Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

31 Julai 2010

Nak Jadi Jutawan ?... Nak ke Taknak....

Saksikan video ini:

http://www.youtube.com/watch?v=y9vGblZBHTw&feature=player_embedded#!

Sebelum anda jadi jutawan, pastikan anda menonton video ini.

30 Julai 2010

Sila Kaji Saman Ekor

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO meminta kerajaan mengkaji semula kaedah pelaksanaan arahan notis polis POL 170A atau lebih dikenali sebagai 'saman ekor' berikutan ramai pemilik kenderaan tidak tahu mengenai saman yang dikeluarkan terhadap mereka.


Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata pemilik kenderaan yang menganggap mereka tidak bersalah atas saman itu atau langsung tidak menerima apa-apa notis saman terpaksa membayarnya untuk membolehkan pembaharuan cukai jalan dan mengelakkan diri daripada didakwa. “Pemuda UMNO menganggap perkara ini adalah tidak adil bagi pemilik kenderaan dan berharap kerajaan akan mengkaji semula dan menangguhkan pelaksanaan sistem ‘saman ekor’.

“Kami juga menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak membenarkan saman itu dikompaun. Keputusan ini juga amat membebankan rakyat yang tidak mampu menyelesaikan jumlah saman yang begitu besar apabila memperbaharui cukai jalan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

29 Julai 2010

Wajarkah Imam Ini diperlakukan Sebegini ?

Satu kes berlaku di satu daerah baru-baru ini. Seorang lelaki dari tempat lain lalu dan singgah di satu masjid untuk bersolat. Lelaki ini bukan orang situ, tapi kebetulan hari itu dia lalu di masjid itu saja. Waktu itu baru masuk waktu dan lelaki itu hendak bersolat berjemaah bersama imam. Bagaimanapun, bila dia mengetahui imam itu yang jadi imam, lelaki itu tak jadi untuk solat berjemaah. Dia dikatakan solat bersendirian tanpa mengikut imam.

Kenapa lelaki ini berbuat demikian ? Alasannya, dia kenal imam itu yang waktu muda-muda   seorang yang suka buat maksiat. Dia kata, kalau orang yang sebegitu dianggap tidak layak jadi imam solat di masjid. Walaupun lelaki ini tahu, imam ini buat maksiat lebih 20 tahun dulu, tapi dia masih tak boleh terima. Imam itu sekarang pada usia pencen, 50-60 an.

Lelaki ini kemudian, balik rumah dan buat satu surat komplain ditujukan pada imam ini. Dia juga buat salinan kepada beberapa pihak termasuk pejabat Kadi. Dia ceritalah keburukan imam ini pada usia muda dan dia kata lelaki ini tak layak jadi imam.... Kesalahan atau keburukan imam ini mungkin dah lama, iaitu  masa imam ini muda-muda, sekarang dah tua. Mungkin juga dia dah taubat dan tak mengulangi lagi perbuatan ini.....

Oleh kerana, menghadapi tekanan yang teruk serta memalukannya sebagai imam, akhirnya imam ini meletakkan jawatannya sebagai imam. Pertama, adakah langkah imam ini satu tindakan yang terbaik ?... Kedua, tindakan lelaki ini menghantar surat sebegini, adakah wajar ? 

Saya jemput semua memberikan komen, hanya komen yang membina saja dialu-alukan... SEKIAN.

Bekas Presiden MCA, Ling Liong Sik Didakwa

Bekas Menteri Pengangkutan dan bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang. Dr. Liong Sik, 67, yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari, 1986 hingga Mei, 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Hakim Suzana Hussin membenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai pendakwaan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup, manakala Dr. Liong Sik diwakili peguam Datuk R.R. Sethu.

Mengikut kertas pertuduhan, Dr. Liong Sik didakwa telah menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September, 2002 dan 6 November, 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek mega ”distribution hub” di Pelabuhan Klang mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn. Bhd. dengan Lembaga Pelabuhan Klang.

28 Julai 2010

Polis Gempur Skim Cepat Kaya

Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Petaling Jaya dekat sini malam tadi. Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, ACP Rohaimi Md Isa, berkata sindiket yang meminta peserta membuat pelaburan sehingga RM41,000 tiap seorang itu dipercayai memperdayakan orang ramai dengan menjadikan tawaran kereta mewah sebagai umpan.

Beliau berkata, kegiatan itu terbongkar apabila polis melancarkan "Operasi Serama" yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor dan juga petugas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. Katanya, 50 lelaki dan sembilan wanita berumur antara 20 dan 30 tahun yang menduduki tahap "higher level" atau "upline" dalam sistem piramid yang dianjurkan itu, ditahan semasa mereka mengadakan perjumpaan di sebuah restoran di apartmen itu.

"Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, polis juga merampas 18 kereta mewah termasuk Mercedez Benz, Fair Lady, BMW dan Mazda yang digunakan untuk 'mengumpan' orang ramai menyertai skim ini," katanya.

Rohaimi berkata, sindiket yang aktif sejak dua tahun itu mensasarkan orang ramai terutama golongan muda yang baru berkhidmat dalam sektor kerajaan untuk menyertai skim itu.

"Sindiket ini tahu, budak-budak muda ini mempunyai keinginan yang tinggi terhadap kereta mewah dan senang pula nak buat pinjaman," katanya.

Katanya, modus operandi sindiket ini ialah dengan meminta mereka melabur wang mengikut pelan sehingga maksima RM41,000 dan mencari pelanggan yang dikategorikan sebagai "downline" bagi mencapai hasrat mereka bergelar jutawan.

Rohaimi berkata, orang ramai bagaimanapun menyedari mereka tertipu apabila mereka tidak mendapat jumlah pulangan yang dijanjikan walaupun berjaya mendapatkan jumlah "down line: yang disasarkan.

"Sindiket yang mempunyai tiga kumpulan ini bergerak secara bebas dengan menggunakan restoran sebagai tempat perjumpaan dan bertemu dengan kumpulan 'upline' bagi membincangkan perniagaan mereka.

"Kami terima dua laporan polis berhubung kes ini manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula terima 30 laporan," katanya sambil menambah risikan ke atas kegiatan sindiket terbabit dilakukan sejak tiga bulan lalu. Beliau berkata, semua 59 anggota sindiket itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Maradona Digugur Jurulatih Argentina

BUENOS AIRES: Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) memilih untuk tidak memperbaharui kontrak lagenda bola sepak, Diego Maradona sebagai jurulatih skuad kebangsaan negara itu. Maradona yang kurang pengalaman sebagai jurulatih hanya mengendalikan skuad kebangsaan Argentina selama 18 bulan dan hanya layak ke pusingan akhir Piala Dunia Afrika Selatan sebelum tersingkir pada pusingan sukur akhir kepada Jerman.

27 Julai 2010

Gambar Penyerahan Bantuan Kepada Pelajar Miskin


Penyerahan bantuan Majlis Agama Islam Johor di SK Ladang Bukit Benut, Kluang pada 26 Julai 2010.

26 Julai 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 33

Syira baru balik sekolah, terkejut melihat ibunya menangis seorang diri di dapur seorang diri. Syira dapatlah tahu cerita, Man dah balik ke JB dan Syira sedih juga kerana tahu abangnya merajuk. Tak lama kemudian, Syira dapat panggilan telefon dari Yanti. Syira masuk ke bilik seorang diri dan jawab telefon tu.

"Syira, bagaimana keadaan abang Man. Dia dah balik rumah ker ?". Tanya Yanti.

"Abang Man dah balik ke rumah  pagi tadi, tapi hari ni dia dah balik JB. Ada perselisihan sikit...". Jelas Syira.

"Perselisihan ? Apa maksud Syira ?" Tanya Yanti.

"Kakak.....Syira tak berani nak cerita semuanya. Tapi ada kaitan dengan Kak Yanti". Kata Syira

"Ada kaitan dengan kakak ? Kenapa Syira...Apa dah berlaku". Tanya Yanti.

"Kak, kenapa kakak dah lama tak hubungi abang Man ? Kakak dah tak sayangkan abang Man lagi ker ?". Kata Syira.

"Erggg....apa maksud Syira ni ". Tanya Yanti seakan kebingungan juga.

"Kakak... Abang Man tetap sayangkan Kak Yanti. Cinta abang Man pada kakak tetap sejati. Cuma mak dan ayah cuba nak pisahkan kakak dengan abang Man". Jelas Syira.

Yanti terdiam seketika, terkejut dengan cerita itu. Dia mula sebak, sedih dan mula mengeluarkan air mata.

"Syira....maafkan kakak, kakak sibuk sejak akhir-akhir ni dengan kerja di tempat baru dan kursus. Nak jawab telefon kekadang tak sempat. Syira...kenapa Syira kata cinta abang Man pada kakak masih kekal sejati, apa buktinya, kenapa Syira kata begitu ?". Tanya Yanti.

"Kakak... Syira dengar pertengkaran Man dengan abah. Man tetap mempertahankan keikhlasan kakak memberi bantuan 10,000 itu. Abang Man tak setuju masa abah kata, bantuan kakak itu ada tujuan lain". Kata Syira.

"Syira...bantuan kakak itu ikhlas, kakak tak mahu minta ganti. 10 ribu itu cukup kecil daripada penderitaan yang abang Man kena". Jelas Yanti.

"Yer kak, Syira faham. Sebab tu abang Man pertahankan kakak,sehingga berlaku perselisihan faham kami sekeluarga". Kata Syira.

"Syira.. Jadi, mak ayah Yanti sudah tak suka dengan kakak kan ? Kakak tak kisah, kakak pasrah dan berserah pada Allah Taala. Kalau itu ketentuan hidup kakak, kakak terpaksa terima semua ini. Kalau kakak tidak dijodohkan dengan abang Man, kakak redha, itu ketentuan Allah". Kata Yanti.

"Kakak....Tolong jangan tinggalkan abang Man kakak. Syira tak sanggup melihat hidup abang Man tersiksa. Dia sudah banyak berkorban untuk kami sekeluarga. Syira tak sanggup melihat abang Man derita kerana kehilangan kakak. Tolonglah kakak, jangan tinggalkan abang Man. Tolong kakak, Syira rayu". Kata Syira sebagai penutup perbualan mereka.

Perbualan itu sungguh menyedihkan Yanti. Kalau ikutkan rindu, memanglah rindu pada Man. Tapi Yanti belum bersedia nak telefon Man, mungkin masanya belum sesuai. Yanti rancang nak ke JB hujung minggu tu. Nak ambil barang-barang lainnya dan mungkin juga nak kosongkan rumah. Kena bayar sewa dua rumah di KL dan JB teruk juga. Lagi pun, rumah Yanti tak duduk di JB, buat apa dia nak bayar sewa lagi. Jagi mungkin elok juga kalau Yanti keluar saja dari rumah tu. Noor, kawan serumah Yanti di JB ada juga kata hasrat nak cari rumah lain, tumpang dengan kawan lain sebelum ini.

Hujung minggu tu, Yanti ke JB bersama Nani. Petang Jumaat, Yanti tidur di rumah keluarga Nani di Kluang, esoknya mereka berdua ke JB, tidur di JB. Yanti pastinya nak hadiahkan baju batik pada Man yang dibeli di Terengganu tu. Tiba di rumah di JB, Noor ada di rumah. Malam tu, Yanti  keluar dengan Nani dan lalu depan gerai burger Man. Dapatlah mereka mengintai dari jauh, Man dan Aboi sedang melayan tetamu dan masak burger. Tapi Yanti tak singgah, perhati dari jauh saja. Mereka berdua ke restoran mamak Osman, minum teh tarik di situ.

"Nani....wajarkah aku teruskan perhubungan dengan Man burger tu ?". Kata Yanti.

"Semuanya terpulang pada kau Yanti. Tapi kau harus fikir masa depan kau..." Kata Nani.

"Apa maksuk kau Nani, cakaplah. Aku nak dengar walaupun pahit, aku terima nasihat kau". Kata Yanti.

"Okey...Kalau kau terus pilih Man, keluarga kau akan terus menentang. Kalau kau membelakangkan keluarga, belum tentu kau boleh bahagia dengan Man tu. Kalau berlaku apa-apa antara kau dan Man tu, kau tak ada tempat bergantung lagi.... Lagi pun keluarga Man pun sudah menentang perhubungan kau berdua. Kau akan kehilangan keluarga, Man juga akan kehilangan keluarga....". Kata Nani.

Fikiran Yanti bertambah kusut. Dia batalkan hasrat untuk jumpa Man hari itu, sedangkan dia sudah dekat dengan Man hari itu. Lebih menghampakan  Yanti, hadiah istimewa yang dibelikan untuk Man, tidak jadi diserahkan. Yanti fikir, kalau dia bertemu Man, cinta itu pasti akan berputik semula. Bila sudah begitu, sukar nak melepaskan atau mencari penyelesaiannya. Jadi, Yanti fikir lebih baik dia tak berhubungan dengan Man buat masa ini. 

Hari Ahad pagi, Yanti pulang ke KL lepas ambil barang-barang keperluannya. Barang-barang lain dihadiahkan kepada Noor saja. Minggu depan Noor nak pindah rumah lain dan serahkan semula rumah itu pada tuan rumah. Yanti dan Nani pulang ke KL hari itu.

Man seperti biasa sibuk di warung burgernya. Man rasa dia dah sihat dan sudah mula berhenti makan ubat dan tak ikut nasihat doktor supaya terus makan ubat. Man sudah tidak risau lagi untuk tampil di warung burgernya, tidak seperti dulu, takut pada samseng yang pernah pukulnya. Pada Man, dia kena pukul sebab dia kawan dengan Yanti, sekarang Man dah mula jauhkan diri dari Yanti. Man juga berjaga sampai jauh malam, malah malam minggu kekadang sampai pukul 3.00 pagi sebab ramai pelanggan.

Suatu hari, Man seorang diri di gerai burgernya dalam jam 12.30 tengan malam. Ada seorang lelaki datang beli burger. Lelaki itu naik kereta proton saga warna biru dan Man memang biasa dengan lelaki itu yang biasa beli burgernya. Lelaki itu selalu beli burger Man terutama jauh malam kekadang pukul 12, kekadang 2 pagi.  Man tak kenal sapa nama lelaki itu, apa pekerjaan lelaki itu. Yang selalu Man lihat, lelaki itu berambut pendik, bermisai, tiada janggut, baju selalu masuk ke dalam seluar dan selalu berkasut bukan berselipar.

"Man...kenapa dah lama tak niaga ?" Tanya lelaki itu selepas pesan sebiji burger ayam.

"Balik kampunglah bang, tak berapa sihat sikit". Kata Man.

Man terus masak burger dan lelaki itu memerhatikan Man masak burger seorang diri. Tiada pelanggan lain waktu itu, lewat malam orang makin kurang. Man sudah kenal lelaki itu lebih setahun, tapi tak pernah kenal lebih dari itu. Hari ini, Man terasa nak tahu lanjut siapa lelaki itu.

"Abang..abang ni kerja apa ?" Tanya Man.

"Alaaa.. kerja biasa jer. Biasa-biasa jer...". Kata lelaki itu.

"Abang ni kerja polis ker ? Betul ker". Tanya Man.

"POlis ?... hahaha...bukan polis lah. Kenapa kata saya ni kerja polis ?". Kata lelaki tu.

"Betul kan abang ? Sebab abang biasa keluar malam-malam. Pergi kerja malam-malam, tengok gaya abang macam polis. Betul kan ?". Kata Man.

....BERSAMBUNG KE EPISOD 34

25 Julai 2010

Hati-hati Pelaburan Ikan Arowana

Sebuah akhbar harian hari ini, ada iklan besar tentang projek ikan arowana yang menjanjikan pendapatan lumayan. Di situ, menawarkan kepada sesiapa yang berminat dan berkemampuan mengeluarkan modal untuk join perniagaan baru ini. Ikan arowana ini dikatakan perniagaan yang lumayan, seekor ikan boleh mencecah sehingga RM 40,000 seekor, bayangkan kalau ada seribu ekor dalam kolam ternakan kita, boleh cecah RM 40 juga kalau gitu.

Sesiapa yang baca iklan ini pasti teruja dan yang mampu mungkin nak cuba masuk. Tapi pesan sayalah, jangan mudah tertipu dan diperdayakan. Betul, ikan arowana memang untung dan ada beberapa orang bukan Melayu yang jadi jutawan di negeri Johor ni, di Kluang pun ada. Tapi bagaimana dia niaga ? Yang sangat penting adalah ilmu. Dia tahu ilmu nak pelihara, biak dan yang paling penting untuk memasarkan ikan itu. Pasarannya ke luar negara. Ternak ikan ini bukan semudah bela ikan puyu tapi seribu macam petua dan ilmu kita kena ada. Ilmu dan petua apa ?

Orang kita tak tahu ilmu ni.. Jadi kalau iklan di akhbar kata syarikat tu nak beritahu ilmu ini kepada pelabur, saya percaya ini tipu belaka. Kalau syarikat tu tahu ilmu tu, pasti dia tak beritahu orang, dia saja yang akan buat sendiri. Yer le, lebih baik diam-diam ternak ikan arowana senyap-senyap dan jadi kaya dengan kerja macam tu. Bukan kerjanya cari pelabur dalam akhbar. Kalau cari-cari pelabur ni, dah banyak sejarah penipuan, mula-mula nampak macam tak tipu.

Dulu orang kita pernah terpedaya dengan perniagaan ikan keli, maka ramai yang melabur untuk ternak ikan ini. Pergi kursus bukan main nampak macam senang. Pernahkah kita terfikir, orang yang anjur kursus ni pun boleh jadi kaya dengan bayaran yang dikenakan peserta. Bila dah melabur sehingga menjangkau 20,000, dapatlah tong pvc, benih ikan dan alat-alat lain. Tapi bila bela ikan itu, tak besar-besar pun tapi makanan tetap banyak. Bila nak jual, bukan senang nak jual. Tengoklah kat pasar, berapa orang sangat yang beli ikan keli, ramai orang makan ikan laut.

Lagi satu, kalau jual pun harga kat pasar 5.00 sekilo, jadi penternak tolak kat pasar berapa ? Rasanya paling mahal pun RM 3.00. Kalau 3.00 sekilo, beli anak ikan, termasuk makanan dia pun dah lebih pada tu. Itu belum kira masa, tenaga dan upah orang jaga. Maka ramai yang mulanya bercita-cita jadi jutawan ikan keli, jadi muflis sebab tak dapat bayar pinjaman bank.

Kepada sesiapa yang berminat menceburi ikan arowana ni, pertama kena datang kursus dulu. Nanti orang kata, saya pandai-pandai cakap, saya pun kursus belum pergi. Dulu ada satu skim pelaburan alat penjimat kereta Stromberg yang beroperasi di Kuantan. Beberapa orang kawan saya datang kursus berbayar ini, katanya tak apa bayar mahal sikit, nanti boleh untung kemudian hari. Tapi yang bahayanya, pergi kursus ni, penganjur gunakan teknik terkini untuk mempengaruhi peserta.

 Antaranya gunakan taktik ala kem motivasi seperti video, muzik, dan kata-kata syahdu sehingga menangis menginsafi diri dan kemiskinan orang Melayu kononnya. Maka hampir 100 peratus yang pergi kursus Stromberg tu masuk melabur. Seorang kawan tu masuk 20,000 dan dijanjikan keuntungan sehingga 40,000 setahun.

Orang ini pula, balik kursus datang jumpa saya, ajak saya join sama. Tapi saya awal-awal tolak, satu sen pun saya tak percaya lansung. Apa yang dia cerita tu tak meyakinkan saya. Dia meyakinkan saya dengan dia pakai kereta mahal, katanya hasil keuntungan pelaburan tu.  Tak macam saya, pakai kereta tua saja. Sekarang dia sudah lingkup, doktor yang pungut duit orang kat Kuantan tu dah kena dakwa mahkamah. Tapi orang macam tu mana heran, dia dah jutawan, berapa puluh juta duit dia dah ada. Tak kisahnya dia kena dakwa, dia orang dah rancang menipu dari awal lagi. Jadi yang terkorbannya adalah orang kita. Kawan saya ni, yang dulu kata dia jutawan sekarang dan merengkok, terbeban sangat kena bayar loan bank dan pinjaman kereta. Nak jual kereta sapa nak beli, maka pakai sajalah.

Yang beratnya dia bergaduh sama kawan-kawan. Dulu punyalah baik, tapi sebab kes ni, sudah tak bertegur sapa. Dulu janji kepada kawan-kawan, kalau masuk, boleh ikut jejak dia jadi jutawan, tapi semuanya hampehhhh......Orang ni pulak nak pulangkan duit, mana dia ada duit. Duit tu dulu dah diserahkan kepada syarikat kong kalikong tu, orang tu cuma dapat point kononnya untuk melayakkan dia cepat jadi super jutawan. Akhirnya semuanya runtuh. Alhamdulillah, saya tetap bahagia dengan hidup saya, di samping kereta tua saya dan keluarga saya walaupun orang tak pernah gelar saya jutawan. Dulu saya dituduh sebagai cepat memandang serong kepada sesuatu yang baru, saya tolak idea kemajuan kononnya. Sekarang, ke mana perginya kawan saya ini. Sms tidak, telefon dan jumpa lagilah  tidak.

Siapa yang masuk skim ni, saya dah agak. Kena keluar modal dalam RM 20,000 atau lebih. Syarikat tu akan berjanji menghantar peralatan seperti tong ikan, makanan, induk ikan dan lain-lain peralatan. Sebenarnya syarikat tu buat untung banyak. Modal semua tu boleh dapat dengan harga tak sampai 2,000 pun. Itu pun dah untung sangat. Lepas tu penternak akan hadapi masalah, bukan senang nak pelihara ikan ni. Mungkin ikan ni senang dapat penyakit, maklumlah ikan mahal, dah tentu gedik dan manja.


"Jadilah jutawan ikan arowana. Jangan berlengah lagi, sertailah sekarang....."

 Tak apalah, sapa nak masuk-masuklah, kalau dah tak percaya, macam mana saya nak masuk. Kalau nak masuk pun, saya tunggu dia orang untung dulu, nanti setahun dua lepas tu bolehlah saya masuk, saya tak ghairah sangat.  Cukuplah orang kita kena tipu pelaburan ikan keli, burung layang-layang, ketam nipah, lintah, cacing, rumpai laut, saham kambing, telur burung unta dan lain-lain lagi.  Hati-hati yer....

Kata Tun Dr Mahadhir, "Melayu Mudah Lupa ".

24 Julai 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 32

Man tak balik rumah malam itu. Ke mana Man pergi, seorang pun tak tahu cerita. Man membiarkan ibu bapa dan adik-adiknya di rumah dalam kerisauan. Siapa yang salah ?.... Man atau orang lain. Pada Man, soal jodoh atau mencari calon isteri ini biarlah Man yang tentukan, kenapa orang lain perlu paksa Man. Janganlah marah-marah Man macam budak tadika, perasaan Man bukannya perasaan budak-budak tadika lagi.

 Ayah Man juga menaruh rasa menyesal, kenapa siang tadi ditengking dan dimarahnya Man sebegitu rupa. Man tahulah dia anak pada ayahnya dan anak mesti hormat dan dengar cakap ibu bapa. Man bukan taknak dengar cakap mak ayah, tapi ini nak menjamin kelansungan dan masa depan Man sendiri. Man kalau nak ungkit apa yang Man berikan pada mak dan ayahnya, banyak Man boleh ungkit. Cuma sebagai anak, tak perlulah diungkit sangat. Man sedar dan tahu, dia sebagai anak.

Dalam hati Man, kalau nak ungkit, Man sebagai anak sulung banyak bantu keluarga terutama dalam kewangan. Ayah dan mak Man bukannya kaya dan ada harta sangat. Cuma ada tanah pusaka tapak rumah dan rumah lama. Manlah yang banyak keluar duit untuk baiki rumah usang ini terutama atap dan dinding yang Man rasa dah jejak 30,000. Dulu ayah Man naik moto saja, sekarang moto tu adik Man, Nizar bawak pergi sekolah dengan Syira. Man belikan kereta Toyota tunai, walaupun secondhand. Itu belum lagi cerita Man yang banyak tanggung adik-adik belajar. Kenapa ? Man tak ada berjasa kepada keluarga  ke selama ini ? Jadi, kenapa Man ditengking sebegitu oleh ayahnya.

Hati Man terus berkata-kata, wajarkah anak saja kena hormat mak ayah sedangkan mak ayah juga perlu hormat Man. Man sedih.....Kalau ayah selalu ungkit pengorbanan ayah, Man juga boleh ungkit apa yang Man pernah berikan pada keluarga. Malam itu, Man tak akan pulang rumah, Man mahu mencari ketenangan di mana-mana. Azura anak sedara makcik Siah, bukannya Man tak suka. Orangnya cantik juga, berdebar jantung Man dibuatnya bila mata bertentang mata kali pertama. Mak Man pun perasan, muka Man berubah dan seakan ada sesuatu menandakan cinta telah terbit di hati anak sulungnya itu. Nak kata tak suka, bukan tak suka. Cuma, Man ada masalah lain yang orang sukar nak baca.

Esoknya, dalam jam 9.00 pagi, Man sampai di rumah. Mak Man menyambutnya dengan gembira kerana penantian cemasnya telah berakhir tetapi penuh persoalan. Man kelihatan keletihan dan muka seakan pucat seperti tak cukup tidur. Man masuk ke rumah dan terus masuk ke bilik. Waktu itu, mak Man seorang saja di rumah. Ayah Man keluar ambil upah di kebun manakala adik-adik ke sekolah.

"Man. Mari makan, mak ada masak sarapan nasi goreng". Kata mak Man.

"Nanti dulu mak, Man masih kenyenyang". Jawab Man ringkas.

Man terus masuk ke bilik kemudian mandi. Lepas itu Man cuba tidur di katil. Mak Man dari tadi pelawa Man makan, tapi Man kat dia masih kenyang dan mahu tidur dulu. Mak Man tak tahu Man tidur mana malam tadi tapi dia tak tanya Man. Man tidur kerana mengantuk dan mengunci bilik dari dalam. Mak Man hairan dan mak Man sibuk di dapur masak untuk makan tengahari.

Dalam pukul 11.00 Man terjaga dan pegi ke meja makan. Mak Man meletakkan nasi di pinggan Man dan menuangkan air milo untuk Man. Mak Man juga meletakkan ikan goreng yang baru digorengnya untuk makan tengahari ke dalam pinggan Man.

"Mak, hari  ni Man nak balik ke Johor Bahru. Lepas makan ni.". Kata Man.

"Nak balik JB ? Man..... dulu kata Man, nak lama lagi di kampung ni, tapi....." Kata mak Man, kemudian mak Man menangis. Dia tak mampu menghabiskan ayat itu.

"Mak... Man dah lama tinggalkan gerai burger Man pada Aboi. Kalau Man kat JB, boleh jugak Man bantu Aboi". Kata Man.

Mak Man tak jawab, seolah-olah tak berdaya halang Man lagi. Yer le, kalau dihalang pun, Man tetap akan ke JB juga, macam Man hilang malam tadi. Lepas makan, Man masuk ke bilik dan bawa beg pakaian. Rupanya, Man dalam bilik tadi dah siapkan beg pakaian.

"Man nak gerak sekarang ker ? Tunggulah abah dan adik-adik kau balik dulu, Man". Kata mak Man.

"Tak apalah mak, kirim salam semua. Man kena cepat, sampai JB nanti nak kena cuci rumah dulu, tentu dan berabuk, lama tinggal". Kata Man.

Man salam dengan ibunya dan menyerahkan wang RM 1200 untuk belanja di rumah dan belanja sekolah adik-adik Man. Mak Man peluk Man dengan sedihnya.

"Man..Maafkan mak Man kalau Man terasa hati dengan mak". Kata mak Man.

"Mak, Man yang sepatutnya minta maaf pada mak, sebab jaga Man selama Man sakit. Kirim salam pada mak dan adik-adik ...." Kata Man.

Man bertolak ke JB dalam jam 12.00 melalui lebuhraya, sejam setengah sampai ke JB. Dalam perjalanan, Man telefon Aboi mengatakan dia dalam perjalanan dan akan sampai tak lama lagi. Di hadapan rumah Man, Aboi dah tunggu depan rumah dan menyambut Man dengan gembiranya. Aboi bantu Man kemas rumah.

Hari terakhir Yanti di Kemaman, Maria serahkan hadiah pada Yanti di kantin waktu sarapan pagi.

"Kak Yanti, ini ada hadiah istimewa dari insan yang istimewa." Kata Maria.

"Hehe....dari siapa yer". Kata Yanti sambil ambil hadiah itu, dalam kotak sebesar kotak kasut.

"Alaaa... buat tak tahu pulak. Ini hadiah istimewa dari Badrol, hehe". Kata Maria.

"Hehe.. terima kasih, terima kasih. Tapi mana Badrol yer, tak nampak pun sarapan". Kata Yanti.

"Ada ler tu, kejap lagi kot". Kata Maria.

Rupanya Badrol sudah berpakat dengan Maria supaya serahkan hadiah tu, masa Badrol tak ada di situ. Jadi Badrol sengaja lambat turun. Bagus, Marialah sebagai posmen yang kelas gitu. Hari itu, Maria dan Badrol tumpang kereta Yanti ke Kuala Lumpur. Kemudian, Badrol balik ke Shah Alam, Maria ambil bas dari KL ke Muar. Nampak Yanti cukup intim dengan Badrol. Hadiah istimewa dari Badrol adalah rantai emas dan beg tangan yang Badrol beli di Kuala Terengganu hari tu. Yanti pun tak tahu Badrol belikan untuk siapa, rupanya nak kasi Yanti. Yanti terima pemberian ikhlas Badrol itu seadanya.

Sampai di KL, Yanti ke rumah sewanya, bukan balik ke rumah mak ayahnya. Nani terlihat rantai emas dan beg tangan yang masih di dalam kotak itu dan jadi pertanyaan Nani juga.

"Cantik hadiah tu, hadiah sempena apa yer ?" Tanya Nani.

"Hehe... hadiah biasa jer, peserta kursus yang kasi". Kata Yanti.

"Peserta kursus yang kasi ? Beruntunglah jadi urusetia kursus, dapat hadiah mahal-mahal macam ni. Ni mesti peserta lelaki kasi kan ?" Teka Nani.

"Hehe...yer le Nani, orang Shah Alam, baru kenal je masa kursus". Kata Yanti.

"Ini mesti ada apa-apa ni, kalau tak takkanlah kasi hadiah mahal macam ni. Betul kan ?"Kata Nani.

"Hehe.. biasa jer lah Nani". Kata Yanti.

Nani sebagai teman sebilik Yanti, nampak ada perubahan pada diri Yanti. Yanti nampak ceria tak seperti dulu. Kejap-kejap dapat sms dari seseorang dan Yanti nampaknya senyum membaca dan membalas sms itu. Dalam sehari, entah berapa puluh kali sms dan telefon antara Badrol dan Yanti. Mana mungkin Nani tak perasaan perubahan pada Yanti.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 33
http://kadikluang.blogspot.com/2010/07/sudah-nasibku-mat-burger-episod-33.html

Jutawan Muflis

Seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lalu, trend yang amat membimbangkan kerana status itu boleh menjejaskan masa depan golongan muda.

Ini bermakna 41 orang bankrap setiap hari yang antaranya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak selain pinjaman peribadi. Kebanyakan pemegang kad kredit di kalangan golongan muda menggunakan kemudahan itu untuk berbelanja barangan tidak penting, mewah serta mengeluarkan wang tunai untuk perbelanjaan harian.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, berkata dalam tempoh itu, 80,348 kes direkodkan muflis membabitkan semua golongan. Ini bermakna 41 orang muflis setiap hari.

Sepuluh Orang Muflis Sehari Kerana Kereta

Beliau berkata, daripada 80,348 kes muflis itu, kes pinjaman sewa beli kenderaan mencatatkan 19,380 kes atau 24.12 peratus daripada keseluruhan kes. Ini bermakna, setiap hari ada 10 pembeli kenderaan diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang dan keseluruhannya 41 individu diisytiharkan bankrap.

23 Julai 2010

Katanya Perlis Tutup Karaoke Sepanjang Ramadhan, Negeri lain Pulak ?

Kerajaan negeri Perlis mengeluarkan arahan menutup semua pusat karaoke pada sepanjang Ramadan bermula Ogos ini. Pada saya, jangan sekadar untuk dapat liputan berita atau disensasikan tapi yang penting benar-benar dilaksanakan. Keputusan tersebut menjadikan Perlis negeri pertama di negara ini mengeluarkan arahan tersebut bertujuan memuliakan kedatangan Ramadan. Alhamdulillah.. syukur dan tahniah kepada pemimpin dan pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas ini.

Negeri lain pula bagaimana ? Saya setuju sangat dengan peraturan seperti di Perlis ini diikuti oleh negeri-negeri lain tidak kira parti politik mana yang memerintah negeri itu. Kalau cadangan Perlis ini baik, kenapa tak mahu dijadikan ikutan.

Pengalaman saya sebagai penguatkuasa dulu, kalau Ramadhan ini biasa saja hiburan di bandar besar ni. Tak kira karaoke, disco, pub dan pusat hiburan lain, semuanya beroperasi seperti biasa. Tangkapan yang dilakukan bagi kes minum arak dan maksiat lain, yang terlibat adalah orang Islam juga. Jadi, jauhilah maksiat di bulan Ramadhan yang mulia itu dan penuhilah dengan mengerjakan ibadat wajib dan sunat.

22 Julai 2010

Tentera Berpangkat Kapten Ditahan Kes Khalwat

KLUANG: Pagi ini, seorang lelaki berpangkat kapten tentera ditahan oleh penguatkuasa JAIJ di sebuah rumah di Kluang. Lelaki berumur 33 tahun, bertugas di sebuah kem tentera di Kluang dan sudah berkahwin. Manakala perempuan berusia 30 tahun, seorang ibu tunggal. Kes ini telah dimaklumkan kepada pihak tentera.

Kejadian di sebuah taman perumahan iaitu rumah perempuan dan lelaki datang ke rumah tersebut sebelah malam. Tangkapan dilakukan pada  pagi ini berdasarkan maklumat awam. Sesiapa yang ingin memberi aduan mengenai kes maksiat di seluruh Johor, boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-3072 (24 jam).

21 Julai 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 31

Mak Man telefon banyak kali tapi Man tak jawab. Ini merisaukan keluarga Man. Ke mana Man pergi ? Ke JB, tak mungkin juga, pakaian Man tak bawak, ubat dia pun tak bawak.

"Bang. Saya risau si Man tu....". Kata mak Man pada ayah Man.

"Alahhhh... biarlah dia tu. Apalah awak nak risau sangat. Dia kan anak lelaki". Kata ayah Man.

Mak Man seakan kecewa dengan ayah Man, tak sangka pula jadi sebegitu. Syira juga risau, ke mana dan bagaimana kesihatan Man. Syira dan ibu Man beberapa kali telefon Man, tapi telefon Man tutup, mungkin disengajakan. Dari lebih kurang jam 2.00 petang hingga ke maghrib, hingga ke malam, Man masih belum pulang.

"Bang, kita usahalah cari ke mana Man. Takkan kita nak biarkan saja anak kita tu. Saya risau, dah dekat pukul 10.00 Man masih belum pulang. Telefon dia pulak tutup". Kata mak Man.

Ayah Man tak kata apa-apa. Dari tadi ayah Man diam saja, mungkin ada rasa menyesal, apa yang dah berlaku siang tadi.

"Saya rasa dia ada di Johor Bahru. Bagi sini telefon, saya nak telefon kawan dia yang jual burger tu, Aboi". Kata ayah Man, kemudian dia mendail telefon Aboi.

"Helo... Yer pakcik, ni Aboi cakap". Kata Aboi yang macam terkejut juga bila ayah Man telefon.

"Ermmm... Pakcik nak tanya, ada nampak Man ke di sana ?". Tanya ayah Man.

"Abang Man ? Tak adalah pakcik. Saya dekat gerai burger ni, kalau dia ada mesti dia datang sini. Kalau kat rumah dia, saya tak tahulah pulak. Ermmm... kenapa pakcik ? Man dah balik JB ker ?". Kata Aboi.

"Oh yer ke... ingat kan dia ada situ. Tadi dia keluar sejak petang lagi naik kereta waja, tak tahulah dia pegi mana.  Aboi, boleh tolong tengokkan Man kat rumah dia ker, manalah tahu dia ada kat rumah". Kata ayah Man.

"Okey, pakcik. Sekarang saya pegi kejap ke rumah abang Man. Nanti lepas ni saya telefon pakcik semula". Kata Aboi.

Aboi start moto, terus pegi ke rumah Man sekitar 2 km saja. Dia tinggalkan gerai pada adik Aboi yang setiap hari membantu Aboi. Sampai di rumah Man, dilihat rumah itu gelap saja luar dan dalam. Di halaman, penuh dengan daun pokok yang kering, menunjukkan sudah lama orang tak masuk rumah tu. Aboi telefon ayah Man dan beritahu, Man tiada di situ. Aboi kembali semula ke warung burger.

Dalam hati Aboi, apa yang sudah berlaku pada Man, tentu ada apa-apa...... Adakah Man kena culik ? Fikir Aboi. Tapi tak mungkin juga, tadi ayah Man kata Man keluar naik kereta waja. Aboi syak, mungkin ada sesuatu terjadi pada Man, mungkin ada perbalahan dengan keluarga. Aboi cuba telefon Man tapi tak dapat. Kemudian Aboi sms,

"Abang Man, ada di mana sekarang ?".

Rumah Man di kampung diselebungi kesedihan dan dan kerisauan. Ayah Man dari tadi keluar masuk bilik dan ruang tamu tak sedap duduk. Mak Man tak henti-henti mulutnya berzikir dan baca ayat Quran. Syira berkurung dalam bilik, sudah banyak air matanya mengalir. Adakah mereka akan kehilangan Man selama-lamanya ? Lampu rumah Man diterangkan luar dan dalam. Sekali sekala mak Man buka pintu, lihat kalau-kalau ada Man balik. Jam sudah pukul 11.00 lebih, Man masih tak tahu berita. Syira hantar sms pada Man,

"Abang Man, baliklah ke rumah. Jangan tinggalkan kami Abang Man".

Namun tiada jawapan dari Man, telefonnya masih tutup. Kehilangan Man semakin menjadi tandatanya. Kemudian, ayah Man berkata pada mak Man.

"Saya rasa Man ke Kuala Lumpur jumpa perempuan tu..." Kata ayah Man.

"Yer ke Man ke Kuala Lumpur, kan jauh tu. Pakaian dia lansung tak bawak tau". Kata ibu Man.

"Alaaa.. Kuala Lumpur bukan jauh sangat. Saya rasa dia pergi jumpa perempuan tu. Kalau Johor Bahru tak ada, mesti dia ke Kuala Lumpur". Kata ayah Man lagi.

"Dah tu macam mana bang, tak kanlah kita nak pegi cari dia sampai ke Kuala Lumpur". Kata mak Man.

"Nanti dulu. Awak ada simpan ke nombor telefon perempuan, anak orang kaya tu ? Kita tanya dia dulu". Kata ayah Man.

"Saya tak simpan, tapi Syira ada simpan, nanti saya mintak". Kata mak Man.

Mak Man masuk ke bilik dan panggil Syira keluar. Atas nasihat mak Man, Syira mendail nombor telefon Yanti. Bagaimanapun, tiga kali dail, telefon tidak dijawab.

Yanti hari itu hari terakhir dia jadi urusetia kursus di Kemaman. Malam tu sibuklah dengan program termasuk makan-makan dan persembahan karaoke berkumpulan dari semua peserta. Jadi, telefon Yanti tinggal dalam bilik. Yanti rasa terhibur hari itu melihat gelagat dan kerenah para peserta yang bersamanya selama dua minggu, esok berpisah jua. Maka esok pagi selepas sarapan, semua akan pulang ke destinasi masing-masing. Ada yang dekat, ada yang jauh. Ada KL, Johor, Kedai Perlis, Sabah Sarawak pun ada. Peserta dan urusetia, masing-masing sedih untuk berpisah esok setelah bersama-sama menempuh kursus dengan jayanya.

Yanti dan Badrul duduk semeja menikmati jamuan sambil melihat persembahan karaoke. Selepas para peserta menyanyi, juruacara iaitu salah seorang peserta menjemput para urusetia pula menyanyi. Mula-mulanya urusetia semuanya mengelak, sebab mereka semua tak biasa dengan karaoke. Bagaimanapun, juruacara secara spontan memanggil nama Yanti, kemudian orang lain bertepuk tangan dan memanggilnya ke pentas. Yanti memang ramai peminat, sebab dia seorang saja urusetia perempuan yang masih anak dara, yang lain dah tak ada dara, ops salah, sori yer. Yang lain dah  kawin.

Dalam tersipu-sipu, Yanti ke depan juga dengan diiringi oleh Badrul yang menghantarnya sampai ke pentas, kemudian Badrul turun semula. Sebenarnya, Yanti memang sudah biasa karaoke, dulu masa di universiti Yanti selalu berkaraoke dengan kawan-kawan di bilik. Yanti pilih lagu nyanyian P.Ramlee tajuk Jeritan Batinku dalam filem "Ibu Mertuaku".

Di mana, kan ku cari ganti....
Serupa dengan mu....

Tak sanggupku berpisah...
dan berhati patah, hidup gelisah....

Alangkah, pedih rasa hati, selama kau pergi....
Tinggal ku sendirian, tiada berteman dalam kesepian...

Dunia terang, menjadi gelita...
Cahaya indah, tiada berguna.

Yanti menyanyi penuh perasaan, suaranya merdu dan lunak membuatkan semua terpegun. Ramai yang kata Yanti ada bakat sebagai penyanyi. Sebenarnya Yanti menjiwai lagu itu, sebab itu dia berjaya buat persembahan terbaik. Air mata Yanti mengalir waku menyanyi, bukan lakonan seperti orang lain sangka. Air mata itu adalah, terjemahan kepada cinta setia Yanti kepada seseorang.

Masa menyanyi lagu P.Ramlee itu, Yanti rasa seperti seseorang yang dicintainya hadir bersamanya malam itu. Di mana kan ku cari ganti ? Malam itu Yanti ditemani Badrul yang iringinya hingga ke pentas. Bukan itu saja, malah selama dua minggu Badrul berada disamping Yanti. Bolehkah Yanti melupai Man dan mengambil Badrul sebagai gantinya ?

Beberapa malam sebelum tamat kursus, Badrul ada menyarakan hasrat untuk menjadikan Yanti sebagai isteri. Mereka sebaya, dua-dua ada ijazah universiti, dua-dua pegawai kerajaan, duduk pula tak berapa jauh, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Yanti belum manjawab pelawaan Badrul itu, tetapi belum juga menolaknya. Badrul tidak kurang juga hensemnya dan anak orang bandar juga seperti Yanti. Sesekali Yanti fikir, kalau Yanti pilih Badrol, kebarangkalian keluarga Yanti terima cukup tinggi. Keluarga Yanti pasti tak akan menghina Badrol seperti Mat Burger yang sebelum ini disumpah seranah oleh abang-abang Yanti.

Yanti cepat-cepat kesat air matanya dan duduk semula semeja dengan Badrul dan cuba tersenyum. Badrul puji sedapnya lagu tadi. Yanti lepas itu minta diri untuk balik ke bilik, katanya sudah mengantuk. Jam sudah pukul 12.00 malam tapi masih ada makanan dan persembahan lagi sebenarnya. Yanti kata dia terlalu penat dan handak berehat.

Badrul ada sesuatu yang hendak diberikan pada Yanti malam itu, tapi Badrul serba salah dan bercampur segan untuk menyerahkan sendiri pada Yanti. Bila Yanti dah masuk bilik, Badrul berbisik dengan Maria supaya menyerahkan satu hadiah itu pada Yanti. Badrul mengeluarkan satu bungkusan kotak kecil sebesar kotak kasut dari beg dan serahkan pada Maria.

"Hehe... ni jadi posmen ni kena belanja ni.. hehehe" Usik Maria. Maria tahu, Badrul minat Yanti dan berhasrat nak jadikan Yanti sebagai isteri.

Yanti balik ke bilik dan didapati ada beberapa miscal, antaranya dari telefon Syira. Yanti terkejut dan hairan. Yanti tertanya-tanya, kenapa Syira menelefonnya, adakah sesuatu yang penting, kenapa yer ? Ini mesti ada kaitan dengan Man. Kenapa ? Adakah ada kaitan dengan kesihatan Abang Man. Yanti nak dail semula, tapi jam dah 12.00 malam, macam tak sesuai. Mungkin hendak tunggu pagi esok saja. .... Tapi Yanti belum tentu dapat tidur, kalau tak telefon Syira semula.

Yanti kuatkan semangat untuk  mendail telefon Syira. Tapi, Yanti batalkan semula hasratnya, dia mesti fikir betul-betul dulu, patut atau tidak.... Serba salah betul Yanti, yer le sudah sebulan lebih Yanti tak telefon Man atau keluarga Man termasuk Syira, mana mungkin malam ini dia nak telefon. Dalam jam 12.30, Yanti nekad untuk menelefon Syira setelah dia bersedia untuk menyusun ayat termasuk nak tanya, kenapa tadi Syira telefon dia. Okey, Yanti dail telefon Syira. Waktu itu Syira sedang baring seorang diri dalam bilik.

"Syira, apa kabar, tadi ada telefon Kak Yanti yer ? Maaf tadi kakak ada program, kakak kursus kat Kemaman ni". Kata Yanti.

"Ohhh.. maaf ganggu kak. Cuma Syira nak tanya, kakak tahu ke di mana abang Man berada waktu ni ?". Tanya Syira.

"Tanya Abang Man di mana ? Kakak.... Kakak tak tahu, kakak kursus di Kemaman di dah dua minggu. Kakak memang dah lama tak dengar berita abang Man.... Syira, ke mana abang Man ? Apa dah berlaku ? Bagaimana keadaan abang Man sekarang ?" Tanya Yanti.

Syira terus terdiam dan suaranya tersekat-sekat. Perasaannya terus risau dan tidak lega lagi. Tadi kalau Yanti kata Man ada di KL, mungkin Syira boleh rasa lega.

"Abang Man... Abang Man keluar rumah petang tadi, terus tak balik. Tak tahu pergi mana. Di JB pun tak ada ?" Jelas Syira.

Berita ini merisaukan Yanti. Malam ini sepatutnya dia gembira tapi suasana sudah bertukar. Dia pula teringatkan Man. Bagaimana keadaan Man ? Man kemalangan ? Atau.... Man sudah tiada lagi ? Semuanya bermain di fikiran Yanti.

....BERSAMBUNG KE EPISOD 32
http://kadikluang.blogspot.com/2010/07/sudah-nasibku-mat-burger-episod-32.html

Ustaz Kena Tangkap Khalwat Dengan Isteri Orang

Nak baca, sila masuk Berita Harian:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ustazkenacekupkhalwat/Article

19 Julai 2010

Boleh Ker Nak Tarik Laporan Terhadap Suami Saya ?

Perbualan telefon :

"Tuan Kadi, boleh ker saya nak tarik balik laporan terhadap suami saya ?". Kata Puan Zie.

"Laporan apa tu". Kata saya. Mulanya tak berapa kenal, perempuan mana yang telefon tu.

"Dulu tu yang saya jumpa tuan kadi, pasal suami saya tu...". Puan Zie.

"Oh... yang tu. Baru saya ingat. Tapi dah buat laporan mana boleh tarik balik". Kata saya.

"Boleh tuan, macam kita report polis, lepas tu kita tarik balik, kan boleh". Kata perempuan tu.

"Itu lain puan, ini kes syariah lain dengan kes sivil. Mana boleh tarik balik. Lagi pun kes dah bukak fail siasatan, tunggu nak dakwa ke mahkamah jer ni". Kata saya.

"Tolonglah tuan Kadi, kalau suami saya kena dakwa, nanti jejas kerja dia pulak. Nanti boleh kena buang kerja".Puan Zie.

"Itu saya tak tahulah, buang kerja ke tak buang kerja itu hak jabatan dia, kami cuma dakwa di mahkamah. Terpulanglah pada ketua jabatan dia, sama ada nak ambil tindakan atau tidak.....

Tapi puan, kes ni dulu kenapa puan mengadu. Dulu, penguatkuasa lambat sikit ambil tindakan, puan juga yang bising-bising. Tapi bila dah nak dakwa,puan pulak mintak tarik kes. Kenapa puan ?" Tanya saya.

"Mintak maaflah tuan kadi, dulu memang saya yang mengadu. Tapi lepas tu saya kesian pulak tengok suami saya......." Kata puan Zie, kemudian bunyi suara dia menangis dalam telefon.

"Puan. Macam nilah. Kes ini hanya kuasa pendakwa Syarie di Johor Bahru saja yang boleh tarik balik kes, ini bukan bidang kuasa saya. mintak maaflah puan". Kata saya.

"Yer tuan kadi, saya faham. Kalau tak boleh tarik kes tak apa lah, saya juga yang salah dulu. Mintak maaf tuan". Kata Puan Zie.

Soalan saya:
Apa masalah Puan Zie sebenarnya ? Tolonglah jawab. Tak tepat pun tak per...hehehe

18 Julai 2010

Benda Misteri Dalam Kamera Saya ?

Sekitar tahun 2002 dulu  waktu saya jadi penguatkuasa, saya ke sebuah daerah menyiasat satu kes perbomohan. Kesnya, bermula dari seorang tua yang hilang secara tiba-tiba di kampung itu dan tidak diketahui ke mana lelaki tua itu pergi. Tiada kesan sama ada kemalangan atau melarikan diri. Menurut cerita, lelaki itu seperti biasa pergi ke kebun, kemudian terus hilang. Kebunnya bukanlah hutan besar sangat, cuma kebun kelapa sawit yang masih kecil. Kehilangannya dianggap misteri oleh orang kampung di sana.

Saya dapat laporan yang berlaku kes perbomohan yang tidak sepatutnya di tempat yang dikatakan lelaki itu hilang. Macam-macam cerita saya dengar dari mulut orang situ. Antaranya, kata lelaki tu kena sorok 'orang halus'. Maka orang di situ menggunakan khidmat bomoh dalam kes ini.

Pagi itu, saya ke tempat itu bertiga untuk melihat kesan-kesan peninggalan bomoh itu. Antaranya ada buah-buah, kain dan sebagainya. Saya ambil gambar di beberapa tempat tersebut. Tapi, bila gambar itu dicuci di kedai (masa tu gambar pakai cuci), ada benda lain yang saya rasa tidak wujud masa saya ambil gambar tadi. Apakah benda ini ? Ada seperti asap putih, kemudian ada seperti kepak atau kaki.

Lepas teliti gambar itu, saya sekali lagi pada sebelah petang ke lokasi berkenaan. Saya lihat barang-barang sedia ada masih tidak terusik dan tiada objek dalam gambar itu. Saya berdiri di tempat yang sama dan ambil gambar lagi sekali di situ. Esoknya, gambar yang dicuci itu, tiada benda lain pulak. Persoalannya, yang gambar pertama itu gambar apa ?

Saya tanya beberapa orang jurugambar yang berpengalaman dengan menunjukkan gambar itu. Mereka kata, benda seperti asap putih itu memang ada masa saya ambil gambar tu dan bukan kerana masuk angin atau terlindung sesuatu.

Pada saya, ini semua berlaku dengan kebesaran dan kekuasaan Allah Taala. Saya yang ambil gambar sendiri, masa ambil gambar, saya tak nampak pun ada objek lain berbentuk asap itu.
(Gambar di atas tu gambar hiasan saja, bukan gambar tu)

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 30

Malam itu, Makcik Siah telefon Mak Man. Dah tentu ada cerita baru dan menarik tu. Yer, Azura belum berpunya lagi. Jadi mak Man nak jodohkan Man dengan Azura, nampak secocok gitu ikut bahasa Indon. Kata Makcik Siah, dia dah beri sikit bayang-bayang pada Azura, tapi belum tepat lagi.

"Zura, macam mana kalau ada pemuda kampung ni nak masuk meminang Zura ?". Tanya Makcik Siah bila tahu Azura belum berpunya. Azura tersenyum malu, sesekali menutup mulutnya.

"Hehe...Siapa tu makcik ?". Tanya Azura malu-malu.

"Nantilah makcik beritahu lepas ni. Tapi orang kampung ni, kerja di Johor Bahru". Kata makcik Siah.

Makcik Siah tak beritahu sepenuhnya pada Azura kerana mak Man pun belum tanya Man perkara ni. Manalah tahu, beritahu Azura tiba-tiba Man tak jadi pulak, haru juga.

Mak Man serba salah juga, bagaimana nak beritahu pada Man dan bilakah masa yang sesuai. Mak Man berbincang dengan ayah Man di dalam bilik.

"Bang. Macamana kalau kita nak jodohkan Man dengan anak sedara makcik Siah tu ?". Tanya Mak Man.

"Bagus le tu. Saya sokong. Daripada dia dengan perempuan orang KL tu, lebih baiklah dengan orang kampung juga". Ulas ayah Man.

"Yer. Tapi macammana nak beritahu Man. Saya rasa macam payah nak buka mulut pada Man tu". Kata mak Man.

"Alaaa, apalah yang payah sangat. Beritahu jer dia. Lambat-lambat nanti, Man dah balik JB lagi payah". Kata ayah Man.

Esoknya, waktu sarapan pagi, waktu Man seorang saja di meja makan, mak Man bertanyakan Man. Adik-adik Man semua ke sekolah.

"Man...Ingat tak anak sedara Makcik Siah semalam tu. Kalau mak meminang dia untuk kau, kau nak ker ?". Tanya mak Man.

"Anak sedara yang mana ni ?". Tanya Man.

"Yang semalam tu, anak dara yang hidangkan makanan kat rumah makcik Siah tu". Jelas mak Man.

"Oooo itu. Tak tahu nak cakaplah mak". Kata Man.

"Man, jangan menghampakan mak dah ayah, Man....." Kata mak Man. Tiba-tiba mak Man menangis dan mengesat-ngesat air mata dengan lengan bajunya. Man terdiam.

"Man, sebelum ni kau dah hampakan harapan mak nak jodohkan dengan anak kawan yasinan mak tu. Kali ni janganlah tolak, Man....". Kata mak Man dan terus menangis. Man terus diam.

"Man, kalau kau nikah cepat-cepat, ada juga orang yang jaga sakit pening kau. Kau tu belum baik sangat lagi. Mak bukan tak nak ikut kau ke Johor Bahru tu, nak tengok-tengokkan kau... Adik-adik kau ramai kat kampung ni, nanti makan pakai abah dan adik kau tak ada sapa yang jaga....

"Man, mak tengok anak sedara makcik Siah tu baik, rajin menolong di dapur, pandai hormat orang tua, rupa pun ada. Sesuai dengan kau Man, mak dan ayah dah setuju semua sekali. Tunggu kau jer Man...." Kata mak Man.

"Tunggu Man ? Mak, Man..... Man serba salah mak..." Kata Man.

"Serba salah apa ? Man, Man masih mengharapkan Yanti ?" Kata mak Man.

"Yer mak. Man terkenangkan Yanti. Dia gadis yang pertama kali Man jatuh cinta. Mana mungkin Man nak lupakan Yanti". Kata Man.

"Man, dengarlah nasihat mak......" Kata mak Man dan mak Man semakin deras mengeluarkan air mata.

"Mak nak anak mak bahagia. Tak kiralah sapa pilihan anak mak, tapi mak nak anak mak bahagia dan hidup tak ada masalah. Abah kau tak berkenan dengan Yanti dan mintak kau pulangkan duit 10 ribu tu. Man, kalau kau tak nak bayar 10 ribu tu, nanti mak bayarkan. Mak boleh pinjam duit mana-mana...." Kata mak Man.

"Mak, jangan cepat buruk sangka dengan Yanti, dia gadis yang baik. Man percaya duit 10 ribu tu pemberian ikhlas dari Yanti, dia tak mintak apa-apa balas. Sebab tu Man tak pulangkan sampai sekarang". Jelas Man.

"Man, mak tiap hari memikirkan duit 10 ribu tu, sampai mak tak lena tidur malam. Mak tahu tujuan Yanti beri duit tu, sebab dia nak kawin dengan Man, betul kan ?" Kata mak Man.

"Tidak mak, Man tak fikir begitu. Yanti yang Man kenal, dia tak suka minta balas kalau menolong orang dalam kesusahan..... Mak, bagaimana Man boleh sumudah itu nak merubah  hati Man pada Yanti" Kata Man.

Mak Man sedikit kecewa dan sedih kerana hasrat nak jodohkan Man dengan anak sedara Makcik Siah tidak berhasil. Sebagai seorang ibu, kalau anak kecil, bolehlah dipaksa atau dimarah. Tapi Man dah besar panjang, dah boleh bawa diri sendiri. Oleh kerana hasrat mak Man begitu tinggi nak jodohkan Man juga, mak Man beritahu bapa Man pula dalam usaha nak lembutkan Man. Waktu makan tengahari, ayah Man, mak Man dan Man makan di dapur.

"Man. Lupakan sajalah perempuan KL tu, dia tak boleh membahagiakan kau..."Kata ayah Man dengan suara yang agak tinggi.

Man terdiam dan tak membantah. Man nampak, ayah dia sudah mula naik angin. Pada Man, itu bukan berbincang tapi seakan memaksa pula.

"Kerana perempuan tu, kau kena belasah kan ?" Kata ayah Man.

"Tidak, tidak..."Kata Man sambil mengeleng.

"Tidak kata kau Man ?" Tengking ayah Man lagi.

"Sabar bang, sabar....Ni kan tengah depan rezeki ni. Tak baik marah-marah macam tu". Kata mak Man yang kurang senang dengan ayah Man yang menengking sebegitu. Tapi ayah Man tak peduli semua itu, dia sudah naik angin.

"Anak sekarang, dari kecil mak bapak bela, sampai dah besar melawan cakap orang tua !" Kata ayah Man. Man terus senyap dan tak mahu berkata-kata lagi. Dia cuma menahan telinga saja, terimalah apa saja yang ayah dia nak kata. Katalah sepuasnya, bisik hati Man.

"Kau kena pukul, nasib baik tak apa-apa. Kalau mati ke cacat ke, sapa yang susah! Kau tergila-gila sangat perempuan KL tu, pergilah, pergi, pergi.... Kau nak keluar rumah pun pergi, pergi, pergi...Kalau kau susah nanti, jangan cari mak bapak"Kata ayah Man.

"Bang, sabar bang. Tak baik cakap macam tu bang. Mengucap bang...". Kata mak Man, kemudian mak Man menangis.

Ayah Man terus berhenti makan dan menghempas pinggan tapi tak berapa kuat. Ayah Man terus naik ke atas rumah. Rupanya perbualan dan pertengkaran tadi didengari oleh adik Man iaitu Syira dan Nizar yang baru balik dari sekolah naik moto kapcai yang dipandu Nizar. Dalam bilik, Syira menangis sendirian. Dia tahu, apa punca pertengkaran itu dan inilah kali pertama dia lihat pertengkaran sebegitu dalam keluarganya. Hampir tak pernah ayah Man naik angin seperti itu sebelum ni. Syira tahu, ini ada kaitan dengan Yanti.

Syira sedih sebab ayah Man menghina Yanti sebegitu, pada Syira, Yanti perempuan yang baik. Syira ingat sangat kata-kata peransang Yanti supaya Syira belajar pandai-pandai sehingga berjaya masuk universiti. Hingga sekarang, Syira dan Nizar berubah jadi pelajar yang rajin dan cemerlang di sekolah. Syira STPM dan Nizar SPM tahun ini.

Man start kereta dan keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa.  Tak sempat mak Man nak menahan Man. Sesiapa pun tak tahu ke mana Man pergi. Mak dan ayah Man terkejut melihat tingkah laku Man yang memecut kereta di depan rumah, rasa macam nak terlanggar pokok kelapa saja. Man kecewa dengan ayahnya, kenapa dia yang dah besar ditengking sebegitu oleh ayahnya. Semua risau dengan Man, tak tahu Man ke mana. Hingga ke petang, Man belum balik-balik lagi. Mak Man cuba telefon Man, tapi telefon itu ditutup. Ke mana Man pergi ? Apa yang dah berlaku pada Man ?


17 Julai 2010

Larangan Beli RON 95...Berapa Denda? (Episod 10)

Pemilik kenderaan asing tidak lagi dibenarkan membeli petrol RON 95 di seluruh negara berkuat kuasa 1 Ogos ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan terbabit hanya dibenarkan membeli petrol RON 97 yang ketika ini dijual pada harga RM2.10 sen seliter.

Keputusan kerajaan itu dibuat kerana mereka tidak layak menerima subsidi petrol itu yang hanya boleh dinikmati oleh rakyat negara ini sahaja.

Ulasan Saya :

Peraturan menegenai kenderaan asing sudah banyak kali dipinda. Sebelum ini, kenderaan asing tidak dibenar membeli minyak dalam lingkungan beberapa km dari Tambak Johor. Selepas itu dihapuskan. Kemudian, kenderaan asing hanya dibenarkan mengisi dalam jumlah tertentu saja. Saya rasa peraturan ini dilaksanakan sehingga hari ini. Tapi yang saya lihat di Johor Bahru, kenderaan asing pergi ke beberapa stesen minyak kerana tidak dibenarkan membeli lebih di satu stesen.

Berapa Denda ?

Pada 1 Ogos 2010, kenderaan asing tak dibenarkan membeli RON 95. Ok, kalau pengusaha stesen minyak jual juga ? Kalau kenderaan asing beli juga ? Eloklah ditetapkan satu denda, contohnya denda sehingga 10,000 atau 5 tahun penjara. Kalau sekadar larangan tapi tiada tindakan undang-undang termasuk denda atau penjara, saya rasa susah nak kuatkuasakan peraturan ini. Lagi satu, penguatkuasa perlu ramai dan diletakkan di banyak kawasan terutama Johor Bahru.

Kalau kita pergi ke Singapura, peraturannya cukup tegas. Pemilik kereta yang keluar dari Singapura yang tangkinya kurang dari separuh, boleh diambil tindakan undang-undang yang berat. Juga, kalau buang sampah merata-rata, tindakan undang-undang dikenakan adalah berat walaupun nampak kesalahan kecil saja. Jadi, larangan kerajaan ini baik, tapi kalau tak ada tindakan, maka peraturan ini nanti boleh jadi tak berkesan.

Cerita Kereta Episod 11, klik sini

16 Julai 2010

Ayoooyooo.. Amaaa Apaaa. Teh Tarik Mau Naik Harga

Dalam artikel saya yang sebelum ini, saya ajar buat teh tarik yang betul. Susu paling sesuai buat teh tarik adalah jenis FN atau Cap Teko, harga dalam RM 2.60. Yang lain tu tak berapa lulus kalau nak buat niaga, minum kat rumah susu lain bole le juga.

Bacalah tulisan saya pasal teh tarik:

Hari ni pula, reaksi pertama pengeluar susu FN adalah nak naikkan harga susu. Berapa sen nak naik pulak, kerajaan tak boleh kawal. Ikut suka  dia orang le nak naik berapa.

KUALA LUMPUR: F&N Dairies (M) Sdn Bhd kemungkinan menaikkan harga produknya berikutan kenaikan harga gula dan bahan bakar yang bermula hari ini. Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Tenusu), Tony Lee, bagaimanapun berkata kumpulan itu belum membuat keputusan bila semakan kenaikan harga itu akan berkuat kuasa.

 "Memandangkan susu pekat mengandungi banyak gula, kenaikan 25 sen sekilogram harga gula pasti memberi kesan yang besar kepada pengeluaran itu."

Minyak Naik, Gula Naik : Biasalah Tu.....

Tanyalah hati setiap orang, pastinya tidak gembira bila minyak naik 5 sen dan gula naik 25 sen. Tapi kita sebagai rakyat di sebuah negara, kita tidak dapat mengelak untuk menghadapinya. Setiap oranglah pasti menggunakan sumber minyak dan minum minuman manis setiap hari.

Kita lihat, kenaikan minyak 5 sen seliter bukanlah kenaikan yang tinggi seperti sebelum ini iaitu sehingga kenaikan 50 sen. Kalau 5 sen seliter, kereta saya yang boleh isi 50 liter, kenaikannya hanya RM 2.50 saja. Kalau kita isi minyak RM 50 (saya selalu isi RM 50 sekali isi) dalam 27 liter, kenaikan hanya RM 1.30 saja. Tidaklah tinggi sangat kenaikan ini. Maknanya, kalau kita dulu isi RM50, sekarang kena isi RM51.30 untuk mendapat jumlah liter minyak yang sama.

Harga gula sebenarnya masih murah iaitu RM1.90 sekilo. Kalau gula bukan barang kawalan, saya percaya peniaga sudah menjual gula sehingga 2 kali ganda lebih mahal lagi. Tengok saja harga Milo, Nescafe, Horlick dan sebagainya, harganya jauh lebih tinggi dan kenaikannya sudah banyak kali. Selama ini, setiap orang yang minum manis, sebenarnya  kerajaan memberikan subsidi kepada mereka. Kurang-kurang kanlah minum manis, nanti kena kencing manis. Tapi muka kena selalu manis yer...

Peniaga Jangan Melampau

Para peniaga diingatkan, janganlah mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Kalau harga dinaikkan, sebenarnya peniaga lebih kepada hendak mendapatkan keuntungan peribadi. Kesannya, akan membebankan pengguna lain. Kadang-kadang barang lain yang tak ada kaitan dengan minyak dan gula pun naik. Kalau barang naik, pengguna pasti terbeban terutama yang berpendapatan rendah.

Kita janganlah suka hidup dengan boros dan jadilah pengguna yang bijak. Janganlah suka buat hutang yang besar-besar seperti pinjaman kereta, pinjaman rumah dan pinjaman peribadi. Ada kawan saya, gaji dalam RM2,000, tapi lepas tolak pinjaman kereta, rumah dan peribadi, gajinya tinggal RM400 saja. Saya percaya, hari ini dialah yang paling bising bila minyak naik 5 sen. Kalau dia gaji RM2000 tadi, pinjaman-pinjaman tadi hanya sekitar RM500 saja, hari ni dia pasti mampu tersenyum.

Hari ini, saya boleh senyum. Cuma malam tadi bila dapat sms kata minyak naik, mulut saya celupar sikit malam tadi. TAK PATUT.. TAK PATUT.. Tapi pagi ni saya tersenyum pula, sebab sebenarnya kenaikan itu sikit saja bagi saya.  Saya ada beberapa buah rumah, tapi rumah itu ada orang sewa dan bayarkan hutang saya.... Saya tak punyai hutang kereta walaupun saya ada beberapa biji kereta. Kereta saya bukan kereta baru dan mahal macam orang lain, tapi kereta saya lebih sedap dipandu dan lebih laju dari kereta mereka yang banyak hutang tu. Rumah saye beli rumah lelong bank, kereta saya beli lelong kastam.

Sabar Sebahagian Dari Iman

Hari ini, ada orang hantar komen dalam blog saya, tapi saya rasa komen itu melampau dan keterlaluan serta tak boleh dipaparkan dalam blog saya. Harap-harap, hari ini dia sudah tak marah-marah sebegitu lagi pagi ini. Berbelanjalah dengan berhemah, rancanglah kewangan dengan baik. Insyaallah hidup kita bahagia.

15 Julai 2010

Minyak Naik 5 sen, Gula Naik 25 sen... Ayooooo

Harga petrol dan diesel naik 5 sen berkuat kuasa esok. Petrol RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter.

Harga gula pula naik  25 sen sekilogram. Sebab tu lah susah nak beli gula sebelum ni, rupanya harga nak naik. Semalam saya gagal beli gula walau sekampit. Dua tiga hari lagi mesti tak susah nak beli gula di kedai-kedai.

Kenaikan dua bahan penting ini, dibimbangi akan berlaku kenaikan harga barang-barang penting lain. Pengusaha, orang tengah dan peniaga... janganlah mengambil kesempatan menaikan harga barangan.

14 Julai 2010

5612....5216...5621

Malam tadi dalam kul 8 saya keluar ke bandar Kluang. Singgah minum kat kedai mamak, minum teh tarik dan mee goreng mamak. Saya lihat ada dalam 4 meja, ramai orang minum sambil keluar kertas putih dan slip nombor ekor. Semuanya Melayu dalam 10 orang juga dan seorang lelaki India. Rupa-rupanya hari ni Rabu, hari ni ada jual dan tutup pukul 7 tadi. Kertas putih tu ada orang jual kat tepi-tepi jalan terutama di lampu isyarat, orang ni akan tawar kat tingkap kereta, harga seringgit. Lepas tu dia orang lepak kedai mamak, bincang pasal nombor tadi.

"5612...5216...5621...". Itu yang saya dengar dia orang cerita. Kesemua mereka dalam 40-an, 50-an, 60-an, malah mungkin 70-an. Dia orang tak kenal daya, sempat saya ambil gambar melalui telefon saya. Saya tayang gambar ni kat atas. Sudahlah, bertaubatlah kaki-kaki judi, bukan kaya pun. Nanti kena tangkap, jangan menyesal.

Sotong Pun Bersara

Sotong kurita, Paul, yang menjadi terkenal selepas berjaya meramal keputusan perlawanan Piala Dunia dengan tepat, dilaporkan akan bersara. Jurucakap akuarium Sea Life di Jerman, Tanja Munzig berkata, sotong misteri itu akan berundur daripada dunia ramalan. ... Hahaha, mudahnya kita kena tipu.

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 29

Di Kemaman, Yanti sibuk sebagai urusetia kursus yang selama dua minggu itu. Selepas seminggu, Yanti jadi rapat dengan urusetia dan peserta yang semuanya pegawai kerajaan yang sama gred dengan Yanti. Ramai peserta lelaki yang minat berbual dengan Yanti termasuk lelaki bujang dan yang dah kawin. Hanya Yanti seorang saja urusetia perempuan yang masih anak dara.

 Selepas seminggu, hari Sabtu tidak ada apa-apa aktiviti. Urusetia dan peserta kursus yang duduk dekat, dibenarkan balik kampung. Tapi Yanti takkanlah nak balik KL, cuti sehari jer. Yanti pun tak ada peracangan nak ke mana-mana sabtu tu, cuma nak basuh-basuh baju dan tidur puas-puas saja. Waktu sarapan pagi, Yanti duduk semeja dengan peserta kursusnya.

"Hari ni kamu semua ada perancangan nak ke mana yer ?". Tanya Yanti masa di meja makan.

"Cik Yanti. Apa kata kalau kita jalan-jalan ke Kuala Terengganu. Nanti petang balik semula. Boleh juga cari baju batik." Kata seorang peserta kursus lelaki.

"Kuala Terengganu ? Bagus juga tu, tapi Yanti tak tahu jalanlah, tak biasa ke sana". Kata Yanti.

"Tak apa. Saya tahu jalan sana. Dulu saya masa kecil-kecil besar di Kuala Terengganu". Kata peserta lelaki tu.

Yanti setuju dan mereka berempat iaitu dua perempuan dan dua lelaki naik kereta Satria Yanti ke Kuala Terengganu. Ke semua mereka masih bujang iaitu Badrul, bertugas di Selangor, Joe, bertugas di Melaka dan Maria yang bertugas di Johor. Oleh kerana Yanti tak biasa jalan tu, Badrul yang pandu kereta Yanti. Yanti dan Maria duduk di belakang.

Perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu amat menarik bagi Yanti dengan suasana kampung dan jalan pantai yang cantik. Sampai ke Pasar Payang, Kuala Terengganu, Yanti teruja melihat pakaian yang cantik-cantik yang jarang dilihat di tempat lain.

"Cik Yanti. Kalau beli pakaian kat sini, kena tawar sampai separuh harga. Kalau harga RM 200, tawar sampai RM 100. Kalau nak murah lagi, cakap sleng Terengganu sikit". Kata Badrul.

"He he...Pandailah kau Badrul. Mana lah tahu cakap Terengganu....". Kata Yanti.

Yanti beli beberapa helai kain dan baju batik. Kemudian dia belikan baju batik untuk ayah dan maknya. Harga boleh tahan murah juga. Harga situ letak RM 250 sehelai pada baju batik lelaki, tapi bila Badrul cakap sleng Terengganu sikit, penjual tu kasi RM 100. Yanti beli saiz XL untuk ayahnya. Lepas beli semua tu, Yanti rasa nak beli sehelai lagi baju iaitu untuk Man Burger.

"Badrul. Jom pegi semula kedai tadi, nak cari sehelai lagilah baju  lelaki". Kata Yanti.

Yanti beli lagi satu baju dengan harga RM 100 juga, cantik baju tu. Yanti pilih warna biru sebab Yanti tahu itu warna kegemaran Man. Bila Yanti nak bayar duit, Badrul menyampuk.

"Kejap-kejap Yanti....Tadi beli saiz XL, sekarang L pulak. Muat ker ayah Yanti ni. XL ke L ?" Kata Badrul.

"Takper-takper....ini anak sedara Yanti lah." Perkataan tu keluar dari mulut Yanti secara tak sengaja. Nasib baik Yanti tak beritahu, itu baju Man.

Seronok dan terhibur Yanti di Terengganu. Dalam perjalanan balik ke Kemaman,, Yanti teringat Man. Dia dah dalam sebulan tak telefon Man. Yanti mahu mencari ketenangan dan kedamaian diri. Tapi Yanti tetap simpan perasaan untuk jumpa semula Man lepas ni. Mungkin Yanti nak ke JB nanti, nak ambil sikit-sikit barang dia, boleh lah jumpa Man. Rumah sewa di JB pun, Yanti masih bayar separuh sehingga hari itu. Baju batik Man, Yanti nak serahkan sendiri pada Man.

Yanti terus mengalamun dalam perjalanan itu, Badrul pandu kereta nampak sopan saja, tak berapa laju. Sekali sekala, Badrul menjeling Yanti di belakang.

"Tak mengantuk ker Cik Yanti ?". Tegur Badrul.

"Ermmmm...". Suara Yanti.

Badrul ada menyimpan perasaan pada Yanti. Mereka sama umur, sama-sama ada ijazah. Yanti kerja KL, Badrul Shah Alam, tak jauh. Tapi Badrul tak luahkan perasaan pada Yanti, maklumlah Yanti urusetia, Badrul peserta. Badrul rancang nak luahkan perasaan bila tamat saja kursus seminggu lagi nanti. Sekarang mereka berdua nampak mesra. Sms berbalas-balas dalam sehari banyak kali  juga. Bagaimanapun, perasaan Yanti tidak begitu, dia seolah-olah sudah tawar untuk jatuh cinta pada lelaki. Kesetiaan hatinya adalah pada Man.

Pada Man pun, selama di Kemaman tu, Yanti cuba untuk tidak mahu menjauhkan diri dengan Man. Yanti cuba untuk menganggap Man sebagai kawan biasa saja, bukan kekasih. Tapi bukan senang nak buang semua tu.Yanti rasa, tak sepatutnya dia beli baju batik untuk Man. Kalau beli, mesti nak kasi Man. Kalau kasi Man, nanti kemesraan itu akan kembali, Yanti buntu.

Badrul cuba untuk menambat hati Yanti. Dia tahu Yanti belum bertunang dan belum ada pakwe menurut kata Yanti. Setiap hari masa kursus tu, Badrul tetap berharap, suatu hari nanti, Yanti pasti akan jadi miliknya. Dalam sms Badrul, kebanyakannnya perbualan biasa saja, tidak kira siang malam. Yanti pula balas hampir setiap kali terima sms, dia seroang gadis yang peramah. Sesekali Badrul hantar sms cinta pada Yanti.

"Yanti, boleh ke nak hadiahkan cincin pada Yanti ?" Sms Badrul pada satu malam selepas tamat aktiviti malam. Waktu itu, Badrul sedang baring-baring di katil sebelum tidur. Malang pada Badrul, sms tu tak berjawab. Sepanjang malam itu, Badrul tak lena tidur, bimbang Yanti terasa atau bimbang kalau kiriman cintanya tidak berbalas. Esoknya Badrul sms lagi dengan bukan ayat cinta dan sms itu berbalas pula. Badrul masih gagal untuk meluahkan perasaannya pada Yanti, Yanti mengelak kalau ada sms sebegitu.

Tapi kekadang, Badrul nampak Yanti kalau nampak Badrul minum di kantin, Yanti datang di sebelahnya tanpa dipelawa. Yanti jadikan Badrul sebagai teman berbualnya, sama-sama peramah. Bagaimana hubungan Yanti dan Badrul  seterusnya ?...



12 Julai 2010

Susah Jawab Lafaz Nikah, Teringat Isteri Pertama ?

Baru-baru ni  seorang lelaki, umur 44 tahun yang sudah ada isteri bernikah seorang lagi, setelah dapat kebenaran berpoligami dari Mahkamah Syariah. Nikah dengan perempuan umur 29 tahun, masih anak dara. Bagaimanapun, masa nak jawab lafaz terima nikah, beberapa kali, tak boleh-boleh jawab.

Hingga 10 kali lebih dan beberapa kali berhenti. Dah ler tu, dia henjut tangan jurunikah setiap kali menyebut perkataan, pun tak boleh-boleh jawab juga.  Dah beberapa kali tu, barulah boleh. Kenapa yer ?......Teringat isteri pertama ker ? Hehe.....Gurau jer.

11 Julai 2010

Bahaya Air Kencing Tikus

Enam maut dan 83 orang dijangkiti virus kencing tikus, sebuah pusat perkelahan terkenal, Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran, Pahang. Kesemua mereka yang dijangkiti bakteria meilioidosis dan leptospirosis itu dipercayai terlibat dalam usaha menyelamat seorang pemuda yang lemas di lubuk berkenaan pada 26 hingga 30 Jun lalu.

Penyebaran bakteria itu disedari penduduk selepas enam kematian bermula 3 Julai dan terakhir pada Khamis lalu yang membabitkan penduduk tempatan yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 60 tahun. Penduduk mula bimbang apabila keenam-enam mangsa tersebut terlibat semasa membantu usaha mencari mangsa lemas di Lubuk Yu.

Ujian X-ray dan makmal menunjukkan lima kematian disebabkan bakteria meiliodosis dan satu kes kematian berpunca daripada kuman leptospirosis. Orang awam yang berisiko tinggi terutama penghidap diabetes atau mengalami luka dinasihatkan agar tidak mengunjungi kawasan terbabit. Penularan penyakit ini bukannya berpunca daripada virus tetapi sejenis kuman daripada air kencing tikus dan kawasan tanah yang tercemar.

10 Julai 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 28

Petang Jumaat, seperti biasa ibu Man bersama kumpulan Yasinnya ziarah ke satu rumah secara bergilir-gilir. Kali ini rumah makcik Siah yang jaraknya lebih kurang 2 km dari rumah Man. Ibu Man mintak Man hantarkan ke situ. Man cuma boleh hantar saja, mana boleh ikut, itu semua perempuan. Hari itu ramai juga, dalam 40 orang. Masa makan tu, mak Man nampak seorang wanita yang cantik dan menarik perhatiannya. Sebelum ni, mak Man tak pernah nampak gadis itu dan mungkin bukan orang kampung itu. Timbul hasrat di hati mak Man untuk mengetahui lanjut gadis itu, dah berpunya ke belum ?  Nampak macam belum kahwin sebab nampak muda saja, mungkin awal 20-an tu.

"Siapa perempuan yang baju biru tu  Siah ?" Tanya mak Man pada Makcik Siah seperti berbisik.

"Ohh.. Yang tu Azura, anak sedara kita, baru sampai semalam". Kata makcik Siah.

"Dia anak sapa pulak tu, kerja apa dia ?". Tanya mak Man lagi.

"Tu anak Abang Dolah yang kat Kota Tinggi tuuu, tak kerja lagi, baru lepas sekolah. Lepas SPM dia tak sambung mana-mana, tolong mak ayah kat kampung jer". Kata Makcik Siah.

Mak Man memerhati dengan betul-betul gadis itu, nampak rajin di dapur dan peramah melayan tetamu. Ada satu yang terdetik di hati mak Man, iaitu untuk bercadang menjodohkan Man dengan gadis itu. Itu pun kalau-kalau belum dah ditanda orang. Azura datang ke rumah makcik Siah dengan adik lelakinya semalam, naik bas. Saja jalan-jalan, lagipun rumah makcik Siah buat kenduri doa selamat. Oleh kerana mak ayah dia tak sempat datang, maka Azura kira wakil keluarga pakcik Dolah lah.

"Siah... Azura tu dan berpunya ke belum ?" Tanya mak Man bila tetamu lainnya dah ramai yang balik. Tinggal di rumah makcik Siah tu dari kalangan keluarga saja.

"Bertunang tu belum. Tapi tak tahulah dah ada kawan ke belum... Ada hajat ke ni ? Benda baik apa salahnya". Tanya makcik Siah.

"Yer lah... Cadang nak carikan  Si Man tu, umur pun dah nak masuk 30 dah. Risau juga kita tak kawin-kawin lagi Si Man tu...". Kata mak Man.

Tiba-tiba, kereta Man sampai ke depan rumah Makcik Siah. Dari tadi Man tengok, orang lain dari kumpulan Yasin dah balik, sebab tu Man datang ambil maknya.

"Itu pun Man. Panjang umur dia yer". Kata Makcik Siah.

"Kita beransur dulu yer Siah". Kata mak Man.

"Nantilah dulu, ajaklah Man tu naik ke rumah, makanan pun ada lagi". Pelawa makcik Siah.

"Betul juga yer, nanti kita panggilkan Man". Kata mak Man.

Mak Man menuju ke kereta dan ajak Man naik ke rumah Makcik Siah. Mulanya Man malu dan tak mahu. Maklumlah, kumpulan Yasin tu kumpulan perempuan saja, mana ada lelaki. Tapi bila mak Man kata orang lain dah balik dan Makcik Siah nak tanya-tanya khabar tentang kesihatan Man, akhirnya Man naik juga ke rumah. Man duduk bersila di ruang tamu di sebelah ibunya.

"Bagaimana sekarang Man, dah sihat betul ke Man ?" Tanya makcik Siah.

"Alhamdulillah makcik, nampak dah beransur baik, cuma kalau matahari panas terik, terasa macam sakit kepala". Kata Man.

"Baguslah tu, berehatlah dulu sampai baik-baik betul Man. Kesihatan kena jaga, tidur dan rehat kena cukup". Kata Makcik Siah.

"Itulah Siah... Man ni degil, belum baik betul-betul dah nak balik ke Johor Bahru. Nantilah dulu sampai sihat betul". Kata mak Man.

Tiba-tiba Azura muncul dengan mengangkat makanan dan diletakkan di hadapan Man. Memang Man seorang saja yang belum makan, maka Man seorang sajalah yang diletakkan makanan. Ada nasi ayam, mee goreng dan air sirap. Man terkejut melihat gadis yang cantik itu. Mukanya putih, kurus dan ayu berbaju kurung dan bertudung. Man terdiam, terpaku dia melihat gadis itu. Mak Man nampak perubahan pada diri Man yang asyik menjeling gadis itu. Lepas tu Azura turun ke dapur semula dan Man menikmati jamuan ditemani ibunya.

Di dapur, Azura tersenyum sendirian, secara tak sengaja tadi dia bertentang mata dengan seorang lelaki hensem yang belum dikenalinya. Pada fikiran Azura, lelaki itu mungkin orang berada dengan kereta wajanya yang berkilat baru cat. Waktu itu, orang yang pakai kereta waja dianggap macam orang kaya. Cara Man merenungnya tadi, membuatkan jantung Azura bergetar. Azura cuba curi-curi pandang ke arah Man di dapur dan mengintai-intai Man dari celah lansir pintu. Kemudian, terdengar suara makcik Siah memanggil Azura. Terkejut beruk betul Azura dibuatnya, orang tengah mengintai-intai, rasa tersergah pulak.

"Azura! Tolong ambilkan air basuh tangan..." Teriak Makcik Siah.

Azura tersipu-sipu dan cepat dia ambil air basuh tangan dan bawa ke atas diletakkan di depan Man. Sekali lagi Man menjeling Azura dengan penuh minat, tapi Man tak kata apa-apa. Azura turun ke dapur semula, tak manis dia di atas sebab ada lelaki yang bukan sedara maranya. Waktu Man dan ibu Man balik, makcik Siah hantar sampai ke kereta. Azura pula di tangga sambil berbual dengan keluarga makcik Siah yang lain. Man sempat memerhatikan wajah Azura. Azura pun begitu juga, nampak malu-malu.

Di dalam kereta, ibu Man nampak perlakuan Man yang sedikit berbeza. Tapi ibu Man belum boleh membuka mulut lagi nak cerita pasal benda tu. Sebelum pulang tadi, mak Man sempat berbisik dengan makcik Siah supaya tanyakan Azura, dah ada kawan ke belum. Kalau belum tolong tanyakan, bagaimana kalau ada lelaki nak masuk meminang. Mak Man masih bersabar tunggu berita selanjutnya dari Makcik Siah. Man pula diam saja, macam tak ada apa-apa.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 29