Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

31 Oktober 2010

Alamak....Jumpa Kekasih Lama Dalam Facebook, Bercinta Semula


"Ustaz..Saya seorang lelaki 30-an. Saya bertemu semula kekasih lama waktu belajar di universiti dulu. Sekarang saya dah berkahwin dan mempunyai 3 anak. Sudah hampir 10 tahun tak dengar berita, kemudian bertemu semula dalam facebook dengan bekas kekasih sama-sama satu universiti dulu. Dia sekarang sudah kawin dengan lelaki pilihannya dan punyai 2 anak.

Masalah saya ustaz.... kami seakan jatuh cinta semula. Saya cuba nak elakkan tapi macam tak berjaya. Cuma sembang dalam facebook dan tak lebih dari itu. Apa pendapat ustaz ? Bagaimana nak mengawal perasaan saya ?".

Ulasan:

Ini satu email dari pembaca saya. Pembaca lain tolonglah jawab, terutama yang pernah mengalami cerita macam ni.

Pemandu Bas Kemalangan Genting Sempah Karak Mohon Maaf

Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 38 Genting Sempah yang meragut tujuh nyawa Jumaat lalu, hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak, terutama keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu.

Menyesali dan mengakui kesilapannya, pemandu bas berusia 36 tahun itu mendakwa kemalangan ngeri itu berpunca daripada brek bas yang rosak.

 "Saya minta maaf kerana saya dah buat kesalahan, tapi saya tak boleh buat apa-apa kerana brek bas tak ada," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala
Lumpur (HKL), hari ini.

Kelantan Juara Piala Malaysia Lepas Gomo Negeri Sembilan

Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010 apabila tewaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

30 Oktober 2010

Video Ribut Arau Perlis 28 Oktober 2010

Video ini dikeluarkan dari blog ini kerana server boleh jadi lambat.
Klik Sini untuk terus ke youtube.

Sesungguhnya Allah Maha Besar.......

Gomo Kelate Gomo... Kelate Gomo Ker, Kelate Kena Gomo ?

Nak tahu jawapannya, tunggulah Piala Malaysia malam ni. Saya pulak malam ni 8.30 mlm ada Forum Ehwal Islam di Surau Jasa Sepakat, Kampung Melayu, Kluang bersama Dato Hj Nooh Gadut dan Ustaz Sulaiman Maidin. Tak dapatlah menonton.

Gaduh Dengan Bini Sampai Nak Bunuh Diri, Mengucaplah

 Niat seorang lelaki untuk terjun dari sebuah jambatan ke Sungai Batu Pahat terbantut apabila ahli keluarganya berjaya mententeram dan menghalangnya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, polis menerima laporan berkenaan kira-kira jam 11 pagi dan pihaknya bergegas pergi ke tempat kejadian. Menurutnya, lelaki berusia 58 tahun itu dipercayai tertekan akibat perselisihan faham dengan isterinya lalu bertindak untuk terjun dari jambatan berkenaan.

Pemandu Bas Kemalangan Genting Sempah Karak Tak Ada Lesen Rupanya

Pemandu bas yang mengakibatkan tujuh orang maut dalam satu kemalangan di Km38 Genting Sempah dekat sini malam tadi, didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar, berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan kepada polis mengenai perkara tersebut. Che Husin berkata, pemandu tersebut yang patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditahan polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian.

Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit dengan kesalahan.

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 54


Bukan susah untuk Yanti cari Hotel Grand Continental JB, dia dah biasa lalu lalang di situ. Yanti letak kereta di bahagian atas. Yanti mendaftar diri pada urusetia kursus dalam pukul 3 petang dan diberikan bilik katanya berdua tapi waktu tu baru Yanti seorang saja dalam bilik tu. Tak kisah Yanti siapa teman sebiliknya sebab Yanti seorang, tak ada kawan.

Masa ketiadaan Yanti di rumah, Azizah kerap ke rumah bapanya terutama waktu malam dan balik kerja. Kalau harapkan ibunya seorang, bimbang juga. Ayah Yanti nampaknya dah beransur pulih, hanya tangannya saja yang masih belum kuat. Berjalan perlahan-perlahan dalam rumah sudah boleh, tapi masih lemah. Suatu yang mengejutkan, ketiadaan Yanti itu diambil peluang oleh Fuad untuk menziarahi bapanya. Yer, sejak Fuad kemalangan, dia tak pernah melawat bapanya. Sudah tentu Fuad rasa tak mahu bertemu Yanti yang dah pindah ke rumah bapanya.

Fuad bukan sihat macam dulu. Dia sekarang terpaksa bertongkat dan dipapah oleh isterinya. Fuad menangis sambil bersalaman dengan bapanya tanpa mengeluarkan kata-kata. Azizah, ibunya dan isteri Fuad turut sedih melihat keadaan Fuad sebegitu. Terfikir juga, bagaimana kalau Yanti ada di situ pada waktu itu. Adakah mereka adik beradik akan berbaik semula. Pada Azizah, yang sudah-sudahlah, bergaduh panjang-panjang adik beradik ni tak akan ke mana, bisik hati kecil Azizah.

Syira ada semacam tak kena, terutama bila teringatkan Man. Lebih lagi waktu itu Syira fikir yang Yanti ada di JB. Syira rasa nak saja aturkan pertemuan Man dan Yanti di JB. Syira rasa, mak dan ayahnya sudah boleh menerima Yanti dalam keluarganya seperti mana mereka makan bersama di supermarket itu. Meronta-ronta perasaan Syira untuk berusaha merapatkan semula Yanti dan abangnya.

"Nizar, esok pagi kita pergi JB rumah abang Man nak tak ?" Tanya Syira pada Nizar malam tu.

"Pergi JB ? Boleh juga. Tapi mak kasi ker ?" Tanya Nizar semula.

Nizar sebenarnya seronok di JB, dapat juga duit bantu Man jual burger dan kehidupan di bandar ni menyeronokkan bagi Nizar.

"Tak apa Nizar, nanti kakak cakap pada mak". Kata Syira.

Alasan yang diberikan pada ibunya iaitu untuk membeli barang keperluan di JB sebelum masuk universiti meyakinkan ibunya. Ibunya mengizinkan tapi pesan ibunya janganlah lama-lama di JB, bimbang juga ibu di kampung. Jadi bersiaplah dengan beg pakaian masing-masing untuk naik bas esok pagi. Cuma hasrat itu tidak diberitahu pada Man malam tu. Syira fikir, kalau Man ada di rumah, boleh tidur di rumah Man. Kalau tak ada pun, masih sempat naik bas balik kampung hari yang sama.

Syira teringat kata-kata Yanti tadi pasal jodoh Man dan Yanti. Yer betul, jodoh itu ketentuan Ilahi, Syira tak nafi. Sesekali ada juga rasa hati Syira memarahi Man. Iaitu kenapa terus membisu dan tidak menghubungi Yanti lagi. Kalau tidak pun, kenapa abang Man tak berterima kasih pada Yanti yang sudah menyumbangkan wang ringgit RM 10,000 untuk pembedahan Man dulu. Syira percaya yang Man belum pulangkan duit itu pada Yanti. Jadi, kalau esok, kalau berjaya Syira mempertemukan semula Man dan Yanti, ada banyak yang dapat diselesaikan.

Kalau Yanti kata jodoh Yanti, biar Yanti yang fikirkan, orang lain tak payah fikir, tak apa. Syira ada alasan lain nak pertemukan Man dan Yanti. Antaranya kalau boleh Man pulangkan semula wang RM 10,000 itu. Itu pun kalau Yanti tak kecil hati, kalau Yanti kecil hati nanti susah juga. Syira faham, kalau dia berada di tempat abang Man atau Yanti, ada banyak perkara yang menyukarkan hubungan mereka.

Tak apa, malam tu Syira tidur lambat walaupun sudah masuk bilik dan tutup lampu bilik awal. Syira nak kan yang terbaik dalam hidup abang Man, sebagai membalas jasa abangnya. Syira sedih, dalam kegembiraan dia, Nizar dan mak ayah kerana kejayaan dalam SPM dan STPM, kenapa Man saja yang masih belum gembira ?

Malam tu juga, Yanti tak ada program yang ketat sangat. Sekadar makan-makan dan sesi suaikenal dengan peserta kursus lain. Yanti sebilik dengan seorang pegawai dari Kelantan yang sudah berkahwin, umur sebaya dengan Yanti. Dalam jam 9.00 malam, tak ada apa-apa program lagi dan sudah boleh balik ke bilik. Perasaan Yanti sungguh kuat untuk keluar bersiar-siar melihat suasana malam di JB. Yang paling kuat adalah untuk pergi melihat gerai Man dari jauh. Tempatnya tak jauh sangat, dan tak ambil masa yang lama untuk sampai. Hasrat untuk bertemu Man atau menelefon Man, tidak sama sekali, desak hati kecil Yanti.

Selama ini Yanti sudah lontar dan buang Man Burger dalam dirinya jauh-jauh.... Yanti sudah berjaya melakukan semua itu berbulan-bulan malah hampir setahun juga dan berhasil. Tapi malam itu, suasana sejuk di bilik hotel itu telah menyentap perasaannya untuk mengintai ke gerai Man. Yanti akhirnya keluar dari hotel seorang diri setelah kawan sebiliknya tak mahu ikut sama sebab keletihan  perjalanan yang jauh. Bila Yanti start saja kereta, dia terfikir balik, adakah dia perlu keluar malam itu ?....Atau dia masuk ke bilik semula menonton tv ?

Masa Yanti masukkan gear keretanya, Yanti baru sedar yang dia perlu ke kaunter hotel semula untuk mendapatkan bayaran percuma letak kereta. Yanti mematikan semula keretanya dan turun ke bawah di lobi hotel. Selepas selesai urusan itu, Yanti menuju ke lif semula. Tapi kini hasratnya untuk mengimbas kenangan lama ke tempat Man sudah mulai kendur. Tiba-tiba saja perasaannya berubah. Jam pun sudah menunjukkan jam 9.30 malam dan rasa mengantuk dan malas pun muncul. Adakah dia perlu keluar juga, atau balik ke bilik saja ?

Bagaimana kesudahan cerita ini ?


Program Cari Jodoh Perlu Sekarang ? Tunggu Bila Lagi

TAIPEI: Seorang ahli Parlimen Taiwan mencadangkan percutian 'cari jodoh' kepada kakitangan kerajaan bagi meningkatkan kadar perkahwinan dan kelahiran di pulau terbabit. Lin Hung-chih menyarankannya kerana ramai kakitangan awam bujang. Dengan cara bercuti dua hari setahun dibiayai kerajaan mereka boleh menyertai aktiviti mencari jodoh, katanya.

Pasangan Taiwan yang berkahwin mencatat rekod paling rendah iaitu 117,099 pada 2009 merosot kepada 24.4 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kadar kelahiran di pulau itu juga antara paling rendah di dunia. Hanya 191,310 bayi dilahirkan tahun lalu. – AFP

Elaun Guru Takmir Naik dari RM 40 ke RM 100 Mulai Januari


Kerajaan akan menaikkan elaun guru takmir di seluruh negara daripada RM40 kepada RM100 berkuat kuasa tahun depan, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Abdul Halid Sintol.

Kemalangan Maut Genting Sempah, Lebuhraya Karak

Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam tadi.

Kemalangan membabitkan bas yang membawa 44 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

29 Oktober 2010

Isteri Izin Suami Nikah Lagi Satu

Seorang lelaki 40-an kerja kakitangan kerajaan, bergaji lebih kurang RM 3,000 sebulan. Isterinya bekerja swasta, gaji dalam Rm 2,000 sebulan. Pasangan ini bernikah lebih 20 tahun dulu, dikurniakan 3 orang anak yang semuanya masih belajar.

Suaminya memohon di mahkamah Syariah untuk bernikah dengan seorang wanita 20-an. Wanita ini masih anak dara dan bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat, gaji dalam RM 2,000. Semasa hadir ke mahkamah, isteri pertamanya turut sama hadir dan memberi izin pada suaminya bernikah lagi satu. Mahkamah kemudiannya memberi kebenaran kepada lelaki ini berpoligami.
SELAMAT BERNIKAH

Gunung Merapi Masih Aktif

Gunung Merapi masih memuntahkan lahar dan asap hari ini selepas meletus sekali lagi semalam.

Toyota Prius, Turun Harga Pada RM 139,000

UMW Toyota Motor mengurangkan harga atas jalan dengan insurans kereta Toyota Prius di Semenanjung Malaysia kepada RM139,900 berbanding RM175,000 berkuat kuasa semalam.

Presiden UMW Toyota Motor, Kuah Kock Heng berkata, langkah itu adalah selari dengan lanjutan dan peningkatan insentif cukai untuk kereta hibrid berkuat kuasa 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011 yang diumumkan oleh kerajaan semasa pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini.

28 Oktober 2010

Kenderaan Singapore Isi Minyak RON95? (Episod 13)


Masa mula-mula nak kuatkuasakan peraturan melarang kenderaan asing mengisi minyak petrol RON95, saya tegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang adalah penting. Saya rasa sangat penting satu hukuman seperti denda dan penjara kepada kenderaan asing yang mengisi minyak RON95. Tetapi setahu saya, tiada denda yang boleh dikenakan kepada pemilik kereta. Yang ada hanyalah tindakan kepada pengusaha stesen minyak termasuk menarik balik lesen kepada pengusaha. Tapi kepada pemandu ? Apa hukuman ?

Saya baca akhbar Sinar Harian hari ini:

JOHOR BAHRU – Tindakan stesen minyak sekitar bandar raya ini yang enggan mematuhi arahan kerajaan supaya tidak menjual petrol RON 95 kepada warga asing dikesali.

Seorang pesara, Kasim Yusof, 57, berkata, tindakan kurang bertanggungjawab juruwang dan pam atendan stesen itu yang membenarkan warga asing membeli dengan mudah petrol berkenaan merugikan negara.

Menurutnya, sekiranya tindakan itu terus tidak disedari orang ramai dan pihak berkuasa hanya akan merugikan rakyat tempatan apabila membiarkan warga asing menikmati subsidi pemberian kerajaan secara mudah.

“Sudah beberapa kali saya perasan terdapat stesen sekitar bandar raya ini dan Skudai menjual petrol RON95 kepada kenderaan asing.

“Saya percaya tindakan ini bukan dilakukan pengusaha kerana mereka tidak selalu berada di premis, namun tiada kesedaran di kalangan juruwang dan pam atendan menyebabkan kenderaan asing mudah mendapatkan petrol berkenaan.

“Seperti yang dilihat, kebanyakannya kenderaan asing seakan mudah mendapatkan petrol ini dengan hanya datang meletakkan kenderaan seterusnya mengangkat pam untuk mengisi minyak tanpa sebarang halangan dari juruwang atau pam atendan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam. ...SINAR HARIAN.

Cerita Pasal Kereta Episod 14, klik sini

Jenazah Dikebumi Beramai-ramai


Penduduk dan angkatan tentera Indonesia menyusun keranda mangsa yang terbunuh dalam letusan Gunung Merapi dalam satu upacara pengebumian beramai-ramai di Sidorejo, Sleman di Tengah Jawa, hari ini. Lebih 20 daripada 32 mangsa yang terbunuh dikebumikan di tanah perkuburan ini.

AC Mizal diperintah Bayar Nafkah dan Denda RM 11,300

Mahkamah Rendah Syariah Kajang memerintahkan penyanyi dan pengacara, AC Mizal membayar nafkah tertunggak berjumlah RM9,800 hari ini atau dikenakan hukuman penjara 25 hari.

Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah turut memerintahkan pengacara itu dengan nama sebenar, Mizal Zaini, didenda RM1,500 selepas mendapati beliau melanggar dan menghina mahkamah kerana gagal mengemukakan akaun tahunan syarikatnya.

Perempuan Indonesia Dulu Nikah Guna Kad Pengenalan Palsu, Sekarang Dah Susah


Dalam 8 tahun dulu, perempuan Indonesia ni nikah dengan seorang lelaki kakitangan kerajaan menggunakan kad pengenalan palsu. Masa nikah tu, perempuan tu tahu itu kad pengenalan palsu yang diperolehi dari orang tengah. Lelaki tu pun tahu yang isterinya itu orang Indonesia dan guna kad pengenalan palsu.

Sekarang pasangan ini ada banyak masalah. Anak mereka yang pertama hendak masuk darjah satu tahun depan tapi sekolah nakkan surat nikah yang betul. Dan juga pelbagai masalah lain. Perempuan sekarang guna pasport Indonesia dan kad pengenalan Malaysianya sudah tidak digunakan.

Perempuan Umur 14 Tahun Mengandung Luar Nikah


Perempuan umur 14 tahun sedang mengandung luar nikah dalam 5-6 bulan dan dalam proses nak nikah dengan teman lelakinya. Perempuan ni dah berhenti sekolah sehingga tingkatan satu saja. Lelaki pula masih belajar di sebuah kolej,umur awal 20-an.

27 Oktober 2010

Mati Dalam Keadaan Sujud ?


YOGYAKARTA 27 Okt. - Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan dipercayai ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi itu dekat sini dalam keadaan sujud. Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito.

Sotong Paul, Peramal Piala Dunia, Meninggal Dunia


Seekor sotong kurita, Paul di Jerman yang terkenal di seluruh dunia pada Piala Dunia 2010, mati semasa berumur dua setengah tahun semalam.

Menurut seorang jurucakap akuarium Sea Life yang menempatkan haiwan tersebut, Ariane Vieregge, sotong yang kononnya meramalkan Sepanyol sebagai juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan itu mati di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman pada waktu pagi.

26 Oktober 2010

Bangla Kata Gadis Melayu Cantik dan Putih


Ada seorang Bangla ni nak nikah dengan gadis tempatan. Umur dia 30-an, gadis Melayu tu lewat 20-an. Berkenalan di tempat kerja di sebuah kilang yang sama. Berkenalan dalam 2 tahun, maka nak nikah dengan gadis tu. Nikahlah mereka suka sama suka, mudah-mudahan kekal ke akhir hayat.

Saya tanya soalan pada Bangla tu, kenapa dia pilih gadis Melayu ? Bangla tu jawab.

"Bos...perempuan Melayu banyak cantik, banyak putih". Kata Abang La tu.

Thunami Melanda Indonesia, 40 Terkorban


Seramai 40 orang dilaporkan terkorban dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam.

Sehingga pukul 2 petang ini, pihak Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) belum memastikan identiti korban dalam kejadian itu. Mereka yang hilang dipercayai melibatkan 10 rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatran Surfariis.

Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.

Galas : PAS lawan BN. Batu Sapi : BN lawan PKR dan SAPP



GUA MUSANG 26 Okt. - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bakal menyaksikan pertarungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff dan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad.

Pengumuman perkara itu dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya DUN Galas, Wan Mustapha Wan Hamid pukul 11.30 pagi di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.
Pilihan Raya Kecil DUN Galas akan diadakan pada 4 November ini.


SANDAKAN 26 Okt. - Seperti dijangkakan, Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), parti pembangkang Sabah Parti Maju Sabah (SAPP) dan parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berhadapan dengan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, yang juga bekas ketua menteri Sabah, dan PKR diwakili peguam terkenal Ansari Abdullah, yang juga Ketua PKR Tuaran.



Adik Ipar Tony Blair Masuk Islam


LONDON 26 Okt. - Adik ipar Tony Blair, Lauren Booth kini memeluk Islam kerana kagum dengan kesucian agama itu selepas melawat Iran enam minggu lalu.

Booth yang merupakan seorang wartawan penyiaran berkata, beliau mendapati Islam banyak memberi kebahagiaan dan ketenangan kepada umatnya.

“Nama saya ialah Lauren Booth dan saya adalah penganut agama Islam.
“Saya mendapati umat Islam adalah sangat penyayang dan saya bangga menjadi sebahagian daripada mereka,” katanya.

Booth ialah adik tiri kepada isteri bekas Perdana Menteri Britain itu, Cherie yang merupakan peguam hak asasi. - AFP

25 Oktober 2010

Ikan Patin dan Kelah Kuala Tahan Pahang

TV-Al Hijrah bersiaran Mulai 1 Desember ini, Tak Sabar Nak Tengok

Mulai 1 Dis ini, stesen televisyen baru bercorak Islam, TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Sebelum itu, televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di sini akan memulakan siaran ujian pada 1 Nov ini dengan waktu siaran bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Saluran televisyen terrestrial itu dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Hati-hati Pelaburan Burung Walit


Kat Kluang dan beberapa tempat sekarang tersebar satu bisnes baik iaitu burung walit. Ada dianjurkan kursus dari seseorang yang dikatakan sudah berjaya. Satu cerita yang saya dengar, lelaki yang buat kursus ni orang Kota Tinggi. Satu cerita lagi saya dengar orang Pasir Gudang. Orang yang anjur kursus ni kata dia dah berjaya dalam perniagaan ni.

Kalau nak ceburi bisnes ni modalnya bukan sikit, tapi capai sampai ratusan ribu. Bukan saya kata bisnes burung walit ni penipu tapi skim yang ini, betul ke tipu kita kena teliti. Betullah ada yang berjaya tapi adakah seperti yang orang ni bawa.

Saya tak mahu cakap banyak, cuma saya pesan supaya berhati-hati. Jangan sampai orang kita kena tipu macam cerita 'Lebai Malang'. Dulu orang kita pernah kena tipu pelaburan lintah, cacing, ketam batu, rumpai laut, stromberg, Faza Amal, Buluhmas dan yang paling terkenal Pak Man Telo. Maaflah, saya bukan nak sekat orang kita dari maju, janganlah kata saya bukan-bukan. Saya sebenarnya tak mahu tengok orang kita kena tipu, jadi hati-hatilah.

Sila baca artikel saya sebelum ini pasal penipuan bisnes burung walit ni....Klik Sini

Yer Ke Sayangkan Isteri Cerai-ceraikan ? Ada Ke Patut....

Seorang lelaki 30-an ceraikan isterinya 30-an, lebih kurang lafaznya begini,

"Abang ceraikan sayang". Sms lelaki pada isterinya.

Tak lama lepas tu, mereka rujuk semula. Pasangan ini berkahwin dalam 7 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Kedua-duanya bekerja swasta, katanya bercerai kerana ada salah faham. Katanya masa ceraikan isterinya dia masih sayangkan isteri dia. Sebab tu perkataan dia "...ceraikan sayang".

Pelik juga, dah sayang kenapa cerai ? Dah tu rujuk semula.

Final Piala Malaysia Negeri Sembilan Lawan Kelantan, Hebat!


Perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini banyak perkara yang menarik perhatian. Paling panas ialah mengenai topik B Sathianathan yang digantung Persatuan Bola Sepak Malaysia. Ini boleh mendatangkan rasa terkilan pengurusan pasukan dan penyokong setia The Red Warriors  terhadap  FAM ketika saat genting menentang Negeri Sembilan di final Piala Malaysia.

Kenapa Tak Tangguhkan ?

Beberapa persoalan bermain di fikiran saya iaitu, kenapa pengumuman pergantungan Sathianathan ini tidak ditangguhkan dulu selepas perlawanan akhir Sabtu ini ? Saya tahu FAM ada alasan tapi saya cerita soal hati dan perasaan pasukan Kelantan.

Pasukan Kelantan Terkilan

Saya percaya pasukan Kelantan disaluti rasa terkilan dengan perkembangan ini. Mustahil kalau tak kecewa sebab Sothianathan telah berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir dua tahun berturut-turut. Tahun ini pula Kelantan pasti tidak mahu lepas peluang untuk menjulang piala ini. Kalau kita baca Berita Harian hari ini, nadanya seakan sama dengan ulasan saya ini.

Kelantan Harap Bertenang

Pemain dan penyokong harap bertenang dan menanam semangat kesukanan yang tinggi. Jadikan penggantungan ini sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan untuk menjulang Piala Malaysia. Janganlah adakan tunjuk perasaan yang boleh menimbulkan ketegangan. Sebaliknya hadapilah perlawanan dengan memperlihatkan permainan terbaik. Penyokong janganlah bertindak agresif atau menimbulkan kekecohan yang boleh merosakkan nama baik persatuan bolasepak negeri masing-masing.

Persiapan Perlawanan Akhir

Bukan saja pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan yang berhempas pulas membuat persediaan. Pasukan keselamatan iaitu polis juga sedang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini. Harap penyokong dapat mematuhi arahan pihak berkuasa. Jangan kerana bolasepak, sesama kita boleh bergaduh dan berlaku kecederaan.

24 Oktober 2010

Video Hantu Jamming, Bila Nak Masuk YouTube ?

Akhbar hari ni cerita pasal, sebuah keluarga mengikuti sesi ‘jamming’ di sebuah studio di ibu kota baru-baru ini, melihat kemunculan lembaga berjubah putih berambut panjang, dirakam menerusi video digital. Pasangan suami isteri serta rakan mereka berlatih muzik pada malam sekitar jam 1 pagi. Dia dan suaminya terkejut melihat kehadiran lembaga terbabit sebaik menonton semula rakaman di rumah.

Bila nak masuk youtube video ni ? Tentu ramai tertunggu-tunggu....

Ekspres Delima Terbabit Kemalangan Bawa Laju ? Patut Ler Eksiden


Bas ekpres yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan 13 nyawa di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat 10 Oktober lepas, didapati dipandu 120 kilometer sejam (km/j) selepas memasuki lebuh raya itu dari tol Alor Gajah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, itu adalah antara penemuan kajian dan analisis saintifik mengenai kemalangan itu yang dikendalikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Dah memang biasa bas bawak laju kat lebuhraya. Kalau kita bawak kereta 110-120 kmj, ada lagi bas ekspres yang potong kereta kita. Tapi nak buat macam mana ? Kita nak telefon siapa masa tu ? Jangan setakat kasi nombor telefon tapi yang penting tindakan terhadap bas ni.

Dulu kan ada kalau nampak kenderaan berat bawa laju kita sms kat satu nombor. Saya pernah buat aduan, sms saja terus dia balas, ucapan terima kasih dan katanya tindakan akan diambil. Tapi tunggu punya tunggu, entah apa tindakan yang diambil. Habis duit sms saja. Bukan saya seorang yang sms, beribu orang, mungkin dah kaya syarikat yang kendalikan sms tu. Saya rasa tertipu...Tipah Tertipuuu. Dan taknak tertipu lagi lepas ni.

Rozaliya Akhirnya Putus Tunang, Dah Tak Ada Jodoh dengan Si dia

Bakal pengantin, Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan tunangnya 24, berakhir dengan kedua-dua keluarga bersetuju memutuskan pertunangan semalam. Rozaliya pada mulanya dikatakan diculik di Kuantan tapi ditemui lari dan bekerja  di Bukit Bintang. Rupanya beliau ada masalah peribadi di antaranya dengan tunangnya.

Jodoh seseorang ditentukan Allah Taala,kita hanya merancang Allah jua yang menentukan. Bertunang adalah satu tempoh untuk kenal mengenal di antara sesuatu pihak. Kalau ada berlaku ketidaksefahamam yang dirasakan tidak perlu diteruskan perkahwinan, maka eloklah diputuskan tunang. Kalau diteruskan perkahwinan dibimbangi akan merosakkan perkahwinan itu nanti kerana ketidaksefahaman sudah nampak sebelum perkahwinan.

Nak putus tunang pun kena buat cara yang baik dan elakkan dari menyinggung mana-mana pihak. Janganlah putus tunang dengan telefon atau sms atau facebook saja. Atau janganlah putus tunang waktu hampir sangat tarikh perkahwinan. Sebaiknya gunakan adab seperti dengan rombongan menziarahi sesuatu pihak, berbincang dan memulangkan beberapa pemberian semasa bertunang dulu. Kalau mana-mana pihak tidak berpuashati terhadap putus tunang ini, mereka ada hak untuk bawa kes ini ke Mahkamah Syariah untuk membuat tuntutan. Contohnya tuntut belanja perkahwinan, saman malu, pengajaran dan sebagainya.

23 Oktober 2010

Kluang Hujan Dari Pukul 5.00 Petang Tadi

Kluang hujan dari jam 5.00 petang tadi, sekarang jam 10.15 malam masih belum berhenti lagi. Dah 5 jam tu. Hujan kekadang lebat, kekadang renyai tapi tak berhenti dari tadi. Nampaknya sekarang dah nak masuk November, musim hujan. Inilah musim jualan payung dan viper kereta meningkat. Penjual cendol dan air batu tepi jalan merosot. 

Sebab apa saya cerita pasal cendol pulak ? Tadi pukul 5.00 cadang nak pegi pekan Chamek minum cendol, bila hujan turun tak jadilah. Sekarang masih terbayangkan cendol ni, macam tak boleh tidur pulak tak dapat makanan yang kita nak. Tak apalah, saya tayangkan gambar cendol saja, mudah-mudahan tengok gambar dapat menghilangkan kerinduan. Ishhhh.... macam orang tengah bercinta pulak.

Tahun 2007, Kluang dan beberapa daerah di Johor banjir besar. Dulu kalau kata banjir besar, teringat kita negeri di Pantai Timur saja, sekarang tak lagi. Malah banjir yang paling lama adalah 'banjir termenung' dan ramai yang termenung memikirkan banjir tak surut-surut di Batu Pahat tahun 2007.

Guru Kena Kerja Hari Sabtu, Kan Sabtu Cuti

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPKK) hari ini meminta Kementerian Pelajaran agar meneliti isu guru yang terpaksa bekerja pada hari Sabtu dengan menghadiri pelbagai kegiatan termasuk kelas tambahan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata buat masa ini semakin ramai guru terpaksa mengorbankan hari rehat tersebut yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga kerana tugas-tugas berkenaan.

Wajibkan Matapelajaran Sejarah di Sekolah, Sokong Sangat-sangat

Sebentar tadi saya ikuti ucapan siaran lansung Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin di TV. Panjang ucapan tu tapi satu perkara yang mendapat perhatian saya iaitu cadangan mewajibkan matapelajaran 'Sejarah' di sekolah.

Sokong sangat-sangat terutama negara kita semakin hari semakin lama kita telah merdeka. Generasi muda semakin lupa pada sejarah negara. Kajian mendalam perlu dibuat mengenai perlaksanaannya.

Kena Tangkap di Kluang, Kes Maksiat Lama Dulu di Wilayah Persekutuan

Seorang wanita ditangkap di Kluang berdasarkan satu 'Waran Tangkap' dari Wilayah Persekutuan. Bila disoal, ini kes maksiat yang dah 4-5 tahun dulu waktu wanita ini bekerja di ibukota. Dia sekarang dah kawin dan mempunyai seorang anak. Dulu kes dia ditangkap dengan lelaki lain, bukan suami dia sekarang.

Waktu penguatkuasa menjalankan tugas melaksanakan waran tangkap ini, suaminya tiada. Tak tahulah selama ini suami dia tahu atau tidak yang isteri dia ni ada satu kes maksiat. Penguatkuasa cuma memaklumkan kepada ibu bapa wanita ini saja yang tinggal serumah dengannya.

Ingat, jangan ambil mudah dengan kes di Mahkamah Syariah. Bila dah berlaku perkara sebegini, habis banyak pihak yang susah.

22 Oktober 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 53

Esoknya pagi-pagi, Syira, Nizar dan mak ayahnya sedang bersedia nak ke bandar, nak ambil borang universiti di pejabat pos. Sedang mereka bersiap, tiba-tiba ada kereta datang. Itu cikgu Syikin dan dia seorang saja datang. Terkejut juga semua, apa halnya pula pagi-pagi ni. Rupanya cikgu Syikin nak beri borang universiti untuk Syira dan Nizar. Gembira mereka sekeluarga kerana cikgu Syikin begitu mengambil berat tentang keluarga mereka.  Jadi tak payahlah mereka ke bandar, hingga ayah Man tukar baju semula nak ke kebun.

Pilihan pertama Syira adalah nak ambil jurusan undang-undang. Antara pilihannya adalah UKM, UM dan UIA, semuanya di kawasan sebelah Kuala Lumpur. Nizar pula nak masuk matrikulasi Sains, mana-mana pun tak apa. Cikgu Syikin menerangkan jurusan mana yang sesuai pada mereka. Mak Man puji betul cikgu Syikin, katanya tak pernah ada guru yang begitu prihatin sebegitu pada keluarganya.

Yanti baru terima surat ada kursus di Johor Bahru selama 3 hari esok, ganti bosnya.  Entah macam mana nama Yanti yang naik. Tak apalah pergi saja, Yanti kan dah biasa JB tu. Hari tu, Yanti keluar ke sebuah pasaraya seorang diri  waktu rehat tengahari. Yanti nak belikan hadiah pada Syira dan Nizar. Dulu Yanti dah cadang lama nak belikan hadiah tu kalau Syira dan Nizar berjaya. Yanti terpandang telefon bimbit yang harga tak terlalu mahal tapi baik. Lepas pilih-pilih, akhirnya Yanti belikan dua biji, satu untuk Syira dan satu untuk Nizar. Niat Yanti nak serahkan pada Syira dan Nizar di Johor nanti.

Malam itu, Man makan lewat sikit sebab dah janji jam 10.00 malam Man jumpa Ustaz Khalil di Restoran Osman. Tiba-tiba dalam jam 9.30 Man dapat panggilan telefon dari Ustaz Khalil.

"Man. Maaflah malam ni. Saya belum balik JB, ada kerja yang belum beres ni di luar daerah". Kata Khalil.

"Oh yer ke... Tak apa ustaz, nanti bila senang boleh jumpa. Man tahu ustaz sibuk. Ustaz kat mana tu ?". Kata Man.

"Ada di satu lokasi, Man. Bukan kat JB ni, jauh" Kata Khalil.

Ustaz Khalil pun sebenarnya memang nak jumpa Man, nak tahu apa yang penting Man kata tu. Tentu ada sesuatu ni. Tapi waktu itu Khalil masih di Gunung Ledang dalam satu operasi melibatkan ajaran sesat. Khalil sendiri pun tak tahu kes tu boleh selesai dan dia tak boleh meninggalkan tempat itu selagi belum selesai. Kes berkaitan perbomohan yang meragukan dan melibatkan ramai pengikut. Sebagai ketua operasi, Khalil tak dapat meninggalkan lokasi selagi orang itu masih menjalankan kegiatannya.

Esoknya Yanti bertolak dari KL pagi, sampai di Kampung Man dalam jam 11.00 pagi. Yanti telefon Syira tapi Syira ke bandar nak beli barang keperluan, bukan di rumah. Yanti terus ke bandar dan jumpa Syira di sebuah supermarket untuk serahkan hadiah itu. Yanti tak menyangka yang Syira bersama ibu dan bapanya ke bandar bersama Syira. Tadi Yanti lupa nak tanya, Syira seorang ke ramai. Yanti tergamam bila bertentangan dengan mak dan ayah Syira. Teringat sangat lagi Yanti, perkataan dan kata-kata mak dan ayah Man pada Yanti seperti yang diceritakan oleh Syira padanya. Yanti tergamam seakan mahu melarikan diri tapi tak boleh.

Tanpa diduga, mak Man memanggil Yanti.

"Yanti....mari sini nak". Kata Mak Man.

Yanti terkejut dengan panggilan itu. Perkatan 'nak' itu menusuk ke jantungnya. Kemudian mak Man mendapatkan Yanti dan memeluk Yanti. Selepas itu mak Man menangis. Orang yang lalu lalang di supermarket itu nampak semacam ada satu drama.

Syira juga tak dapat menahan kesedihan bila melihat maknya dan Yanti masing-masing berjurai air mata. Ayah Man yang memerhatikan aksi itu turut sedih tapi tak sampai mengeluarkan air mata. Mereka pergi makan bersama, Yanti yang belanja dan Yanti nampaknya riang hari itu. Tidak timbul dan tidak diungkit kisah-kisah lama yang boleh melukakan hati mana-mana pihak.

Ayah Man tidak lagi pandang serong pada Yanti, ibu Man pun begitu. Keseronokan dan kegembiraan anaknya yang dapat keputusan peperiksaan terbaik menyebabkan hati mereka sangat riang dan melupakan kisah silam yang sedih itu. Mak dan ayah Man gembira kerana Yanti sama-sama meraikan kegembiaan itu serta memberikan hadiah. Jamuan makan itu pun dianggap sebagai belanja kesyukuran.

Tapi Syira seakan tak lalu makan kerana dia rasa ada suatu yang tak lengkap. Iaitu, tiada Man Burger di situ. Di mana Man sekarang, sudah makan tengahari ke belum ? Alangkah gembiranya keluarga itu kalau Man ada di situ dapat makan bersama. Tapi bukan semudah itu.... Bolehkah ini berlaku ?

Syira terlalu banyak terhutang budi pada Man. Entah berapa ribu kali Man terasa hati pada Syira. Dan berapa banyak wang ringgit yang Man sudah curahkan sehingga dia berjaya dalam perperiksaan dan bakal masuk ke universiti. Tidak dapat terbalas semua itu. Tapi bolehkah Man menerima satu hadiah istimewa kerana pengorbanan itu ? Hadiah itu pasti mengembirakan Man iaitu....

Jiwa Syira begitu bergelora untuk mengeluarkan kata-kata yang sangat mahal itu di depan ayah, mak dan Yanti. Mulanya Syira tahankan saja apa yang nak dicakapkan. Tapi rupanya tak boleh tertahan lagi, jiwanya memberontak.

"Mak, abah.. Abang Man patut menerima satu hadiah istimewa dari kita". Kata Syira menyebabkan semua terdiam.

Semua memandang ke arah Syira dan dengar betul-betul apa yang hendak Syira katakan.

"Mak, abah... Hadiahkan abang Man suatu yang mengembirakan dalam hidupnya." Kata Syira.

Semua sekali terdiam lagi.

"Hadiahkanlah kebahagian Man dengan menjodohkan Abang Man dengan Kak Yanti..." Kata Syira.

Mak dan ayah Man tunduk dan terdiam. Selepas itu nampak tangan bapanya mengesat air mata yang tidak berjaya dihalang untuk keluar.  Yanti kuatkan semangat walaupun dia sangat sedih dengan kata-kata Syira itu. Jauh di sudut hati, Yanti rasa, masih ada orang yang masih mempertahankan cintanya dengan Man, iaitu Syira. Yanti sudah tidak dapat mengawal kesedihannya, kemudian mengelap tangannya dengan tisu kemudian mencapai beg tangan dan bangun meninggalkan meja makan itu. Yanti menuju ke tangga bergerak seorang diri untuk balik tanpa bersalaman atau berkata apa-apa kepada keluara Man. Fikirannya buntu. Yanti sebenarnya tidak mahu menangis di depan mak ayah Man, sebab itu dia terus bingkas bangun.

Syira mengejar Yanti hingga ke satu tingkat ke bawah menaiki tangga bergerak. 

"Kak Yanti. Maaf kak Yanti. Maafkan Syira dengan kata-kata Syira tadi". Kata Syira sambil memegang bahu Yanti dari belakang.  Yanti memberhentikan langkahnya.

"Tak mengapa Syira... itu luahan perasaan Syira. Sudahlah Syira, kakak tak terasa hati pun". Kata Yanti.

Syira memandang ke arah Yanti yang nampaknya tidak menangis lagi, sebaliknya mukanya serius.

"Terima kasih kerana masih mempertahankan cinta itu. Jangan disebut-sebut lagi Syira". Kata Yanti.

Syira terdiam dan Syira faham, kata-katanya tadi ada menyinggung perasaan Yanti.

" Syira, mengenai jodoh dan masa depan kakak, kakak tak kisah. Kakak terima apa saja ketentuan Ilahi. Kakak terima semua itu dan doakan kakak tabah menghadapinya. Baik Syira, kirim salam pada semua, terutama mak ayah Syira, kakak kena pergi ke JB sekarang. Kakak dah lewat ni". Kata Yanti mengakhir bicara seterusnya menuju ke kereta di tingkat bawah.

Yanti terus ke JB, menuju ke Hotel Grand Continental (sekarang ini Hotel Selesa). Apa yang berlaku selepas ini. Ikuti sambungannya yang dah tak berapa lama ni.

Pelajar Histeria di Sekolah Men Kebangsaan Anjung Batu, Mersing


MERSING : 15 pelajar termasuk seorang pekerja pembersihan mengalami serangan histeria, semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu (SMKAB) Kejadian itu berlaku pada jam 9.30 pagi apabila beberapa pelajar  sekolah berkenaan tiba-tiba menjerit dan menangis ketakutan.

Bapa Dia Kerjanya Kawin, Kawin, Kawin

Lelaki umur 60-an sekarang keseorangan, anaknya 7 orang semuanya tak hiraukan dia lagi. Beberapa tahun dulu isteri dia meninggal dunia, sebelum meninggal bahagialah dengan anak isteri. Tak sampai setahun isteri meninggal, lelaki ni kawin lagi satu walaupun anak-anak tak setuju dan menentang.

Jodohnya dengan janda anak 2-3, umur 40-an. Tapi perkahwinan ni tak lama dan akhirnya bercerai. Lepas bercerai tu, lelaki ni nak kawin lagi. Jodohnya dengan janda juga,umur 40-an, mungkin sebab tak berjaya usha anak dara.  Bila nak kawin ni anak-anak yang dah dewasa tu semuanya menentang lagi. Katanya bapa dia tak ada kerja lain, kerja nak kawin saja, kawin, kawin kawin.

Tapi alasan bapa dia, dia kesunyian dan tak ada teman. Anak-anak tak terfikir pulak yang anak-anak ni bukan boleh hiburkan bapa dia. Ada bab yang isteri boleh hiburkan suami yang anak-anak tak boleh hiburkan. Itu anak-anak tak fikir, yang mereka tahu, menentang saja.

Bagaimanapun, perkahwinan kali ketiga ini gagal dan berakhir dengan perceraian juga. Antara sebabnya adalah sikap anak suami yang terus menentang dan bersikap bermusuhan. Tinggallah lelaki ini berseorangan di rumah usang, tiada pekerjaan, kesihatan pun dah uzur. Anak-anak seorang pun tak  balik kampung jenguk ayah.

Kesian....inilah roda kehidupan seperti roda tayar basikal.

TV3 Kena Denda RM 50,000. Pengajaran Pada Semua

Stesen televisyen swasta TV3 dikenakan kompaun maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan penyiaran iklan Aidilfitri 'Sinari Lebaran' yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.  Semoga menjadi pengajaran kepada semua.

Lelaki Cuba Cabul Anak Tiri, Isteri Mintak Cerai

Lelaki ni umur 40-an kawin dengan perempuan 40-an kira-kira 4 tahun lepas. Sebelum nikah, suami adalah duda mempunyai 4 anak yang dijaga bekas isterinya. Isteri barunya berstatus janda 2 anak, kedua-dua anaknya perempuan.

Sepanjang kawin, lelaki ada juga rumah dia di sini, isteri ada juga rumah bersama anaknya. Lelaki kira selalu duduk rumah isterinya tapi ada kala duduk rumah dia juga.

Satu hari tu, sebelah siang, masa isteri bekerja, suami datang ke rumah isterinya. Masa tu hanya tinggal anak tiri perempuannya yang berusia 19 tahun. Menurut ceritanya, lelaki itu cuba mencabul anak tirinya tapi tak berjaya kerana perempuan itu meronta dan melawan.

Bila diceritakan pada ibunya, ibunya memarahi suaminya. Bagaimanapun laporan polis tidak dibuat, mungkin tidak mahu mengeruhkan keadaan, atau tak berapa ambil berat pasal tu. Sejak itu, isteri tidak membenarkan suaminya masuk ke rumah itu dan menukar kunci rumah. Isteri kemudian minta diceraikan tapi suami enggan. Jadi mereka sudah tidak bersama lagi beberapa bulan walaupun tidak bercerai. Suami telefon, isteri tak layan. Nak datang rumah lagilah tak boleh masuk. Jumpa kat luar, isteri buat tak kenal.

21 Oktober 2010

Pelajar Perubatan Malaysia ditemui Meninggal Dunia di Bandung, Indonesia


Terkejut juga saya baca berita dari sebuah akhbar online, pasal seorang pelajar perubatan dari Malaysia ditemui meninggal dunia di rumahnya di Bandung pagi tadi.

Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, ditemui di atas lantai dalam keadaan tidak bernyawa oleh rakan serumahnya kira-kira 5 pagi. Alfatihah.

Alhamdulillah, Jerubu di Muar Dah Okey

Bacaan IPU di daerah Muar, Johor telah mencatatkan penurunan kepada tahap 90 berbanding semalam mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya. Tadi saya telefon Kadi Muar, dia kata dah bertambah baik. Tahap tertinggi yang pernah dicatatkan di Muar semalam ialah 437 dan tahap maksimum ialah 500, yang merupakan tahap kecemasan.

Bursa Saham Malaysia Sedang Menuju Kekukuhan ?

Kepada pelabur-pelabur runcit, sekarang adalah masa yang sesuai untuk membuat analisa di Bursa Malaysia. Mungkin selama ini pelabur runcit memerhatikan saja iaitu sikap tunggu dan lihat. Tapi nampaknya kebelakangan ini ada kenaikan yang boleh mengembirakan pelabur juga.

Sesi pagi ini yang baru saja ditutup, indek FBM KLCI naik 3.37 mata kepada 1490.15. Ini bermakna tak sampai 10 mata saja akan mencecah 1500 mata. Tadi saya berbual dengan seorang remiser, berkenaan perkembangan saham ini. Tak perlulah saya cerita lanjut berkenaan perkara tu, cuma saya nak kata, kepada pelabur buatlah analisa sendiri. Saya jangka, urusniaga akan lebih rancak kalau berjaya melepasi 1500 mata ini.

Curi Moto Orang Yer....

KLUANG - Polis daerah Kluang berjaya memberkas tujuh lelaki dalam lima serbuan kes kecurian motosikal di daerah Kluang pada 18 Oktober lalu. Ketua Polis daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arsyad berkata, suspek yang ditangkap berumur dalam lingkungan 16 hingga 30 tahun dan dipercayai aktif dalam kes curi motosikal di daerah ini.

“Polis berjaya membuat dua tangkapan iaitu pertama empat orang dan tangkapan kedua, dua orang.

“Hasil tangkapan tersebut polis berjaya merampas sejumlah barang kes iaitu enam motosikal, peralatan curi motosikal dan peralatan kikis nombor enjin dan nombor chasis,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, semalam.

Mohd Fawzi berkata, hasil daripada siasatan awal yang dijalankan selepas tangkapan dibuat, kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes curi motosikal di daerah Kluang. Beliau berkata, dalam kes ini suspek mensasarkan motosikal jenis Honda EX5 dan Modenas Kriss sebagai sasaran, namun jika mempunyai peluang suspek akan mencuri apa sahaja jenis motosikal.

Gadis Kononnya Diculik di Kuantan Rupanya Pergi Kerja di Bukit Bintang

Mula-mula baca cerita Rozaliya yang katanya kena culik di Kuantan, saya rasa macam ada cerita di sebalik cerita tu. (Sila lihat artikel saya sebelum ini, ada buat tanda soal '?' , iaitu adakah betul dia diculik).

Hilang kat depan Mydin Kuantan ? Tampat tu selalu saya pergi, tak nampak pun itu kawasan tak selamat. Situ ramai orang, depan tu ada kedai mamak.  Kalau ada berlaku pergelutan atau aksi kejar mengejar, mesti ada orang nampak. Jadi cerita ada lelaki mengekorinya atau kena culik, saya nampak macam ada benda lain yang tak kena. Fikir saya mungkin ada gaduh dengan keluarga dia atau ada perselisihan dengan tunang dia, sekadar anggapan saya saja.

Dah Jumpa di Bukit Bintang

Misteri kehilangan seorang bakal pengantin Rozaliya Mat Lazim, 20, yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Rozaliya dipercayai melarikan diri secara sukarela dan telah bekerja selama dua hari di sebuah kedai serbaneka sebelum penyelianya menyedari bahawa pekerjanya itu adalah gadis yang telah dilaporkan hilang di akhbar.

Atas maklumat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan telah bergegas ke Bukit Bintang, kira-kira pukul 12.30 tengahari dan membawa pulang Rozaliya untuk bertemu keluarganya di Kuantan.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Rozaliya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya di sini pada 13 Oktober yang lalu. Hasil soal siasat awal polis, Rozaliya menyatakan dia secara sukarela telah pergi ke Kuala Lumpur pada hari dilaporkan hilang secara bersendirian.

Adakah Rozaliya Bersalah ?

Saya tak nampak Rozaliya ada melakukan kesalahan jenayah. Dia cuma meninggalkan keluarganya secara sukarela. Dia pula tak ada membuat laporan polis mengatakan dia diculik. Dia cuma kata ada lelaki mengekorinya. Biasalah ada orang mengekori, kalau saya naik kereta pun mesti ada kereta mengekori kereta saya dari belakang kan ?

Dulu ingatkah kita, ada satu kes ustaz dari Kota Tinggi hilang. Dia beritahu kawan dia yang dia kena culik dan keretanya dijumpai di Larkin. Ustaz ini dijumpai di Utara, rupanya dia ada masalah lain sehingga dia pergi secara sukarela ke sana. Dia tidak dituduh pun atas apa-apa kesalahan.

Tahniah kepada pihak polis

Tahniah kepada pihak polis atas kejayaan menyelesaikan kes ini yang saya anggap lebih pada perselisihan keluarga dan dengan tunangnya. Biarlah mereka dan keluarga mereka yang selesaikan masalah mereka.

Janganlah Buat Macam Ni

Soalnya, orang kita kenapalah buat begini. Sikit-sikit kata kena culik, nak apa sebenarnya ? Nak menarik perhatian orang ker ? Sekarang ni masyarakat dan pihak berkuasa sangat sensitif kalau dapat tahu anak terutama anak perempuan tak balik rumah. Dah lah tu, telefon dimatikan dan buat cerita kononnya dia diekori. Manalah keluarga tak risau.

Masalahnya kalau lepas ni memang betul kes ini  betul-betul berlaku, tak mustahil ada pihak yang tak percaya. Kalau betul kena culik, mungkin orang anggap ini main-main. 'Cubaannnnn' macam cerita Pendekar Bujang Lapok tapi hakikatnya benar. Kita juga yang susah....

20 Oktober 2010

Adik Marah Abang Kawin Lagi Satu, Sokong Kakak Ipar

Beberapa bulan bernikah, lelaki ni dah tak dapat sorok lagi yang dia dah nikah isteri muda. Macam cerita Madu Tiga ler agaknya. Lelaki umur 40-an, isteri pertama juga 40-an, nikah isteri muda 20-an, muda lagi macam baru keluar plastik lagi gitu.

Yang marah lebih-lebih, adik perempuan lelaki tu. Katanya sokong kakak ipar sebab simpati dengan nasib kakak iparnya. Simpati apa yer ?

CUEPACS Mahu Jumpa Perdana Menteri Pasal Bonus Kakitangan Kerajaan

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam menghantar telegram kepada Datuk Seri Najib Razak, untuk menyatakan rasa tidak puas hati kesatuan itu kerana tiada peruntukkan untuk bonus dalam Bajet 2011.

Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya juga mahu mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri berhubung isu itu.

Jerubu Melanda



Beberapa tempat di Johor dilanda Jerubu. Muar antara daerah paling teruk, Batu Pahat dan Kluang juga merasai kesannya. Dipercayai akibat peningkatan titik panas di Sumatera, Indonesia.

"Harapkan Padi , Padi Makan Pagar"


Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencuri harta milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiga hari lalu. N. Jayamaran, 57, didakwa mencuri satu pagar besi berukuran 2.7 meter panjang dan 1.2 meter lebar milik PDRM di Batu 2 1/2 Jalan Cheras di hadapan tapak lama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini pada pukul 4 petang, 16 Oktober lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.