Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

31 Mei 2010

Buang Bayi Dalam Kotak Susu di Kulai

KULAIJAYA: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, diletakkan di dalam kotak susu sebelum ditinggalkan di hentian bas di hadapan Sekolah Menengah Munsyi Abdullah, di sini, awal pagi semalam. Ketika ditemui seorang lelaki kira-kira jam 4.50 pagi, bayi berkenaan masih bernyawa, bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Kulai, di sini.

Zulkifli Samsi, 40, yang menemui bayi berkenaan berkata, pada waktu itu dia yang menaiki kereta sedang dalam perjalanan untuk minum di gerai berhampiran rumahnya dan melihat sebuah kereta berhenti di hadapan sekolah berkenaan.

"Dalam keadaan samar-samar, saya melihat kelibat orang keluar dari kereta itu sambil membawa sesuatu. Dalam keadaan kelam kabut, dia meletakkan objek dibawanya di hentian bas berkenaan sebelum memecut laju ke arah Johor Bahru.

"Kerana ingin tahu, saya kemudian berhenti dan mendapati sebuah kotak susu ditinggalkan di situ. Saya kemudian mengambil sebatang kayu untuk membuka kotak berkenaan sebelum terpandang wajah bayi yang diam membisu dibalut dengan kain.
"Tanpa berfikir panjang saya mencapai kotak itu dan masuk ke dalam kereta menuju ke HK. Ketika dirawat, saya dapat melihat jarinya bergerak sebelum disahkan sudah meninggal dunia," katanya di sini, semalam.

Zulkifli berkata, dia berdoa sepanjang perjalanan ke hospital supaya bayi yang masih bertali pusat itu akan dapat hidup. Katanya, bayi itu meninggal dunia sewaktu azan Subuh sedang berkumandang walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membantunya terus hidup.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkefly Yahya, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

30 Mei 2010

Gula: Kita kena Gula-Gula

Beberapa hari lepas, saya ke sebuah pasaraya antara yang terkenal di kalangan orang Kluang. Banyak juga beli barang keperluan. Tapi bila tanya gula, jurujual tu kata dah habis. Saya kira nasib baik juga sebab tak banyak pakai gula kat rumah. Biasa minum sirap, oren atau sarsi yang memang dah ada gula. Atau minum susu tin yang dah sedia manis. Jadi, tak dapat beli gula hari tu pun rasa tak apa sangat. Balik tu, singgah kat satu kedai runcit, gula pun habis.

Kenapa gula sukar didapati ?

Jangan salahkan pengguna, pengguna salah apa. Sikit-sikit nak salahkan pengguna, kata pengguna buat belian mengejut dan simpat stok kat rumah. Betul ker ? Tak betullah semua ni. Pengguna manalah nak simpan stok banyak-banyak kat rumah, bukan gula ni boleh simpan lama-lama. Lebih lagi kat rumah ada semut, susah nak simpan gula  kat rumah.

Kes sorok ?

Mungkin juga kes sorok sebab pengeluar, pengedar atau peniaga yang menjangka harga gula nak naik. Akhbar beberapa hari ni cerita tentang nak kurangkan subsidi termasuk gula. Jadi peniaga ni nak dapat keuntungan segera.

Kes Seludup ?

Dah tentu ada seludup sebab di negara jiran kita lebih mahal. Rakyat Singapura pula bebas membeli gula di Johor untuk dibawa keluar setiap hari, tiada sekatan.

Bila Gula Nak Pulih Semula ?

Hairannya, kalau kerajaan umum saja kenaikan harga gula, esoknya bekalan gula terus pulih. Berlambak-lambak pula di pasaran. Tengok dulu kata minyak diesel habis beberapa minggu, bila naik harga saja, terus pulih seperti sediakala.

29 Mei 2010

Ribuan Rakyat Brunai, Sabah dan Sarawak Kena Tipu Pelaburan Haram

Dalam berita utama sebuah akhbar utama hari ini memuatkan berita penipuan sebuah syarikat yang aktif di negara kita. Syarikat ini mendapat keuntungan lumayan dengan menggunakan taktik dan promosi yang hebat di Brunai, Sabah dan Sarawak. Untuk lebih meyakinkan mangsa, syarikat ini melantik seorang tokoh agama terkenal di negara kita sebagai  salah seorang penasihat syariah dalam syarikat ini. Pengajarannya di sini, sebagai seorang tokoh atau orang yang ada nama yang besar dalam masyarakat perlu berhati-hati pada masa yang akan datang dan jangan sampai namanya diperalatkan untuk kepentingan sesuatu pihak.

Seramai 4,763 rakyat Brunei yang melabur dalam sebuah syarikat yang didaftarkan di negara ini memohon bantuan kerajaan Malaysia membantu mereka mendapatkan semula wang pelaburan yang didakwa berjumlah B$91.5 juta (RM211.549 juta).

Sembilan wakil pelabur itu yang berada di negara ini sejak Ahad lalu untuk menyelesaikan masalah berkenaan, mendakwa mereka melabur menerusi sebuah entiti, iaitu Kelab Taqwa Malaysia (KTM) yang dimiliki Syarikat Kumpulan Dina yang mempunyai cawangan di Brunei dan Sarawak. Seorang wakil mereka yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ketika kempen menarik pelaburan, KTM yang beroperasi di Limbang, Sarawak, mendakwa menggunakan kaedah urus niaga berunsurkan Islam dengan slogan 'Diri Islam, Negara Aman', menyebabkan mereka yakin melabur.
Beliau berkata, sebelum membuat pembayaran kepada KTM, mereka berurusan dengan sebuah lagi syarikat dikendalikan pengurusan sama, Pan Phoenix Dina Sdn Bhd (PPD) di Brunei, tetapi ditutup tidak lama selepas itu kerana dikatakan terbabit menerima deposit tanpa lesen perbankan sah.

Seorang pesara lelaki yang turut melabur berkata, pembayaran keuntungan berjalan lancar sejak 2007 sehingga syarikat itu ditutup pada 16 Mac tahun lalu.  Beliau berkata, selepas ditutup, seorang daripada pengasas syarikat warga Malaysia membuat perjanjian untuk membayar semula modal secara berperingkat pada September tahun lalu dan awal tahun ini, namun ia tidak dilaksanakan dan mereka menghilangkan diri tanpa dapat dihubungi.

“Selain menggunakan wang persaraan, saya resah kerana selalu menerima panggilan rakan dan saudara mara bertanyakan mengenai wang pelaburan mereka yang masih tidak dikembalikan syarikat berkenaan,” katanya.

Seorang wanita yang melabur B$165,000 (RM381,482) mendakwa, mereka sudah berjumpa wakil Bank Negara Malaysia (BNM) dan dimaklumkan antara RM20 hingga RM30 juta wang milik KTM dibekukan kerana kesalahan menerima deposit tanpa lesen sah.

“Meskipun dimaklumkan pelabur bakal menerima semula wang selepas kes diputuskan oleh mahkamah, ia akan memakan masa dan selepas pelbagai ikhtiar, kami berharap pemimpin di Malaysia dapat membantu kami.

“Bukan semua rakyat Brunei yang melabur dalam syarikat itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan tinggi. Selain menggunakan wang persaraan, ada yang membuat pinjaman kerana menyangkakan memperoleh pulangan lumayan,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan salinan maklumat daripada pelabur syarikat itu, KTM dan PPD yang mengeluarkan produk cucian jenama Dina, mempunyai beberapa pejabat, antaranya di Shah Alam, Pengkalan Chepa, Kelantan dan Sarawak.

Antara skim pelaburan yang ditawarkan syarikat itu adalah Al Iwa 2 dengan pelaburan serendah B$500 (RM1156) membabitkan kontrak dua tahun dengan keuntungan dijanjikan 24 peratus sebulan. Pelaburan tertinggi yang ditawarkan ialah Al Ghani dengan permulaan serendah B$200,000 (RM462,403) dengan kontrak setahun dan keuntungan 30 peratus sebulan.

April tahun lalu, Pengarah Pan Phoenix Dina Sdn Bhd, M Bakri Kamaruddin dan Zainal Md Yusof dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM33 juta yang boleh menyebabkan mereka dihukum penjara lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

28 Mei 2010

Pelacur Patah Kaki Lari Dari Penguatkuasa

KUALA LUMPUR: Gara-gara melarikan diri daripada dicekup pihak berkuasa, seorang pelacur patah kaki kanan dan tangan kiri akibat terjun dari bumbung sebuah bangunan yang menempatkan sebuah pusat pelacuran malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi, wanita berusia lingkungan 50-an bersama-sama enam pelacur lain cuba melarikan diri apabila sebuah pusat pelacuran di tingkat 1 bangunan dua tingkat di Jalan Chow Kit itu diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu mencegah jenayah.

Mangsa yang mengalami kecederaan selepas terjun dari ketinggian 20 meter itu dihantar ke hospital dengan ambulans manakala enam pelacur lain yang juga berumur dalam lingkungan 50-an ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut. Dalam operasi bermula 7 malam dan berakhir empat jam kemudian itu, seramai 85 orang ditahan atas pelbagai kesalahan di sekitar ibu negara.

Operasi membabitkan empat agensi iaitu polis dengan 150 anggota, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) dengan 12 anggota dan masing-masing 10 anggota dari Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata operasi itu dijalankan bagi mengesan penagih dadah, pendatang asing, judi haram, mak nyah, peniaga VCS dan DVD cetak rompak dan pelacur yang tertumpu di kawasan Chow Kit, Bukit Bintang, Jalan Petaling, Flat San Peng dan Dang Wangi.
"Dalam operasi ini, kita telah memeriksa 120 orang dan menahan 85 orang atas pelbagai kesalahan antaranya tujuh pelacur, tiga pelanggan dan lima mak nyah yang berusia 30 hingga 50 tahun," katanya dalam sidang media tengah malam tadi.

Lawatan Pejabat Kadi Kluang Ke Langkawi

Saya dalam perjalanan menaiki bas ke Langkawi bersama warga Pejabat Kadi Kluang. Sekarang di Perhentian Gurun, Kedah. Berhenti untuk solat Subuh.

Pinjam Ceti Haram Untuk Judi Bolasepak ?


Jumlah kaki judi yang akan berhutang dengan along dijangka meningkat sehingga 50 peratus sepanjang musim Piala Dunia 2010 bulan depan berikutan ceti haram itu dikatakan mempermudahkan syarat pinjaman untuk tujuan pertaruhan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata sasaran itu berpandukan statistik tahun 2008 ketika Kejohanan Piala Euro di Perancis yang mana 630 orang yang berhutang dengan along membuat aduan di pejabatnya kerana gagal membayar balik pinjaman. Katanya, pihaknya menjangka orang ramai terutama kaki judi akan membuat pinjaman daripada ceti haram itu minimum RM100,000 dalam usaha mengaut keuntungan semaksimum mungkin daripada 64 perlawanan sepanjang kejohanan berlangsung.

Katanya, orang ramai membuat pinjaman daripada along kerana saluran itu sangat mudah dan cepat, bagaimanapun peminjam tidak diterangkan secara terperinci kadar faedah daripada jumlah pembayaran balik pinjaman yang dibuat kerana kebiasaannya ia akan meningkat dua kali ganda berbanding pada hari biasa.

“Pemohon mudah terpengaruh kerana mereka sangat teruja untuk bertaruh selain terdesak menjadi kaya dalam tempoh singkat tanpa memikirkan kesannya.

“Kebanyakan mangsa yang mengadu ke pejabat MCA memberitahu mereka tidak sedar bunga dikenakan sangat tinggi. Sekiranya lewat sehari, bagi pinjaman sebanyak RM1,000 bunganya mencecah RM400 berbanding hari biasa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Michael berkata, sepanjang tahun ini orang ramai yang membuat pinjaman dengan along dan gagal membayarnya balik secara purata 30 kes sebulan dan dijangka meningkat dua kali ganda, apabila kejohanan Piala Dunia yang memasuki edisi ke-19 itu bermula 11 Jun ini.

“Saya menyeru orang ramai supaya berfikir banyak kali sebelum membuat pinjaman dengan along kerana golongan ini akan melakukan apa saja termasuk mencederakan sehingga membawa maut dalam usaha mendapatkan kembali wang mereka.

26 Mei 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 13

Bagaimanapun, timbul rasa bersalah pada diri Man yang tak jawab sms dan panggilan Yanti dari tadi. Man balas sms Yanti. Tanpa disengaja, sms Man agak berlainan kali ini.

"Yanti. Doakan keselamatan abang. Doakan abang selamat". Sms Man.

Yanti waktu itu sedang tidur dan terjaga apabila bunyi sms masuk. Yanti hairan kenapa Man berperangai pelik sebegitu. Selepas Yanti  ke bilik air dan membasuh muka, Yanti telefon Man untuk tahu apa yang berlaku. Man jawab panggilan itu.

"Helo abang Man, belum tidur lagi ?". tanya Yanti.

"Errg... dah tidur tadi dan bangun semula". Jawab Man.

"Man kenapa tak niaga malam ni. Tadi yanti lalu gerai tak buka pun". Tanya Yanti.

"Tak. Malam ni tak buka, ada sikit masalah". Kata Man.

"Masalah ? Masalah apa tu, ceritalah, mungkin Yanti boleh bantu". Tanya Yanti nak tahu.

"Ada sikit masalah peribadi, pasal bisnes". Kata Man.

Mendengar alasan bisnes, Yanti tak mahu tanya lanjut. Lagipun dia bukan tahu sangat pasal bisnes ni. Pada Yanti, mungkin Man ada masalah bekalan barang ker, hutang ker atau perkara lain yang Yanti rasa itu hal peribadi Man.

Yanti malam itu tidur dengan bahagianya. Bahagia selepas dapat berbual dengan buah hatinya yang dari tadi tak dengar berita. Man pula tidur dengan nyenyak, mungkin kesan 2 biji panadol yang dia makan tadi.

Esoknya, jam 8 pagi bila Yanti ke pejabat, Yanti terkejut apabila menerima satu surat sulit. Berdebar rasanya bila terima surat sebegitu dari ibupejabat di Kuala Lumpur. Bila dibuka surat itu, memang itu satu kejutan. Yanti seolah-olah tak dapat berkata apa-apa lagi. yanti menangis teresak-esak di depan rakan sepejabatnya. Kawan-kawannya diam tak berkata apa-apa dan menunjukkan simpati pada Yanti.

Yanti dapat surat tukar ke pejabat di Kuala Lumpur berkuatkuasa minggu hadapan iaitu pada awal bulan. Melihat kesedihan Yanti kena tukar, kawan sepejabat menasihatkan Yanti berjumpa bosnya. Dalam bilik bos, Yanti masih menangis sepuashatinya di depan ketuanya itu.

"Tuan. Boleh saya tahu kenapa saya ditukarkan ke Kuala Lumpur". tanya Yanti pada ketuanya.

"Yanti. Saya juga baru menerima surat sulit yang sama pagi ini. Ini arahan bertukar dari ibupejabat". Kata ketuanya.

"Tuan. Bolehkah tuan tolong saya untuk dikekalkan di Johor Bahru buat masa ini. Saya baru 2 tahun di sini." Rayu Yanti.

"Maaf Yanti. Pertukaran perlu berkuatkuasa seperti arahan, cuma boleh mohon penangguhan selama seminggu untuk menyelesaikan tugas di sini." Kata ketuanya.

Yanti faham yang bosnya seorang yang baik dan selalu memahami tugas Yanti selama ini. Yanti sedar, pertukaran itu atas arahan ibupejabat yang bosnya pun tidak mampu mengubahnya.Yanti keluar dari pejabat dan mahu pulang ke rumah segera. Semangatnya untuk bekerja terus hilang pada hari itu. Selama bekerja selama 2 tahun lebih, tak pernah Yanti keluar begitu saja dari pejabat tanpa minta izin ketuanya, Yanti seorang pegawai yang baik dan  berdisiplin.

Dalam kereta, Yanti masih menangis teresak-esak. Yanti menelefon Man yang waktu itu berada di rumah.

"Abang Man. Yanti ada perkara penting nak beritahu Man. yanti nak jumpa man sekarang." Kata Yanti. Man jadi serba salah. Man takut nak jumpa Yanti lagi, takut kena belasah lagi seperti hari itu. Man juga tak mahu Yanti tengok mukanya yang masih lebam yang belum surut lagi hari itu.

"Yanti. Man ada hal pagi ni. Man rasa kita tak boleh jumpa". Kata Man.

"Man...Ini perkara yang sangat penting Man. Tolonglah Man, Yanti nak kita jumpa sekarang juga". Pujuk Yanti.

Man akhirnya akur dan minta Yanti datang ke rumahnya sebab kereta Man masih diselimuti cat merah. Man cadangkan mereka pergi makan di kedai yang jauh sikit dari situ. Yanti hairan tapi ikut saja. Di kedai makan, baru Yanti sedar yang muka Man lebam.

"Kenapa muka Man?". Tanya Yanti.

"Tak apa. Sikit jer, Man jatuh moto, semalam, pinjam moto kawan". Kata Man. Yanti tak percaya kata-kata Man dan tahu yang Man menipunya.

"Abang...lebih baik abang berterus terang. Kenapa abang perlu berselindung dan menipu Yanti ? Man yang Yanti kenali sebelum ini seorang yang jujur dan suka berterus terang. Kenapa Man tipu Yanti ? Kenapa ?". Desak Yanti.

Man tunduk terdiam. Man sudah jadi serba salah kerana dalihannya tidak berjaya. Waktu Man masih terdiam, Yanti terus mengajukan soalan.

"Kenapa abang Man ? Man kena pukul ? Siapa pukul ? Kenapa jadi begini, Man?". Desak Yanti.

Man terus tunduk dan tidak berkata apa-apa. Dia sudah tidak dapat berselindung lagi. Yanti terus mendesak Man.

"Abang Man..... Berterus teranglah Man. Yanti suka insan yang berterus terang. Ceritalah Man, berterus teranglah. Kenapa diam Man ?". Kata Yanti.

Tiba-tiba saja Man menutup muka. Kemudian Yanti nampak air mata Man jatuh ke meja makan. selepas menglap air matanya, Man mula bersuara.

"Yanti... Man jadi begini sebab Man ini Mat Burger..... Man seorang yang hina.... Man orang terbuang tepi jalan....Man tak layak kawan dengan orang berada seperti Yanti...". Kata Man dengan suara yang tersekat-sekat sambil menangis.

Mendengar kata-kata Man itu, Yanti pula jadi sedih.

" Abang Man... jangan ulang lagi kata-kata itu. Man jangan hina diri Man lagi. Man pernah janji pada diri Yanti  yang Man tak akan ulangi lagi perkataan itu. Cukuplah abang, cukup..". Kata Yanti.

"Betul Yanti. Abang dah buang rasa rendah diri itu dalam diri Man. Tapi keluarga Yanti pula yang menghina Man, belasah Man dan ugut nak bunuh Man.... Kerana Man ini seorang Mat Burger. Kalau Man ada jawatan dan kedudukan, keluarga Yanti tak akan serang Man sebegini...". Luah Man.

Yanti mengeleng-ngelengkan kepalanya tanda tidak setuju apa yang Man cakapkan itu.

"Tidak Man, tidak. Yanti sudah berjanji untuk terus bersama Man walaupun apa saja rintangan. Yanti sanggup berkorban untuk kebahagian Man. Tapi sanggupkah Man berkorban untuk Yanti seperti pengorbanan Yanti...?". Kata Yanti.

Soalan itu membuatkan Man terpaku. Dulu sudah beberapa kali Yanti ajukan soalan itu tapi jawapan Man tidak meyakinkan. Yanti kemudian cerita pada Man yang dia diarahkan bertukar ke Kuala Lumpur, beberapa hari lagi. Man bersimpati dan bersedih dengan perkembangan terbaru episod cinta mereka.

......BERSAMBUNG KE EPISOD 14
http://kadikluang.blogspot.com/2010/06/sudah-nasibku-mat-burger-episod-14.html (Episod 14)

50,000 Penjawat Awam Masuk Skim Cepat Kaya ?

Betul ker kata CEUPACS (seperti dalam Berita Harian hari ini) yang 50,000 penjawat awam terlibat dalam skim cepat kaya ?

Saya tak pernah jumpa seorang pun yang masuk skim cepat kaya. Semua menafikan yang mereka masuk itu skim cepat kaya. Mereka cuma melabur atau berniaga, masuk saham internet, bukan masuk skim cepat kaya. Seorang pun tak mengaku masuk skim cepat kaya. Kalau sebut skim cepat kaya, awal-awal mereka taknak masuk.

Jadi, pengertian skim cepat kaya itu perlu diperjelaskan, jangan disempitkan. Biar orang faham, jangan lebih mengelirukan pula.

Lagi kes Tanam Bayi

SHAH ALAM: Polis menemui mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditanam berhampiran landasan kereta api berdekatan Stesen Komuter Padang Jawa, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Noor Azam Jamaluddin berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 10 malam memaklumkan mengenai penemuan longgokan tanah berupa kubur kecil.

"Polis kemudian menggali longgokan tanah itu dan menemui satu benda dibalut kain putih. Apabila dibuka didapati ada mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Noor Azam berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

24 Mei 2010

Amy Search Pernah Kena Tipu Pelaburan Haram

MINGGU lepas, saya berceramah di Masjid Kg Paya, Layang-layang, Kluang sempena sambutan ulangtahun 40 tahun Johor Corporation selepas tahlil dan bacaan yasin. Saya banyak sentuh bab ekonomi, bertepatan dengan ulangtahun JCorp itu. Saya banyak sentuh tentang penipuan pelaburan haram termasuk jualan lansung, forex, saham meragukan, pelaburan internet dan penipuan lain.

Saya bimbang di Kluang sekarang ada beberapa orang tertentu sudah pun masuk skim yang sangat meragukan ini. Apa yang menyebabkan saya rasa perlu bersuara ini, kerana yang terlibat ini ada dari kalangan Jawatankuasa Masjid dan Surau di daerah Kluang. Duit hasil pelaburan ini kononnya untuk pembangunan masjid berkenaan. Sebagai Kadi, saya rasa amat terpanggil untuk menyelamatkan mereka semua dari tertipu dalam penipuan terancang ini.

Saham itu katanya boleh untung 40 kali ganda. Orang yang masuk ini ada jawatan  dalam masyarakat di Kluang ini, dia sudah masuk RM 25,000 dan dijanjikan pulangan RM 1 juta tiga bulan lagi. Mengikut cerita, wang yang dijanjikan ini sudah berada di luar negara tapi belum dibawa masuk. Oleh itu, pelabur perlu membayar 'deposit' untuk urusan-urusan membawa masuk wang berkenaan ke negara kita.

Saya Pernah dimarahi

Dahulu sekitar tahun 2005 dan 2006, saya banyak menentang skim pelaburan melalui internet. Antaranya Swiscash, ABB Fund dan beberapa pelaburan kononnya perniagaan minyak di luar negara. Dalam suatu majlis seminar yang ramai dihadiri oleh guru-guru termasuk ustaz saya sentuh isu ini. Bagaimanapun, bila saya menyatakan semua ini penipuan, saya dengar suara-suara sumbang di belakang.

Saya beri ruang kepada yang nak bertanya soalan supaya menggunakan pembesar suara yang disediakan tetapi mereka tak mahu. Mereka lebih suka melalak di belakang. Antaranya mereka kata saya suka membiarkan orang Melayu dan Islam tidak maju. Mereka juga kata saya berpemikiran tertutup dan sebagainya. Yang paling pedas adalah ayat...."Ustaz Yahudi" yang ditujukan kepada saya. Saya berpesan supaya jangan terlibat dalam pelaburan sebegitu. Dan di akhir ceramah saya kata lebih kurang begini,

"Hari ini mungkin kita tak dapat terima apa yang saya sampaikan ini. Tapi saya percaya, esok lusa apabila saham ini runtuh, anda semua akan mengakui apa yang saya katakan ini.". Memang runtuh Swiscash, ABB Fund, dan lain-lain lepas tu. Mereka semua tak jumpa saya, masing-masing dah malu tertipu.
Cerita Amy Search

Penyanyi  terkenal Amy Search mengakui dirinya kini tidak akan terpedaya lagi dengan mana-mana skim cepat kaya atau pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang berlipat ganda.

Amy  memberitahu media, pengalaman dia ditipu oleh beberapa pihak merupakan momen yang paling tragik pernah dilaluinya sepanjang bergelar anak seni.

"Apabila ditipu berkali-kali saya rasa kebahagiaan dan kegembiraan saya hilang. Ini antara perkara paling teruk pernah saya alami. Selepas ini saya tak akan dan tidak mahu masuk mana-mana skim pelaburan," katanya jujur.

Apa tidaknya, pada tahun 2008 sahaja dia telah ditipu hampir RM1 juta oleh seorang wanita menerusi skim pelaburan, kemudian dia ditipu sekali lagi sebanyak RM500,000 oleh sebuah skim pelaburan sedangkan wang tersebut diperuntukkan untuk yayasan tahfiz di tanah seluas 1.21 hektar yang akan dibangunkan di Pekan Nenas, Johor.

"Saya kecewa sangat kerana wang tersebut sepatutnya saya gunakan untuk yayasan tahfiz, malah, orang yang bertanggungjawab membawa saya ke skim pelaburan tersebut hingga ke Labuan juga seorang yang beragama Islam dan dia tahu saya perlukan wang itu untuk yayasan tersebut.

"Mulanya saya masuk skim itu kerana yayasan yang saya ingin bangunkan itu memerlukan kos bernilai RM3 juta. Tidak sangka pula akan ditipu," ujarnya.

Tidak habis di situ, pada tahun yang sama Amy ditipu oleh satu pasangan yang meyakinkannya untuk membuat pelaburan dalam sebuah syarikat berjumlah RM750,000.

"Saya ke bank bersama isteri untuk mengeluarkan wang itu, dan apabila sampai ke rumah, baru kami tersedar macam mana kami boleh keluarkan wang sebegitu banyak. Kami seolah-olah dipukau dan menurut sahaja permintaan mereka," katanya.

Kemudian, wang yang sepatutnya diguna untuk mengubah suai restoran miliknya, Cheng Ho sebanyak RM240,000 telah dipinjamkan kepada seorang kenalan saudaranya dan dijanjikan akan dipulangkan semula selepas empat hari. Bagaimanapun sehingga kini, tiada khabar berita langsung mengenai semua wang yang dilabur dan dipinjamkan itu.
"Kalau orang lain saya ingat boleh jadi gila. Tapi saya reda dengan apa yang berlaku kerana ibu saya pernah berpesan ketika saya menyuarakan hasrat untuk tubuhkan tahfiz dia pernah memberitahu yang saya akan melalui ujian yang besar.

"Lagipun, semua yang datang daripada Allah. Sebagai manusia saya menerimanya dan berharap akan ada sesuatu yang baik selepas ini," ucapnya.

Meskipun telah kerugian hampir RM3 juta dan kehilangan tanah untuk membangunkan yayasan tahfiz tersebut, hasrat sucinya itu tidak pernah terpadam. Malah, ia akan diteruskan walau menggunakan apa cara sekalipun.

23 Mei 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 12

Man memerhatikan dari dalam kereta, apa yang berlaku. Man renung dengan teliti, kenapa jiran-jirannya mengerumuni rumahnya. Apakah yang berlaku sebenarnya. Mulanya Man takut nak keluar tapi bila Man rasa tidak ada apa yang dirisaukan, Man keluar dan menuju ke pintu pagar rumahnya. Man dapati, pagar rumah disimbah dengan cat merah. Kemudian Man dapati kereta wajanya turut disimbah cat merah di bahagian bonek belakang. Man terus jadi panik, Man duduk mencangkung mengadap keretanya sambil kedua tangannya memegang kepala.

Man ditenangkan oleh jiran sebelahnya, Hj Ali yang merupakan orang paling awal menyedari kejadian ini. Waktu Hj Ali di dalam rumah tadi, dia dengar bunyi seolah-olah satu dentuman. Bila dia keluar, dilihatnya sebiji motosikal dinaiki 2 lelaki terus meningggalkan tempat itu. Mungkin 2 orang itu menyedari yang Hj Ali bergegas keluar, menyebabkan lelaki itu segera melarikan diri. Bagaimanapun, nombor monosikal itu tak sempat diambil. Hj Ali sedar, dentuman itu adalah bunyi tin cat sederhana besar yang kena pada bonek kereta Man yang berada dalam pagar tu.

Man terus memerhatikan kereta kesayangannya, didapati ada juga kesan kemik terkena tin cat.

"Man. Lepas Maghrib nanti ikut pakcik pergi balai polis, kita buat report". Kata Hj Ali.
Man terdiam dan mengeleng-ngelengkan kepalanya. Man masih panik dengan dua kejadian itu. Selepas dibelasah teruk tadi, rumahnya disimbah cat pula.

"Tak apa pakcik. Saya rasa tak ada apa-apa. Kecil saja ni". Kata Man.

"Tak boleh macam tu Man. Nanti kalau berlaku lagi sekali, lagi susah. Sebagai AJK penduduk taman ni, pakcik rasa kita kena bertindak. Jangan kita senyap jer. Bagaimana kalau rumah lain pula kena" Desak Hj Ali.

Man makin serba salah. Desakan jirannya itu merupakan satu tekanan pada Man. Jirannya itu tak tahu apa yang sebenarnya berlaku pada dirinya sampai berlaku perkara begitu. Melihat reaksi Man yang enggan buat report, Hj Ali tak dapat buat apa. Dalam hati Hj Ali seolah-olah tak puas hati pada Man. Mana tidak, Hj Ali adalah saksi utama kejadian ni dan orang kuat persatuan penduduk taman tu.
Malam itu Man ajak Aboi temankannya di rumah, Man berada dalam ketakutan. Man tak keluar rumah, Aboi yang tolong belikan makanan nasi bungkus.

Aboi baru berusia 19 tahun, rumahnya di taman itu juga, rumah kos rendah. Lepas SPM, Aboi tak sambung belajar walaupun dapat keputusan yang baik. Ayah Aboi dah meninggal dunia dan ibu Aboi kerja sebagai tukang cuci di sekolah berhampiran rumahnya. Kerana memikirkan masalah kewangan, Aboi tolak tawaran belajar lepas SPM sebab nak bantu ibunya. Sebagai anak sulung, Aboi mahu 4 orang adik-adiknya berjaya dalam pelajaran hingga berjaya ke universiti.

Sejak bekerja dengan Man hampir setahun lalu telah merubah hidup Aboi. Aboi mula kenal Man masa Aboi kerja di sebuah kedai mamak kat taman tu. Tujuh bulan kerja kedai mamak, Aboi berhenti bila ditawarkan kerja oleh Man. Kebetulan masa tu, seorang pekerja Man berhenti sebab menyambung pelajaran. Sekarang gaji Aboi dikira cukup lumayan iaitu RM 50 sehari atau kekadang RM 70 sehari kalau jualan lebih. Aboi anggap Man macam abang sendiri. Dia kenal hati budi Man.

Aboi juga tahu yang Man sedang hangat bercinta di angin lalu dengan Yanti. Kejadian yang berlaku hati ini, Aboi rasa-rasa ada kaitannya dengan keluarga Yanti walaupun Man tak cerita. Sebelum ni Aboi pernah dengar perbualan telefon antara Man dan Yanti di gerai burger. Dari situlah Aboi tahu yang keluarga Yanti menentang. Aboi pandai simpan rahsia, bila Yanti datang beli burger, Aboi tak tunjukkan reaksi yang Man sedang bercinta dengan Yanti.

Nasi ayam bungkus yang Aboi beli, Man tak lalu makan. Mana taknyer, mulut dan bibir Man pecah sebelah kanan akibat tumbukan 'samseng' tadi. Man tinggalkan nasi ayam tadi pada Aboi untuk habiskan. Dari Maghrib tadi, beberapa panggilan dibuat oleh Yanti, tapi satu pun Man tak jawab. Man sangat takut, Man tak tahu kenapa dia tak mahu jawab. Sms Yanti saja yang Man baca, tapi Man tak jawab.

"Abang Man, buat apa tu. Kenapa tak niaga hari ni." Sms Yanti dari tadi.
Kalau sebelum ini Man rindukan sms dan panggilan Yanti, tapi malam ini tidak lagi. Malah Man takut untuk jawab. Teringat sangat di telinga Man, kata-kata lelaki yang belasahnya tadi.
"Kalau kau kacau Yanti lagi, siap kau nanti !"

Man cuba tidur awal dalam bilik seawal jam 9.00 malam tapi sukar melelapkan matanya. Mana taknye, biasa tidur paling awal pun jam 12.00 malam lepas niaga. Man makan 2 biji panadol yang ada tersimpan dalam laci almari, Man nak legakan sikit kesakitan yang dialaminya. Perut Man ada sedikit senak tapi Man rasa tak bahaya, mungkin sehari dua boleh baik. Di pipi kanan bawah mata Man ada kesan lebam. Bibir Man nampak dari luar macam tak apa-apa. Cuma dari dalam ada pecah dan berdarah.

Pada Man, nasib baiklah giginya tak patah kena tumbuk, mula ingatkan patah. Kalau patah gigi depan, dah tentu senyuman Man tak memikat Yanti lagi. Kenalah buat gigi palsu. Pernah kawan Man kemalangan motosikal patah gigi depan, buat gigi palsu masuk skru tanam gigi baru.
Sedang Man tidur, Man rasa ada orang datang ke rumahnya dan bakar rumahnya. Man dengar bunyi jiran-jiran menjerit dan Man cuba melarikan diri dari dalam bilik. Api semakin marak dan Man gagal melarikan diri. Man menjerit minta tolong......

Baru Man sedar, dia sedang bermimpi dan mimpi itu sungguh menakutkan. Seluruh badan Man berpeluh walaupun kipas pasang dari tadi. Man bersyukur, itu hanya mimpi, bukan betul-betul. Man keluar dari bilik dan dilihatnya Aboi sedang asyik tengok tv ada bolasepak di astro. Man tengok jam baru jam 12.30 malam, Aboi belum tidur.

Man duduk sekejap dan periksa telefonnya. Man dapati ada lebih 20 miscal dari Yanti. Man masih ketakutan, Man rasa buat masa ini tak mahu kacau Yanti. Mimpi tadi menakutkan Man. Man tak mahu rumahnya kena bakar sebab berkawan dengan Yanti. Kalau betul-betul terbakar, sudah tentu Man sukar melepaskan diri.


22 Mei 2010

Kes Bunuh Sekeluarga di Gemencheh : Rashidi Terus Didakwa

SEREMBAN - Laporan perubatan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi di sini semalam mendapati Rasidi Ismail layak dibicarakan atas tuduhan membunuh empat ahli keluarganya termasuk bapa dan adiknya di Kampung Batang Rokan di Gemencheh dekat sini pada 5 Januari lalu.

Rasidi sebelum ini diarahkan menjalani pemeriksaan mental selama dua bulan di Hospital Permai, Tampoi, Johor oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah membunuh empat ahli keluarganya. Dia yang merupakan seorang penganggur sebelum ini mengaku salah melakukan pembunuhan itu dan mendakwa perbuatan itu dilakukan atas arahan dari langit.

Rasidi, 32, dituduh membunuh bapanya, Ismail Awang, 76, datuk, Atan Daud, 87, dan nenek, Sufiah Katas, 80, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara pukul 7 pagi dan pukul 11 pagi 5 Januari lalu.

Sendikit Tipu Resit Tol

NIBONG TEBAL 21 Mei - Polis berjaya membongkar kegiatan menghasilkan resit palsu bagi bayaran tol perjalanan sepanjang Projek Lebuh Raya Utara Selatan dalam satu serbuan di Taman Keramat Permai di sini, Isnin lalu.

Hasil kegiatan licik kumpulan itu, mereka berjaya meraih keuntungan lumayan antara RM400 dan RM600 sehari. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada ratusan pemandu lori yang menggunakan resit itu untuk membuat tuntutan daripada pihak majikan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, serbuan dilakukan di sebuah rumah kedai, hasil maklumat awam dan risikan pihak polis selama seminggu.
Katanya, berikutan itu, seorang wanita warga Indonesia berusia 34 tahun ditahan ketika sedang memproses resit-resit palsu bercetak perkataan PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan).

21 Mei 2010

Baru Dapat Bantuan Baitulmal, Kena Tipu Sendikit sms

Minggu lepas, seorang ibu datang mengadu yang duit bantuan dari Baitulmal RM 1,600 yang dimasukkan ke akaun peribadinya lesap. Selepas terima bantuan, makcik ni serahkan kad bank ATM pada anaknya untuk keluarkan.

Kemudian, anak makcik ni dapat satu sms, kononnya menang RM10,000 dari peraduan sebuah syarikat kopi terkenal. Anaknya menghubungi nombor telefon tersebut dan mengikut arahan selanjutnya untuk cara-cara mendapatkan 'durian runtuh' tersebut  ke akaunnya.

Dia telah menekan sesuatu di mesin ATM itu mengikut arahan. Bagaimanapun, setelah melakukannya, tiada pun duit RM 10,000 dimasukkan ke akaunnya tetapi yang didapati adalah kehilangan duit RM 1,600 dari akaun itu. Duit RM 1,600 itu pula adalah duit bantuan baitulmal yang baru diterima milik ibunya.

Ini kisah Lebai Malang dan Pak Pandir. Nak kaya tak jadi, kayap jadinya. Ibu dia dah tentu marah pada anaknya. Kenapalah orang kita cepat percaya, takkanlah senang-senang nak dapat duit banyak sampai RM 10,000 tu senang-senang jer.

20 Mei 2010

Al-Arqam : Kembalilah Ke Pangkal Jalan

Anda melihat Al-Arqam atau lebih tepat, peribadi Abuya bagaimana ? Bila saya buka persoalan ini, pasti membuka ruang kepada perdebatan dan perbahasan. Ada yang menyokong dan tak lari juga ada yang menentang saya....

Walaupun saya akan kehilangan sebahagian pembaca blog saya, tapi yakinlah bahawa saya lebih risau kalau orang Islam sendiri kehilangan akidahnya. Yakinlah, bahawa kerosakan yang paling besar telah dilakukan oleh Al-Arqam adalah dari sudut akidah. Kalau akidah rosak, maka keseluruhan Islam seseorang itu boleh rosak. Tidak kiralah kalau kita rajin beribadat, pakaian yang berlambangkan Islam, perniagaan Islam, cara hidup Islam sudah tidak dikira di sisi Islam lagi kalau akidah kita rosak.

JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, yang pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah  Arqam.

Al-Arqam telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994, waktu itu saya masih menuntut di UKM. Sebagai pelajar universiti, saya juga keliru pada waktu itu sama ada tindakan kerajaan waktu itu adakah patut atau tidak. Beberapa orang ahli Arqam yang terdiri dari pelajar UKM dengan hebat menyebarkan risalah untuk menangkis dakwaan kerajaan ke atas Arqam dan Ashari Muhamad. Pejajar yang menyokong Arqam ini turut menyewa gerai-gerai menjual produk mereka waktu ada apa-apa sambutan seperti Pesta Konvo dan Hari Terbuka. Sambil itu, mereka menyebarkan risalah dan memberi penerangan lisan kepada pengunjung gerai mereka.

 Kerajaan telah mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994. Fatwa Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.

Kepada pengikut-pengikut bekas Arqam, kembalilah ke pangkal jalan selepas kematian pemimpin utama mereka Ashari Muhamad. Berita dalam akhbar utama hari ini sangat mengejutkan dan mengelirukan masyarakat. Seperti biasa, mereka menggunakan nasyid, sajak dan drama pentas untuk menerangkan ajaran mereka. Antaranya, seperti dalam akhbar berkenaan, Abuya tidak mati seperti kematian orang lain. Janganlah buat dakwaan mengelirukan seperti ini. Pengikut mereka kenalah terima hakikat, bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan mati, Nabi Muhammad pun wafat meninggalkan kita.

Niaga Baju Bundle Untung ?

Salam...

"Maaf sekiranye email saya nie m'ganggu...actually saya  dari Johor Bahru... Semalam saya ada terbaca satu petikan dari blog Mazidul Akmal Sidek pasal bundle...then saudara ada komen tentang artikel tu yang mengatakan saudara tahu tempat borong bundle berdekatan ngan area saudara..."

"Jadi kalau xkeberatan bole xsekiranya saya tahu kat mana tempat tu sebab saya berniaga online jual baju bundle kanak & sekarang saya pun tengah mencari pembekal baju bundle yg cantik2 & berkualiti...Jadi saya harap kalau saudara sudi bagitahu saya kat mana area bundle tu yea..huhuhuhu....

Harap sgt dpt info dari saudara...sekiranya saudara sudi just balas email saya nie atau bole berhubung ngan saya no tel..."


Ulasan:

Nampaknya niaga baju bundle ni menguntungkan. Memang untung, kalau saya beli tshirt RM 10 dapat 4 helai baju berjenama terpakai. Kalau saya nak beli di luar yang baru, harga sampai RM 60 sehelai jadi 4 helai RM 240 kalau ikut jenama tu.  Kalau macam saya, baju ni sesuai untuk bersukan. Kalau macam saya ni main ping pong, sehari 3-4 helai baju dah tentu kena tukar sebab berpeluh. Sehelai baju mana cukup sehari. Nak join saya main ping pong, boleh datang setiap petang di kem Mahkota Kluang. Ada orang malu nak beli baju bundle ni, tapi pada saya tak.

Pengirim email ni nampaknya berniaga melalui internet lak tu. Tentu dia dah lama niaga dan dah nampak keuntungannya.

Jawapan:

Terima kasih. Saya beritahu melalui email.

Pusat Urut Gay Diserbu

KUALA LUMPUR 20 Mei - Seramai 51 orang, kesemuanya lelaki, ditahan pihak berkuasa dalam serbuan ke atas dua pusat urut di Taman Miharja, Cheras yang dipercayai menawarkan khidmat seks sejenis, malam tadi. Mereka yang ditahan terdiri daripada 21 tukang urut, 28 pelanggan serta dua penjaga.

Selain tiga tukang urut tempatan, sebahagian lagi merupakan warga asing iaitu China, Thailand, Indonesia, Myanmar, Iran dan India. Serbuan pukul 9 malam itu merupakan operasi bersepadu polis Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).



19 Mei 2010

Bung Moktar dan Zizie Izette Boleh Merayu Di Mahkamah Tinggi Syariah



Hukuman yang dijatuhkan ke atas Bung Moktar amat mengejutkan dirinya. Sudah tentu beliau tidak menjangka hukuman itu. Itu adalah keputusan Hakim Yang Arif di Mahkamah Syariah yang tidak perlu dipertikaikan atau dipersoalkan. Jangan ada mana-mana orang atau sesuatu pihak yang mempertikaikan keputusan ini.

Rayuan di Mahkamah Tinggi

Untuk membayar denda, kesemua mereka tiada masalah. Mungkin mereka akan membayar denda. Atau mungkin mereka tidak mahu membayar denda, kerana denda itu mungkin menjejaskan nama baik dan masa depan kerjaya mereka. Sebagai seorang yang ternama dan berjawatan tinggi, mungkin memikirkan untuk merayu, bertujuan mengurangkan denda dan mengenepikan hukuman penjara. Sekiranya tidak merayu, Bung Moktar mungkin boleh terjejas jawatan sebagai ahli parlimen.

Saya percaya, selepas ini Bung Moktar akan merayu ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengenepikan hukuman penjara. Takkanlah Bung Moktar sanggup masuk penjara. Kebiasaannya, peguam akan memohon ke mahkamah pada hari ini untuk menangguhkan sementara hukuman ini sementara menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Pengalaman saya sebagai Pendakwa Syarie, permohonan menangguh dan mengenepikan hukuman penjara adalah perkara biasa apabila seseorang dijatuhkan hukuman penjara.

Bung Moktar Dipenjara sebulan dan denda RM 1,000

Berita terkini yang diterima dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Bung Moktar dipenjara 1 bulan dan denda RM 1,000 bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran.

Bagi tuduhan kedua, beliau didenda RM1,000 atau penjara satu bulan kerana bersubahat dengan pelakon Zizie Izette bernikah tanpa kebenaran pendaftar. Zizie pula didenda RM2,000 atau penjara tujuh bulan kerana bernikah tanpa kebenaran dan subahat.

Protes Baju Merah Bangkok Makin Meruncing

BANGKOK, 18 Mei  Seorang lagi terbunuh semasa pertempuran antara pasukan keselamatan dan pemprotes anti-kerajaan di sini hari ini, menjadikan kesemuanya 37 kematian walaupun pertempuran dilaporkan kurang pada Selasa. Jumlah yang cedera meningkat kepada 296 orang dengan tambahan 17 orang yang cedera hari ini. Empat belas daripada mereka dalam keadaan kritikal sejak pertempuran berlaku enam hari lepas.

Peluang untuk mencapai perdamaian agak sukar kerana kedua-dua pihak tidak berganjak daripada desakan mereka dalam menyelesaikan pertempuran berdarah itu. Kerajaan mahukan baju merah menamatkan perhimpunannya dahulu sebelum rundingan baru dimulakan, kata Menteri Pejabat Perdana Menteri Sathit Wongnongtoey.

Pemimpin baju merah Jatuporn Prompan sebaliknya berkata pemprotes itu hanya akan bersurai jika askar-askar tersebut meninggalkan kawasan berkenaan. Keganasan politik yang berterusan telah menjejaskan ekonomi Thailand dengan kerugian dianggarkan antara 53 bilion Baht dan 230 bilion Baht, menurut Pusat Penyelidikan Kasikorn.

Sektor pelancongan juga terjejas teruk kerana jumlah kedatangan pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini menurun dari 30,000 kepada 20,000 orang sehari, menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan. Siam Commercial Bank hari ini menutup sementara 43 cawangannya dan memberhentikan perkhidmatan pengeluaran wang tunai di 33 mesin ATM yang terletak dalam dan berhampiran kawasan perhimpunan tersebut.

CIMB Thai menggantung sementara perkhidmatan perbankannya di 10 cawangan yang terletak dalam dan berhampiran kawasan itu selama tiga hari mulai Selasa. Palang Merah hari membahagi-bahagikan makanan kepada kira-kira 2,000 penduduk yang terperangkap dalam kawasan pertempuran itu di Bon Kai.


Kes Tembak: Pengawal Istana Kelantan meninggal dunia

KOTA BHARU: Pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, 50, yang parah akibat ditembak penyerang tidak dikenali pada 1 Mei lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), kira-kira jam 3 pagi tadi.

Allahyarham yang dirawat di Unit Rawatan Intensif (HRPZ II) meninggal dunia selepas 19 ditembak di Kota Bharu. Malam tadi, keluarga diraja Kelantan menyerahkan wang sumbangan RM100,000 kepada keluarga Allahyarham.

18 Mei 2010

Terkini kes Bung Mokhtar Raden dan Zizie Izzette : Esok Hukumannya

:
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini menetapkan esok untuk menjatuhkan hukuman terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar dan isterinya pelakon Zizie Izette atas dua tuduhan berpoligami dan berkahwin tanpa kebenaran pada 16 Disember 2009 lalu.
Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Ahmad juga menetapkan esok untuk menjatuhkan hukuman terhadap lima individu lain yang menjadi saksi dalam perkahwinan berkenaan. Mereka ialah abang dan adik Zizie serta dua rakan Bung Mokhtar. Hakim menetapkan demikian selepas selesai mendengar rayuan daripada semua tertuduh dan hujahan dari Pendakwa Syarie.







Michael Ballack Tak Dapat Beraksi Piala Dunia

FRANKFURT 18 Mei — Ketua pasukan Jerman, Michael Ballack dijangka tidak akan dapat beraksi di Piala Dunia, Afrika Selatan ekoran kecederaan buku lali kanan yang dialaminya baru-baru ini. Perkhabaran baru itu pastinya satu yang serius buat skuad juara tiga kali tersebut kerana kejohanan tersebut bakal berlangsung awal bulan depan.

Persekutuan Bola Sepak Jerman semalam berkata, pemain tengah Chelsea berusia 33 tahun itu mengalami koyak ligamen di bahagian buku lali kanan. Kecederaan itu berlaku ketika Ballack beraksi di perlawanan akhir Piala FA, Sabtu lalu. Perlawanan tersebut menyaksikan Chelsea mencatat kemenangan 2-1 ke atas Portsmouth.

Selepas menjalani ujian, Persekutuan Bola Sepak Jerman semalam berkata, Ballack diramalkan tidak dapat menjalani latihan sekurang-kurangnya lapan minggu.

“Ia satu perkara yang sangat mengecewakan. Meskipun begitu, saya harus menerimanya,” kata Ballack kepada televisyen Jerman.

17 Mei 2010

Bangla Khalwat dengan Janda Melayu Bergetah

Malam tadi, seorang janda berumur 49 tahun ditahan di rumahnya dengan seorang lelaki Bangla di sebuah taman di Simpang Renggam. Lelaki Bangla berumur awal 30-an datang ke rumah perempuan sebelah malam dengan memakai kain pelekat dan tshirt tanpa seluar dalam. Lelaki ini tinggal selang beberapa rumah dengan rumah wanita ini.

Waktu tangkapan lebih kurang 12.00 malam, anak lelaki kepada janda ini ada di dalam rumah ini iaitu di sebuah bilik lain. Anaknya tidak sedar akan kehadiran 'lembaga hitam' di rumahnya. Selepas ditangkap, barulah anak lelakinya mengetahui kehadiran Bangla ini dan anaknya cuba menyerang dan membelasah Bangla ini. Bagaimanapun, penguatkuasa berjaya menghalang anaknya dari 'meroticanaikan'  Bangla ini.

Kalau nak fikirkan, buat apa nak belasah. Mak dia yang 'kekeringkontangan' juga yang jemput Bangla datang rumah, bukannya Bangla ni saja-saja datang. Dia tetamu istimewa emak dia. Kedua-duanya ditahan di atas kesalahan khalwat yang boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

(banyak lagi cerita menarik di muka hadapan sila klik )

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 11

Keesokannya, waktu Man mula-mula buka gerai burgernya dalam jam 5.30, Man dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang lelaki yang tidak dikenali. Jumlah mereka di antara 7-8 orang. Waktu itu, Aboi, pembantu Man belum datang, biasa datang dalam pukul 6. Mulanya Man ingatkan mereka nak beli burger atau nak bertanya sesuatu.

"Nak beli burger ke bang. Maaf burger belum siap, tengah berkemas ni". Kata Man.

Lelaki itu tak jawab malah memandang tajam ke arah Man. Tiba-tiba tangan Man ditarik dan diheret ke tepi tangga. Gerai Man di sebelah kedai dua tingkat dan tangga itu di belakang gerai Man yang agak terlindung sikit. Bila 2-3 lelaki merentap tangan Man, Man tak berdaya melawan dan mengikut saja. Salah seorang lelaki itu kata,

"Hoi Man ! Engkau jangan kacau lagi Yanti. Kalau kau kacau lagi Yanti, pecah kepala kau aku kerjakan !". Kata lelaki yang jauh lebih besar dan sasa badan berbanding Man itu.

Man terkejut. Rupanya mereka nak ugut dan belasah Man. Memang Man tidak menyangka dan tidak bersedia menghadapi suasana seperti tu. Lagi pun Man bukan kaki gaduh dan Man bukan berkawan dengan kaki-kaki gaduh  ni.

"Tolong saya bang. Tolong saya bang. Tolong lepaskan saya". Rayu Man yang dalam ketakutan. Tidak ada orang lain yang melihat kejadian itu.

"Apa tolong-tolong. Tak sedar diri,  penjual burger tepi jalan, nak kacau anak dara orang kaya konon ! Kau sedarlah diri  kau siapa, jangan nak rembat saja anak dara orang ! Sekarang pun aku boleh belasah kau sampai mati tau !" Kata lelaki tu sambil mencekak leher baju Man dengan kuat dan ditolak Man ke tepi dinding. Nafas Man tersekat dan suaranya terputus-putus.

"Tolong.... Tolong.....Tolong bang. Saya salah bang, saya minta maaf bang". Kata Man seolah-olah tidak mahu dirinya diapa-apakan.

"Minta maaf kau kata ! Benda ni takkan boleh maaf. Hari  ni hari pembalasan untuk kau ! ". Kata seorang lagi lelaki lain.

Leher baju Man masih dicekak. Manakala seorang lagi lelaki memukul kepala Man dengan topi. Sakit juga Man rasa, tapi nasib baiklah topi kain, tak keras sangat. Kemudian Man dilepaskan dan Man merayu sekali lagi.

"Tolong saya bang. Tolong... Saya tak buat lagi ". Rayu Man.

Kemudian perut Man disepak. Man terasa sakit dan senak yang amat sangat. Kuat tendangannya itu dan Man tunduk kesakitan. Kemudian, seorang lagi menampar dan menumbuk muka Man dengan kuat. Man menutup muka. Bila Man tengok tangannya, ada darah. Rupanya bibir Man berdarah. Man meraung kesakitan dan tidak sedikit pun membalas. Man tidak ada daya, mana mampu nak lawan mereka yang ramai tu. Sebelum meninggalkan Man, lelaki tu kata.

"Ini amaran terakhir ! Lepas ni kalau kami tahu saja kau hubungi Yanti, mati kau kami kerjakan.". Kata salah seorang lelaki tu. Sebelum meninggalkan Man, masing-masing, setiap seorang tidak melepaskan peluang menyepak peha dan perut Man. Man sudah lemah dan hampir pengsan. Kesemua lelaki itu meninggalkan Man keseorangan di tepi tangga tu. Man rasa kejadian tu begitu pantas dan sekelip mata saja berlaku, kemudian leleki tu terus hilang.

Beberapa minit Man di situ menahan kesakitan dab berada di tepi tangga tu. Bibir Man sudah berhenti berdarah tapi masih sakit. Lebih kurang 30 minit kemudian, baru Man keluar dari situ. Dari tadi Man terlalu takut nak keluar, bimbang kalau lelaki tu menunggu Man di luar.  Man keluar dari tepi tangga tu dalam keadaan terhencut-hencut. Dilihatnya di gerai burgernya, Aboi, pembantunya sedang mengemas barang untuk niaga. Dari tadi Aboi hairan, kenapa gerai Man ditinggalkan kosong. Kebiasaannya kalau Man keluar, taklah lama sebegitu. Aboi terkejut melihat keadaan Man.

"Bang Man.. Kenapa ni !". Tanya Aboi.

Man tak jawab. Sebaliknya Man menangis sambil duduk di tepi longkang. Semakin kuat tangisan Man kerana menahan kesakitan dan kesedihan yang ditanggung. Aboi lihat bibir Man ada kesan darah, muka Man bengkak dan keadaan nafas Man tak stabil.

"Abang, kenapa bang ?  Abang kena pukul ker ?". Tanya Aboi.

Man tak jawab juga. Malah Man mengeleng-ngelengkan kepalanya.

"Tak apa. Tak apa Aboi, sikit saja". Kata Man seolah-olah mahu menyelindungkan sesuatu.

Aboi bantu merawat luka pada muka dan bibir Man dan mengesat darah dengan tisu burger. Hari itu gerai Man tak buka walaupun pada mulanya sudah rancang nak niaga. Aboi hantar Man sampai ke rumah menaiki van burger tu. Bila sampai rumah Man dalam jam 7.00 petang tu, ada satu lagi kejutan berlaku. Man lihat ada beberapa orang lelaki yang Man kenali sedang mengerumuni rumah Man. Mereka semua jiran-jiran Man. Man kehairanan yang amat sangat dan tidak terus turun dari van tetapi memandang dari jauh.

....BERSAMBUNG KE EPISOD 12
http://kadikluang.blogspot.com/2010/05/sudah-nasibku-mat-burger-episod-12_23.html (Episod 12)

16 Mei 2010

Hari Guru : Tahniah Guru Naik Pangkat


16 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kenaikan pangkat seramai 15,320 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan 9,969 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Bukan Siswazah (PPPLD) bermula April lalu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kenaikan pangkat bagi 25,289 PPPS dan PPPLD meliputi tiga kategori iaitu mengikut tempoh (time based) selama 10 tahun, guru cemerlang dan kenaikan secara hakiki bagi gred DGA32, DGA34, DG44, DG48, DG52 dan DG54.

15 Mei 2010

Korea Selatan Catat Sejarah Juara Piala Uber Tewaskan China

KUALA LUMPUR 15 Mei - Korea Selatan muncul juara Piala Uber buat julung kali apabila menewaskan juara bertahan China 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Gaji Kakitangan Kerajaan Nak Naik ?

Dalam akhbar hari ni, Perdana Menteri membayangkan untuk mengkaji atau dalam istilah yang lebih mengembirakan iaitu untuk menaikkan gaji kakitangan awam. Bagaimanapun, kakitangan kerajaan rileklah, jangan gaji belum lagi naik, dah mula buat hutang kereta dan rumah besar-besar. Kalau gitu, serupalah macam gaji tak naik.

''Saya tidak suka melihat penjawat awam bergaji rendah". Kata Perdana Menteri.

''Apabila saya dengar baru-baru ini pekerja pos dapat gaji di bawah garis kemiskinan, saya minta ia dikaji semula, naikkan dan insya-Allah, gaji mereka akan naik Julai ini dengan 15,000 orang dapat gaji baru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman. Omar baru-baru ini berkata, CUEPACS mahu kerajaan melakukan semakan semula gaji kakitangan awam, bukannya membuat penyelarasan gaji.

Menurutnya, CUEPACS tidak menuntut penyelarasan gaji sebaliknya mahu semakan gaji kakitangan awam membabitkan kenaikan antara 20 dan 40 peratus kepada 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara.

CUEPACS, kata beliau, akan menolak sebarang cadangan untuk membuat penyelarasan gaji kakitangan awam sebanyak 10 peratus kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah 400,000 kakitangan yang menerima gaji terlalu rendah iaitu antara RM480 dan RM690 sebulan. Perdana Menteri berkata, konsep negara perlu berteraskan kepada modal insan jika mahu menjurus kepada ekonomi inovatif dan berpengetahuan.

''Kalau nak membangun, rakyat yang berpengetahuan tinggi mesti diberi gaji yang setimpal, ini termasuk penjawat-penjawat awam.

''Dengan ini akan berlaku anjakan di mana kita iktiraf dari segi kemampuan ilmu, kemahiran dan kebolehan supaya apa yang kita beri dari segi gaji dan kemudahan sama ada dalam sektor awam atau swasta biarlah setanding dengan negara-negara maju yang lain," katanya.

Kata beliau: ''Dalam aspek ini, kita akan lakukan dengan tingkatkan produktiviti. Produktiviti ini penting sejajar dengan semangat yang diberikan penjawat awam."

14 Mei 2010

Proton Exora Jadi Teksi

KUALA LUMPUR – Bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan awam khususnya teksi, kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora keluaran Proton Holdings Bhd. akan dijadikan sebagai teksi 1Malaysia. Sila rujuk Berita Harian:
 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProtonExorajaditeksi1Malaysia/Article

Kesiannye pada sapa yang pakai exora, setaraf teksi jer rupanya. Ingatkan kereta setaraf MPV eksklusif. Maaf yer, jangan terasa.
SELAMAT HARI GURU

PIALA THOMAS : Malaysia Sudah Kalah Sama China 0-3

Ini tahun, Piala Thomas, kita kalah lagi woooo. Lain tahun kasi lawan lagi. Sini sendiri punya tempat kalah juga woooo. Itu China banyak kuat wooo.

Peguam Syarie Bukan Islam Boleh Di Wilayah Persekutuan ?

Seorang peguam wanita yang bukan beragama Islam, Victoria Jayaseelee Martin, hari ini memperolehi kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk beliau berkhidmat sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memberi kebenaran kepada permohonan untuk suatu perintah bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerima masuk Victoria sebagai peguam syarie.

Ini adalah kes pertama di Kuala Lumpur apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar bahawa hanya peguam yang beragama Islam sahaja boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah. Hakim Zawawi yang membenarkan permohonan itu menolak bantahan yang dikemukakan oleh MAIWP.

Victoria  mendapat kelulusannya pada tahun 2004 daripada Universiti Islam Antrabangsa dan berkata beliau ingin menjadi peguam syarie demi kepentingan keadilan. Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, syarat sebelum seseorang boleh menjadi peguam syarie adalah dia mesti merupakan seorang Islam.

Pelajar Sekolah Ketua Kumpulan Curi Moto

MELAKA: Polis menumpaskan satu sindiket mencuri motosikal dengan menahan 12 lelaki berusia 16 hingga 54 tahun termasuk empat pelajar sekolah dalam satu operasi pada 2 hingga 6 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Mohamad Adnan Abdullah, berkata sindiket itu yang dikenali sebagai "Kumpulan Aidil" dipercayai diketuai oleh salah seorang pelajar berkenaan.

Isteri Curang Angkara Facebook ?

Pendahuluan

Minta maaf sebab menganggu dan mencuri masa ustaz. Saya tertarik profile ustaz di dalam blog peribadi ustaz (http://kadikluang.blogspot.com/). Mudah-mudahan ustaz dapat memberi panduan kepada saya untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara yang terbaik yang mungkin boleh dilakukan.

Saya sekarang mengalami masalah rumah tangga seperti dibawah:

Untuk maklumah ustaz, saya  berkahwin dengan isteri saya seorang janda anak satu. Perkenalan dan perkahwinan saya dengan isteri saya ni menyebabkan saya berpisah dengan kekasih saya. Namun selepas saya berkahwin dengan isteri saya, saya masih lagi terus berhubung dengan bekas kekasih saya melalui sms, tapi jarang-jarang ber sms. Isteri saya tahu akan hal ini, dah sering kami bergaduh disebabkan hal ini.

Saya seorang yang sukar untuk marah, so setiap kali bergaduh, isteri saya yang marah saya dengan kata-kata kesat dan kasar. Tapi saya hanya mendiamkan diri sebab saya tak nak keadaan menjadi lebih parah. Saya dengan isteri saya hanya berjumpa pada hari minggu sahaja sebab saya bekerja di KL, manakala isteri saya bekerja swasta di sebuah negeri lain.


Masuk bulan kedua perkahwinan, pergaduhan isu sama berlaku lagi apabila isteri saya terbaca mesej yang dihantar oleh bekas kekasih saya di dalam hp saya. Hanya mesej bertanya kabar sahaja dan tidak lebih dari itu. Namun marahnya sehingga mengeluarkan kata-kata kasar kepada saya. Untuk pengetahuan ustaz, isteri saya suka melayari laman internet.

Di dalam laman tersebut, ramai peminat-peminat dia yang terdiri dari golongan lelaki. Pernah satu hari, bill celcom dia mencecah ratusan ringgit kerana bergayut dengan seorang jejaka. Bila saya minta penjelesan dia, dia tak cakap apa-apa, dia kata dia call kawan. Bila saya selidik, rupanya dia telah call seorang kenalan cyber. Saya hanya marah dia melalui sms (mesej) kerana saya sukar untuk melepaskan marah dengan percakapan dan perbuatan. Kemudian dia berjanji tidak akan ulangi kesilapan tersebut dan berjanji akan menutup (delete) akaun laman yang dia miliki.


Masuk bulan keenam penghujung, isteri saya membuka laman blog sendiri dan beliau telah memberi email serta password blog dia kepada saya untuk diubah dan dikemaskini. Dari situ saya terbuka email yahoo. Dalam email yahoo saya dapat tengok mesej-mesej dihantar. Dalam hati saya, isteri saya masih ada laman web tersebut walaupun dia dah berjanji untuk menutupnya.  Saya dapat membuka akaun 'sembang'nya, dari situ terbongkar segala rahsia nya.

Rupa-rupanya di belakang saya dia telah curang kepada saya. Rupa-rupanya di dalam laman tersebut dia sedang bermain kata bermain sayang dan bermain cinta dengan seorang jejaka bernama Badrol. Terkejut saya membaca mesej-mesej di antara mereka berdua. Mesej yang dihantar boleh dikategorikan mesej suami isteri. (Dilampirkan imej mesej yang dinyatakan untuk rujukan ustaz).

 Selepas isteri saya kantoi dengan mesej tersebut, saya sekali lagi marahkan beliau melalui mesej (sms). Dalam mesej (sms) saya marahnya dengan penuh mendalam dan kasar. Kemudian saya bukan satu akaun sembang dan menghantar mesej kepada Badrol iaitu skandal isteri saya. Si Badrol memberitahu bahawa dia tidak tahupun yang dia couple dengan isteri orang sebab isteri sayang rahsiakan statusnya sebagai isteri saya. Bahkan si Badrol memberitahu saya yang dia dah bercadang untuk berkahwin dengan isteri saya pada hujung tahun ini.

 Namun disebabkan dia baru tahu yang aweknya adalah isteri saya, maka dia pun mengalah dan dia kata dia tidak bersalah dalam hal ini sebab dia tak tau aweknya isteri orang. Dalam masa yang sama isteri saya, menangis teresak-esak meminta maaf di atas kesalahan tersebut. Dia berjanji tidak akan ulangi kesilapan tersebut dan akan menutup akaun sembang tersebut. Dia pujuk dan merayu pada saya hampir tiga hari. Akhirnya saya seakan memaafkannya.
Selepas itu, sekali lagi saya cuba melayari laman web  sembang si Badrol, terkejut saya apabila saya lihat ada gambar isteri saya bersama Badrol di dalam laman tersebut. Lagi terkejut apabila gambar tersebut mereka ambil bersama pada  di sebuah pusat peranginan terkenal. Memang mengejutkan saya, rupa-rupanya isteri saya telah pergi ke situ berdua-duan dengan si Badrol. Bahkan di dalam gambar tersebut, isteri saya dengan selambanya memeluk si Badrol.

Apa yang mereka buat tanpa pengetahuan saya, setahu saya pada hari tersebut dia kata ada aktviti di pejabat, rupa-rupanya dia berada di pusat peranginan bersama kekasihnya. Selepas melihat gambar tersebut, terus hati saya hancur, sebak di dada tidak terkata....lantas saya menghantar sms padanya dan memarahinya.

Ustaz bayangkan betapa sukarnya untuk seorang suami seperti saya menghadapi situasi seperti ini.

SUAMI GILA FACEBOOK: Lagi Luahan Isteri

"Saya seorang surirumahtangga walaupun begitu saya ... Saya seorang surirumahtangga walaupun begitu saya ada berniaga kecil kecilan. Jadi saya ada pendapatan dapatlah menyara saya dan anak anak(walaupun bersuami keperluan saya tak pernah diambil peduli walaupun sehelai tudung,mahupun sebarang ucapan terima kasih atas pengorbanan saya sbg isteri dan ibu).

Tetapi saya redha...Apa yang membuat saya merasa amat kecil hati suami boleh pula melayan perempuan lain iaitu rakan perempuan dalam my space dan faceebook dengan komen komen yang kita sbg seorang isteri amat berasa jauh hati spt ''awak sungguh cute''.

Wajarkah seorang suami mengabaikan isteri di rumah tetapi lebih menitikberatkan perhubungan di alam maya ini.....untuk apa? Memang itukah sikap SEGELINTIR suami? Kalau bentuk tubuh yang menjadi ukuran adalah fitrah setiap manusia akan tua...tidakkah kita sedar hakikat itu....Perasaan sayang saya pada suami telah mati."

13 Mei 2010

'Abuya' Ashaari Muhammad Al-Arqam Meninggal Dunia

IPOH 13 Mei - Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad telah meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru. Jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di sini.

POLIS TUMPASKAN GENG PECAH RUMAH

JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya tiga kes samun dan pecah rumah di sekitar bandaraya selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Semangat, Kempas, di sini, Sabtu lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 1 tengah hari selepas polis menerima aduan dari seorang peniaga mengenai kejadian pecah masuk di pejabatnya di Taman Perindustrian Maju Jaya, di sini, pada jam 9 pagi, hari yang sama.
 
"Dalam kejadian itu peniaga tersebut mengalami kerugian kira-kira RM10,000 selepas kehilangan sebuah komputer riba dan wang tunai," katanya di Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat polis berjaya mengesan kedua-dua mereka yang terbabit, yang terdiri daripada seorang lelaki rakyat tempatan dan pendatang asing tanpa izin, bersembunyi di dalam sebuah rumah di Kempas.

Katanya, selepas diperiksa polis menemui pelbagai barang yang dipercayai hasil samun dan peralatan pecah masuk termasuk tiga telefon bimbit, tiga parang, dua komputer riba, satu set kunci, dua kuku kambing, tiga alat pemain video, tiga jam tangan dan empat alat pemotong besi.

Mohd Mokhtar berkata, kedua-dua lelaki yang tidak mempunyai rekod jenayah itu kini direman sehingga Sabtu ini dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan

PIALA THOMAS : HAFIZ HASHIM BANTU MALAYSIA BENAM DENMARK 3-2

PEMAIN perseorangan negara, Hafiz Hashim memanjatkan kesyukuran selepas menewaskan perseorangan ketiga Denmark, Joachim Persson 21-12, 21-10 pada suku akhir Kejohanan Piala Thomas di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. Kemenangan Hafiz membolehkan Malaysia melakar kejayaan penting mengatasi Denmark 3-2, sekali gus mara ke saingan separuh akhir bertemu juara bertahan Piala Thomas, China, esok.

12 Mei 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 10

Petang tu, Man mula niaga lewat sikit dalam 6.30 petang. Pembantu Man, Aboi dah lama menunggu dan Aboi nampak Man kurang ceria hari tu. Walaubagaimanapun, Man tetap mesra dengan pelanggan. Kemesraan dengan pelanggan itu adalah salah satu daya penarik yang membuatkan perniagaan Man berjaya. Sekali fikir, nak saja berhenti niaga burger, mungkin Man buat bisnes lain yang ada glamour sikit. Niaga insuran ker, niaga jualan lansung ker. Man tengok orang yang kerja macam tu pakaian kemas, ke sana ke sini pakai tali leher, kereta pun dahsyat.

Ada sorang kawan Man tu masuk jualan lansung, niaga barang kesihatan. Baru 3 bulan masuk, dah pakai kereta mewah, dah bergelar jutawan. Tapi Man pelik juga, nama jer jutawan. Tapi kalau minum kedai mamak, kebanyakannya Man yang kena belanja, betul ke jutawan tu. Dah lah tu, kawan yang sorang tu pinjam duit Man RM 300.00 dari dulu tak bayar-bayar. Patut dah bergelar jutawan, faham-faham le nak  pulang duit tu. Entah, mungkin jutawan palsu untuk mengaburi mata orang.

Tapi Man niaga burger memang ramai pembeli setiap hari. Man jual satu burger daging  RM 1.70, burger ayam 1.90 satu. Tolak campur, keuntungan yang Man dapat dari sebiji burger antara 80 sen hingga seringgit. Kalau kawan Man yang jutawan jualan lansung tu, Man pun tak tahu macam mana nak kira untungnya. Sikit-sikit jutawan, sikit sikit jutawan, naik menyampak pulak. Tapi sebab dia tu jutawan, ramai awek keliling pinggang.

 Man rasa, nak saja masuk jualan lansung macam tu. Biar orang panggil Man jutawan. Bukan apa, perniagaan burger Man akan terus jalan juga senyap-senyap.  Yang penting, nanti bakal pak mertua tanya Man kerja apa, Man boleh kata bisnes juta-juta, jutawan Melayu. Kalau gitu, pasti keluarga Yanti nanti tak menolak malah tentu menyokong 200 peratus pulak.
Malam tu kakak Yanti, Azizah telefon, bertanya khabar. Kalau kakaknya Azizah telefon, maka Yanti jawablah, kalau adik beradik lain belum tentu. Selain itu, pastinya soalan tentang Man Burger, jejaka pilihan Yanti.

"Yanti. Kakak baru balik dari rumah abang Kamal ni, bincang pasal kau Yanti. Empat orang saja yang ada, emak, abang kau Kamal, Fuad dan kakak, yang lain tak ada". Kata Azizah.

"Apa yang dibincangkan tadi kak, nampak macam ada perkara penting jer". Kata Yanti.

"Biasalah. Pasal masa depan kau. Kakak rasa elok kau berehat dulu buat masa ni, jangan terlalu tertekan sangat. Kakak tahu, kau tak senang dengan sikap abang-abang kau dalam perkara ini". Kata Azizah.

"Berehat ? Apa maksud kakak". Kata Yanti.

"Yanti. Esok sepupu kita Azmi akan ke rumah Yanti, untuk kasi satu benda. Barang ni mak yang usahakan". Kata Azizah. Yanti kehairanan.

"Barang ? Barang apa kak ". Tanya Yanti untuk tahu.

"Ada sebotol air dan satu gelang untuk kau pakai". Kata Azizah.

"Air dan gelang apa ni kak ?" Yanti semakin mendesak supaya kakaknya beri jawapan.

"Air dan gelang ni mak dapat dari orang alim. Untuk pendinding kau". Kata Azizah.

"Apa ni kak...Maksud kakak, Yanti dah kena ilmu. Kenapa ? Apa yang telah berlaku pada Yanti sampai macam ni?". Kata Yanti sambil suaranya sudah mula sebak.

"Yanti, kita ikhtiar dulu. Manalah tahu kalau-kalau kau..." Kata Azizah kemudian dipotong Yanti.

"....Kalau-kalau aper kak. Kalau-kalau Man yang buat ilmu hitam pada Yanti ker ?" Sampuk Yanti.

"Bukan Yanti. Kan kita berusaha, kadang-kadang ganggunan ini ada pada sesetengah orang terutama wanita. ". Kata Azizah.

"Tidak kak, kalau Azmi datang ke sini, Yanti tak mahu terima apa-apa pada dia. Beritahu dia jangan datang sini. Yanti tak mahu diganggu". Kata Yanti dengan suara yang agak tinggi.

Kemudian Yanti memutuskan perbualan walaupun kakaknya itu seolah-olah mahu meneruskan perbualan. Yanti menangis teresak-esak sendirian. Sekarang, seolah-olah tiada lagi walaupun seorang dalam keluarga Yanti yang menyokong Yanti. Mulanya Yanti rasa kakaknya Azizah menyebelahi Yanti, tetapi sekarang tidak lagi, mungkin terpengaruh dengan abangnya Fuad dan Kamal. Yanti rasa tidak mahu berdepan dengan keluarganya lagi.  Rakan serumahnya, Noor risau melihat Yanti menangis.

Sedang menangis tu, yanti telefon Man yang waktu itu sedang sibuk berniaga.

"Man tolong Man. Yanti tak kena ilmu hitam, tidak Man. Yanti masih siuman". Kata Yanti sambil menangis. Man terkejut sangat sebab dia tak tahu hujung pangkalnya.

...BERSAMBUNG KE EPISOD 11
http://kadikluang.blogspot.com/2010/05/sudah-nasibku-mat-burger-episod-11.html (Episod 11)