa dia tak berbual lama-lama tadi. Tapi dalam hati Man cukup gembira sebab gadis pujaannya itu menyapanya tadi, sungguh Man tak sangka. Hari itu kiranya adalah hari yang mengembirakan dalam hidupnya.

Suatu hari tu, Man pandu kereta Wajanya perlahan di jalan dua hala. Kemudian Man nampak kereta satria merah yang nombor pendaftarannya Man kenal, memotongnya dari sebelah kanan. Betullah Man nampak gadis tu berdua dengan kawannya. Man terus memecut untuk mengekori kereta tu dan Man percaya gadis tu nak pulang ke rumah. Pada Man, bagus juga kalau dia ikut tapi jauh sikit supaya tak nampak. Man nak tahu juga di mana rumah gadis tu. Kemudian kereta satria tu membelok ke sebuah pangsapuri yang ada pengawal keselamatan. Barulah Man tahu, gadis tu tinggal di situ, tak jauh dengan gerai burgernya. Setahu Man, pengawal keselamatan tu tak berapa tegas dan biasanya membenarkan kereta luar untuk masuk. Hari tu Man tak masuk ke dalam pagar pangsapuri tu, cukuplah Man tahu di situ rumahnya.

Keesokannya, Man masuk ke pangsapuri tu, Man angkat tangan pada pengawal dan dibenarkan masuk. Man nak tengok kereta dan sekurang-kurang nak tahu gadis tu duduk di blok mana. Hari itu, Man nampak kereta tu di blog A, parking teduh di bawah pokok. Melihat kereta tu saja, kerinduan Man mula terubat. Kira dahsyat tu, tengok kereta pun boleh terubat rindu. Man jeling-jeling, rumah yang mana satu gadis tu duduk, blok A saja ada 4 tingkat, lebih kurang 20 biji rumah. Memang susahlah nak tahu tapi pada Man cukuplah untuk hari itu, mungkin hari lain Man tahu rumah mana gadis tu duduk. Man rasa kalau tahu rumah, makin terubat kerinduan, lebih lagi kalau dapat tengok baju 'Shiela Majid' yang tersidai di ampaian tu.

Suatu petang, Man buka gerai dalam jam 6.00 petang bersama seorang pembantunya. Hari tu dah lebih sebulan Man kasi nombor telefon pada gadis tu, tapi masih belum ada satu pun panggilan. Tapi Man terus sabar menunggu, pada Man bukan setakat sebulan, setahun pun Man boleh tunggu. Bagaimanapun, tak berapa lama kemudian, telefon Man berbunyi dan Man jawab. Panggilan dari seorang wanita muda.

"Helo, ini Man ker. Man yang jual burger tu ker ?". Seorang gadis yang Man masih belum kenal.

"Yer, ini Man. Boleh tahu siapa cakap ni?". Man tanya dengan suara yang agak bersopan. Maklumlah perempuan muda yang telefon tu, kenalah kontrol suara.

"Ini Yanti. Yang selalu beli burger tu". Jelas perempuan tu.

"Yanti ? Yang mana satu ni yer ". Man memang tak kenal walaupun hati dia ada syak juga, mungkin itu gadis pujaannya yang dapat nama timang timangannya Shiela Majid tu. Sebab Man tak ada kasi nombor telefon dia kepada pelanggan lain kecuali gadis tu.

"Ini Yanti yang bawak satria merah tu". Kata gadis tu.

"Oh yer, Yanti. Nak oder burger ke? Hari ni nak ayam ke daging ?" Kata Man kerana dia ingatkan gadis tu nak tempah burger.

"Tak tak, bukan nak beli burger. Nak mintak tolong sikit sekarang boleh tak ?". Kata Yanti.

"Minta tolong ? Boleh, boleh. Tolong apa ?". Kata Man dengan penuh yakin dia dapat tolong, walaupun Man tak pasti mintak tolong apa.

"Man. Kereta Yanti sekarang mati di trafik light dekat dengan bank bumi ni. Boleh tak mintak tolong datang tengokkan. Yanti seorang jer sini, rasa takut pulak, tak tahu nak buat apa". Kata Yanti dan suaranya agak panik dan ketakutan juga.

"Boleh, boleh, kejap lagi Man datang, tunggu kat situ yer". Kata Man dengan bersemangat, terus dia tinggalkan gerai dia pada pembantunya. Man bawak kereta Wajanya.

Dalam 10 minit Man sampai ke situ seorang. Man lihat kereta kereta satria merah di tepi jalan tapi tak ada orang. Rupanya Yanti ada jauh sikit di tempat tunggu bas tak jauh dari situ.

"Kenapa kereta yer ?". Tanya Man sambil matanya menjeling pada wajah ayu Yanti. Terubat kerinduan, dah dua hari tak jumpa. Rupa namanya Yanti, manis nama itu, semanis orangnya. Yanti hari tu bertudung corak-corak warna coklat, tshirt putih dan seluar slack kelabu. Nampak cantik hari tu, bisik hati Man.

"Tak tahulah, tadi baru lepas basuh kereta, sampai kat sini terus mati. Tadi orang lain tolong tolakkan kereta ke tepi." jelas Yanti.

Kemudian Man buka enjin dan cuba start tapi masih tak hidup. Man tak berapa tahu sangat bab nak repair kereta ni. Kalau setakat tengok bateri dan air tu bolehlah, tapi bateri elok lagi. Kemudian Man telefon kawannya Ajis yang bengkelnya tak jauh dengan gerai burgernya.

"Helo Ajis. Ada free ker ? Boleh ke datang kat sini depan bank bumi, kereta satria merah, saya ada sini". Telefon Man.

"Ok. Boleh, tapi rosak apa ?". Ajis.

"Tak tahulah tapi tadi baru lepas basuh kereta. Tiba-tiba mati". Man

"Ok. Aku datang, mungkin ada cuci enjin tu, mungkin masuk air. Nanti aku datang tengok". Ajis.

Sepuluh minit juga menunggu Ajis datang. Jadi ini peluang Man berdua saja dengan Yanti di situ sambil berdiri sebelah kereta. Man seakan bermimpi dapat menemankan Yanti petang tu. Man cuba yakinkan dirinya yang dia bukan sedang tidur sambil gadis pujaannya datang dalam mimpi. Ini bukan cubaannn tapi kenyataan. Tapi apa yang Man nak bualkan ? Senggugut Man dah mula datang, berdetap detup jantungnya. Yanti nampak rilek saja, tak macam Man.

....BERSAMBUNG KE EPISOD 4

81 Laman Web Lucah disekat

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 165 aduan sejak Januari hingga Mac lalu berhubung kandungan laman web atau blog yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Daripada jumlah itu, sebanyak 90 aduan merujuk kepada kandungan berunsur lucah, 72 aduan bersifat mengancam atau jelik manakala tiga kes didakwa memaparkan maklumat atau bahan palsu. Antara tindakan yang telah dilakukan ialah menutup 81 laman web yang didapati mengandungi unsur lucah seperti menawarkan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual.

Kes Zakiah Anas di Mahkamah Syariah

PETALING JAYA - Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam mengarahkan personaliti TV3, Zakiah Anas dan suaminya, Mohd. Yusof Mohd. Taib melantik wakil jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan kes penceraian secara baik. Hakim Syarie, Ghazali Ahmad memutuskan demikian setelah dimaklumkan peguam syarie, Abdullah Anuar Sahri yang mewakili Zakiah, 44, selaku plaintif bahawa Mohd. Yusof, 48, membantah permohonan cerai yang difailkan Zakiah.

Sehubungan itu, kedua-dua belah pihak diarahkan melantik wakil masing-masing dari kalangan keluarga terdekat untuk berbincang dalam usaha mencari jalan penyelesaian.

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 2

Dari hari ke hari Man memendamkan rasa dan hasrat untuk berkenalan dan jadikan gadis itu orang teristimewa dalam hidupnya. Man belum kenal gadis kerja apa, kerja apa yer ? Rasanya bukan kerja kilang sebab bukan pakai baju kilang macam orang lain. Gerai burger man juga jadi tumpuan pekerja kilang. Kalau dalam pukul 6.00 beberapa biji bas berhenti di seberang jalan sana menurunkan ramai pekerja kilang. Biasanya mereka pakai baju seragam. Tapi gadis idamannya itu bukan beruniform. Dari segi gayanya bersih saja, tentu bukan kerja berat ataupun dibawah cahaya matahari. tengok gaya macam kerja pejabat dalam aircond. tapi kerja apa yer.

Kalau tengok pada kereta, flat 'W' iaitu Kuala Lumpur, dia orang Kuala Lumpur ker ? Entah-entah beli saja kereta kat KL, mungkin bukan orang KL. Nampaknya kereta baru, bukan secondhand. Bawak Satria kira kereta sport, kira gadis ni bawak kereta laju juga ler. Cuma dia tak pernah tengok pulak gadis tu bawak kereta laju, maklumlah kawasan taman. Sekali pandang, nampak gadis ni orang berada, mungkin datang dari keluarga berada juga. agaknyerlah.

Dari segi pakaian, gadis ni ikut fesyen terkini. Kalau balik kerja, pakai baju kurung. Kalau dari rumah, pakai seluar slack dan tshirt atau blaus lengan panjang. Tudungnya pula ada fesyen ala terkini gadis sekarang. Kira gaya macam orang bandarlah. Gadis ni jaga penampilan, kalau datang beli burger pun siap bermekap dan minyak wangi. Taklah macam Man, baju Man bau burger jer, kalau taruk minyak wangi banyak mana pun tak jalan. Gadis ni paling kurang pun ada gincu nipis, senyumannya membuatkan jantung Man berdetup detap macam bunyi mercun padi. Senyum ayu gadis ini. Tapi siapa namanya yer, Man pun tak tahu nama. Oleh kerana wajahnya macam penyanyi Shiela Majid, cuma dia agak tinggi sikit, maka Man gelarkan Shiela Majid juga. Itulah masalahnya, Shiela Majid pun Shiela Majidlah, takkanlah nak tanya nama pada dia.

Dalam seminggu, adalah 4-5 kali gadis ni datang beli burger Man. Masalahnya Man ni memang lemah dan datang senggugut kalau tengok perempuan cantik macam Shiela Majid ni. Cakap Man pun boleh tiba-tiba jadi gagap. Macam mana Man nak mulakan ni. Kalau tak mulakan nanti, takut dikebas orang lain pulak. Untuk menambat hati, sekali sekala Man kasi diskaun. Itu pun kalau pelanggan lain tak ada, kalau pelanggan lain ada, nanti terasa hati pelanggan lain lak.

"Burger ni RM 1.70, kira RM 1.50 sajalah untuk pelanggan istimewa". Man mula masuk jarum sikit walaupun mulanya tak berani. Kalu nak kira malu, memanglah malu, tapi jangan takut kali ni. Takut nanti melepas. Pekerja Man, lelaki baru lepas sekolah tu kehairanan dan syak sesuatu pada Man. Tergelak juga pekerja dia tu, tengok tauke dia mengorat tapi macam tak jadi.

"Terima kasih". Gadis tu jawab ringkas saja. Terkedu Man dibuatnya. Hatinya tertanya-tanya, tak perasan ke dia ucap ayat 'pelanggan istimewa' tadi ? Nampaknya macam tak ada kesan jer. Tak apa, Man dah berani sikit, sekali lagi nanti Man nak ulang ayat itu. Manalah tahu ada respon nanti.

Man memang tertunggu-tunggu gadis ni datang dan Man dah sedia dengan ayat lagi power. Ok, kali ni Man nak bahasakan dirinya 'abang', tengok macammana nanti reaksi gadis ni, suka ke tak. 

"Hari ni abang belanja burger untuk pelanggan istimewa abang". Man berlatih dulu kat rumah. Tapi Man terfikir juga, nak kasi free burger sempena apa. Kalau gadis ni tolak, kan malu. Paling malu kat pekerja dia tu. Ok, Man tambah sikit skrip.

"Hari ni abang belanja, sempena Hari Jadi abang, untuk pelanggan istimewa abang". Nampak macam best sikit ni. Paling kurang pun nanti gadis ni ucap tahniah sempena hari lahir, wau seronoknya. Walaupun hari tu bukan harijadi Man, Man kata tipu sikit takper, bukan dia tahu pun.

OK, Man rasa tu ayat baik. Jadi petang tu Man tunggu nak ucap ayat tu.  Man dah setkan yang pekerjanya hari tu suruh rehat balik rumah kejap antara jam 6.00 hingga 7.00 gaji jalan. Terkejut juga pekerjanya. Dalam jam 6.30 petang, gadis tu datang. Tapi masalahnya pulak, masa gadis ni datang, ramai pulak pelanggan lain, Man tak jadilah nak ucap ayat tu. Kacau daun betul, hancur lebur harapan setinggi gunung.

Man rasa, dia nak mintak nombor hphone gadis tu untuk memudahkan dia bercakap atau kurang-kurang pun sms. Kalau sms ni Man berani sikit ler. Tapi bagaimana gadis tu boleh kasi nombor hp pada dia, macammana nak mintak. Man dapat satu idea, bukan dia minta nombor, tapi Man sendiri yang akan kasi. Alasannya untuk memudahkan gadis tu buat tempahan awal sebelum datang ke kedainya, bagus juga idea tu.

Suatu hari, gadis ni datang. Man hulurkan kertas yang dah tersedia nombor telefon.

"Ermmm...kalau nak datang sini, nanti telefon dulu. Nanti taklah penat menunggu". Kata Man selepas beri burger yang dah siap. Man seronok sebab gadis tu ambil.

"Ok, nanti kita telefon yer".

Man seronok hari tu. Lepas tu, telefon Man tak pernah letak tempat lain, mesti diselit di talipinggang dengan sarung hp hitam. Sebelum ni, masa masak burger, jarang nak jawab telefon, takut burger hangus. Tapi sekarang, setiap panggilan mesti dijawab. Manalah tahu, kalau Shiela Majid yang dirindui tu telefon. Malangnya, tunggu beberapa hari tak juga telefon. Satu hari, gadis tu datang beli burger, tak telefon dulu pun, terus datang beli. Macam tak jadi juga strategi Man. Kecewa betul Man.

27 April 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger': Episod 1


Man berasal dari kampung di sebuah daerah di Johor(lokasi dirahsiakan). Selepas SPM dia tak sambung belajar macam kawan-kawan, berhijrah ke JB kerja kilang. Mula kerja gajinya sudah cecah seribu, kira lumayan juga. Dapat juga beli moto yang jadi idamannya sejak sekolah dulu. Biasalah kalau muda sebegitu, kalau tak ada moto kira tak sah.

Duduk rumah sewa 5-6 orang di JB sangat menyeronokkan bagi orang muda sepertinya. Setiap bulan gajinya habis selepas bayar moto, sewa rumah dan kasi ibu bapa di kampung. Tapi kekadang mis juga nak kasi mak kat kampung.

Kira-kira dua tahun kerja di kilang, rasakan dirinya terlalu enjoy. Awek yang jambu-jambu pun ramai di kilang tempat kerjanya. Ramai juga yang senang diajak keluar makan dan jalan-jalan naik moto walaupun taklah sampai buat maksiat. Man pulak kira hensem juga orangnya, cute gitu. Maka selepas 2 tahun kerja kilang, Man ambil keputusan berhenti kerja. Sebelum berhenti, Man fikir betul-betul selepas tanya kawan-kawan. Ramai yang menentang hasrat Man, kerana katanya kalau Man terus kerja kilang, nanti gajinya akan naik juga lama kelamaan. Yang penting Man kena sabar.

Man fikir, antara puncanya, kerja penat dan banyak tekanan. Duit pun kira tak ada simpan lansung, tiap bulan habis. Man pun ambil keputusan berhenti kerja dan nak jual burger di sebuah taman di JB. Ini satu tindakan berani Man. Dia ada juga pengalaman, masa sekolah kat kampung dulu ada juga tolong kawan dia jual burger malam-malam.

Bermodalkan tak sampai seribu, Man beranikan diri buka sebuah gerai burger berhampiran kilang yang lengkap dengan gerai steel, payung dan lain-lain. Kira lengkaplah sebagai gerai burger ala kadar. Bulan pertama berniaga ni, adalah sakit sikit berniaga, biasalah mula-mula ni, pelanggan belum kenal. Tapi bila masuk bulan kedua, ketiga dan seterusnya kira untung juga. Dia niaga dari jam 3.00 petang hingga maghrib setiap hari dan banyaklah masa dia berehat.

Man tak beritahu ibu bapanya yang dia dah berhenti kerja di JB tapi ibu dia syak juga. Kalau balik kampung, cuti dah tak berkira sangat. Dulu masa kerja kilang memang payah nak cuti, hari cuti pun buat o.t. Tapi mak ayahnya tak bertanya pulak.

Beberapa bulan kemudian, Man berpindah lokasi lain untuk berniaga. Kali ini di kawasan perumahan yang jadi tumpuan ramai. Jaraknya dengan tempat lama dalam 10 km juga. Sebelum berpindah ke situ, Man buat kajian juga. Man tengok, memang sudah ada 3-4 orang jual burger di situ tapi pembeli tetap ramai. Man cuba beli dan makan burger satu persatu dari 4 kedai tu.

 Bila Man rasa burger dia orang tu, kira Man rasa burger dia agaknya sama juga atau mungkin burger Man lagi sedap. Bukan Man nak mengata burger orang tu tak sedap, tapi Man ada rahsia tersendiri bagaimana nak buat burger sedap pada fikirannya. Yang ramai di situ pekerja kilang di apartment yang dijadikan asrama dan macam-macam kerja termasuk kakitangan kerajaan. Man bawanya gerai tempat lamanya ke situ, sewa lori kecil RM50.

Di tempat barunya dia menyewa RM 30 sebulan dari tuan kedai bersebelahan. Abang tauke kedai tu kira macam nak tolong jer tu. Kira itu bayaran untuk eletrik bagi sebuah lampu panjang yang ditarik ke gerainya. Di sini, dia berniaga dari jam 6.00 petang hingga 12.00 malam hampir setiap hari.

Perniagaan Makin Maju

Lama-kelamaan perniagaannya semakin maju dan mempunyai ramai pelanggan. Beberapa bulan di situ, pendapatannya jauh melebihi gajinya di kilang dulu dan lebih dari tempat niaga lamanya. Dia sudah mampu menyewa rumah bawah RM 500 sebulan berhampiran gerainya dan tinggal seorang diri. Rumahnya dijadikan tempat menyimpan barang keperluan dan ada sebuah peti sejuk beku yang mahal juga harganya.

Beberapa tahun berniaga, purata keuntungan harian adalah 200 sehari, bermakna 6000 sebulan. Dia mampu menggaji seorang pekerja lelaki lepasan sekolah dengan gaji RM30 sehari. Keuntungannya dari hari ke hari terus meningkat sehingga 400 sehari atau 12,000 sebulan terutama hari-hari gaji atau dapat bonus. Dia sudah mampu membeli sebuah van nissan terpakai untuk memudahkan pergerakan dan mengangkut barang ke gerai. Tak berapa lama kemudian, Man sendiri naikkan sendiri sewa dari RM30 sebulan kepada RM100 sebulan kepada abang kedai sebelah sebab Man tambah dua biji lampu lagi dan sebagai balas jasa abang tu.

Beli Kereta Waja Cash

Man sudah tidak segan silu lagi memberitahu ibu bapanya di kampung yang dia sudah tidak kerja kilang lagi, sebaliknya berniaga burger di JB. Suatu hari tu, ibunya terkejut kerana Man balik kampung bawa kereta baru Proton Waja yang dibeli secara tunai, bukan hutang tau.

Suatu hari ibunya minta dia balik kampung untuk kenduri arwah nenek. Rupanya malam tersebut, ibunya ada hajat lain iaitu untuk nak perkenalkan dengan jiran sekampung, anak perempuan kawan ibunya.

"Man belum bersedia mak untuk kahwin, Man rasa macam muda lagi". Kata Man.

Ibunya tak boleh cakap apa, hampalah juga maknya nak berbesan dengan kawan satu kumpulan yasin di kampung tu. Anak dara yang ditengok Man hari tu cantik orangnya dan kira standart muka artis juga gitu. Pandai masak dan menjahit, kira cukuplah nak jadi isteri ikut firasat ibunya.

 'Umur dah 27 kata masih muda'. Fikir ibu dia.

Kenapalah anak sulung dia ni begini. Tapi terfikir juga ibu dia, inilah anak-anak sekarang, bukan nak ikut jodoh yang mak ayah carikan. Dulu lainlah, mak ayah dia kawin bercinta lepas berkahwin, pun bahagia juga. Yer, Tapi budak sekarang, semua nak cari sendiri.

Di kampung, Man rasa rimas, rasa nak balik cepat je ke JB. Nampak sangat gelisah. Ada sesuatu yang Man fikirkan. Dalam hati dia berkata,

"Kalau tahulah mak nak jodohkan dengan anak kawan mak, lebih baik tak balik kampung hari tu". Bisik hati Man.

Rupanya Man ada menyimpan hati pada seorang anak dara lain yang selalu beli burger di gerainya  di JB. Bermula dari situ, hatinya terus tertawan dengan keayuan gadis itu. Biasa datang beli dah dekat maghrib naik kereta, Man pasti sikat rambut sebelum maghrib untuk tunggu gadis itu datang, hampir setiap hari juga. Di situlah cintanya berputik.

Nak mengorat ni, Man bukannya pandai, masa sekolah dulu asyik tak ada makwe jer. Nak ngorat awek sikit, dah kena kebas dengan lelaki lain yang pandai ayat. Man ayat apa yang  pandai, ayat merapu dia pandailah.

Tapi sekarang dalam usia 27 tahun, Man sudah lain, bukan zaman sekolah lagi. Tapi macammana yer, nak dijadikan makwe dia boleh ker ?  Man tak berani nak cakap, cuma Man peramah masa  gadis itu datang beli burger dengan kereta Proton Satria merahnya.

"Hai.. apa kabar hari ni?" Man.

"Khabar baik. Kasi burger macam biasa satu yer ". Gadis tu.

Buat burger buat burger juga, tapi Man asyik menjeling je pada gadis tu. Bila perasan Man selalu pandang, gadis tu tersenyum, menyerlahkan keayuannya. Man macam tak pandai nak goda-goda perempuan ni. Sampai Man nak tanya nama pun tak berani, apa lagi nak kenal lanjut.  Lagi pun, masa gadis tu datang, biasanya ada orang lain juga datang nak beli. Bertambah-tambahlah malunya Man. Tapi Man rasa sesuatu juga.

Hampir setiap hari juga gadis ni datang beli burger. Jadi kalau sehari gadis tu tak datang, tidur Man memang tak lena. Mula rasa cemburu kalau-kalau gadis ni dah pindah pergi beli burger lain. Tapi rupanya tidak, kalau gadis tu keluar ke kedai, pasti tak ketinggalan beli burgernya. Man pun rasa, gadis ni bukan setakat sukakan burgernya, tapi mungkin juga sukakannya hehehe.... Masalahnya bagaimana yer nak mulakan ? Susah tu...

Cerai Isteri Talak 5 ?

Baru-baru ini, berlaku satu kes cerai. Suami 40-an bertugas sebagai kakitangan kerajaan, isteri tak bekerja. Sebelum ini pasangan ini sudah pernah cerai talak satu, kemudian rujuk semula. Kemudiannya pula cerai lagi sekali talak satu, tak lama lepas tu rujuk semula. Maka sudah pernah 2 talak dan baki 1 talak.

Baru-baru ini, lelaki ceraikan pula isteri dengan talak tiga. Kalau nak ikutkan baki talak cuma satu, dia lafaz talak 3 pulak. Kalau begitu, talak boleh sampai 5 ker ?

PENERANGAN

Talak raj’i
Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.

 Talak bain
Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.


26 April 2010

Lelaki 33 Tahun, Nikah Perempuan 50-an

Dah jodoh tak ke mana, kita merancang, tapi Allah tentukan jodoh seseorang. Baru-baru ni ada lelaki bujang 33 tahun, nikah dengan perempuan ibu tunggal umur 50-an.

Wah Wah.....Ini barulah ikut sunnah Nabi namanya.

BURSA MALAYSIA : SAHAM TALAM JADI REBUTAN


Sejak kerajaan negeri Selangor berjanji memulihkan semula kewangan syarikat hartanah TALAM, saham ini mencatat kenaikan luar biasa. Hari ini jam 9.31 pagi, saham ini berharga RM 0.16 seunit dan merupakan saham yang paling aktif hari ini. Harga terendah dalam setahun dicatatkan pada 27 April 2009 iaitu 0.065. Manakala harga tertinggi dalam setahun adalah pada hari ini. Saya jangka, saham ini boleh naik lagi dalam jangka panjang terutama selepas kerajaan negeri benar-benar memulihkan syarikat ini.

Kepada pelabur runcit di Bursa Malaysia, jangan lupa pada saham TALAM. Bagaimanapun, pelabur masih perlu berhati-hati kerana saham Talam ini masih dalam masalah kewangan walaupun dalam usaha untuk pulih.

Top 10 Active Counters (9.31 pagi, 26 April 2010)

TALAM 0.160 +0.005 379,001
PMIND-WA 0.005 - 80,200
TEJARI 0.210 +0.055 79,956
AIM 0.335 -0.025 67,047
TIMECOM 0.495 - 46,400
LCL 0.150 -0.020 26,833
ASIAEP 0.070 - 21,574
KNM 0.600 - 20,560
MEASAT 2.850 -0.100 19,118
E&O 1.030 +0.030 17,226

25 April 2010

Pilihanraya Hulu Selangor : BN Menang

BN menang besar di kawasan majoriti Melayu dan India. Manakala PKR menang di peti undi pengundi Cina. Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.


Duda Khalwat Janda Rumah Cina

Beberapa hari lepas, penguatkuasa JAIJ Kluang telah menahan satu pasangan di dalam sebuah rumah orang Cina lebih kurang 12.00 tengah malam. Waktu pintu diketuk, dibuka oleh seorang lelaki Cina, kemudian penguatkuasa memeriksa salah sebuah bilik yang terkunci dari dalam. Didapati satu pasangan yang belum bernikah di dalam bilik ini dan ditahan penguatkuasa. Lelaki berstatus duda manakala perempuan janda.Pemeriksaan dilakukan selepas mendapat aduan dari orang awam.

Lelaki ini seorang kakitangan kerajaan di Kluang manakala perempuan tidak bekerja. Umur kedua-dua mereka adalah lewat 30-an. Mereka melakukan perbuatan ini di rumah orang Cina untuk mengelakkan kegiatan mereka dikesan penguatkuasa.

24 April 2010

Wali Menangis Masa Nikah, Anak Dah Mengandung

Betapa sedih dan hancurnya hati seorang bapa, bila anak perempuannya yang dibesarkan dangan baik, tiba-tiba mencemarkan nama baik keluarga. Anak sepatutnya mengharumkan nama baik keluarga dan membalas jasa ibu bapa. Tetapi anaknya yang berusia 19 tahun, masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Kluang, tingkatan 6 sudah termengandung 5 bulan sebelum nikah. Anak perempuan ini lahir ke dunia ini 19 tahun dulu, diberi pendidikan agama yang baik dan menjadi harapan keluarga. Bapanya pula adalah orang yang baik di kampungnya dan bukannya dari keluarga yang bermasalah.

Semalam saya nikahkan satu pasangan, lelaki 20-an bekerja di sebuah kilang di JB dan berasal dari Kluang. Manakala perempuan 19 tahun, masih bersekolah dan akan ambil STPM tahun ini. Sebelum saya nikahkan, saya menasihati lelaki supaya menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Kepada perempuan semoga menjadi isteri yang baik dan menasihatinya supaya terus mengambil peperiksaan dengan jayanya tahun ini.

Waktu saya hendak nikahkan, selepas wali iaitu bapanya menyerahkan saya sebagai wali berwakil, ayahnya keluar dari majlis itu sambil menangis. Saya faham betapa sedihnya perasaan seorang bapa yang tidak dapat melawan ketentuan Allah Taala. Bapanya tidak sanggup melihat majlis akad nikah itu kerana tidak dapat menahan kesedihan. Orang lain terdiri dari keluarga lelaki dan perempuan, senyap dan sunyi sepi dalam majlis itu. Kemudian semuanya bersyukur kerana sekurang-kurangnya lelaki bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan sebelum bernikah dan sah sebagai suami isteri. Mudah-mudahan bahagia hingga ke akhir hayat.

23 April 2010

Pasangan Cerai Malam Tadi, Pagi Ni Rujuk Semula

Berlaku di Kluang malam tadi, seorang suami melafazkan talak kepada isteri waktu pertengkaran. Psangan ini masih muda, lewat 20-an. Lafaz lebih kurang begini

"Aku ceraikan kau".

Pagi ni lelaki dan perempuan datang ke pejabat Kadi untuk rujuk semula pernikahan. Nampaknya baik saja, tak bergaduh dah.

Rasuah Wang dan Sex: Bekas Exco Pakatan Rakyat Perak Bebas

Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas anggota exco kerajaan negeri Perak dan tiga individu lain berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri. Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta merta.

Mohd Osman Mohd Jailu, 58 (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun Bota Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah Zul Hassan, 46, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 31.

Osman dan Jamaluddin adalah bekas Adun PKR yang kini menjadi wakil Bebas.

22 April 2010

Suami Outstation 3 Bulan, Isteri Khalwat Dgn Kawan Suami

Semalam berlaku satu kes di Kluang, sorang lelaki datang ke rumah perempuan waktu suaminya outstation selama 3 bulan. Sekarang baru 2 bulan dan suami ada balik 2-3 kali saja dan ada sebulan lagi. Pasangan ini ditahan malam semalam kira-kira jam 2.00 pagi di rumah perempuan hasil maklumat orang awam. Perempuan berumur pertengahan 20-an, manakala lelaki awal 30-an. Perempuan ini sudah mempunyai 3 orang anak yang masih kecil dan tidak bekerja.

Waktu ditangkap, lelaki datang ke rumah lebih kurang 12.00 malam waktu kesemua anak perempuan sudah tidur. Lelaki ini adalah seorang kakitangan kerajaan di Kluang yang satu tempat kerja dengan suami perempuan. Kes ini sudah dimaklumkan kepada majikan tempat kerja lelaki.

Bagi kesalahan khalwat, boleh didakwa di Mahkamah Syariah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pakai Serban Naik Moto: Mahkamah Bebaskan 5 Lelaki

TUMPAT 22 April – Mahkamah Majistret Tumpat di sini hari ini membebaskan dan melepaskan lima pelajar sebuah sekolah pondok atas kesalahan tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya memakai serban ketika menunggang motosikal, dua tahun lalu.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.

Sebaik sahaja Raja Norshuzianna Shakila selesai membacakan penghakimannya, kelima-lima pelajar itu Adli Abd. Halim, 22; Ahmad Hafiz Shaari, 24; Mohd. Hafizul Mohamad, 22; Mohd. Azam Mohd. Arifin, 24; dan Che Mohd. Noor Che Soh, 28; kelihatan sebak dan beberapa daripada mereka mengalirkan air mata.

Kelima-lima pelajar Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, di sini, ditahan dalam sekatan polis di Kampung Geting, dekat sini, pada pukul 12.30 tengah malam, 28 April, 2008, semasa dalam perjalanan pulang dari menghadiri upacara sembahyang jenazah di sebuah masjid.

'Anak Yatim' Penipu ?

Kira-kira 2 bulan lepas datang seorang lelaki ke pejabat saya untuk mendapat surat sokongan untuk memungut derma kononnya untuk anak yatim. Lelaki ini mendakwa sebagai penyelia kepada anak yatim, datang dari sebuah negeri di utara semenanjung. Dari loghatnya, saya percayalah dia dari utara, umurnya lebih kurang saya atau muda dia lagi.

Katanya, dia nak pungut derma di seluruh masjid dan surau di Kluang dan pejabat kerajaan. Maka surat sokongan saya amat bermakna untuk menjayakan pungutan tersebut. Dia menunjukkan beberapa negeri dan daerah yang dia sudah pergi dengan menunjukkan surat sokongan yang dikeluarkan oleh kadi di sesuatu tempat. Katanya dia bukan bergerak seorang, tetapi beberapa orang ditugaskan ke daerah yang berlainan.

Derma ini, katanya adalah untuk membiayai tanah lebih 10 ekar di sebuah daerah di negeri utara tersebut. Kebetulan masa dia datang tu, saya baru singgah di daerah yang diceritakan untuk makan nasi kandar. Maka saya tahulah serba sedikit kawasan yang dinyatakan. Lelaki ini kata, mereka sudah membayar RM 200,000 dan memerlukan RM 800,000 lagi untuk membeli tanah anak yatim dan membuat bangunan di situ.

Saya tidak mudah percaya, malah mahu menyiasat dahulu, adakah benar apa yang dikatakan itu. Saya tanya, kenapa anak yatim perlu mewah sampai membeli hartanah sehingga sejuta harganya. Katanya untuk pelaburan jangka panjang. Saya nasihatkan dia, sepatutnya 200,000 sudah mencukupi dan tak perlu sampai sejuta. Sedangkan 200,000 itu sudah boleh mula buat bangunan. Gambar yang ditunjukkan, belum diri sedikit pun bangunan.

Kemudian saya minta apa dokumen yang menunjukkan apa yang dia cakap itu benar. Dia tunjukkan pelan, gambar dan lain-lain. Malangnya, geran tanah yang didakwa nilai sejuta itu tidak ada salinan. Dia kata ada dalam komputer riba dia yang dia bawa masa tu. Sebelum dia buka, saya kata saya tak mahu tengok yang dalam komputer, saya nak tengok yang dalam bentuk kertas. Terus dia terdiam. Bukan apa, kalau dalam komputer, mungkin boleh scan dan edit. Hairan juga, kenapa dokumen lain boleh ada, tapi geran tanah tak ada salinan dalam fail yang dia bawa.

Bila dah tak boleh jawab, dia minta izin balik dulu dan janji nak hantar kemudian. Saya minta dia fax dari pejabat dia di sana ke pejabat saya dan saya kasi no fax. Dia janji esok lusa dia nak fax dan telefon saya melalui telefon pejabat. Bukan apa, nak meyakinkan saya saja.

Dua bulan berlalu, tak ada pun sama ada fax, surat ke, atau dia datang semula ke kalau dia tu tak tipu. Maka saya syak dia tipu guna nama anak yatim. Nasib baiklah saya tak buat surat sokongan, kalau buat maka saya menyokong kerja penipu ini. Satu daerah tu dia kata dapat RM 16,000. Tapi betul ke 16,000 dia dapat. Manalah tahu dia dapat 50,000 tapi dia dakwa 16,000 ? Siapa yang tahu. Kalau betul dia dapat 16,000, dia buat apa dengan duit ni ? Kalau betul untuk anak yatim, takper. Entah-entah masuk poket sendiri dan hidup mewah.

Saya bukan nak sekat orang nak pungut derma, tapi saya perlu yakin 100 peratus dulu. Lagi pun orang ni dari negeri nun jauh di utara, entah yer entah tak. kalau yer betul, pergilah pungut kat negeri tu jer. Maaflah, saya tak cepat tertipu, walaupun yang datang tu penuh dengan kesedihan dan hendakkan simpati. Saya nak nasihatkan juga, kalau nak menipu janganlah jaja nama anak yatim atau agama Islam. Zaman sekarang, macam-macam menipu.

21 April 2010

Hantaran 10,000 : SALAM TERAKHIR (Episod 24)


Zihan rupanya mengandung 1-2 bulan dan telah keguguran, 3 hari ditahan di hospital. Selepas sihat, mereka memulakan hidup baru sebagai suami isteri dan hidup mereka bahagia seterusnya memulakan kerja semula di JB. Setahun selepas itu, Zaid menawarkan mereka untuk berniaga di kantin kilang. Ini satu peluang keemasan untuk mula bertapak dalam perniagaan makanan, seterusnya berhenti kerja untuk menumpukan kepada perniagaannya.

Sekarang, sudah hampir 8 tahun berlaku, mereka sudah punyai 3 cahaya mata. Sekarang sudah menyewa sebuah restoran dengan modal 100,000 di JB selepas melepaskan perniagaannya di kantin kilang itu. Selain itu, mereka sudah ada rumah sendiri yang di JB dan 2 biji kereta dan satu van. Zaid tetap menjadi sahabatnya waktu susah dan senang di JB. Pahit getir dan liku-liku hidup mereka di bandaraya JB  diharungi bersama.

Kisah 8 tahun dulu sentiasa diingati, dulu betapa sukarnya untuk adakan 10,000, sekarang dia dah berjaya dalam perniagaan restorannya. Kisah silam itu memotivasikan dirinya, supaya lebih berjimat cermat dan berusaha mencapai kejayaan. Tidak semestinya orang yang belajar tinggi-tinggi saja berjaya dalam perniagaan, semua orang boleh kalau berusaha dan berjaya. Satu lagi, Harun tak mahu anak-anaknya jadi seperti kisah ibu dan bapanya dulu yang menerima penghinaan yang cukup hebat sewaktu memulakan kehidupan berumahtangga..

Selesailah kes ini

Mengenangkan kembali kes ini yang berlaku 8 tahun dulu, Ustaz Khalil bersyukur kerana kes ini selesai dengan jayanya. Kes ini tetap dikenang kerana banyak pengajarannya. Berjaya bukan bermakna sampai ke peringkat pendakwaan, tapi penyelesaian yang baik bagi semua pihak.

Ustaz Khalil kenangkan kembali kisah ini, terutama hari pernikahan yang sebenar itu di masjid. Hari pernikahan itu, malam itu dia operasi kelab malam di JB sampai jam 3.30 pagi. Pagi esoknya dalam jam 8.00 dalam perjalanan ke pejabat, pak imam telefonnya yang borang kebenaran kahwin ada masalah sikit. Dia bukan berhasrat untuk ke daerah itu tetapi kerana keperluan yang sangat penting, dia pergi juga.  Ustaz Khalil bergegas ke daerah berkenaan lebih 100km jauhnya untuk selesaikan masalah rumahtangga Harun dan Zihan ini.

Tidak Kecil Hati

Pada Ustaz Khalil, dia tidak mengharapkan habuan wang ringgit ataupun pujian masyarakat dalam kes ini. Walaupun kedua-dua pasangan pengantin tidak ada beri apa-apa, jemput makan pun tidak, pujian dan terima kasih pun tidak. Malah Ustaz Khalil telah mengeluarkan belanja duit minyak untuk ke sana ke mari. Juga telah mengenepikan tugas lain yang lebih penting untuk menyelesaikan masalah keluarga ini.

Tapi percayalah, sebagai penguatkuasa, dia tidak mengharapkan semua itu. Biar ada orang yang mencemuh, salah anggap, benci atau bermusuh, dia tetap ada pendirian. Pendirian inilah yang perlu kepada penguatkuasa dan semua orang yang menjalankan amanah sebagai pemikul dan pelaksana undang-undang. Tidak kiralah undang-undang agama atau undang-undang lain, pelaksana undang-undang itu seharusnya menjiwainya.

Pandangan Masyarakat
Dalam kes ini, Ustaz Khalil dipandang serong dan dilebalkan dengan pelbagai tohmahan. Tetapi dia tak pernah ada rasa terkilan sepanjang berada di bahagian penguatkuasaan. Kerja sebagai penguatkuasa kekadang, kawan boleh jadi lawan kalau kita tak mahu tolong kawan. Apatah lagi dengan berhadapan dengan orang luar yang baru dikenali, pasti orang akan merasa kurang senang atau salah anggap.

Sebagai pengatkuasa, jarang mendapat pujian walaupun banyak membantu mencapai kejayaan yang super hebat. Sebaliknya, kalau ada satu dua kesilapan, masyarakat akan buka mata dan memperlekehkan penguatkuasa walaupun kesilapan itu bukan disengajakan. Sebagai penguatkuasa, selalu terdedah dengan risiko ini kerana bertugas menguatkuasakan undang-undang dan berhadapan dengan orang awam yang perlbagai latarbelakang.

Siapa Pengadu Kes Khalwat ?

Semua orang nak tahu siapa pengadu kes ini. Ustaz Khalil kenal pengadu, pengadu itu adalah di kalangan pelakon-pelakon dalam cerita ini juga, bukan orang luar. Ustaz Khalil dari awal lagi kata pada Ustaz Razali yang dia nak siasat sendiri pengadu untuk merahsiakan identiti pengadu. Bukan setakat pengadu, semua orang yang terlibat dalam nikah sendikit itu ingin disiasat juga.

Ustaz Khalil ke rumah jurunikah palsu tetapi tidak ada di rumah waktu itu. Disampaikan surat panggilan pada isterinya. Rupanya pak imam tu takut dan menyorok di kebun durian pula.

Waktu berada di kampung itu, diberitakan yang bapa perempuan baru saja meninggal dunia. Secara kebetulan saja Ustaz Khalil  sudah berada di kampung itu, teruskan bersolat jenazah di masjid. Selepas bapa perempuan meninggal dunia, Ustaz Khalil terus menjalankan siasatan pada semua aspek dan individu, maka kenallah dengan dengan pak imam jurunikah sebenarnya dan sedara mara perempuan.

Selepas itu, Ustaz Khalil berbincang dengan imam dan wali supaya menyelesaikan perkahwinan pasangan ini secara sah. Sebelum ini pernikahannya amat meragukan. Maka, adalah baik kalau pernikahan yang sebenarnya berlaku. Dia tak mahu ulas nikah itu sah atau tidak ikut hukum syarak. Ini disebabkan siasatan yang belum lengkap kerana ada orang yang tak mahu bekerjasama dan antara mereka ada yang bermusuhan maka pernikahan ini amat diragui. Lagipun, salah seorang saksi utama sudah meninggal dunia.

Biarlah Rahsia

Siapa sebenarnya pengadu, Ustaz Khalil tetap rahsiakan. Sepatah kata penyanyi Siti Norhaliza 'biarlah rahsia'. Sama ada pengadu itu masih hidup atau sudah meninggal dunia, itu juga 'biarlah rahsia.' Pada Ustaz Khalil, kalau identiti pengadu didedahkan, nanti boleh mewujudkan perasaan balas dendam, marah, permusuhan dan sebagainya. Jadi lebih baik terus dirahsiakan.

Kita boleh nilai sendiri siapa pengadu. Harap tidak ada yang kecewa dan terima kasih kerana menjadi pembaca setia  kisah ini.
SEKIAN.

Siapa Pengadu ?
Jawapannya di :
 http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-siapa-pengadu-sehingga.html

Ini adalah episod terakhir. Elok baca dari episod 1.
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/bapa-paksa-hantaran-rm-10000-episod-1.html (Episod 1)

20 April 2010

Bung Mokhtar Radin, Zizie Ezette didakwa di Mahkamah Syariah Gombak

Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku bersalah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah ketika kesnya disebut di mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini. Isteri beliau, Zizie Ezette Abdul Samad juga mengaku bersalah bernikah dengan Bung Mokhtar tanpa kebenaran pendaftar.

Selain itu, mereka juga mengaku bersalah atas dakwaan bersubahat dengan pasangan masing-masing untuk melakukan perbuatan berpoligami itu. Bung Mukhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, dan Zizie Ezette melakukan perbuatan tersebut pada 16 Disember tahun lalu kira-kira pukul 8.50 malam di sebuah rumah beralamat No. 12, Jalan TC 2B/3, Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak dekat sini.

Dua abang dan adik Zizie Ezette Abdul Samad serta dua rakan Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dengan Bung Mokhtar melakukan poligami tanpa kebenaran mahkamah. Mahkamah juga menetapkan tarikh 18 Mei ini untuk menjatuhkan hukuman ke atas mereka dan juga juga pasangan suami isteri itu.

19 April 2010

Hantaran 10,000 : Titisan Darah Gugur ke Bumi (Episod 23)

Pak imam olok-olok kemudian menyeluk poket bajunya dan mengeluarkan sesuatu. Kemudian dia menyerahkah satu sampul surat warna coklat.

"Pakcik serahkan semula wang 500 ringgit. Duit ini dulu sebagai upah nikah yang pakcik terima, arwah yang beri." Kata pakcik tu.

Mendengar kata pakcik tu, Harun berpaling ke arah isterinya yang terdiam tak kata apa-apa. Hatinya mula terbakar, teringat dulu masa pakcik tu dengan seboleh-boleh nakkan 10,000 tapi dapat 3000 dan 2000 saja. Dia teringat bahawa dia dulu dihina di depan orang ramai dalam majlis nikah dia, malu yang amat sangat. Lepas tu nikahkan dengan nikah palsu pula. Hidupnya telah dirosakkan oleh lelaki tua ini, bisik hati Harun.  Ikut hati darah muda, nak saja tengking semula pakcik ni, tapi tak dia masih boleh kawal perasaannya. Isterinya kemudian datang padanya dan berbisik yang tak didengari oleh orang lain.

"Bang, ambil saja 500 tu, boleh buat bayar denda mahkamah. Itukan duit kita" Kata isterinya.

Harun kehairanan. Apa ? Mahkamah ? Mahkamah apa pulak tu.... Kemudian baru dia sedar yang isterinya belum tahu dan dia tak sempat-sempat beritahu yang kesnya dah selesai tanpa masuk mahkamah. Mungkinlah itu sebabnya kenapa isterinya tak ceria dan masam saja sejak tadi, mungkin sebab teringat ada perkara besar yang belum selesai.

 Kata-kata isterinya itu membuatkan Harun semakin marah dan hilang sabar. Dia rasakan yang isterinya tak sepatutnya, lebih pandang pada duit dari pandang harga diri dan maruah.  Kenapa pandang sangat duit 500 tu. Dulu dia dihina kerana 10 000, sekarang 500 pula melukakan hatinya pula. Harun sudah tanam azam, dia akan berusaha untuk jadi orang yang kaya dan senang lepas ini. Dia tak mahu anak-anaknya terhina kerana miskin dan belajar tak tinggi macamnya. Dia diam saja dan pakcik tu terus hulur ke tangannya. Kemudian dia kata.

"Pakcik ambil saja duit itu, saya tak mahu. Disebabkan duit itu hidup saya derita. Pakcik jangan ungkit lagi pasal duit itu. Pakcik jangan anggap kami ni peminta sedekah dan pengemis, jangan hina kami! Pakcik simpanlah sampai pakcik mati, bawak masuk kubur... Pergilah bawak dalam kubur.. pergi!". Kata Harun.

Mungkin sengaja atau tidak, perkataan itu agak kasar. Tak sesuai rasanya seorang lelaki muda berbahasa begitu, sebut perkataan 'mati' dan 'kubur'. Tapi kenapa kata-kata itu boleh keluar ? Ini menunjukkan betapa marahnya Harun, perasaan sakit hati telah menguasai dirinya. Kemudian suara pakcik tu seakan sebak dan pegang dadanya, dia merayu sekali lagi.

"Janganlah cakap begitu nak. Pakcik anggap kamu berdua macam anak pakcik juga. Dulu arwah ayah kamu dengan pakcik macam adik beradik. Pakcik ada ramai anak lagi belum kawin. Pakcik menyesal, pakcik taknak nanti tuhan balas semua ni pada anak pakcik pulak. Pakcik menyesal". Kata pakcik tu.

Harun mula berubah. Dia kini meninggikan suara pula dan isterinya cuba menenangkan suaminya tetapi tidak berjaya. Keadaan ini membuatkan diri Harun semakin hilang pertimbangan.

"Tidak! Tidak ! Mintak Tuhan tunjukkan pada anak pakcik nanti. Allah maha adil, Allah maha adil ! Kalau boleh, anak cucu pakcik nanti akan lebih hina dari yang kami rasa. Biar mereka kena laknat di dunia, biar mereka pula rasakan !". Kata Harun.

Kemarahannya sudah tak dapat dikawal lagi dan tiba-tiba tangan kanan Haru menumbuk dinding papan dengan kuat beberapa kali. Isterinya cuba menghalang dan memeluknya dari belakang. Sebaik menghentikan tumbukan, dilihat tangannya berdarah dengan banyak juga di celah-celah jari.

 Isterinya kebingungan lantas menarik kain  langsir tingkap untuk mengelap darah yang masih mengalir. Isterinya ketakutan melihat darah dan terus memeluk suaminya sambil menjerit, meminta suaminya menghentikan perbuatan sia-sia itu. Tapi tumbukan itu melambangkan ada rasa tidak puashati Harun sama ada kepada imam palsu itu, atau isterinya atau orang lain yang dia sendiri tak tahu. Perasaan marah telah menawan dan menguasai dirinya.

"Abang ! Abang ! Kenapa jadi begini!..... Mengucap bang!  mengucap bang !..". teriak isterinya sambil menangis.

Harun kemudian terdiam dan menangis teresak-esak dan berhenti menumbuk dinding. Kemudian bapa saudara perempuan yang jadi wali tadi dan isteri naik ke rumah setelah menyedari ada pertengkaran dan bunyi bising tumbukan di dinding. Melihat pak sedara lelaki naik, imam palsu dan 2 saksi tadi perlahan-lahan turun dari rumah sambil tunduk.
"Maafkan kami. Kami balik dulu". Kata imam palsu tu.

Melihat kehadiran wali nikah tadi, Harun agak segan dan mula diam. Tapi darah masih keluar dari jarinya dan membasahi langsir tingkap. Perempuan masih memeluk bahu suaminya sambil menangis dan baju lelaki basah dengan air mata isterinya. Terasa bahang kehangatan air mata seorang isteri terkena badan suami. Tiba-tiba, suami rasa badan isterinya seperti lemah seolah-olah tertidur di bahunya. Kemudian baru dia sedar, isterinya seperti pengsan, dia panggil isterinya. Segera dia cuba dudukkan isterinya tapi tidak berjaya kerana terus longlai. Dia baringkan di atas karpet. Ibu perempuan cuba membantu dan mengambil bantal sofa untuk dibuat bantal.

Harun terkejut apa yang terjadi pada isterinya dalam sekelip mata saja. Harun masih memegang tangan isterinya dengan tangannya yang masih berdarah tadi. Kemudian wali berkata,

"Astagfirullahalazim... kenapa jadi begini. Minta bertenang dan biarkan dia baring sendirian. Beri dia senang bernafas". Kata wali itu.

Harun duduk jauh sedikit dari isterinya manakala ibunya masih memicit-micit kaki dan tangan anaknya. Kemudian walinya itu suruh ambil air minuman dalam gelas. Walinya itu ada baca ayat suci Al-Quran pada air masak dalam gelas dan menyapu ke muka perempuan sambil membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran. Selain peneroka felda di Pahang dan guru mengaji, walinya itu terkenal juga di felda berkenaan sebagai tabib kampung.

Bila dipegang pada nadi di tangan dan bawah leher, dia dapati, pengantin perempuan perlu dibawa ke hospital dengan segera.  Dari raut wajah walinya itu, pengantin lelaki merasakan sakit isterinya itu serius. Kemudian wali itu panggil anak lelakinya pandu kereta dan bawa ke hospital segera. Kereta terus meluncur laju menuju ke hospital ditemani ibunya, ke unit kecemasan, jauhnya lebih kurang 12 km.

Suaminya yang pada awalnya tidak diajak menemani isterinya, menaiki motosikal, meredah  hujan renyai-renyai itu. Tangannya masih sakit dan luka masih berdarah, berani dia menunggang motosikal dalam keadaan sebegitu. Harun amat menyesal, meyesal dan menyesal kerana tindakannya itu telah menyebabkan isterinya sekarang berada dalam kecemasan dan terpaksa bertarung nyawa. Sepanjang menunggang motosikal itu, Harun tidak putus-putus berdoa semoga Allah menyelamatkan isterinya.

..BERSAMBUNG KE EPISOD 24
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-salam-terakhir-episod-24.html

Kes Menyamar Polis dan Merompak di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 19 April  -- Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen, di sini, Isnin terhadap tuduhan merompak secara berkumpulan dan menyamar sebagai penjawat awam, bulan lepas.

Mohamad Fadzil Jamaludin, 26; Mohd Hedayat Salleh, 29; dan Mohamad Rizuan Salleh, 32, didakwa merompak wang tunai RM550 dan sebuah telefon bimbit Nokia serta Samsung bernilai RM1,500, milik Liew Yun Choy, 42, selain menyamar sebagai polis terhadap lelaki berkenaan.

Mohamad Fadzil serta pasangan adik beradik, Mohd Hedayat dan Mohamad Rizuan didakwa melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan di Jalan Beladau 9, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, kira-kira pukul 7.30 malam, 24 Mac lepas.

Ketiga-tiga mereka turut didakwa merompak sebuah telefon bimbit Nokia dan wang tunai RM1,800 milik Wong Woei Jian, 28, serta menyamar sebagai polis di tepi Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti, Skudai, kira-kira pukul 9 malam, 16 Mac lepas.

18 April 2010

Hantaran 10,000 : Cerita Di sebalik Cerita (Episod 22)

Ustaz Khalil telefon Razali.

"Ada apa telefon saya tadi." Kata Ustaz Khalil.
"Yer tuan, tadi Harun telefon kata pak imam tak ada di masjid tu." Ustaz Razali.
"Yer ke tak sampai ? Kalau tak sampai nak buat macam mana ?" Kata Ustaz Khalil.
"Tak tahulah saya. Tapi tuan yang minta dia ke masjid tu. Pengantin tertunggu-tunggu" Kata Ustaz Razali.
"Ohhh macam tu ceritanya. Ok, Razali, pernikahan semua dah selesai tadi." Kata Khalil.
"Selesai ? Dah selesai nikah ker.". Kata Razali.
"Yer. Semua dah selesai.". Ustaz Khalil sambil ketawa. Pening juga Ustaz Razali melayan kerenah bosnya itu, orang tengah serius, boleh buat lawak pulak.

Bapa Niagakan Anak Perempuan
Sepanjang perjalanan di lebuhraya, Ustaz Khalil mengingati balik kes itu. Kenapalah bapa perempuan sanggup tetapkan hantaran 10,000 ? Perempuan bukan bergaji besar, pembantu kedai saja. Lelaki kerja operator kilang, gaji tak sampai seribu. Kalau gaji besar tu, mungkin lain ceritalah.

Dahlah tu, bila 10,000 tidak dapat dipenuhi, maka permusuhan dengan anak menantu pun berlaku. Ini semua kerana sikap bapa yang main judi dan pinjam ceti haram, beginilah jadinya. Harap-harap janganlah berlaku pada orang lain seperti kisah ini. Islam galakkan maskahwin dan hantaran yang rendah, bukan membebankan dan menyusahkan.

Di rumah pengantin

Pengantin lelaki nampaknya gembira melayan tetamu, tapi isterinya nampak sedih dan tak ceria. Harun hairan juga, cuma taknak tanya, silap-silap boleh jadi gaduh nanti. Kemudian lepas seorang-seorang tetamu balik dan bersalaman dengan pengantin dan keluarga pengantin. Pegawai pejabat kadi dan pak imam jurunikah yang mula-mula balik, diikuti orang lain. Seterusnya ibu dan bapa Harun balik naik moto, kemudian Zaid, makcik Kiah dan sedara mara lain. Isterinya makin masam dan muncung saja, tak tahu kenapa.

Tiba-tiba ada seorang lelaki datang bersalaman dan memeluk pengantin lelaki. Lelaki itu adalah pak imam olok-olok hari tu. Sebenarnya, dia dah hampir seminggu menghilangkan diri dari kampung. Kehilangannya menjadi tandatanya orang kampung. Rupanya dia lari bersembunyi di bangsal durian Cina di pinggir kampung itu. Cina itu kawan baiknya, terus duduk di bangsal jaga durian siang dan malam. Cina itu pun hairan juga, dia jaga sebelah malam saja, tetapi lelaki ini siang dan malam, dapat juga jadi kawan dia.

Rupanya, pak imam palsu ini menyembunyikan diri sebab takut ditangkap oleh penguatkuasa Jabatan Agama kerana dia jadi imam palsu. Imam palsu itu kata sambil peluk lelaki.

"Tolong tarik balik laporan pada penguatkuasa, pakcik takut, pakcik dan insaf. Pakcik buat ini pun sebab terpengaruh dengan permintaan arwah. Pakcik menyesal, tolonglah". Kata Pak imam palsu itu.

Harun kehairanan, kenapa sampai takut begitu lelaki ini. "Tarik balik laporan ?" Termenung juga Harun fikir, laporan apa ? Baru dia sedar, itu laporan kepada penguatkuasa, termasuk laporan sehingga dia ditangkap khalwat.

Bila dikenang semula detik-detik dia ditangkap khalwat, Harun mula marah kepada pengadu. Tapi siapa pengadu ? Kenapa suruh dia tarik laporan, bukan Harun yang buat laporan. Takkanlah dia sendiri nak menganiaya dirinya kepada penguatkuasa, selama ni dia rasa dia dah separuh nyawa, bukan kerja main-main. Tidak..dia bukan pengadu, nak tarik balik report apa pulak ?

"Macammana pakcik tahu yang penguatkuasa Jabatan Agama cari pakcik ?" Kata Harun nak tahu.

"Begini..beberapa hari sebelum arwah meninggal, ada orang datang rumah 4 orang, katanya dari Jabatan Agama Johor Bahru. Tapi pakcik tak ada, isteri pakcik saja ada rumah masa tu. Jadi orang tu pesan supaya menyerah diri. Kalau tak serah diri, waran tangkap boleh keluar. Tu yang pakcik takut sangat". Jelas imam palsu tu.

"Siapa lelaki yang datang tu, betul ke dari Jabatan Agama, ke orang lain menyamar ke?". Harun nak tahu lanjut.

"Yer betul. Lelaki tu naik proton saga biru, 4 orang.  Lepas tu dia kasi satu surat, suruh serah diri segera. Surat tu ada cop Jabatan Agama". Pakcik tu jelaskan dalam keadaan sikit gagap.

"Mana surat tu? Boleh saya tengok?". Kata Harun.

"Surat tu pakcik dah renyukkan dan bakar. Pakcik takut sangat, pakcik tak pernah mengalami peristiwa begini, pakcik taknak masuk lokap". Kata pakcik tu.

Harun tiba-tiba jadi serius, mukanya bertukar kepada tak senyum pula. Proton saga biru ? Harun fikir, mungkin Ustaz Khalil dan orangnya. Ini nampaknya cerita baru. Dalam hati, Harun kata, inilah balasan Tuhan kepada orang yang berbuat jahat, hidupnya jadi tak tenteram sampai sekarang. Tulah, siapa suruh jadi imam dan saksi nikah palsu, rasakan. Harun marah sebab dia rasa, apa yang kena pada pakcik tu cuma sikit berbanding yang dia kena. Tapi walaupun sikit, sampai menyiksa diri pakcik tu, sanggup tidur dalam kebun durian.

 Perbualan itu turut diperhatikan pengantin perempuan dan mak pengantin. Pakcik tadi, di belakangnya ada dua orang lelaki iaitu saksi nikah palsu itu. Kedua-duanya tunduk saja tak kata apa-apa. Kemudian pakcik tu nak kata sesuatu dan beri sesuatu kepada lelaki tu.

"Pakcik nak cerita sesuatu. Dan pakcik nak serahkan sesuatu. Harap tidak keberatan menerimanya". Kata pakcik tu.

Harun  bertambah hairan dan memandang isterinya yang penuh kehairanan. Apa berlaku seterusnya ? Ni apa cerita sebenarnya ? Siapa pengadu kes ini, belum tepat seratus peratus tekaannya. Mulanya memang nak lupakan terus peristiwa ni, tapi bila diungkit semula, hatinya sakit.

...BERSAMBUNG KE EPISOD 23
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-titisan-darah-gugur-ke.html

Penyanyi Achik Spin Meninggal Kemalangan




SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian. Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini. Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.

17 April 2010

Pilihanraya Hulu Selangor: 4 penjuru


Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan pertandingan empat penjuru. Mereka ialah P Kamalanathan (BN), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

16 April 2010

Hantaran 10,000: Antara Tawa dan Tangis (Episod 21)

Jam dah 11.45 pagi, mana perginya pak imam ? Harun berdiri di koridor masjid mengadap pintu masuk. Tiba-tiba masuk sebuah kereta wira warna putih, dibelakangnya van kerajaan. Rupanya kereta wira tu pak imam memakai jubah  dan van itu ada 3 lelaki termasuk pemandu.

Tak lama kemudian, masuk sebuah proton saga biru, tak berhenti di depan tapi di belakang sebelah tandas. Harun gembira bila nampak pak imam dan memberitahu semua yang dari tadi tertunggu-tunggu. Semuanya bersalaman dengan pak imam bersama 2 lelaki baju kemeja dan bersongkok hitam, manakala pemandu van tak naik. Yang bawa kereta proton saga juga tak naik masjid.

Pak imam memperkenalkan 2 orang ini pegawai dari pejabat agama yang urus berkaitan nikah.

"Maaf terlambat tadi. Ada urusan penting di pejabat kadi tadi sebab borang nikah ini ada masalah teknikal sikit.". Kata Pak imam.

"Masalah teknikal ? Masalah apa tu pak imam ?" Tanya Harun.

Kemudian dijawab oleh salah seorang dari 2 pegawai pejabat agama tu.

"Ada sikit masalah. Tapi lepas Ustaz Khalil datang jumpa Kadi, masalah ni semua dah selesai. Dan kadi mintak kami datang ke sini untuk bantu sehingga selesai pernikahan". Kata pegawai tu.

Bila disebut nama Ustaz Khalil, pengantin lelaki dan perempuan berpandangan tapi tak kata apa-apa. Diringkaskan cerita, majlis pernikahan pun selesai. Dengan sekali lafaz saja, sah sebagai suami isteri. Ini pernikahan yang tiada ragu-ragu lagi. Dia nampak sendiri surat nikah yang ditandatangani semua pihak termasuk pengantin, wali, saksi dan jurunikah, juga ada tandatangan kadi. Waktu pak imam mambacakan doa, hampir semua yang hadir termasuk pengantin, wali ibu dan bapa kedua belah pihak menangis kegembiraan bercampur kesedihan. Tamat saja majlis, wali berkata sesuatu.

"Semua yang hadir, dijemput ke rumah pengantin perempuan kerana ada  jamuan sikit". Kata wali iaitu bapa saudara perempuan. Rupanya ada jamuan, dari tadi Harun sendiri pun tak tahu.

Untuk memenuhi permintaan pengantian, pak imam dan pegawai agama itu pergi ke rumah, nak tolak tak boleh pulak. Ada makan tengahari dan ada lebih kurang 10-20 orang juga yang dah tunggu di situ. Bukan majlis besar, cuma ala kadar saja. Waktu makan, pak imam tanya kepada pegawai agama tadi.

"Mana Ustaz Khalil ? Dia terus balik ker. Ajak ler dia sekali? " . Kata Pak imam.

"Ustaz khalil mungkin dah balik JB, katanya ada tugas lain". Kata pegawai tu.

Pengantin lelaki dan perempuan rasa bersalah juga kenapa tak jemput Ustaz Khalil sama. Kemudian dia diberitahu, yang Ustaz Khalil yang naik kereta proton saga warna biru tadi masuk ke kawasan masjid tadi. Lebih dia rasa bersalah bila pak imam cerita, Ustaz Khalil datang ke daerah ini semata-mata nak uruskan pernikahan ini untuk menjelaskan kepada Kadi. Kalau Ustaz Khalil tak bergegas dari JB jam 9 pagi tadi, mungkin pernikahan itu tak berjaya dan perlu ditangguhkan. Bila Ustaz Khalil sendiri berhadapan dengan Kadi, barulah Kadi faham kes ini dan memudahkan urusan sehingga kadi menghantar 2 pegawai hadir sendiri.
Kalau ditangguhkan, banyak masalah pula, hari ini wali nak balik ke Felda di Pahang, pengantin lelaki dan perempuan pun nak balik kerja di JB. Bila pak imam puji Ustaz Khalil, pengantin perempuan tak pula marah seperti dia marah suaminya semalam. Malah, perempuan rasa sedih dan menyesal kerana bersikap buruk sangka kepada seseorang yang sebenarnya mahu membantu. Tapi apa boleh buat, sebab dia sebelum ini penuh kekeliruan dn fikirannya bercelaru. Diceritakan juga, Ustaz Khalillah yang menaiki kereta Proton Saga yang masuk ke perkarangan masjid itu tadi.

Dalam perjalanan ke JB, Ustaz Khalil berhenti makan di sebuah warung jam 12.30 sebelum masuk ke lebuhraya. Sebelum keluar dari kereta, Ustaz Khalil telefon Ustaz Razali sebab ada 2 miscal. Dari tadi Ustaz Khalil memang tahu yang Razali telefonnya tapi dia sengaja tak jawab, pasti ada sesuatu rahsia.  Apakah lagi yang Ustaz Khalil nak selindungkan pada Ustaz Razali ? Mungkin ada satu lagi rahsia di sebalik cerita ..

Seterusnya, siapa yang mengadu dalam kes khalwat ? Dan apakah pengadu berpuashati dengan penyelesaian kes ini, atau sebaliknya ? Bagaimana penerimaan pengadu ?

...BERSAMBUNG KE EPISOD 22

15 April 2010

Hantaran 10,000 : Mentari Merah di Ufuk Timur (Episod 20)

Esoknya, ibu Harun kejut seawal pagi sebelum subuh lagi. Ibunya masak nasi, macam nak jalan jauh jer, maklumlah orang tua, selalu susah-susah masak kalau nak gi jalan. Rumah Zihan taklah begitu jauh, sekitar 30 km jer. Bangun tidur, lelaki baru terfikir, nak pergi ke sana naik apa ? Takkan pengantin nak naik moto jer.

Bila ditanya pada maknya, kata naik moto dengan bapanya pun boleh, tak ada salahnya. Jam 7.30 pagi, maknya dah suruh makan nasi lauk ikan goreng dan tempe, makanlah juga mak dah suruh walaupun dia biasa sarapan lewat. Jam 8.00 pagi, mak dan ayah dia dah nak gerak, katanya takut hujan, maka mak dan ayah dia jalan dulu.

Harun baru teringat baju tak gosok. Bila dibuka baju dan seluar melayu dari dalam beg, nampak macam tak renyuk sangat, maka tak payah gosok pun tak apa. Sekali fikir, kalau gosok pun, nanti naik moto nanti renyuk juga. Pagi tu terfikir juga nak telefon isteri dia ke tak. Sekali fikir lebih baik tak payah, teringat semalam, tiba-tiba jer isteri dia naik angin.

Jadi malaslah nak cari gaduh pagi-pagi ni. Zihan pun tak telefon pun, senyap jer, mesti sibuk ler tu. Jam 9.00 lelaki gerak seorang diri, pakai baju melayu, sampin belum pakai, ada terlipat dalam beg. Lebih kurang 9.30 pagi, sampailah di masjid kampung Zihan. Nampaknya sunyi saja tak ada orang kecuali ibu dan bapanya.

Dalam menunggu tu, dia cuba ingat semula yang hari ni Ustaz Khalil suruh datang untuk nikah. Semua urusan dah dibereskan, jadi dia tak sedia apa-apa pun. Dia mula ingat semula lafaz ijab dan qabul nikah.

"Aku terima nikah.... dengan maskahwinnya 22.50 tunaiii".

Bila diseluk poketnya, adalah duit 23.00, duit siling tak ada, kira boleh ler tu. Kemudian jantung dia berdebar bila teringat Ustaz Khalil kata, hantaran hari ini sejuta ringgit walaupun itu semua lawak saja. Lawak-lawak juga, tapi pada dia sebut saja pasal hantaran, jantungnya berdebar sebab hantaran 10,000 dulu itulah menyebabkan hidup dia tidak menentu. Dia rasa hari ini adalah nokhtah dan penamat kepada kesusahan yang ditanggung. Dia pasti, jam 10.30 nanti, kesusahan yang ditanggungnya selama ini akan berakhir. Dia berjanji nak bina sebuah rumahtangga yang bahagia.

Hampir jam 10.30 Zihan datang bersama ibu dan adik beradik dan ahli keluarga lain termasuk wali. Hatinya gembira, menunjukkan apa yang Ustaz Khalil kata itu adalah betul, bukan cubaan. Tak lama kemudian, kawannya Zaid sampai dari JB bersama isteri dan anak-anak. Hati Harun gembira kerana hari bahagia ini akan disambut dengan kehadiran kawan baik yang banyak menolongnya.

Bagaimanapun, jam sudah 10.45, pak imam tak muncul-muncul. Kemudian jam 11.00 pagi, pak imam terus tak dengar berita. Dia mula curiga dan gelisah. Harun  tanya pada Zihan.

"Mana pak imam ? Dah lama tunggu ni ". Tanya Harun.

Zihan tak jawab dan cuma mengeleng kepala tanda tak tahu. Oleh kerana gelisah dan fikir yang bukan-bukan, lelaki telefon Ustaz Razali di JB.

"Ustaz. Dah lama saya tunggu di masjid ni, tapi tak ada apa-apa, pak imam tak muncul-muncul."

"Yer ke.... Saya tak tahu semua ni, nanti saya tanya Ustaz Khalil ." Ustaz Razali.

Razali telefon Ustaz Khalil beberapa kali tapi tak jawab. Hari itu Ustaz Khalil tak ada di pejabat, ada tugas luar, tak tahu ke mana. Ustaz Razali juga susah hati dan serba salah juga. Terfikir juga, adakah ini semua lakonan Ustaz Khalil, bos dia yang sukar dibaca perancangannya. Bos dia ni orang yang menjiwai ilmu perisikan yang dipejarinya dan selalu menyimpan rahsia. Selalu bertindak dalam senyap dan kesannya mendalam.

Pernah beberapa kes sebelum ini, Ustaz Khalil cuba buat satu arahan sehingga orang itu ikut, tapi rupa-rupanya lakonan untuk memerangkap seseorang dalam kes ajaran sesat. Terlintas juga di fikiran Ustaz Razali, adakah Ustaz Khalil berlakon kali ini, kalau lakonan, adakah perlu dengan cara ini ? Rasanya tak mungkin. Kemudian lelaki itu sekali lagi telefon Ustaz Razali.

"Ustaz. Apa kata Ustaz Khalil ?". Tanya Harun.

"Maaflah... Ustaz Khalil ada tugas luar, saya tak dapat telefon dia. Tapi saya rasa, kamu tunggu sajalah dulu, jangan pergi mana-mana. Manalah tahu kalau ada kelewatan sikit". Kata Ustaz Razali

Harun tunggu dengan cemas, sekarang dah jam 11.30, tak ada apa-apa berita pun dekat sini. Tapi semua boleh sabar lagi, boleh tunggu sehingga masuk zohor pukul 1 nanti agaknya. Penantian itu satu penyiksaan dan satu penderaan fizikal dan mental. Apalah nasib mereka ? Kenapa begini nasib yang menimpanya, lepas satu, satu masalah yang mendatang. Tak sabar menunggu, dia sms Ustaz Razali.

"Ustaz. Saya masih menunggu. Doakan kebahagian kami sekeluarga, ustaz."

Pilihanraya Hulu Selangor : Kamalanathan BN lawan Zaid PKR

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini akan menyaksikan ketua penerangan MIC, P Kamalanathan menentang Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat. Manakala bekas timbalan pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, VS Chandran telah melahirkan hasrat bertanding sebagai calon bebas.

Hantaran 10,000: Siapa Pengadu Kes Khalwat ?


Oleh kerana cerita "Hantaran 10,000" dah nak sampai ke penghujungnya, saya nak buat soalan kepada semua pembaca budiman.

Soalannya : Siapa pengadu kepada penguatkuasa kes  khalwat sehingga mereka berdua tertangkap ?

....DIALU-ALUKAN MEMBERI ULASAN. Berilah apa-apa ulasan, tak tepat pun tak aper. Tak ada salahnya.

Dijemput, membaca cerita ini dari mula, episod 1. Klik sini,  Episod 1

14 April 2010

Hantaran 10,000 : Gerhana di Awal Siang (Episod 19)

Jam 2.00 petang Harun bertolak balik ke kampung setelah ambil baju Melayu untuk dipakai di majlis kawin esok. Petang itu hujan renyai-renyai dan dia terus meredah hujan, jaketnya sedikit basah. Sepanjang perjalanan, dia masih terfikir, adakah Zihan sudah tahu untuk nikah esok atau belum. Apa maknanya suruh bawak balik baju Melayu ? Dia berhenti sekejap di tempat rehat Kulai dan telefon Zihan di kampung. Tapi beberapa kali dail, tidak berjawab, tak tahu kenapa.

Dalam jam 4.00, dia sampai ke rumah ibu bapanya. Satu lagi masalah besar di sini. Ibu dan bapanya tak tahu berkenaan majlis esok sebab mereka anggap pernikahan sebelum ini sah. Abangnya yang kerja askar di JB pun tak tahu, kalau tahu mungkin dia naik angin. Pasal kes dia kena tangkap khalwat itu pun, ibubapanya lansung tak tahu. Masalahnya ialah, takkanlah majlis esok tak beritahu mak ayah. Nampak macam derhaka nampaknya. Jadi dia buat keputusan nak beritahu ibunya bila ada peluang, tapi bila agaknya masa paling sesuai, esok bukannya lama.

Kemudian dia telefon Zihan beberapa kali, tapi masih tidak diangkat. Pelik juga ni, sebelum ni jarang macam ni. Kemudian dia dapat sms dari Zaid.

"Esok aku nak datang majlis kawin kau, aku dan isteri ambil cuti esok". Sms Zaid.

"Ok. Engkau terus ke masjid tu sebelum 10.30." Harun balas sms.

Oleh kerana tak dapat hubungi Zihan, maka dia pergi ke rumah Zihan petang tu sekitar 30 km. Ramai ada di rumah itu, termasuk sedara mara arwah ayahnya yang duduk di situ sejak kematian bapanya. Bila ditannya kenapa tak jawab telefon, Zihankata tak dengar, ada ramai kat rumah. Kemudian Harun  bertanya beberapa soalan.

"Esok tahu ke kita nak nikah 10.30 pagi ?" Tanya Harun.

Zihan tak jawab tapi tersenyum saja. Kemudian Zihan kata.

"Mana baju Melayu, nak gosokkan". Kata Zihan .

"Ada kat rumah ayah lah, takper nanti gosok sendiri.". Kata Harun.

Maknanya betullah perempuan dah tahu nak nikah esok, tapi sapa yang beritahu yer.

"Siapa beritahu nak nikah esok ? Saya Ustaz Khalil beritahu". Tanya Harun.

"Ustaz Khalil ? Apa kena mengena dengan dia ? Pak imam yang beritahulah. Kenapa pulak sebut nama Ustaz Khalil ?". Kata Zihan dengan suara yang agak tinggi.

Harun makin keliru, kemudian dia fikir, mesti antara Ustaz Khalil dan Pak Imam, dua-duanya tahu. Patutlah masa lepas solat jenazah hari tu Ustaz Khalil berbual dengan pak imam. Tapi Harun masih tertanya-tanya lagi.

"Kan kalau nak nikah, kita kena isi borang dan ke pejabat agama. Ni tak buat apa-apa pun. Macammana yer ?" Kata Harun.

"Borang yang lama hari tu kan ada pada pak imam. Kemudian pak imam yang uruskan di pejabat agama termasuk wali.". Kata Zihan.

"Wali ? Siapa wali yer ?". Harun tanya sebab dia memang tak tahu.

" Bapa saudara saya, adik arwah abah yang peneroka dan ustaz ajar ngaji di Pahang tu.". Kata Zihan.

"Yang berbual dengan Ustaz Khalil dan pak imam hari tu ker ?". Tanya Harun.

"Yer. Baru saya perasan, mereka bertiga hari tu agaknyer, bincang pasal pernikahan kita. Hari tu tak terfikir pulak". Kata Zihan.

"Pasal borang tu saya tak berapa yakinlah. Setahu saya mesti kita sendiri yang proses, setakat pak imam mana boleh. Tapi kata Ustaz Khalil, tunggu di masjid saja 10.30 esok". Kata Harun.

"Entahlah. Jangan-jangan kita kena tipu lagi esok". Kata Zihan.

"Ehh takkanlah Ustaz Khalil nak bohong, dia tu kan pegawai Jabatan Agama, takkanlah dia berani nak bohong kita sampai camtu.". Kata Harun.

"Awak ni sejak bila pulak memuji Ustaz Khalil ni, sebelum ni kan awak kata macam-macam pada dia. Awak kata Ustaz Khalil nak rosakkan rumahtangga kitalah. Macam-macamlah dia buat pada kita, bosan! bosan! bosan!". Suara Zihan sedikit garang.

Bincang pasal tu pun mereka boleh berbalah dan bergaduh. Entah apa sebabnya, tiba-tiba Zihan naik angin. Mungkin ada yang dia tersinggung kot. Harun nampaknya mengalah dan tak mahu teruskan pertengkaran, mula redakan keadaan. Harun kena balik awal, sebab ada perkara yang belum dibereskan. Antaranya untuk menjelaskan pada ibubapanya.

Malam itu, waktu makan Harun berterus terang dengan ibunya waktu bapanya keluar ke surau. Ibunya menerimanya dengan baik dan akan memujuk bapanya bila balik dari surau nanti. Bila bapanya balik, ibunya menerangkan dengan baik dan bapanya dapat menerimanya juga. Malah esok ibu dan bapanya akan hadir ke majlis tu. Alhamdulillah, Harun rasa lega malam itu dan dapat tidur nyenyak.

Sebelum tidur, dia tertanya-tanya. Kenapa perbualannya petang tadi dengan Zihan boleh jadi gaduh. Sungguh tak faham, tapi mesti ada sesuatu. Sekali fikir, itulah perempuan, kalau dia dah benci seseorang itu, dia akan terus benci. Kemudian dia baru terfikir yang tadi dia tak fikir.... Adakah isterinya tahu yang kesnya sudah selesai dan dibebaskan ?

Dia rasa, mungkin tak tahu, sebab itu marah sangat bila dia puji Ustaz Khalil. Dia rasa mungkin yer, takkanlah Ustaz Khalil beritahu orang lain termasuk pak imam yang kes khalwat dia dah bebas. Kalau bab kahwin bolehlah Ustaz Khalil beritahu pak imam. Mungkin juga tekaannya betul, mungkin isterinya tak tahu dah bebas.

Nak beritahu malam ini tentu tak sesuai, esok sajalah lepas majlis nikah. Malam itu dia letih sangat dan terlupa nak gosok baju. Kalau orang tua-tua tu mesti kata, itu ada sesuatu petanda nak berlalu esok. Tapi tu tahyul dan khurafat, janganlah percaya. Sebelum tidur, dia berdoa semoga hari esok ditempuhi dengan jayanya tanpa sebarang gangguan. Walaupun kes mahkamahnya dah bebas, tapi hari esok satu hari lagi yang paling mendebarkan dalam hidupnya. Mana taknyer, kalau nak dikirakan, esok dah kira hari pernikahan kali ketiga. Berserabut fikirannya.

...BERSAMBUNG KE EPISOD 20