Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

30 September 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 44

Azizah seakan panik melihat Yanti terus menangis dalam kereta. Tak lama kemudian, mak dan kakak iparnya, iaitu isteri Kamal datang ke kereta memenangkan Yanti. Yanti yang dari tadi mengunci diri dalam kerta akhirnya reda, dia masih waras, belum gila lagi. Yanti memeluk ibu dan kakaknya. Azizah mengajak Yanti balik ke rumahnya di Shah Alam tapi Yanti kata dia nak balik Gombak seorang diri. Walaupun berat, kakaknya terpaksa melepaskan Yanti bawa kereta seorang diri dalam keadaan yang nampak reda sikit. Yanti terus ke rumah sewanya.

Sampai di rumah sewa, Yanti nampak ada seuatu kekosongan dalam rumah tersebut. Keadaannya sangat berbeza kerana ketiadaan Nani, kawan baiknya yang baru kawin. Kawan-kawan lain, nampaknya tak ada di rumah, kalau ada pun biasa duduk di bilik mereka saja, lagi pun jarang nak berbual. Yanti yang belum makan tengahari dari tadi, pergi ke dapur makan roti saja. Itu sudah cukup untuk dia hari ni. Yanti masih mengeluarkan air mata sambil makan. Dia keseorangan sekarang, tiada siapa nak pujuk.

Yanti teringat masa dia sedang hangat bercinta dengan Man di JB, Yanti kuat merajuk. Pernah mereka bergaduh dalam telefon, semalaman bergaduh itu Yanti tak dapat tidur. Ingatkan macam dah putus hubungan, tapi esoknya Man telefon dan pujuk Yanti dan baik semula. Suatu hari tu mereka gaduh pasal Yanti kata Man tak ada masa untuknya, tapi ada masa untuk burger kesayangan Man. Yanti sampai kata, kalau Man sayangkan burger Man, Man kawinlah saja dengan Minah Burger. Yanti tengah beragin hari tu sampai dia keluarkan kata-kata macam tu. Yanti terus tutup telefon hari tu, tapi bila dia buka telefon, dia baca sms Man, hati Yanti terpujuk jua. Man adalah permata hatinya waktu itu, tapi sekarang ?

Yanti rasa dirinya kosong yang amat sangat. Dia terus menangis sehingga tidak keluar air mata lagi. Kali ini bukan menangis kerana ayahnya terlantar di hospital tapi menangis sebab perasaan marah dan benci pada abangnya Fuad. Malam itu, tidur Yanti tak lena, perbualan dan pertengkaran dengan abangnya itu mengganggu tidurnya. Tapi Yanti tak boleh ke mana juga, dia terpaksa tempuh hari esok dan seterusnya dengan kesabaran.

Syira dan Nizar menduduki STPM dan SPM hari Isnin itu. Sampai di pintu sekolah, cikgu Syikin menyambut kehadiran pelajar-pelajar. Terkejut juga Syira dan Nizar, tak disangkanya cikgu Syikin mainkan peranan seperti itu sebab hari tu dah cuti sekolah.  Syira dan Nizar bersalaman dengan cikgu Syikin. Kehadiran cikgu Syikin ini benar-benar memberi semangat pada Syira dan Nizar untuk menjawab soalan perperiksaan.

Man masih berbelah bagi walaupun dia kata keputusannya untuk memutuskan hubungan dengan Yanti adalah muktamad. Tapi hati Man kekadang menentang keputusan itu. Ini ditambah bila Man terbayangkan muka ustaz Khalil yang berubah serta merta bila Man buat keputusan itu. Lebih menambahkan kekusutan pada Man, ke mana menghilangnya ustaz Khalil yang sebelum ini dalam seminggu ada 2-3 kali datang beli burger di kedainya. Nak kata Khalil kecil hati, tak juga, mungkin ada sebab lain. Setiap malam sepenjang perperiksaan SPM dan STPM, Man telefon adiknya Syira dan Nizar sebagai pembakar semangat untuk terus mara ke medan juang.

Man kuatkan semangatnya untuk meyakinkan dirinya bahawa keputusannya berpisah dengan Yanti adalah muktamad. Cara Man nak lupakan Yanti adalah dengan bekerja dengan lebih kuat. Kali ini, Man mula jual air minuman pula untuk menambahkan pendapatannya yang dah bertambah itu. Nak kata penat, memanglah penat kerja menceduk air sedangkan kerja masak burger pun dah penat. Dari pagi lagi Man dah bersiap untuk bahan buat air seperti jus dan air batu. Tapi Man buat juga, dia tak mahu duduk rilek sekarang. Itu cara Man melupakan masalah yang sedang dihadapinya.

Ayah Yanti duduk di hospital dalam seminggu, sekali pun lepas tu Yanti tak melawat. Mak, abang dan kakak Yanti tak kisah Yanti tak datang melawat, mereka dah faham.  Fuad pun sama, lepas hari tu, dia tak datang melawat, cuma isterinya saja ada datang sekejap-sekejap. Tangan ayah Yanti yang patah tu, tidak dibedah sebab adik beradik sepakat taknak dibedah. Mereka takut sebab darah tinggi dan jantung boleh memberi kesan pada pembedahan itu.  Mereka mahu ubat cara tradisional saja, jumpa bomoh patah.

Yanti dapat berita ayahnya dah dibawa pulang, tapi Yanti masih tak mahu datang melawat. Bukan Yanti derhaka atau tak mahu menjaga bapanya, tapi Yanti selalu terfikir yang abangnya Fuad akan datang dan berlaku pertengkaran lagi. Tak tahulah berapa banyak caci maki yang diucapkan oleh hati Yanti pada Fuad.

Cikgu Syikin sedang buat master dalam bidang kaunseling di sebuat pusat pengajian tinggi di JB. Biasanya hari Jumaat Syikin dah ada di JB kerana ada kelas hampir setiap Sabtu dan Ahad. Syikin teringat kisah abang Syira dan Nizar yang katanya berjaya sebagai penjual burger itu. Kebetulan, kalau di JB, Syikin tidur di rumah kakaknya di sebuah taman yang tak berapa jauh dengan tempat Man berniaga. Bila sampai di JB tu, Syikin nak cari gerai Man berdasarkan lokasi yang diceritakan Syira padanya. Dia pun masih ingat lagi dengan muka Man.

Syikin cikgu berijazah, baru kerja 3 tahun sekarang buat master. Syikin rasa, gajinya yang RM 2,000 lebih itu belum cukup untuk dirinya kalau ditolak duit kereta, sewa rumah, yuran pengajian dan lain-lain. Dia rasa nak sangat tengok Man berniaga yang katanya cukup mewah itu. Dalam hati Syikin, boleh juga dia berniaga kat depan rumah ker petang-petang jual burger kalau betullah pendapatan lumayan Man seperti diceritakan Syira. Sesekali terfikir juga Syikin, betul ker apa yang Syira cerita, ker temberang saja lebih. Oleh kerana dah dekat dengan kedai Man, Syikin keluar malam itu dengan anak sedaranya yang masih sekolah.

Sekali lalu, Yanti tengok ada 4 gerai burger dan keretanya tak berhenti. Dia pusing kretanya sekali lagi dan kali ini berhenti di salah satu gerai burger itu. Dari jauh, Syikin percaya yang itulah kedai Man yang penuh dengan pelanggan itu. Kebetulan hari itu awal bulan, kerja kerajaan dan swasta baru gaji. Syikin pergi ke kedai itu untuk beli burger macam pelanggan biasa. Ada dalam 7-8 pelanggan waktu itu, masing-masing oder 3-4 bungkus seorang.

"Mak Ikin, kedai ni burger dia sedap, adik selalu beli kat sini". Kata anak sedara Syikin.

Syikin oder 4 burger ayam untuk dibawa balik. Nak rasa juga, apa yang dikatakan sedap tadi. Syikin tengok, Man buat burger pantas macam lipas kudung, kira memang dah banyak pengalaman. Walaupun orang ramai tapi burger yang ditempahnya siap tak sampai 10 minit. Syikin yakin, Man tak perasaan atau tak kenal yang dia tu cikgu pada Syira. Lagi pun hari masa jumpa kat sekolah dulu, Man bukan tengok sangat pun.

Betul kata anak sedaranya itu, burger Man memang sedap, rotinya lembut dan dagingnya masak elok saja. Sepuluh minit berada di situ, Syikin kira-kira, keuntungan Man sudah lebih RM 50 malah mungkin lebih. Syikin pecaya apa yang diceritakan Syira tu benar. Esoknya lagi, Syikin keluar ke gerai burger seorang diri dalam jam 11.00 malam seakan tak boleh tidur kalau tak rasa burger Man. Kali ini tak ramai orang sangat, ada dalam 2 orang saja. Bila dua pelanggan tu dah balik, tinggal Syikin seorang saya menunggu Man masak. Man pula peramah juga dan menegur Syikin.

"Tak pernah nampak pun, baru pindah sini ker ?" Tanya Man memulakan bicara.

Syikin seakan terkejut dan terkedu pada mulanya tak boleh berkata apa-apa.

"Erg taklah, datang rumah kakak" Kata Syikin.

"Ohhh.. patutlah, dari mana ? Kerja mana ?" Tanya Man lagi.

Soalan itu memerangkap Syikin. Nampaknya dia tak boleh berselindung lagi, dia perlu berterus terang.

"Erggg... ini Man abang pada Syira dan Nizar ker ?" Tanya Syikin semula secara spontan.

Man terkejut yang amat. Dia tenung muka Syikin tapi masih belum dapat jawapan yang pasti. Tapi sipi-sipi juga ada jawapan hasil tenungan itu. Hati Man berkata, ini mungkin juga cikgu Syira dan Nizar. Syikin yang bercermin mata dan cara berpakaian, nampak pun macam kerja cikgu.

"Yer, Syira dan Nizar adik saya. Ni siapa yer ?" Tanya Man.

"Saya Syikin, cikgu Syikin, cikgu pada Syira dan Nizar" Kata  Syikin.

"Cikgu Syikin ?" Kata Man macam terkejut juga.

Apa taknya, nama tu selalu disebut oleh Syira. Man ingat, cikgu Syikinlah yang datang wawancara mak ayahnya sampai buat video. Timbul rasa hormat Man pada Syikin lepas tahu Syikin cikgu pada adiknya. Mereka terus berbual panjang hari tu, di kerusi yang tersedia di sebelah gerai Man tu. Bermula dari topik pengalaman Man mula kerja niaga burger hingga pada cerita sekolah adik-adik Man, lama juga mereka berbual sampai jam 12.00 malam, Syikin minta diri dulu.

 Syikin memang seorang yang peramah dan tak berat mulut. Man nampaknya cepat mesra dengan Syikin, maklumlah Syikin mengajar di kampung Man. Habis diceritanya, kecualilah cerita pasal percintaan dengan Yanti, itu Man tak cerita. Hubungan Man dengan Syikin terus rapat dan mesra. Hampir tiap minggu Syikin ke JB, pasti singgah dan berbual dengan Man. hubungan mereka secara senyap juga, Syira di kampung pun tak tahu yang cikgu Syikin ada jumpa Man.

Bagaimana hubungan Man dan cikgu Syikin seterusnya ? Sampai ke mana hubungan ini ? Syikin masih anak dara, masih single minggel lagi, umur dah nak masuk 27.

Main Kutu Mana Ada Untung, Rugi Ada Ler...

Untung ke main kutu ? Jawapannya, mana ada untung, rugi adalah. Masih ramai orang kita main kutu ni. Saya dari dulu sampai sekarang tak pernah main kutu-kutu ni. Dulu sejak masa sekolah sampai masa kerja tengok ada kawan-kawan main kutu. Dia orang ajak saya tapi saya fikir balik, ada ker untung ?

Masuk RM 100 seorang untuk 10 orang, nanti dapat 1,000. Maknanya dapat sebulan jer, 9 bulan kena bayar. Ada yang target bayar duit insuran dan roadtax kereta dan macam-macam lagi. Pada saya, kalau pakai kereta tu, pandai-pandai ler simpan duit untuk bayar roastax kereta. Apa yang untung ? Modal yang dikeluarkan 1,000 dapat pun 1,000, tak untung le namanya tu. Yer le, nama pun kutu, mana ada untung kalau ternak kutu. Yang main ni pun bukan orang-orang kampung tapi orang yang kerja hebat-hebat juga.

Ada beberapa pengalaman dengar cerita kawan-kawan pejabat main kutu. Satu kumpulan ni main kutu RM 100 untuk 8 orang. Ada seorang dua buat hal tak bayar betul. Orang ni nak dapat awal, lepas dah dapat, bulan-bulan seterusnya dia tak bayar. Jadi, orang tu dapat 800, tapi orang yang lepas tu dapat 600 jer sebab 2 orang tak bayar.

Lagi satu kumpulan tu bayar RM 200 untuk 10 orang, banyak tu 2000 dapat. Tiba-tiba yang salah seorang yang dapat tu kena pindah pejabat lain, jadi orang yang belakang tu dapat 1800 jer. Tak untung, rugi lagi ada. Bila mintak dan telefon, jadi gaduh pulak. Dia marah orang yang mintak duit kat dia, dia kata orang ni macam 'along' padahal dialah yang tak bayar duit orang.

Lebih baik simpan duit kat Tabung Haji atau ASB tiap bulan. Kalau simpan RM 200 sebulan, setahun dah ada RM 2400. Jadi bertambah lagi duit kita dengan keuntungan lain, dia tak berkurangan macam main kutu. Jadi yang main kutu tu, yang tengan main tu teruskan main, jangan cabut lari pulak. Yang belum main tu, tak payahlah bela kutu, nanti tak boleh tidur malam, sibuk garu-garu kepala.

Dua Lelaki Myanmar, Empat Wanita Indonesia Duduk Serumah Ditahan

Dua lelaki Myanmar dan 4 wanita Indonesia ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Johor Kluang dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Kluang jam 2.00 pagi tadi. Mereka ditahan dibawah kesalahan khalwat yang boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara.

Saddam Hussain Kena Tangkap ?

Semalam, penguatkuasa Jabatan Agama Johor daerah Kluang menahan 2 orang atas kesalahan berjudi atau berada dalam kedai judi di sebuah kedai judi nombor ekor di Kluang. Mereka ditahan jam 6.50 petang semalam, Rabu. Lelaki warga Bangladesh, berumur 20-an, namanya Saddam Hussain, bukan nama samaran tapi nama dalam pasportnya.

Seorang lagi yang ditahan adalah seorang lelaki kakitangan kerajaan dalam usia 40-an. Tangkapan ini telah dimaklumkan kepada ketua jabatannya di Kluang tadi. Kesalahan berjudi atau berada dalam rumah judi boleh didenda sehingga RM 3000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali. Operasi maksiat akan diteruskan dengan lebih kerap di Kluang.

29 September 2010

Suami Meninggal Dunia Masa Tengah Bergaduh, Tak Tegur Suami (Episod 1)

Saya dengar ceramah ustaz seorang tu, dia kata, suami isteri ni selalu bergaduh. Isteri pulak selalu merajuk, dah merajuk tak tegur suami 2-3 hari. Lepas tu baik semula, lepas tu gaduh dan tak tegur semula. Ustaz tu kata, nanti suami dia mati, entah masa baik ker masa bergaduh....Kalau dihayati betul-betul ceramah ustaz tu, ada juga betulnya.

Ada satu kes ni, ini saya lalui beberapa tahun dulu. Masa suami dia hidup, dia banyak burukkan suami dia. Banyak benda yang suami dia beri, dia tak pernah cukup. Semua yang suami dia buat, kira tak betul, dia saja yang betul. Bab beli kereta pun dia suruh suami beli kereta mahal-mahal, suami ikut saja walaupun macam tak mampu. Dah selesai satu, gaduh lagi sampai nak mintak cerai, cuma tak buat lagi.

Tengah gaduh-gaduh tu, suami meninggal kemalangan di lebuhraya. Tinggallah dia keseorangan, meratapi  suami dia yang dah pergi. Meninggal pulak, lepas 2-3 hari bergaduh dah isteri taknak tegur suami. Saya tengok isteri dia ni, menyesal tak sudah hingga ke akhir hayat.

Episod 2

Suami Kantoi Dengan Isteri Pertama Sebab Tersalah Sms, Ingat Isteri Kedua

Salah sms punya pasal, tembelang dah kawin lagi satu selama dua tahun akhirnya terpecah. Dia tersalah hantar ayat-ayat cinta kenangan terindah berbulan madu pada isteri pertama. Adoiii... itu bukan hangin lagi, ribut taufan lagi isteri dia tu.

Apa lagi, balik rumah petang tu, suami buat-buat sakit dada, mesti tiru filem Madu Tige P.Ramlee ni. Tapi isteri mana kira, sakit dada ker, sakit jantung ker, serangan peluru berpandu tetap diteruskan.  Berlakulah perang saudara kat rumah, apa nak buat........ suami sabar je lah.

Kata lelaki tu, dia sebelum ni bukan taknak beritahu isteri dia yang dia dah kawin, cuma masa jer belum sampai. Dah berperang macam ni, ustaz juga dia cari untuk dapat nasihat. Dulu sebelum kawin, tak ada pun jumpa ustaz untuk dapatkan nasihat. Ustaz pun pening kepala juga...

Festival Filem Gay di Indonesia, Kerajaan Sana Tak Larang Ker ?

JAKARTA 29 Sept. - Berpuluh-puluh anggota pertubuhan Islam mengadakan bantahan terhadap penganjuran sebuah festival filem gay di ibu negara Indonesia ini semalam, memaksa beberapa tayangan dibatalkan.

Festival Filem Q! yang diadakan di pusat-pusat kebudayaan luar negeri di Jakarta itu bermula pada minggu lepas dan dijadualkan berlangsung sehingga malam ini. Festival yang memasuki edisi ke sembilan itu diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung isu gay.

Jangan Main Kutu Tau

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya.

Facebook Punya Pasal, Isteri Kejar Suami Dengar Pisau Pemotong Daging

Dahsyat betul cerita ni, macam tak percaya pun ada. Saya cerita juga, sebab rasa takkanlah orang tu nak menipu atau saja-saja buat cerita pada Kadi. Ini cerita suami dalam 50-an, isteri 40-an, suami kerja, isteri tak.

Seorang suami, mensyaki isterinya yang tak bekerja, ada hubungan intim dengan lelaki lain di facebook. Intim ni taklah sampai nak berjumpa sebab rakan facebook isteri dia ni jauh. Satu hari tu, balik kerja awal, suami terus masuk ke bilik tingkat atas dan melihat komputer yang masih terbuka. Isterinya  masa tu sedang memasak di tingkat bawah, tak sedar pada mulanya yang suami dia dah balik awal.

Bila isteri masuk ke bilik tu, dia terkejut sebab suami dia tengah mengadap komputer yang facebook dia masih buka. Kira kantoilah isteri dia, tembelang dah pecah, tentu suaminya dah tahu rahsia isterinya selama ini. Selama ini pun, suami ada syak-syak tapi tak ada bukti yang jelas. Maka hari tu, isteri tak boleh nafikan lagi.

Terus isteri dia jerit dan tengking suami, terkejut badak juga suami dia, isteri dia dah bertukar jadi Hulkmania dah. Suami kena baling dengan benda-benda yang terlintas ada kat situ sehingga suami lari ke bawah. Isteri masih kejar lagi, kemudian isteri ke dapur, ingat buat apa, rupanya pergi ambil pisau pemotong daging, kejar suami dia tu. Tak tunggu lagi dah suami, keluar jer dari pagar.

Anak perempuan mereka (umur dalam 18)  sedar dan cuba damaikan mak dan ayah dia orang yang sedang berperang tu. Nasib baik ler tak berlaku apa-apa. Dahsyat juga, boleh jadi sampai camtu.

Suami Kalah Judi, Kata Kat Isteri Kena Culik Along

BATU PAHAT 28 Sept. - Hanya kerana kalah berjudi di Genting Highlands, seorang ahli perniagaan di sini, sanggup menipu isterinya sendiri dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya dia diculik oleh ah long.

Lebih teruk lelaki berusia 37 tahun itu, sendiri menyamar sebagai ceti haram tersebut dan meminta isterinya membayar hutang pinjaman sebanyak RM25,000 bagi membebaskan dirinya.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, isteri suspek berusia 35 tahun menerima beberapa SMS berbaur ugutan itu pukul 5 petang, Jumaat lalu. Katanya, bimbang dengan keselamatan suaminya, wanita yang merupakan pekerja kilang itu kemudian melaporkan perkara tersebut kepada polis.

"SMS-SMS tersebut meminta wanita itu memasukkan wang yang diminta ke dalam satu nombor akaun bank.

"Hasil siasatan, polis mengesan kedudukan telefon bimbit Nokia yang menghantar SMS itu lalu menyerbu sebuah hotel di Genting Highlands, pukul 1 pagi, kelmarin.

"Soal siasat seterusnya mendapati suspek sendiri menghantar SMS-SMS itu dan polis turut merampas telefon bimbit yang digunakan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

28 September 2010

Pengantin Lelaki Tak Datang Masa Nikah

Ada satu kes berlaku baru-baru ni di Kluang, pengantin lelaki tak muncul-muncul di rumah pengantin perempuan waktu akad nikah. Bila ditelefon, telefon tutup dan tidak syaki kena culik atau hilang. Kira macam lelaki tu tak jadi atau taknak sajalah untuk kawin. Lelaki tu bekerja kerajaan di Kluang ini juga. Entah apalah masalahnya orang macam ni, saya baru nak dapatkan cerita lanjut.

Pilihanraya Kecil DUN Galas : Peluang untuk BN, Cabaran Untuk PAS

Kita ikuti sejarah pilihanraya di Galas dari 1986 hingga 2008. Nampaknya bukan mudah laluan BN atau PAS, masing-masing perlu kerja kuat dan perlu menggalas usaha untuk menang.

1986
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 7039, Jumlah Keluar Mengundi 4926
Zakaria Hassan ( BN ) 3420 Ibrahim Abdullah ( PAS ) 1281, Majoriti 2139 – BN

1990
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 8737,Jumlah Keluar Mengundi 6429
Hj Zakaria Hj Hassan ( BN ) 1760, Hj Omar Mohamed ( S46 ) 4465,Majoriti 2705 – S46

1995
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 11,231,Jumlah Keluar Mengundi 7953
Omar Mohamed ( S46 ) 4056, Zakaria Hassan ( BN ) 3163,Nik Ismail Wan Idris ( AKIM ) 205
Majoriti 893 – S46

1999
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 12,091, Jumlah Keluar Mengundi 8705
Zulkifli Mohamad ( PKR ) 3072, Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 5336, Majoriti 2264 – BN

2004
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 8972, Jumlah Keluar Mengundi 6805
Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 4184, Chek Hashi Sulaiman ( PAS ) 2455,Majoriti 1729 – BN

2008
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 10,330, Pecahan Pengundi ,Melayu 65.81%, Cina 22.03%, India 1.81%, Lain lain 10.32%
Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 3753, Che Hashim Sulaiman ( PAS ) 4399, Majoriti 646 - PAS

Sementara 2 DUN lagi yang berada di dalam Parlimen Gua Musang ini mencatat keputusan pada PRU 12 tahun 2008...

N.43 Nenggiri
Mat Yusoff Abdul Ghani ( BN ) 4543, Mohd Zuki Ibrahim ( PKR ) 2453, Majoriti 2090 – BN

N.44 Paloh
Datuk Nozula Mat Diah ( BN ) 5697, Rizal Abdul Rahim ( PKR ) 2864, Majoriti 2833 – BN

P.032 Gua Musang
Tengku Razaleigh Hamzah ( BN ) 14,063, Zulkefli Mohamed ( PAS ) 9669, Majoriti 4394 - BN

Bapa Tiri Rogol Anak 4 Tahun

MUAR: Seorang budak perempuan berusia empat tahun dipercayai dirogol bapa tirinya ketika ibu kandungnya dirawat di hospital dan mangsa dijaga oleh suspek.

Pembaca Blog Saya Naik Hangin, Sabar! Sabar! Sabar!

ni yang aku hangen nak baca ni. ~masih wujudkah lelaki yang setia?~

"suami bercinta dengan kekasih lama di facebook, isteri sedih sangat" tengok tajuk je dah seram sejuk dah.. lepas baca, terus emo.. iiee, siap boleh jumpa2 lagi tu. huh! ni lah yang aku jumpe kat blog, BLOG PERIBADI USTAZ MOHD KHALIL

Nape aku emo? Sebab aku teringat kat sorang kawan aku.. lebih kurang macam ni jugak kes nya.. sampai nangis dia cite kat aku.. ntah macammana aku sedih sangat dengar dia cite, aku pu nangis sekali masa tu..

Lepas dua hampir setengah tahun dia tak bercerita, tiba2 ak tergerak hati lagi nak tanya pasal hubungannya. (bukan busy body ye).. dan jawapannya... suaminya tak pernah berubah.. yang ada hanya taubat tipu dan janji kososng.. ahhh.. sedihnya....!

Sekarang dah nak dekat 6 bulan jugak tak dengar cerita dia.. hemmm.. moga dia berpeluang merasa bahagia..
~~masih wujudkah lelaki yang setia?~~
 
Nak tahu lanjut, Hentam Kat Sini
 

Kerana Suami Tolong Top Up Prepaid Telefon, Isteri Benarkan Suami Kawin Lagi?

Cerita ni belum ditulis, nanti kalau ada masa saya tulis.
Cuma nak tanya, tajuk camni okey ker kalau saya cerita. Takde sensitif ker ?

Mana ler tau, kalau-kalau ada isteri baling suami dengan telefon ker ?
Yer le, ada orang selama ni suami belanja top up. P.Ramlee kata "ada makna tu".

Persediaan Penting Sebelum Nak Nikah Lagi Satu (Episod 1)

Seorang ni, ada isteri dua, sudah 8 tahun  dia ada dua tempat berkebun ni. Saya tanya dia, bahagia ke tak ? Dia kata bahagia. Lelaki ni sekarang umur 59 tahun, dulu masa nikah isteri kedua masa umur 51 tahun. Dia pilih isterinya janda, lupa pulak tanya janda anak berapa.  Masa kawin tu, isteri muda dia 30 an. Lelaki ni bukan kerja gaji besar sangat tapi seperti kata dia, alhamdulillah, bila dah kawin lagi satu, rezeki berkat malah makin bertambah.

Bila dia kata dia bahagia dan tak ada apa-apa pergeseran dengan isteri pertama, saya macam tak percaya dan tanya sekali lagi. Saya tanya lagi, bahagia ke tak ? Dia jawab, kalau nak kata tak bergolak tu, kira bohong pulak. Terus dia cerita kisah-kisah masa isteri pertama dapat tahu dia kawin 8 tahun dulu.

"Ustaz, susah ustaz, rasa rambut pun jadi tegang, tak turun-turun". Kata dia.

Saya macam nak tergelak pulak, rambut pun boleh tegak pulak. Saya bayangkan macam cerita lawak Mr Bean masa Mr Bean kena kejutan letrik, kira macam tulah agaknya suami kena. Lepas tu saya tanya, bagaimana nak hadapi situasi macam tu ? Dia jawab.

"Macam ni ustaz, macam kita nak lepaskan perahu di lautan, kita mesti tahu gelora yang bakal dihadapi. Kalau tak tahu geloranya, jangan kawin dua. Jadi macam mana gelora pun di lautan tu, pembawa perahu mesti pandai kawal perahu tu". Kata lelaki tu.

Tinggi betul bahasa orang yang ada isteri dua ni. Saya tak kawin dua, bahasa saya tak setinggi dialah. Hidup dia sekarang bahagia dan anak-anak dia pun pandai-pandai, kebanyakannya masuk universiti dan kerja bagus-bagus sekarang.

....BERSAMBUNG, (Tapi tak janji nak sambung)

Anak Dah Mengandung Luar Nikah, Bapa Lelaki dan Perempuan Berdamai

Lelaki  dan perempuan yang dalam umur 20-an sedang bercinta, lepas tu terlanjur dan mengandung luar nikah dalam 3 bulan. Bila keluarga perempuan tahu, macam tak boleh terima anak perempuannya dah mengandung. Habis diserangnya lelaki dan keluarga lelaki. Tapi bapa lelaki nampaknya rilek saja dan tak mahu menyalahkan sesiapa.  Bapa lelaki panggil anaknya dan tanya keadaan yang sebenar. Anak lelakinya mengaku telah berzina sehingga mengandung.

Nak kata malu, bapa lelaki memanglah malu, dia orang yang berpengaruh juga di kampung itu, orang panggil 'Tuan Haji'. Tapi apa nak buat, nak pukul anak pun dah tak guna lagi. Maka bapa lelaki pergi jumpa bapa perempuan untuk selesaikan masalah ini cara baik. Keputusannya, mereka berdua ambil keputusan untuk berbesan.

Lepas tu pergi jumpa Kadi nak selesaikan perkahwinan anak mereka. Nampaknya kedua-dua bapa lelaki ni memanglah sedih dan kecewa, tapi sudah suratan takdir perkara ini berlaku pada mereka. Pada saya, penyelesaian cara ini kira baiklah. Kalau tak selesai begini, nanti kita bimbang berlaku kes lain seperti kawin lari, buang anak dan sebagainya, lagilah kita tak mahu.

27 September 2010

Suami Bercinta Dengan Kekasih Lama di Facebook, Isteri Sedih Sangat-sangat

Seorang isteri 30-an dan suaminya juga 30-an sudah 8 tahun bernikah dan dikurniakan 3 orang anak. Isteri dan suami masing-masing bekerja kerajaan. Hidup mereka bahagia selama ini.

Bagaimanapun, dalam awal tahun ini, suaminya bertemu semula dengan kekasihnya di dalam facebook. Suaminya pernah bercinta dengan wanita itu sewaktu sama-sama menuntut di universiti dulu. Kemudian sudah terputus hubungan selepas keluar dari universiti kira-kira 10 tahun dulu. Suami di selatan, manakala wanita itu di Selangor. Sejak itu, suami menjalinkan semula hubungannya dengan merahsiakan kepada isteri. Kekasih lamanya ini sekarang berstatus janda anak dua kerana telah bercerai dengan suami lamanya.

Baru-baru ini, isteri menyedari hubungan yang begitu erat suaminya setelah isteri terbuka facebook suaminya secara kebetulan sewaktu suami tiada di rumah. Banyak perkara terbongkar, antaranya dengan membaca ayat-ayat cinta suaminya dengan wanita itu. Mengikut perbualan mereka dalam facebook itu, mereka pernah berjumpa beberapa kali di Kuala Lumpur.

Bila perkara ini terbongkar, berlaku pergaduhan antara suami dan isteri. Akhirnya suami mengaku kepada isteri, hendak mengambil wanita itu sebagai isteri kedua. Isteri tidak rela bermadu dan memberi syarat kepada suami supaya menceraikannya sekiranya ingin berkahwin lagi. Hidup isteri tidak tenteram dan pernah merujuk kepada seorang ustaz. Isterinya seakan kecewa kerana beranggapan ustaz ini menyokong suaminya supaya berpoligami dan menyuruh isterinya supaya taat kepada suami.

Minta pembaca memberi pandangan kepada masalah yang sedang dihadapi ini..... Buat masa sekarang suaminya belum berkahwin lagi tapi terus menjalinkan hubungan dengan kekasih lamanya melalui facebook dan telefon.
SILA BERI PANDANGAN.....

Ada Bonus!...Ada Bonus!

Tahun ini ada bonus atau tidak pada penjawat awam ? CEUPAC minta 2 bulan gaji, itu mintak saja, dapat belum tentu. CEUPAC kata, kerajaan kena beri bonus sebab ekonomi negara yang baik. Betul ker ekonomi negara semakin baik ? Kalau baik, baiklah. Tapi kalau ekonomi tak baik sangat, CEUPEC kata baik juga, kira CEUPAC tu mengampu lebihlah.

Pada saya, kalau dapat bonus, syukur alhamdulillah, dapat juga tambah simpanan saya untuk tahun ni. Kalau tak ada pun, alhamdulillah, bersyukur juga. Jangan disebabkan satu benda tak dapat, terus tak bersyukur. Sedangkan banyak benda kita dah dapat dengan bekerja kerajaan ni. Jangan lupa, selama ni kerja kerajaan dapat gaji, elaun khidmat awam, elaun rumah, Cola dan elaun lain lagi. Terbaru duit raya RM 500, saya pun dapat.

Ada orang kalau tak dapat bonus, dia kata tak ada duit untuk belanja anak sekolah. Kenapa pulak, untuk belanja anak sekolah dijadikan alasan untuk dapatkan bonus. Mana gaji selama ini ? Kerajaan tak pernah sebulan pun berhentikan gaji. Bulan 11 dan 12 kan ada gaji. Duit tu kan boleh buat belanja anak sekolah. Maksud saya, gaji kita itulah bonus untuk kita selama ini.

Atau... mereka ini duit gaji habis, sampai duit untuk anak sekolah tak ada, duit gaji habis. Lebih malang lagi, orang ini pakai kereta yang bayar bank mahal-mahal, ada rumah sendiri yang bayar bank dan ada buat pinjaman peribadi puluhan ribu. Beli kereta boleh.... beli rumah rumah boleh....beli rokok boleh....tapi belanja anak sekolah tak ada duit, harapkan bonus dari kerajaan saja. Kalau anda tergolong dalam orang yang seperti ini, anda menempah kegagalan dalam hidup.


ADUN Galas Meninggal Dunia, Pilihanraya Tak Dapat Elak

Alfatihah.....Ahli Dewan Undangan Negeri  PAS (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus, meninggal dunia di di Hospital Al-Islam, di sini jam 4.30 petang tadi.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim (PAS) berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh. Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, berkata beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian Allahyarham.

Isteri Kedua Dulu Kata Tak Kisah Jarang Jumpa, Dah Kawin Kisah Pulak

Masa saya kerja penguatkuasa dan pendakwa dulu macam-macam cerita menyiasat orang yang kawin dua ni. Yer le, pegawai penyiasat mesti tahu cerita lanjut, jadi kenalah tanya banyak-banyak.

Seorang tu kata, isteri muda dia sebelum kawin janji macam-macam. Lelaki ni umur 40-an dan ada isteri dan anak. Perempuan isteri keduanya pula, janda anak satu umur 30-an. Sebelum kawin, isteri kedua dia ni kata, kalau jumpa sekali sekali pun tak kisah. Maksudnya seminggu sekali ker, atau dua tiga hari sekali. Kedua, isteri muda janji tak bocorkan rahsia pada isteri pertama untuk tak meruntuhkan rumahtangga suaminya itu.

Suami sewakan satu pangsapuri untuk isteri dia duduk dengan anak kepada isteri ni yang masih tadika. Mula-mula isteri memang ikutlah apa yang dijanji tu. Tapi lepas sebulan dua, isteri kedua selalu bising-bising. Dia nak suami dia selalu tidur kat rumah dia selalu. Kalau asyik tidur kat rumah isteri tua, isteri muda mulalah merajuk dan bising-bising. Tak henti sms dan telefon, sampai telefon rumah pun dia tetefon. Kalau suami dia balik rumah dia, tak bising pulak. Lepas tu kalau suami jarang lagi balik rumah isteri muda, dia bising-bising lagi, suami cuma mampu pekakkan telinga.

Lagi satu yang suami tak tahan dengan isteri muda dia, bila isteri muda ugut nak beritahu isteri tua yang mereka dah kawin. Takut sangatlah suami kalau dengar ugutan begitu, tapi kalau balik ke rumah isteri muda, senyap pulak bab ugut-ugut ni. Itulah sebahagian dari kehidupan harian orang yang kawin dua. Ada banyak lagi, cukuplah satu dua bab jer kisah orang kawin dua ni.

Artis Veteran Khalwat Janda

Seorang penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an dan awal 1990-an memberi alasan datang berhari raya ketika dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah janda dipercayai kekasihnya di kuarters kerajaan di Presint 15, Putrajaya.

Artis berusia dalam lingkungan awal 50-an itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu premis itu pada kira-kira jam jam 11.45 malam.

Nak tahu siapa artis ini ?............Klik Sini

26 September 2010

"Kalau Ada Rezeki, Saya Nak Kawin Lagi Satu"

Satu hari tu, ada seorang ni terus terang, kata nak  kawin satu lagi. Katanya, dia dah cakap pada isteri dia dan isteri dia tergamam, rupanya suami dia serius  nak kawin dua. Isteri setuju ke tak setuju, suami nak kawin juga nampaknya.

Lelaki 52 tahun, isteri dia 39 tahun, anak 4 orang dah besar-besar. Lelaki ni kerja kampung saja tapi pendapatan bulanan dia dalam 8,000 sebulan. Itu belum kira sampingan-sampingan lain lagi. Sekarang, dia terpandang anak dara 21 tahun, berkenan pulak nak ambil jadi isteri kedua.

Bila lelaki ni jumpa saya, saya tak kata sokong ke tak sokong ker. Saya mintak dia buat permohonan dulu, nanti perkara ni akan dibawa ke mahkamah syariah.

"Mintak tolonglah ustaz, kalau ada rezeki, saya nak kawin lagi satu". Kata lelaki ni.

Sempat saya tanya, sebenarnya kenapa dia nak kawin lagi satu. Dia jawab,

"Isteri sekarang tak pandai bawak kereta, nak cari isteri baru yang pandai bawak kereta. Nanti senang boleh bantu saya memandu". Kata orang tu.

Chong Wei Kalahkan Lin Dan di Tokyo

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menundukkan musuh tradisi, Lin Dan 22-20, 16-21, 21-17 untuk merangkul kejuaraan kelapannya tahun ini dengan menjuarai kejohanan badminton Siri Super Terbuka Jepun di Tokyo, sebentar tadi.

25 September 2010

JPJ akan kemukakan cadangan mansuh saman ekor...Setuju! Setuju! Setuju!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperhalusi cadangan memansuhkan saman ekor sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan kata putus, kata Timbalan Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad.

Beliau berkata, pihaknya sedar penguatkuasaan peraturan saman ekor itu boleh mengundang pelbagai kesulitan kepada pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan akibat disenaraihitamkan.

Nak Kawin Cucu Tok Batin, 50 Persen Hantaran Tok Batin Punya

"Nak kawin cucu atok, hantaran 50 persen atok punya". Kata Batin Ogeh.

Begitulah cerianya berbual dengan Tok Batin Ogeh, Kampung Sungai Peroh, Kahang pagi tadi masa majlis ekspedisi dakwah di sana. Tok batin ni, kalau bab bersembang memang sedap didengar. Mula-mula saja jer dengki dia sembang-sembang, kata ada pegawai agama belum kawin lagi. Terus tok batin cakap macam tu.

 Entah ler, betul-betul ke tu, atau gurau-gurau. Yang pasti, kalau orang biasa masuk jumpa orang asli tentu faham.

Proton Saga Rentung di Jalan Masai-Kong Kong, Pasir Gudang

Kemalangan di Jalan Masai-Kong Kong, Pasir Gudang, Proton Saga rentung.

Didakwa Selepas Dedah Lokasi Perangkap Had Laju Polis Trafik

JOHANNESBURG - Seorang pengguna Twitter: di Johannesburg, Afrika Selatan didakwa atas kesalahan mengganggu perjalanan tugas polis berikutan tindakan lelaki itu mendedahkan maklumat lokasi perangkap laju polis trafik.

Jurucakap jabatan Polis Metropolitan Johannesburg, Wayne Minaar, tindakan lelaki yang menggunakan identiti @PigSpotter: itu dianggap keterlaluan kerana menghalang anggota polis menjalankan tugas menahan pengguna jalan raya yang melanggar peraturan.

"Maklumat yang disalurkan oleh lelaki itu melalui :Twitter: boleh menjelaskan keselamatan dalam masyarakat," kata jurucakap Kementerian Polis Afrika Selatan, Zweli Mnisi.

Menurut Minaar, lelaki terbabit yang tidak didedahkan maklumat dirinya didakwa atas kesalahan itu, semalam.

Sementara itu, :@PigSpotter: pula mengirim e-mel kepada wakil media CNN dan menceritakan bahawa tujuan utama dia menghantar maklumat lokasi perangkap laju polis trafik adalah untuk menghiburkan para pengikutnya di :Twitter:.

24 September 2010

Suami Mati Meninggalkan Hutang, Isteri Mati Meninggalkan Apa ?

Harimau mati meninggalkan belang.

Suami mati meninggalkan hutang.

Isteri mati meninggalkan apa ?  ........... (Tolong ler jawab)

Mana Ada Polis Kata Datuk Sosilawati Kena Rogol


Polis hari ini menafikan laporan media yang mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan mangsa pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dirogol.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin dalam satu kenyataan di sini menafikan laporan itu, yang disiarkan di muka depan dua akhbar harian semalam bertajuk ‘8 suspek jalani ujian sperma: Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati dirogol’.

Suspek Utama kes Bunuh Datuk Sosilawati Kata, Dia Tak Bunuh

Suspek utama kes pembunuhan Datuk Susilawati kata, mereka tidak terbabit dalam kes pembunuhan berkenaan.  Peguam mereka, D P Vijandran, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya selepas beliau bertemu dengan mereka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), petang semalam.

Dalam pertemuan itu, mereka menafikan terbabit dalam pembunuhan kejam membabitkan empat individu termasuk seorang jutawan kosmetik. Kata peguam berkenaan, selagi kes ini belum dibawa ke mahkamah dan sehingga hakim memutuskan siapa yang bersalah, anak guamnya tidak bersalah.

23 September 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 43

Syira berfikir panjang juga sama ada hendak serah hadiah yang Yanti kasi itu pada Man atau tidak. Kalau dikasi, belum tentu Man gembira menerimanya, fikir Yanti. Lagi pun, kalau nak kasi pun, kena tunggu man balik kampung atau Yanti ke JB. Maka didiamkan saja cerita hadiah tu dan sisimpan baik-baik dalam almari bajunya tanpa pengetahuan ibunya.

Man hairan kenapa Ustaz Khalil sudah lama tak datang ke kedainya. Fikir Man, mungkin Ustaz Khalil ada merajuk pada pertemuan terakhir itu. Man tanya Aboi, ada ker nampak Ustaz Khalil, Aboi pun kata dah lama tak datang. Jadi tandatanya besar pada Man juga. Man nak telefon Ustaz Khalil macam tak sesuai, lagi pun Man rasa mungkin Ustaz Khalil boring nak dengar cerita Man yang tak sudah sudah itu. Lagi pun, Man kata keputusannya berpisah dengan Yanti adalah muktamad. Tapi Man tetap rasa ada suatu yang tak kena dan dia perlu jumpa Ustaz Khalil lagi lepas ni.

Yanti terus memecut keretanya tapi jalan sedikit sesak kerana banyak kereta dari Seremban ke tol Sungai Besi. Dalam pukul 4.00 petang, Yanti selamat tiba di hospital, terus pergi ke bilik ayahnya setelah menelefon kakaknya Azizah untuk mendapat alamat dan bilik yang tepat. Yanti buka saja lif tingkat tiga, bila buka, dilihatnya kakaknya bersama anak kakaknya itu.

"Kak, bagaimana keadaan abah ?" Tanya Yanti.

Seakan soalan itu tidak terjawab, Azizah terus membawa Yanti ke bilik ayahnya ditempatkan. Ibu Yanti menyambut dengan memeluk Yanti. Yanti menangis, seolah menyesal kerana dalam adik beradik, dia yang paling lewat sampai. Di bilik itu juga ada abang sulungnya Kamal, Yanti bersalaman dengan Kamal dan kakak iparnya. Alhamdulillah, ayah Yanti sudah boleh buka mata walaupun masih menggunakan alat pernafasan. Yanti diberitahu, ayahnya patah tangan sebelah kanan akibat terjatuh dan terkena sinki bilik air. Darah ayahnya meningkat tinggi. Ayah Yanti cuma mampu membuka mata dan kelihatan gembira melihat kehadiran Yanti.

Yanti sedih, dia anak bungsu dalam adik beradik dan dia adalah anak kesayangan bapanya itu. Dulu hampir ke mana-mana ayahnya pergi termasuk ke kedai, bersiar-siar, pasti Yanti yang dibawanya berbanding adik beradik lain. Segala kehendak dan kemahuan Yanti, ayahnya tunaikan, termasuk kereta Satria Yanti ayahnya belikan waktu menuntut lagi di universiti. Cuma yang Yanti sedihnya, dua perkara besar dalam hidupnya, ayahnya menentang iaitu hasrat Yanti nak belajar ke luar negara setelah dapat tawaran dan juga untuk Yanti berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Sekarang, usia ayahnya, Yanti rasa sudah tidak panjang lagi, ayahnya sedang terlantar sakit dalam usia 70-an. Yanti memangis teresak-esak sambil memegang tangan bapanya. Hati Yanti terus berkata, bahawa Yanti memaafkan apa yang telah bapanya lakukan sehingga Yanti terasa hati sangat. Yanti maafkan bapanya sekiranya bapanya ada buat salah pada anaknya itu. Sebagai anak juga Yanti harap segala dosa dan kesalahannya pada bapanya, semoga bapanya sempat maafkannya. Yanti rasa, sebagai anak, dia banyak buat ayahnya terasa hati dan gagal ambil hati bapanya.

Paling Yanti kesal kerana sejak dia bekerja, dia dan bapanya sudah semakin jauh dan ada kerenggangan. Lebih lagi apabila bapanya menentang perhubungannya dengan 'Man Burger', jejaka pilihannya itu. Yanti sedar, semua ini adalah kemahuan Yanti sendiri yang ingin membalas dendam  kerana halangan dari bapanya itu. Yanti tetap mempunyai sangkaan buruk pada bapanya dan menuduh bapanya merancang pertukarannya dari JB ke KL. Air mata Yanti tidak boleh berhenti mengalir, sedih kerana perasaan Yanti yang terbuku di hati. Ayah Yanti yang melihat Yanti menangis, turut mengalirkan air mata, jatuh membasahi alat bantuan penafasannya. Ibu Yanti membantu mengesat air mata dengan tuala dan ibunya menenangkan Yanti.

Ke mana perginya Fuad, abang kedua Yanti. Fuad, isteri dan anak-anaknya pergi makan seketika di tingkat bawah dan belum mengetahui kehadiran Yanti. Selesai makan, Fuad naik ke bilik bapanya dan terkejut melihat Yanti sudah ada di situ. Bila Yanti melihat Fuad, mukanya berpaling ke tempat lain, kemudian segera hendak keluar dari bilik itu. Dia ada suatu perasaan yang kurang senang terhadap abangnya itu. Sebaik hendak melangkah keluar dari pintu, Fuad menengkin Yanti.

"Yanti...dah puas hati kau buat abah sampai jadi begini! Sekarang baru nak datang tengok abah, dulu kenapa taknak balik rumah jenguk abah!" Tengking Fuad.

Suasana sudah bertukar menjadi hingar bingar dengan jeritan yang sangat tak sesuai berlaku di hospital. Azizah dan Kamal turut menyampuk.

"Fuad! Kenapa cakap macam tu, inikan hospital". Kata Azizah

"Bertenang Fuad! Jangan nak mulakan pertengkaran di sini". Kata Kamal.

Yanti sudah tak tahan, perasannya sudah tak dapat dikawal lagi. Secara spontan, tangannya menolak meja dekat pintu keluar dan terjatuh gelas dan pinggan makan. Mujurlah gelas dan pinggan itu bukan kaca tapi semacam zink. Keadaan itu menyebabkan keadaan semakin kecoh dan tidak terkawal, seakan ada pergelutan.

"Tidak, Fuad bukan lagi abang Yanti! Samseng dan kaki pukul bukan abang Yanti !......Tidak!... Tidak!" Yanti terus meninggikan suaranya.

"Apa ? Samseng ? Kaki pukul ?..... Anak sial, tak mengenang jasa mak ayah! Kerana Mat Burger tu kau sanggup buang mak ayah dan adik beradik. Pergi berambus dari sini Yanti..... pergi berambus !" Kata Fuad lagi. Sambil tangannya menunjukkan arah keluar supaya Yanti pergi berambus segera.

Fuad semakin hampir kepada Yanti seolah-olah mahu memukul atau menampar Yanti. Abangnya Fuad menghalang, mengadap Fuad dan Yanti di belakangnya. Tangan Kamal memegang tangan Fuad.

"Sudah, sudah. Fuad, Yanti.....inikan hospital. Kita kan tengah melawat abah sakit ni. Kenapa perlu bertengkar". Kata Kamal.

Tak lama kemudian, datang tiga orang pengawal keselamatan ke bilik itu kerana mendapat tahu, ada kekecohan berlaku. Azizah membawa Yanti keluar dari bilik itu dan menenangkan Yanti yang terus teresak-esak menangis.

Bagaimanapun, kehadiran pengawal itu sedikit pun tidak menggentarkan Fuad untuk terus membuat kecoh di situ. Fuad terus pergi ke arah Yanti dan terus mengeluarkan kata-kata yang menyakiti Yanti.

"Tak apa Yanti, sebab Mat Burger sial tu, kau sanggup buang keluarga sendiri. Tak apa, kau tengoklah nanti apa kesudahan hidup kau, perempuan tak guna !" Kata Fuad.

Fuad sebenarnya amat terasa dengan perkataan samseng dan pembunuh itu. Apatah lagi perkataan itu diucapkan di depan adik beradik lain termasuk isteri Fuad sendiri. Kalau betul Fuad kaki pukul, dia tak pernah tunjukkan depan keluarga sendiri, lebih lagi isteri dan anak sendiri. Fuad sudah semakn hilang sabar dengan Yanti, nak saja dia penampar mulut Yanti semahunya tadi. Nasib baik abangnya Kamal menghalang tadi.

"Sabar Yanti, sabar". Kata Azizah dan terus menemani Yanti ke bawah meningalkan Fuad dan lain-lain.

Yanti terus menuju ke  keretanya dan cuba menghidupkan enjin tetapi dihalang Azizah, hanya sempat membuka pintu saja. Tapi Azizah berjaya merampas kunci kereta Yanti dalam usahanya menghalang Yanti memandu dalam keadaan macam tu. Yanti tetap masuk ke dalam kereta dengan menghempas pintu kereta dengan kuat. Tangan Yanti memukul mukul stereng kereta dan membaling kotak tisu dan alat pewangi lalu jatu ke bawah kerusi. Azizah memerhatikan saja dari luar dan mengharapkan Yanti akan kembali tenang sebentar lagi.

Di bilik rawatan, semua yang hadir termasuk mak dan adik beradik sungguh kecewa terhadap apa yang berlaku. Ayah Yanti yang terlantar di katil itu sebenarnya sedar, mendengar dan melihat di depan matanya tadi keadaan anak-anaknya yang bercakaran. Amat tidak sesuailah bergaduh di situ, hancur lebur hati seorang ayah. Pernafasan bapanya terus tidak menentu dan mak Yanti memanggil jururawat untuk memeriksanya.

Kemudian, doktor dipanggil ke situ dan doktor mengarahkan pengawal keselamatan tidak membenarkan orang lain melawat bapa Yanti kecuali ibu Yanti. Pengawal keselamatan menutup pintu dan berkawal di depan pintu, melarang orang lain melawat tanpa izin doktor. Ini menimbulkan kemarahan dan protes dari anak-anak terutama Kamal dan Azizah dan bertemu doktor semula. Doktor tetap melarang orang lain melawat semasa ayahnya belum pulih sepenuhnya supaya kesihatan bapanya tidak terganggu dengan perkara lain.


Kampus Baru Universiti Islam Antarabangsa di Pagoh


GOMBAK: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengumumkan pembinaan kampus baru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Pagoh, Muar, Johor, yang dijangka akan beroperasi pada 2012.

Harimau Mati Meninggalkan Belang, Suami Mati Meninggalkan Hutang

Berlaku satu kisah, seorang bekas tentera, sudah pencen dan dapat duit pencen dalam RM 700 sebulan. Suami kemudiannya meninggal dunia dan meninggalkan isteri dan anak-anak yang ramai juga. Bila suami meninggal, ingatkan duit pencen tu dapat menampung keluarga terutama anak-anak yang masih kecil dan bersekolah.

Rupanya sebelum meninggal, suaminya itu ada hutang dengan ceti haram atau along dalam RM 40,000 lebih. Semua pencen suaminya itu habis diambil oleh along ini, tak tinggal satu sen pun. Pembayaran pula tak diketahui bila akan habisnya. Isterinya itu datang ke pejabat Kadi, kalau-kalau boleh beri bantuan duit baitulmal.

Badrul Muhayat, Julia, Sah Bercerai Talak Satu

Pelakon serta model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani disahkan bercerai dengan isterinya Julia Daud, talak satu.

Di dalam hukum Islam, penceraian merupakan sesuatu yang dilaknat oleh Islam tetapi diharuskan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.

PerkaraSyarat
SuamiBerakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri
IsteriAkad nikah sah
Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya
LafazUcapan yang jelas menyatakan penceraiannya
Dengan sengaja dan bukan paksaaan


PerkaraSyarat
SuamiBerakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri
IsteriAkad nikah sah
Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya
LafazUcapan yang jelas menyatakan penceraiannya
Dengan sengaja dan bukan paksaaan

Kenapa Tak Makan Daging Itik ? Kembang Tekak Ker ?

Semalam ada rombongan jiran-jran datang raya kat rumah. Saya masak sendiri itik dan ayam panggang, selain mee goreng dan nasi lemak. Ini mereupakan kali pertama saya masak itik, lepas chef Aiman Pang, saudara baru ajar dan tengok dapur apollo saya. Tapi itik cuma seekor, tak banyak, ayam 5 ekor.

Mulanya saya banyak kali fikir,  nak hidang pada tetamu daging itik ni kena fikir baik-baik. Bimbang nanti tetamu tahu itu itik, habis semua makanan dia tak makan. Agaknya kalau dah kembang tekak, daging ayam pun dia orang tak makan. Sebab tu, saya masak seekor jer.

 Teringat Muncung Itik ?

Betul juga apa yang saya sangka, seorang yang datang awal tu, dah anak 3, belum pernah seumur hidup dia makan daging itik. Saya suruh dia rasa, dia taknak. Tapi saya macam paksa dia juga, cakap itik tu sedap dan lebih sedap dari ayam. Barulah dia cubit sikit dan takut-takut nak masuk mulut, tapi lepas tu keluar dari mulut dia balik. Lepas tu ambil cili sos dan baru boleh makan semula. Saya tanya, kenapa, ada rasa tak sedap ker ? Dia kata, bukan tak sedap, cuma terbayang muncung itik yang tergantung kat kedai-kedai tu.

Itik Menyudu Longkang ?

Maknanya, orang kita makan itik terbayang macam-macam. Saya pulak, ni kali ketiga saya makan itik ni. Sebelum ni kat kedai Sabri Hoi, saudara baru yang dah pindah Shah Alam tu. Mulanya saya pun kembang tekak jugak, teringat itik tu tengah menyudu longkang kat belakang rumah orang. Eeeeeeee... Sekali fikir, apalah orang kita ni, termasuk saya terbayang perkara yang bukan-bukan.

Masa Jamuan

Masa jamuan tu, saya tak keluarkan daging itik dulu dan tak beritahu pun ada daging itik. Cuma keluarkan daging ayam panggang jer. Tak lama lepas tu saya tanya, nak ker daging itik. Ramai yang kata nak, sampai yang letak semula daging ayam pun ada. Saya pun keluarlah, ramai yang makan. Habis terus itik tu, ramai yang suka pulak. Dah habis tu, ramai yang tanya lagi. Menyesal juga masak seekor jer, tak cukup rupanya. Daging ayam tak habis dan tak laju macam tu.

Rumah Pegawai Bank CIMB, Noorhisham Kena Simbah Cat Merah

KUALA LUMPUR: Kediaman Noorhisham Mohammad, 38, seorang daripada mangsa yang dibunuh bersama jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya disimbah cat merah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan kejadian itu berkata ketika kejadian keluarga pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru tiada di rumah. Difahamkan, isteri dan anak-anak Noorhisham pulang ke Johor Bahru sejak Ahad lalu. Laporan polis mengenai perkara itu dibuat oleh seorang anggota keluarga Noorhisham di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada jam 9 malam setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran mereka.

Seorang lelaki membuat laporan polis dan memberitahu rumah tiga tingkat milik Allahyarham Noorhisham di Taman Seraya, Ampang disimbah cat merah di halaman rumahnya (lantai), katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Jalil berkata, polis percaya kejadian itu bukan disebabkan unsur dendam tetapi lebih kepada tersilap sasaran dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.


22 September 2010

Kes Rogol, Padah Buat Sex Dengan Perempuan Bawah Umur

Dua lelaki yang ditemui bersama tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini, hari ini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol gadis bawah umur. Lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu yang berasal dari Kampar dan Teluk Intan, Perak, ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka ditemui bersama remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, serta teman sebaya, Suhaili Abd Razak dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lepas dan ditemui dalam sebuah flat di sini, semalam.

Berdasarkan keterangan tiga remaja wanita terbabit, mereka mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki itu ketika berada di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali, Pulau Pinang. Hasil pemeriksaan di Hospital Pulau Pinang mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan tiga remaja perempuan terbabit dan polis kini sedang menjalankan siasatan.

Misteri Kehilangan Jutawan India Terjawab, Mati dibunuh Juga

Polis mengesahkan ahli perniagaan warga India Allal Kathan Muthuraja yang dilapor hilang sejak awal tahun ini telah dibunuh. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis kini menyiasat kes kehilangan lelaki berusia 34 tahun yang tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Anak Perempuan Nak Kawin, Wali Pula Kena Penjara Kesalahan Khalwat

Ada satu kes di Kluang, pegawai pejabat Kadi terpaksa ke penjara Kluang untuk bertemu bapanya kerana anak perempuannya nak bernikah tak lama lagi. Anak perempuan ini akan bernikah tak lama lagi. Bapanya masih ditahan di penjara Kluang kerana kesalahan khalwat dan dijatuhkan hukuman penjara oleh hakim Mahkamah Syariah. Bapanya sebagai wali pernikahan, akan keluar awal tahun depan sedangkan tarikh pernikahan anaknya itu sudah dirancang pada hujung awal bulan November.

Terfikir juga saya, waktu majlis nanti, keluarga dan sedara mara dari kedua pihak pasti tertanya-tanya dan berbisik-bisik kerana ketidakhadiran bapanya pada majlis akad nikah nanti. Sedih juga bapanya nanti, tak dapat hadir ke majlis perkahwinan anak kandungnya. Dengarlah dia lagu 'dendang perantau' dalam penjara', itu pun kalau dapat dengar radio.

Simpati juga kita dengan keluarga ini, tapi itulah kesalahan yang bapanya lakukan sehingga anak dan ahli keluarga juga turut terasa malu dengan perbuatan bapanya itu.

Tauke Mercun Yang Anak Mati Meletup, Kena Penjara

Bapa kepada Khairul Arif Ayub, 6, kanak-kanak yang terbunuh dalam kejadian letupan mercun di Kampung Makam Lama, Cabang Tiga di sini dihukum penjara 12 bulan atas kesalahan memiliki bahan letupan terdiri dari mercun dan bunga api.

Majistret Nor Azizah Yusof memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh, Ayub Abd Rahman, 29, bermula dari tarikh sabitan hari ini. Ayub, seorang buruh, didakwa memiliki mercun dan bunga api di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Seri Nilam, Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, di sini, pada jam 3 petang 22 Ogos lalu. Sabit kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) itu, tertuduh boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Kata Majistret, kesalahan yang dilakukan tertuduh itu adalah serius kerana melibatkan kematian kepada anak tertuduh dan kecederaan parah terhadap dua mangsa. Dalam kejadian letupan pada 12.30 tengah hari itu, Khairul Arif maut selepas dikatakan tercampak ke atas pokok setinggi 15 meter akibat letupan itu dan mengalami kecederaan parah di kepala. Manakala dua pemuda Mohd Asrizan Muda, 22, dan Mazlan Abdullah, 29, turut mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.

Ini Lari Dari Rumah Kan ? Bukan Kena Culik Kan ?


Ini kes yang mak dia report hilang tu kat Perak. Sendiri nilailah ini kes apa.... Lepas ni nak buat lagi ke tak ?

Seronok Betul Kawan Saya Dapat TV Plasma Free...

Baru ni jumpa kawan saya, dia kata nak pegi ke satu tempat di JB, nak ambil tv plasma free sebab menang cabutan bertuah. Seronok betul dia,kalau beli sebiji tu dalam RM 3,000, ni dapat free jer. Dia gi JB bawak mak dia sekali, masa bulan puasa tu.

Bila dia pegi tempat tu, betullah kedai jual alat letrik. Bila dia tunjukkan kad yang dai menang tu, orang tu ucap tahniah dengan dia. Orang tu kata dia kuat sembahyang, sebab tu dapat hadiah mahal. Orang tu tunjukkan tv yang dia menang tu, siap cuba semua sekali, seronok betul kawan saya tu. Orang tu cerita terus tak berhenti, macam ada skrip saja.

Rupanya, kalau nak dapat free tv tu, kena beli alat letrik lain dengan harga RM 5,000. Saya tanya alat letrik apa, kawan saya tu tak boleh jawab sebab masa tu tengah bengang sangat, tak kisah pun alat letrik yang ditawarkan tu. Dia terus keluar jer, buang masa dekat sejam kat kedai tu. Dah tu dari kampung minyak kereta dan tol berapa kena, jangan ceritalah.

Tergelak juga saya dengar cerita, dia pun tergelak gak. Mula dia tak percaya sangat, tapi adik perempuan dia yang beriya-iya benar buatkan dia percaya. Masa balik tu, dalam kereta, adik dia tak kata apa-apa pun, diam dah malu muka.

21 September 2010

Waduhhh....Sukarnya mendapatkan Bibik Indon Lagi

Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar, hari ini melarang rakyatnya untuk pergi bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah. Selain Malaysia, Kuwait dan Jordan juga dibekukan.




 

Boleh Ker Nikah Sekarang, Tapi Tarikh dikebelakangkan 7 Bulan ?

Seorang bapa umur 50-an masuk ke bilik saya dengan anak perempuannya dalam umur 20-an. Nak uruskan pernikahan anaknya itu, kalau boleh disegerakan. Ok ler, nak nikah cepat tu ok ler, janji ikut prosedur, cepat tu tak le cepat sangat.

Tapi lepas tu bapa dia berbisik dengan saya... Apa dia ? Bapa dia minta tarikh nikah dikebelakangkan, kalau boleh, letak tarikh awal tahun 2010. Rupanya anak dia tu dah mengandung 7 bulan sekarang. Saya diam jer dan senyum.

"Minta maaf tuan, kita tak boleh pinda tarikh nikah". Jawab saya ringkas.

Lepas tu dia tersipu-sipu, mungkin malu dan keluar dari bilik saya.

Pasangan ditangkap Khalwat Nak Nikah Cepat


Seorang seorang penjawat awam akan dituduh di mahkamah Syariah Kluang tak berapa lama lagi atas kesalahan khalwat. Dia ditangkap kira-kira 2 bulan lepas di sebuah rumah di Kluang bersama seorang wanita janda. Lelaki ni duda, umur lewat 30-an manakala wanita awal 30-an.

Dia nak nikah cepat sebelum kes dia dituduh di Mahkamah. Ok ler, nak nikah tu boleh, kalau betul dan ikut prosedurnya. Tapi masalahnya,  dia merayu supaya gugurkan kes dia atas alasan dia dah nikah. Bab nak merayu-rayu ni mintak maaf bebanyaklah, saya tak mahu campur. Itu kuasa pendakwa syarie, bukan kuasa saya.

Nak beritahulah juga, dulu masa saya jadi pendakwa syarie, memang tak suka orang masuk campur dan rayu-rayu kes macam ni. Kalau nak merayu, rayu di mahkamah sajalah. Orang ni kena faham, dia ditangkap sebelum nikah lagi. Patutnya nak duduk serumah macam tu, nikah dululah.

Suara Misteri Minta Tolong di Lokasi Pembunuhan Datuk Sosilawati ?

Sebuah akhbar harian yang saya baca pagi ni, cerita seseorang yang mendengar suara misteri 'tolong, tolong, tolong' di lokasi disyaki tempat pembunuhan Datuk Susilawati. Suara apa ini ? Kata akhbar ini, suara itu didengar hampir setiap hari oleh anggota polis yang bertugas di situ. Betul ker cerita ini, atau .... ?

Tembak Kawan Sendiri Masa Memburu, Menakutkan

Dulu masa kecil-kecil, duduk kat Pahang, banyak juga cerita kawan tembak kawan sendiri masa memburu. Cedera parah kena tembakan peluru penabur. Ingat juga dulu ikut ayah saya pergi melawat orang ni yang kena tembak, ayah saya ada tanya beberapa soalan. Antaranya, ayah saya tanya macam mana boleh tertembak. Orang tu kata, masa dia tembak, dia nampak orang yang dia tembak tu macam rusa. Ishhh.. entah betul ke tidak, tak tahulah. Dulu kecil-kecil, percaya ajalah.

Sebuah akhbar harian hari ni cerita satu peristiwa di Maran Pahang, sana hutan tebal dan semulajadi. Seorang kakitangan RISDA Maran parah selepas terkena tembakan  ketika memburu di hutan simpan Kemasul, Lanchang, Temerloh, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 5.10 petang, mereka dari Sungai Luit, Maran bersama lapan rakannya  dikatakan memburu landak di hutan itu. Mereka berpecah kepada tiga kumpulan dan ketika berburu, ternampak pergerakan di hadapannya yang disangka binatang buruan lalu melepaskan tembakan menggunakan senapang patah miliknya.

Menakutkan cerita ni, pergi berburu ni bukan boleh buat main terutama dengan gunakan senjata api.

20 September 2010

Antara Umur Persaraan 60 Tahun dan Potong Gaji PTPTN

Saya anggap, cadangan sesuatu pihak untuk lanjutkan umur persaraan penjawat awam ke 60 tahun dan potong gaji peminjam PTPTN ada hubungkait juga.

Ada juga betulnya, kalau lanjut umur dari 58  ke 60, peluang siswazah nak dapat kerja tertutup selama dua tahun. Kalau tak dapat kerja atau susah nak dapat kerja, bagaimana nak potong gaji mereka ? Kajian perlu dibuat, berapa ramai siswazah menganggur atau kerja tak sesuai dengan kelulusannya semasa kerajaan melanjutkan umur persaraan dulu dari 56 ke 58.