Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

29 November 2010

Amboi... Seronoknya Main Air Banjir


Gambar di Pengkalan Chepa, Kelantan semalam.

Duda 64 Tahun ditangkap Berzina Dengan Janda 33 Tahun


Lelaki berstatus duda berumur 64 tahun, mempunyai  anak 4 dan bekerja sendiri. Manakala wanita berstatus janda berumur 33 tahun yang sudah mempunyai anak 3. Pasangan ini ditahan oleh penguatkuasa Agama Kluang atas kesalahan khalwat di sebuah rumah di Taman Intan, Kluang baru-baru ini.

Pasangan ini turut mengaku telah berzina beberapa kali di rumah tersebut sehingga  wanita itu melahirkan anak berusia kira-kira dua bulan.

28 November 2010

Petrol RON95 Bukan Punca Kebakaran : Menteri


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menafikan penggunaan minyak petrol RON95 menjadi punca kebakaran kenderaan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Tegasnya, kenderaan yang terbakar dalam beberapa kemalangan berpunca daripada kesan hentakan atau hentaman yang kuat sehingga menyebabkan berlaku percikan api yang menyebabkan minyak terbakar.

"Minyak petrol RON95 telah diuji dalam semua peringkat ujian oleh jurutera syarikat-syarikat minyak dan pembuat enjin kenderaan termasuk ujian kemalangan yang ekstrem seperti hentaman serta hentakan, hasilnya ia didapati selamat.

27 November 2010

Luahan Rasa Isteri Bermadu, Sering Menangis Sendirian

"Saya adalah seorang isteri kedua. Kami baru setahun mendirikan rumahtangga dan kini sedang mengandung anak sulong kami beberapa bulan.

Saya sudah tidak tahan hidup bermadu. Saya selalu ditinggalkan keseorangan. Sehingga saya sering menyalahkan diri sendiri kerana berkahwin dengan suami dahulu tanpa berfikir panjang. Untuk pengetahuan, perkahwinan kami direstui oleh ibu-bapa saya dan kenduri diadakan secara besar-besaran seperti org lain.

Tapi saya tidak bahagia kerana sering ditinggalkan sendirian. Suami memang menjalankan sistem giliran yg betul tapi desakan hati tidak sanggup lagi hidup begini. Saya selalu menangis sendirian dan sering terlintas dalam fikiran untuk bercerai. Patutkah saya memohon cerai ?

Tolong nasihatkan saya...sesungguhnya saya telah melakukan sembahayang dan membaca Quran supaya Allah beri petunjuk pada saya. Tapi hati saya sering tewas dengan keadaan ini. Bantu lah saya ustaz. Apa yang harus saya lakukan ?"

Pembaca, lelaki dan wanita, silalah bantu jawabkan....

25 November 2010

Atuk 83 Tahun Nikah, Cucu 19 Tahun Pun Nikah

Tiga bulan lepas, seorang lelaki duda 83 tahun bernikah dengan ibu tunggal 50-an. Hari ini atoknya pula jadi wali pernikahan kepada cucu perempuannya 19 tahun. Mulanya saya tak perasan bila atuknya itu kata,

"Tuan kadi tak ingat saya ker, yang baru nikah ari tu...."

Baru saya ingat dan tersenyum juga saya dibuatnya sambil merenung isterinya, iaitu nenek kepada pengantin perempuan. Nampaknya, belum lama atoknya jadi pengantin baru, hari ni cucunya pula.

Tun Dr Lim Chong Eu Meninggal Dunia

GEORGETOWN: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia jam 9 malam ini setelah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak hampir sebulan akibat serangan angin ahmar.

Dr Lim yang berusia 91 tahun, meninggal dunia di rumahnya di Tanjong Bungah

24 November 2010

Pertempuran Tentera Korea Utara dan Korea Selatan

Korea Utara melepaskan berpuluh-puluh bedilan meriam ke sebuah pulau, iaitu yang terbesar di Korea Selatan sejak tamat Peperangan Korea pada 1953.

Bedilan Korea Utara itu mengakibatkan beberapa bangunan terbakar, serta menyebabkan tembakan balas dari Korea Selatan. Sekurang-kurangnya dua anggota marin Korea Selatan maut dan 16 lain cedera, kata pihak tentera.
Stesen televisyen YTN berkata beberapa rumah terbakar dan peluru masih lagi menghujani pulau Yeonpyeong.

23 November 2010

Dinar Iraq Boleh Jadi Jutawan ?


Sekarang ni tersebar kononnya boleh beli duit 'Dinar Iraq' untuk peluang orang ramai jadi jutawan. Sekarang nampaknya dah berleluasa juga orang kita terjebak terutama pengguna internet.  Ada seorang ni kata, harganya RM 750 untuk memiliki 50 ribu dinar. Katanya, duit Iraq ni sekarang tak ada nilai kerana disekat oleh kerajaan asing yang menjajah Iraq sekarang.

Katanya, tak lama lagi duit ini akan diapungkan semula dan akan ada nilai yang tinggi. Katanya sehingga 1 dollar Amerika. Jadi kalau 50 ribu dinar Iraq, nilainya 50 ribu dollar Amerika, maknanya lebih 150 ribu ringgit Malaysia. Waw...modalnya cuma RM 750 saja, berbaloi betul.

Bila ditanya, bila sebenarnya duit ni akan diapungkan ?  Katanya dah tak lama lagi, paling lewat pun 3 bulan lagi. Sekarang baru lantik perdana Menteri baru Iraq dan lepas tu kabinet. Lepas tu duit ni akan diapungkan sebelum ganti matawang baru. Maknanya, tak lama lagi, ramailah orang kita jadi jutawan.

Tanpa saya nak ulas panjang, cukuplah orang kita dah banyak kena tipu. Ni dinar Iraq pulak. Jangan mudah terpedaya dengan penipuan ini... Cukuplah orang kita dah banyak kena tipu seperti saham ikan keli, lintah, burung puyuh, burung walit dan lain-lain. Dalam dunia sekarang kita perlu ingat, banyak penipuan yang  kita sendiri tak berapa sedar.

Nak ulang banyak-banyak kali letihlah saya. Bacalah sendiri dfalam blog saya ni, banyak cerita penipuan macam ni.

Cerita Paling Popular Dalam Blog ini, Sudah Nasibku Mat Burger

Pelaburan Keli, Lintah, Puyuh, Ketam


Calon SPM Meninggal Dunia Sesak Nafas

Seorang calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Hazizul Hasah, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tangkak, Johor, meninggal dunia sebelum sempat mengambil peperiksaan SPM selepas rebah dan sesak nafas kerana komplikasi jantung pada pukul 8 pagi tadi.

Patung Bogel dijual Berleluasa

Sebuah akhbar melaporkan, patung separuh bogel yang dijual secara bebas kepada pengunjung Pasar Sehari Wang Kelian di Padang Besar.

22 November 2010

Tandas Awam Kotor ?

Walaupun pelbagai langkah diambil bagi meningkatkan kebersihan tandas awam, satu audit menunjukkan 3,000 daripada 5,764 tandas di seluruh negara adalah kotor.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata audit menerusi kaedah penarafan oleh Pihak Berkuasa Tempatan menunjukkan 51.6 peratus daripada tandas awam hanya mampu mencapai tahap satu atau dua bintang, dan hanya tujuh peratus atau kira-kira 400 tandas yang mencapai taraf lima bintang, iaitu kebersihan paling memuaskan

Mohd Nizar Jadi Ultraman





Nikah Cuma Nak Tutup Malu Saja Ker ?

Pasangan muda awal 20-an ni baru 3-4 bulan bernikah. Nikah pun macam dah terpaksa kerana desakan keluarga kedua-dua belah pihak setelah perempuan hamil luar nikah 4-5 bulan, dipercayai kerana perbuatan mereka berdua.

Sekarang, lelaki jarang balik rumah isteri yang duduk rumah keluarga perempuan. Lelaki bekerja biasa saja, manakala isteri tak bekerja. Mereka tak ada rumah sewa sendiri. Dah berminggu-minggu juga lelaki tak balik rumah isteri yang dah sarat nak melahirkan anak sulung itu.

Persoalannya, pernikahan ini, adakah kerana nak tutup malu saja ?

21 November 2010

Anak Dara Umur 52 Tahun Bertemu Jodoh Jua

Beberapa hari lepas, saya nikahkan seorang anak dara umur 52 tahun, belum pernah bernikah sebelum ini. Bertemu jodoh dengan seorang lelaki duda anak lima, umur 56 tahun yang kematian isteri 4 tahun lepas. Semoga jodoh berpanjangan.

20 November 2010

Takraw Final, Malaysia Kalah dengan Thailand

Hanya pingat perak yang mampu dihadiahkan buat Malaysia oleh skuad sepak takraw kebangsaan setelah kecundang kepada Thailand dalam acara akhir berpasukan lelaki yang tamat sebentar tadi di Sukan Asia Guangzhou XVI. Malaysia tewas 2-0.

19 November 2010

Kena Tipu Ribuan Ringgit Saham Sukarno

Sebuah akhbar harian hari ni cerita pasal orang kita tertipu dengan 'Saham Sukarno'. Kononnya kena keluarkan duit untuk proses mencairkan wang jutaan ringgit. Orang itu mendakwa sebagai keturunan Sukarno. Bercita-cita nak dapat duit juta, tapi jadi kayap. Yang kena ni termasuklah orang Muar, menurut akhbar berkenaan.

Nak tergelak tak boleh pulak, tak baik gelakkan orang. Tapi sebelum berlaku, kenalah berhati hati. Kalau tak ada ilmu sangat dengan saham ni, simpanlan duit kat Tabung Haji atau ASB. Skim pelaburan yang menipu seperti ini nampaknya berleluasa terutama di kawasan luar bandar. Maklumlah, orang kampung sekarang dah mula mewah dengan kenaikan harga getah dan sawit sekarang.

Laman Internet Paling Popular di Malaysia

Laman sosial, Facebook merupakan laman web paling popular di Malaysia pada bulan Oktober dengan lebih 8 juta rakyat Malaysia menggunakannya, kata Persatuan Digital Malaysia (MDA). MDA dalam mengukur laporan kedudukan laman web Malaysia untuk bulan itu berkata, blog tempatan dan forum seperti Lowyat, Cari dan Fooyoh adalah antara yang paling tinggi dilawati.

"Blog dan forum mendapat perhatian pelayar online untuk tempoh yang lama dengan purata 13:38 minit untuk satu sesi. Ini lebih panjang daripada purata tempoh yang digunakan untuk kategori lain.
"Purata mereka yang melawat laman komuniti ialah dua kali sehari. Anggota komuniti yang paling popular adalah di antara 15 hingga 30 tahun," kata MDA dalam satu kenyataan di sini semalam.

17 November 2010

Selamat Menyambul Aidil Adha


Saya mengucapakan selamat Aidil Adha kepada semua pembaca, khususnya yang beragama Islam di mana jua berada,. Diiringi salam kemaafan sekiranya ada tertanjur dan terkasar bahasa sepanjang mengendalikan blog ini.

Ramai yang bercuti hari ini dan pulang ke kampung bertemu keluarga. Perjalanan saya semalam dari Kluang ke Marang Terengganu, penuh sesak dengan kenderaan menuju ke pantai Timur. Berhati-hati di jalan raya dan bertimbangrasa sepanjang perjalanan. Tidak kurang yang perlu bekerja pada hari ini terutama pasukan keselamatan dan lain-lain agensi. Semoga bahan bacaan dalam blog ini dapat mengubat kerinduan.

Hari raya Aidil Adha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban. Antaranya adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah menyempurnakan fardhu haji. Juga sempena memperingati peristiwa korban sewaktu zaman Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.

Kemeriahan menyambut Aidil Adha ini diisi dengan ibadah korban dan mengagihkan kepada orang ramai terutama kepada fakir miskin. Bersedekah juga digalakkan pada hari ini untuk bersama membantu umat Islam terutama di tempat kita berada.

Sama-samalah kita memperingati nasib umat Islam di seluruh dunia yang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah. Antaranya saudara kita umat Islam di Indonesia yang masih bergelut dengan muntahan gunung berapi, gempa bumi, thunami, ribut taufan dan sebagainya. Begitu juga umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara yang memerlukan kesabaran dalam menempuh perjuangan. Kita ni negara kita jauh lebih bertuah berbanding umat Islam di sana. Semoga negeri dan negara kita tidak dilanda ujian besar seperti banjir besar, thunami dan sebagainya.

Bantu membantulah sesama umat Islam. Yang ada kemampuan wang ringgit bolehlah membantu dari segi kewangan. Yang lain, sekurang-kurangnya bersamalah kita berdoan untuk kesejahteraan umat Islam.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

16 November 2010

Johan Tilawah Quran Johor Meninggal Dunia Kemalangan

Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Johor 2010, Mohd Zulhilmi Ibrahim, 22, yang terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Haji Dasuki, Batu 16, Kampung Sungai Tiram, meninggal dunia di Hospital Sultan Ibrahim (HSI) di Johor Bahru, semalam.

Mohd Zulhilmi yang juga salah seorang peserta qari Peringkat Kebangsaan kali ke-53 mewakili Johor itu, dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditungganginya lalu terbabas ke dalam longkang.

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 55

Yanti masuk ke bilik semula. Nampaknya hasrat dia nak keluar malam tu kira tak jadilah. Rakannya sudah tidur dan berselimut, tentu dah penat sangat. Yanti duduk di atas kerusi dan kalau nak buka tv, rasa boleh ganggu tidur kawannya pulak. Yanti tengok nombor-nombor telefon kawan lamanya di JB terutama yang satu pejabatnya dulu. Nombor itu Yanti masih simpan dan Yanti rasa nak sms mereka, nak beritahu Yanti ada di JB sekarang. Tapi sekali lagi fikir, rasa macam tak perlu pulak, lagipun Yanti datang ada kursus yang aturcaranya padat di hotel tu. Yanti rasa boring sangat malam tu, nak tidur, malam masih awal. Biasa kat rumah, Yanti tidur paling awal pun pukul 11.00.

Badrol mulanya tak tahu yang Yanti ke JB, sedikit pun Yanti tak beritahu. Dari semalam, panggilan dan sms Badrol pada Yanti tidak berbalas. Akhirnya Badrol tahu juga Yanti buah hatinya itu ke mana. Bila panggilan kepada Yanti tak berjawab, Badrol telefon kakak Yanti, Azizah. Azizah pun beritahu yang Yanti ada kursus di JB. Timbul rasa cemburu pada Badrol bila tahu Yanti ke JB. Tambahan pula, Badrol fikir, apa perlunya nak berahsia kalau nak ke JB, beritahu pun tak apa. Perasaan seorang yang menaruh perasaan terhadap orang lain sememangnya begitu. Bukan nak mengongkong, tapi kalau boleh nak tahu buah hati dia ke mana.

Pada Yanti, dia tak mahu diganggu sepanjang dia di JB. Selain berkursus, Yanti anggap sebagai satu percutian percuma dan untuk mencari ketenangan di JB tu. Yanti sedang melayan perasaan dan mengingati kenangan lamanya di JB. Yanti rasa tak mahu ada gangguan dari Badrol.

Badrol terus rasa syak dan rasa cemburu pada Yanti. Tak payahlah nak korek rahsia Yanti, telefon dan sms dah tak berjawab. Selama ini pun Badrol dan Yanti kira rapat juga, tapi bila disentuh bab percintaan, Yanti nampaknya mahu mengelak. Badrol tak boleh tidur malam tu dan memaksa dirinya menelefon Azizah sekali lagi. Memang tak sesuai menelefon seorang yang bergelar isteri dan ibu pada malam-malam tu, tapi Badrol telefon juga.

"Kak, Yanti ada cakap dengan kakak apa-apa ker sebelum ke Johor ?" Tanya Badrol. Azizah semacam pelik dengan pertanyaan itu.

"Tak ada apa, cakap biasa-biasa saja. Kenapa Badrol ?" Kata Azizah.

"Tak kak, nak tanya sikit boleh tak, kak ?" Kata Badrol.

Hairan juga Azizah. Azizah kemudiannya masuk ke bilik dan meninggalkan suaminya di ruang tamu supaya suaminya tidak dengar perbualan itu. Azizah sudah rasa ada sesuatu yang Badrol nak tanya.

"Kak, masa Yanti di Johor dulu, Yanti ada teman lelaki istimewa ker ?" Tanya Badrol.

Pertanyaan itu sememangnya menjadikan Azizah serba salah dan sedikit melatah. Terlitas di fikiran Azizah, mungkin juga Yanti yang cerita sendiri pada Badrol, mungkin juga.

"Erggg, kenapa tanya soalan ni Badrol ?" Kata Azizah.

"Tak ada apa kak, tanya saja. Rasanya macam dia dah ada teman lelaki. Betul ker ?" Kata Badrol.

Azizah terdiam seketika, serba salah dibuatnya. Pada Azizah, nak berterus terang salah, tak beritahu pun macam ada salah juga. Kemudian Azizah jawab.

"Macam ni Badrol......Itu dulu masa kat JB, sekarang dah tak ada" Kata Azizah.

Mendengar kata Azizah itu, perasaan Badrol terus berubah. Keceriaannya sudah bertukar, suaranya pun sudah mula sebak. Muka Badrol dah jadi pucat.

"Okey, tak apa kak. Badrol saja nak tahu saja".  Kata Badrol dengan suara yang agak mengeletar. Kemudian perbualan mereka berakhir di situ. Badrol tidak dapat meneruskan perbualan itu.

Di ruang tamu, suami Azizah bertanya sesuatu.

"Siapa yang telefon ?  Badrol ker ?". Tanya suami Azizah.

"Yer, Badrol". Jawab Azizah ringkas.

"Pasal apa tu ?". Tanya suami Azizah lagi.

"Errggg....adalah cerita sikit" Jawab Azizah, seolah mahu berahsia lagi, tapi nampaknya macam dah tak boleh berahsia pada suaminya.

"Pasal apa ? Pasal Yanti ker ?" Kata suami Azizah.

"Erggg... yer" Jawab Azizah seakan menggelabah sikit.

Suami Azizah terdiam seketika sambil baring menonton tv. Azizah duduk di sofa mengadap tv. Anak-anak mereka masa itu sedang di bilik masing-masing.

"Kenapa kita tak jodohkan saja Yanti dengan Mat Burger tu ?" Kata suami Azizah sambil meperlahankan suara tv . Perkataan itu mengejutkan Azizah sehingga Azizah tak dapat berkata-kata.

"Sampai bila kita nak tahan jodoh Yanti tu.... Kalau dia dah suka sama suka, kenapa perlu kita nak halang ?". Kata suami Azizah. Azizah terdiam lagi, kemudian jawab juga.

"Abang.... kita nak tengok Yanti bahagia dalam perkahwinannya. Sebab tu kita nak ambil tahu juga siapa bakal suami dia. Ramai-ramai lelaki, kenapalah Mat Burger tu yang dia pilih ? Yanti kan cantik, ada ramai orang nak berkenalan. Ramai lagi lelaki yang lebih baik dari Mat Burger tu, tapi Yanti tolak". Kata Azizah.

" Sekarang siapa nak kawin ? Yanti ke orang lain ? Boleh ker perasaan seseorang itu diubah dan kita pula yang menentukan perasaan cinta mereka ? Ingat senang ker" Kata suami Azizah.

" Yer betul. Tapi Yanti kenalah pandang banyak perkara, jangan disebabkan cintakan seseorang sampai membelakangkan keluarga. Lelaki tu nanti akan jadi sebahagian dari keluarga kita juga. Kalau Yanti kawin dengan Mat Burger tu, nanti ada masalah, kita juga dia cari. Ingatlah, perkahwinan ini bukan sekadar main-main. Yanti belum matang dalam hal ini". Kata Azizah, suaranya sudah mula tinggi.

"Janganlah kita pandang rendah pada Yanti. Betul dia adik bungsu tapi jangan anggap dia tak matang. Dia pun belajar sampai universiti juga dan kerja pegawai kerajaan, takkanlah dia tak matang lagi.... Kenapa kita pandang rendah pada Mat Burger dan orang-orang yang kerja biasa. Seolah-olah kita dan keluarga kita rasa berada dalam kedudukan tinggi." Kata suami Azizah.

"Tak, saya dan adik beradik saya tak pernah pandang rendah pada Mat Burger, tidak". Kata Azizah menyampuk.

"Azizah...dari mula lagi abang dah tak setuju kita adik beradik menentang jodoh Yanti dengan Mat Burger tu. Sebab tu abang tak mahu masuk campur dalam hal ini.....Kita belum sempat tanya latar belakang Mat Burger tu. Bagaimana keluarga dia, ibadat dia, ekonomi dia, pergaulan dia dan sebagainya. Terus kita tolak tanpa usul periksa disebabkan dia Mat Burger. Patut ke begitu..." Kata suami Azizah.

Azizah terdiam dan mula mengesat-ngesat air mata. Dia tak mahu melatah dengan mengeluarkan perkataan yang boleh memulakan pertengkaran. Dia dah faham dengan suaminya itu, kalau jadi pertengkaran sudah tentu suaminya saja yang nak menang. Kekadang pertengkaran kecil boleh berlarutan hingga dua tiga hari. Maka berdiam diri adalah baik bagi Azizah. Suaminya meneruskan kata-kata.

"Azizah...Abang bukan datang dari keluarga kaya. Mak ayah abang dulu kerja kampung yang tak seberapa. Abang cukup sensitif kalau seseorang dihina kerana pekerjaannya. Kita yang hidup senang ni belum tahu lebih mulia dari mereka. Tak kiralah dia kerja apa, tukang pungut sampah ker, cuci longkang ker, penjaja tepi jalan ker, janji dia cari rezeki cara halal. Bukan dia perompak atau hisap dadah. Di sisi Allah Taala, belum tentu kita ni lebih mulia dari mereka. Mungkin kita ni yang lebih hina. Ingat, hari ini orang pandang mulia pada kita, tapi esok lusa belum tahu...." Kata suami Azizah.

Azizah terus diam walaupun kalau dia nak jawab, dia banyak benda nak jawab.

Jam 10.00 malam, Yanti baring dan cuba untuk tidur tapi seakan tak boleh tidur. Perasaan Yanti meronta-ronta mahu keluar ronda-ronda malam itu. Pada Yanti, kalau di JB pukul 10 tu perkara biasa kalau nak keluar. Paling tidak pun, dia dapat tengok gerai burger Man dari jauh. Itu pun sudah cukup untuk malam itu.

Yanti salin baju semula dan keluar dari bilik menuju ke tingkat atas di tempat letak kereta. Ke mana Yanti pergi ? Adakah rancangan Yanti nak keluar itu adalah yang terbaik ? Lagi satu, jadi atau tidak Yanti keluar ni ?

BERSAMBUNG KE EPISOD 56
http://kadikluang.blogspot.com/2010/12/sudah-nasibku-mat-burger-episod-56.html

Artis Veteran Khalwat Janda : Aman Syah didakwa

Penyanyi veteran, Aman Shah. Aman Shah  dituduh berkhalwat dengan janda beranak dua di kuarters kerajaan di Presint 15 dan bakal dibicarakan pada 12 Januari 2011 depan.

Artis terbabit dikatakan memasuki rumah kekasihnya yang juga kakitangan kerajaan kira-kira jam 10 malam sebelum sepasukan anggota penguat kuasa Jawi menyerbu rumah terbabit selepas mendapat aduan berlakunya perbuatan khalwat.
 
Aman Shah adalah penyanyi veteran era 1980 dan awal 1990-an di rumah wanita tersebut di kuarters kerajaan di Presint 15.



Waspada Hujan Lebat dan Banjir Besar


Selepas Kedah dan Perlis, beberapa negeri di Pantai Timur termasuk bahagian Timur Johor serta Sabah dan Sarawak pula dijangka mengalami banjir besar berikutan peningkatan taburan hujan dengan sesetengah tempat diramal melebihi 40 peratus berbanding paras biasa.

Fenomena itu berlaku ekoran perubahan cuaca musim Monsun Timur Laut bermula awal bulan ini dan dijangka berterusan hingga awal Mac depan.

Pengarah Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Ling, berkata kadar purata taburan hujan bagi kawasan berkenaan terutama Kelantan, Terengganu, Pahang, Pantai Timur Johor serta Sabah dan Sarawak pada kebiasaannya mencatat 680 milimeter (mm).

“Namun, disebabkan peningkatan dan hujan yang diramal berterusan, taburan purata hujan akan meningkat sehingga 1,000 mm di beberapa kawasan yang akan mengakibatkan banjir.

“Dalam tempoh ini hujan boleh berlaku sepanjang hari dengan hujan yang lebih kerap pada lewat malam dan pagi yang turut disertai ribut petir,” katanya.

15 November 2010

3G, Gebu, Gemuk, Gempal

Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan.

Ermmm... inilah yang boleh diberikan nama 3G: Gebu, Gemuk dan Gempal. Puncanya adalah banyak makan dan tak rajin bersenam.

Artikel Menarik :
Tak Sedar Diri Badan Makin Gemuk (Episod 1)

Kakitangan Kerajaan Antara ditangkap Kes Dadah

BESUT: Empat pelajar dan tiga penjawat awam antara 157 orang yang ditahan di atas kesalahan berkaitan dadah di sekitar daerah ini semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mereka yang berumur antara 15 hingga 51 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis yang bermula 1 pagi hingga 3 petang.

Katanya dalam operasi yang diketuai Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Deputi Superintendan Amran Ramli beserta 98 pegawai dan anggota dari pelbagai unit polis turut merampas 26 biji pil methamphetamine, satu bungkusan ganja seberat satu gram dan 300 bungkus air ketum serta wang tunai RM874.

Kamaruddin berkata, seramai 214 orang diperiksa dan daripada 157 yang ditahan itu tujuh daripadanya warga Thailand yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan turut positif dadah.

Katanya, daripada jumlah ditahan itu seramai 146 orang disiasat di bawah Sekysen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dua kes di bawah Seksyen 12(2) akta sama, satu kes di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Akta Imigresen.

Tiga penjawat awam terdiri daripada seorang guru, pembantu am rendah dan pemandu jabatan kerajaan termasuk pelajar semuanya didapati positif dadah,” katanya.

Bukit Keluang Lokasi Pertapaan Ajaran Sesat ?

 Keunikan pusat perkelahan Bukit Keluang di Besut, Jertih yang mempunyai banyak gua batu menjadikan tempat itu sentiasa dikunjungi ramai pengunjung dan pelancong.

Selain ada lebih 15 gua pelbagai bentuk, Bukit Keluang mempunyai daya tarikan tersendiri kerana pantainya bersih serta pemandangan indah terutama panorama waktu senja.

Bagaimanapun, populariti pusat pelancongan terkenal itu kini terjejas apabila ada pihak tidak bertanggungjawab dikatakan menjadikan beberapa gua di situ sebagai tempat pemujaan, mengamalkan ilmu hitam, termasuk memohon nombor ekor yang secara tidak langsung meninggalkan imej buruk kepada masyarakat setempat dan pengunjung.

14 November 2010

Luahan Rasa Seorang Isteri : Suami Makan Luar

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin kita tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam-diam dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia lewat 20-an tahun dan mempunyai 3 orang anak.  Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga. Sebelah pagi sebelum pergi kerja saya akan masak untuk anak2, sarapan utk suami. Saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik dan menarik minat lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya lebih menarik dan cantik berbanding saya. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja.


 Ulasan saya, jadikan cerita ini sebagai pengajaran. Yang baik jadikan ikutan, yang tak baik jadikan sempadan.

Juruwang Pasaraya, Berbudi Bahasalah Sikit

Semalam saya beli sabun basuh 3 kg di salah sebuah pasaraya di Kluang. Selain tu, ada juga beli barang lain. Masa bayar tu, pergi ke satu kaunter, pekerja wanita Melayu usia mungkin 20-an atau 30-an.

Masa dia angkat dan scan harga sabun tu, saya nampak macam ada serbuk sabun tumpah di bahagian bawah. Rasa saya mungkin plastik sabun tu ada sikit koyak. Saya pun keluarkan semula dari plastik dan tengok kat bahagian bawah sabun tu. Saya cakap.

"Tunggu sekejap, ni ada koyak ke tak ?" Kata saya.
Tangan saya tengok di bahagian bawah sabun tu.

Dia jawab,

"Mana saya tahu, awak yang ambil sendiri". Kata wanita tu.
Amboi kasarnya bahasa. Tak ada ke bahasa yang elok sikit bila bercakap dengan pelanggan.

Saya periksa sabun tu, tak koyak pun. Mungkin serbuk sabun yang keluar tu datang dari sabun lain atau pada tempat letak sabun tu. Cuma yang tak sedapnya, bahasa juruwang tu.

13 November 2010

Pemandu Jengkaut Lemas Jatuh Laut di Pantai Lido

JOHOR BAHRU: Seorang operator jengkaut hilang dan dikhuatiri lemas apabila dia dan jenteranya itu jatuh ke dalam laut selepas pasir yang ditambaknya di tapak projek Lido Boulevard di Pantai Lido tiba-tiba tenggelam kira-kira 10.15 malam Jumaat.

Usaha mencari Mohd Nor Miskan, 36, hari ini oleh 20 anggota bomba dan penyelamat termasuk 10 penyelam mereka masih gagal menemuinya. Turut tenggelam bersama mangsa dan jengkautnya ialah dua buah kontena dan sebuah generator elektrik

Tak Ada Air di Kluang : Penjelasan SAJ Holdings

Buka paip dah ada air seperti biasa di rumah saya. Malam ni juga, bila ke peti surat, dapat risalah yang dikeluarkan oleh SAJ Holdings. Risalah memberi penjelasan mengenai situasi masalah air dan jadual pengagihan air di Kluang.

Katanya, kualiti air m entah di Empangan Sembrong Barat mencukupi tetapi tidak berupaya merawat air dalam kapasiti normal. Pengeluaran air terpaksa dikurangkan menyebabkan beberapa kawasan tidak dapat menerima air seperti biasa dan mengikut jadual yang ditetepkan. SAJ juga mengedarkan jadual pengegihan air mengikut kawasan.

12 November 2010

Haiwan Aneh 'Pokke' Boleh Dijual Mahal, Puluhan Ribu ?

Ceritanya, ada satu jenis haiwan aneh, namanya 'Pokke' (gambar) dan menjadi kegilangan sesetengah pihak di Terengganu sekarang ini. Katanya, haiwan ini  boleh dijual dengan harga puluhan ribu ringgit apabila umurnya sudah matang.

Entah betul entah tidak dan entah apa keistimewaan haiwan ini, entahlah. Jangan jadikan bomoh nombor ekor sudahlah.....

Kluang Tak Ada Air ?

Saya baru balik dari Cameron Highland, sampai rumah paip tak ada air. Beberapa hari sebelum ni air kecil, tak sampai tak ada air lansung. Secara ikhlas saya memang tak tahu yang ada masalah air di Kluang ni.

Bila saya buka akhbar internet Sinar Harian, ada berita tentang masalah air di Kluang.

......................................................................................................................................................

KLUANG - Penduduk kawasan perumahan di sini, berasa bengang apabila sudah beberapa hari mereka tidak mendapat bekalan air dan notis pemberitahuan tidak dikeluarkan Syarikat Air Johor (SAJ) daerah Kluang.

Halimah Abdullah, 40, berkata, sudah empat hari rumahnya di Taman Desa Harmoni terputus bekalan air dan dia tidak menerima sebarang notis pemberitahuan ber- hubung gangguan berkenaan.

Menurutnya, sekiranya ada notis pemberitahuan, penduduk dapat bersedia menyimpan bekalan air untuk kegunaan harian dan tidak menyusahkan mereka.

“Tanpa sebarang persediaan menyebabkan kami penduduk di kawasan taman ini sukar untuk membasuh; memasak dan membersihkan diri.

“Malah, masa yang diberi apabila air keluar hanya seketika dan kami tidak sempat menyimpannya,” katanya ketika ditemu ramah Sinar Harian.

Katanya, gangguan bekalan air akan berlaku bermula pada waktu malam dan ada semula awal pagi.

Halimah berkata, namun, waktunya juga kadangkala tidak menentu dan sukar untuk dijangkakan selain bekalan air yang diterima juga kurang berkualiti.

Sementara itu, Rosli Abdullah, 51, berkata, penduduk di kawasan sekitar Jalan Batu Pahat ini tidak tahu masalah yang dihadapi SAJ kerana mereka tidak memberitahu terlebih dahulu sebelum me- mutuskan bekalan air.

“Apabila kami telefon SAJ, mereka hanya memberikan alasan sama iaitu kesulitan dihadapi berpunca daripada empangan Sembrong Barat.

“Kami mahu mereka bertindak dengan efisien dan dapat mengendalikan masalah bekalan air ini segera serta bukan dengan memberi alasan,” katanya.

Masalah ini telah mendapat maklum balas daripada SAJ.

Jurucakap SAJ berkata, kesulitan berhubung gangguan bekalan air yang berlaku di daerah ini masih dalam tindakan syarikat mereka.

Menurutnya, SAJ akan mengeluarkan Jadual Pengagihan Bekalan Air mengikut kawasan kepada penduduk di sini bagi memudahkan mereka menyimpan air, hari ini.
(Dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini)

11 November 2010

Liat Bayar Nafkah Anak, Akhirnya Masuk Penjara

GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang memerintahkan seorang peniaga dipenjara lima hari sehingga sebutan semula kesnya 15 November ini setelah gagal mematuhi arahan membayar tunggakan nafkah anak berjumlah RM24,000 sejak 2007.

Hakim Mohammad Zamri Roslan membuat keputusan itu kerana sikap gagal patuh arahan dan tidak serius Norisam Ghazali, 42, dari Bayan Lepas untuk menyelesaikan separuh tunggakan sebanyak RM15,000 kepada bekas isterinya, Mazlina Mohd Merican, 39, serta tiga anak mereka, sebelum 4 November lalu.

Defendan diarah membayar nafkah anak RM400 sebulan dan penambahan RM200 setiap enam bulan bagi menampung kos rawatan jantung anak sulung mereka di Kuala Lumpur bermula Mac 2007.

Dalam sebutan semalam, Hakim Mohammad Zamri memberi peluang kepada defendan untuk membayar RM15,000 dan menyediakan seorang penjamin serta wang jaminan RM1,000 sebelum 4.30 petang.

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Penyanyi Fazley Palsu ?


Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam program Week In Week Out: University Challenged kelmarin mendakwa penyanyi terkenal, Fazley memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) palsu.

Dalam program itu, Fazley dikatakan memiliki kelulusan tersebut dari sebuah universiti palsu iaitu European Business School iaitu sebuah universiti antarabangsa Irish yang didedahkan BBC sebagai palsu pada tahun 2008.

10 November 2010

Bekas Guru Dipenjara 18 Tahun Kes Rogol Murid

KOTA KINABALU: Seorang bekas guru sekolah rendah swasta dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan dua sebatan bagi setiap satu dari dua kesalahan memperkosa seorang murid perempuan Singapura berusia 11 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen, Duncan Sikodol, memerintahkan hukuman penjara itu ke atas Adrian Simon berjalan serentak.

Adrian, 31, memperkosa pelajar terbabit ketika murid itu di bilik stor makmal sains SRS Datuk Simon Fung di Likas antara Februari dan Mac, 2010, antara 2.10 petang dan 3.30 petang. Dia melakukan kesalahan sama di tempat sama pada 26 Mac, 2010 pada 10.25 pagi.

Kedua-dua tuduhan dibuat di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan.

Proton Inspira Ganti Waja Dilancar Hari Ini ? PANAS!








 
Kumpulan Proton melancarkan model terbaru, Proton Inspira dengan harga paling rendah dalam pasaran bagi kenderaan kelas itu iaitu RM91,999 bagi model 2.0L CVT MIVEC.

Harga  baru itu diumumkan oleh Pengarah Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir pada masjlis pelancaran model itu, Rabu di sini.

Harga bagi model 1.8L Manual Standard ialah RM79,888 manakala 1.8L CVT Eksekutif pula RM84,000.

Keretapi Tergelincir

Gerabak tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)  tergelincir berhampiran di Stesen Bukit Timah, Singapura, awal pagi tadi. Tren Ekspress Rakyat ke Butterworth itu membawa 60 penumpang dan tiada penumpang dilaporkan cedera.

09 November 2010

Macam-macam Kena Tipu : Produk Palsu Burung Walit

Produk minuman kesihatan yang diperbuat daripada sarang burung walit kualiti terbaik yang berwarna kemerah-merahan boleh mencecah RM8,000 sekilogram namun jika anda tidak berhati-hati ketika memilih, pengambilan produk itu boleh menyebabkan kanser.

Kesan mengejutkan produk premium itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong yang berkata, risiko kanser itu bukan tindak balas semula jadi tetapi hasil perbuatan pengilang menggunakan bahan kimia berbahaya.

"Bahan kimia ini menjadikan sarang burung kemerah-merahan dan seakan-akan sama dengan sarang burung daripada kualiti terbaik.

Jadi, hati-hatilah.

Wanita Sarat Mengandung Kemalangan Maut

JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan maut apabila van yang dipandunya dirempuh sebuah lori di KM46.8 Jalan Johor Baharu-Mersing, hari ini.
Jumirah Soogiman, 36, seorang peniaga yang berasal dari Kampung Sungai Telur, Kota Tinggi, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Kemalangan pada jam 12.10 tengahari itu dipercayai berlaku apabila lori dari arah Johor Baharu ke Mersing itu terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar van yang dipandu Jumirah," kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi hari ini.

Kegiatan Perjudian Tumpas

BATU PAHAT – Polis berjaya menahan enam lelaki berumur antara 20 hingga 30-an dalam Ops Judi di premis snuker yang telah diubahsuai menjadi tempat perjudian menggunakan komputer.

Seorang daripada enam lelaki yang ditahan adalah pemilik premis berkenaan dan semasa operasi dijalankan mereka tidak menyedari kehadiran polis kerana asyik bermain komputer.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, hasil operasi polis berjaya merampas sembilan komputer.

Menurutnya, dilakukan pada 17 Oktober 2010 di Taman Bukit Perdana, jam 10.30 malam dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 54B (b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Beliau berkata, pada 26 Oktober 2010, jam 10.40 malam, polis berjaya menahan tiga lelaki di Jalan Bestari (Senggarang) di rumah kedai berkomputer yang menjalankan perniagaan perjudian dengan meng- gunakan komputer yang di- ubahsuai.

Ibrahim berkata, semua mereka yang telah ditahan dalam dua Ops Judi berkenaan adalah warganegara tempatan, malah, polis akan memastikan segala perbuatan yang tidak bermoral seperti ini segera dihapuskan kerana boleh merosakkan minda belia.

“Peniaga yang cuba mengaburi mata polis dengan mengubahsuai premis mereka semata-mata ingin menjalankan perniagaan perjudian berkomputer dinasihatkan tidak berbuat demikian.

“Jika tidak, tindakan tegas akan diambil pihak polis dan jika mereka ini didapati bersalah, hukuman setimpal akan dikenakan tanpa kompromi, orang ramai mempunyai maklumat mengenai pusat perjudian berkomputer boleh menghubungi polis.

Katanya, sebarang maklumat berkaitan jenayah juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4341225 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut agar kadar jenayah di sini dapat dikurangkan,” katanya.

08 November 2010

Luahan Rasa Isteri Bermadu Dua

Assalamualaikum ustaz,

Saya ada masalah sikit ustaz, masalah saya adalah masalah bemadu. Saya ni baru sahaja melahirkan sorang anak. Lepas sahaja saya habis pantang suami saya kawin sorang lagi tanpa pengetahuan saya. Kalau di ikutkan sebenarnya saya sanggup bemadu, kalau itu kehendak suami saya.

Tetapi yang menyebabkan saya tak boleh nak bermadu adalah dari sikap madu saya sendiri. Dia sudah separuh dunia dia hina, maki hamun saya dan caci maruah saya. Kalau dia bersikap baik pun sekiranya ada sesuatu yang dia nak dia korek rahsia dari saya. Dia juga  tak pernah pun mintak maaf dari saya setelah dia buat kecoh depan rumah saya dan sepah-sepahkan rumah saya. Dia marah sebab suami saya tidak mnjawab fon dari dia...

Sampai satu peringkat saya tak dapat nak maafkan setiap aper yang dia buat. Ustaz apa yang patut saya buat ?

Saya sudah cuba terima dan maafkan dia tapi tak boleh... Saya memang dah tak boleh nak terima madu saya dan taknak dimadukan tapi saya masih sayangkan suami saya...

"Pembaca tolonglah bantu jawab, terutama madu-madu"

Tinggalkan Isteri dan Anak-anak, Kawin Lain

Seorang lelaki usia 40-an meninggalkan isteri dan 5 orang anak begitu saja. Lelaki menceraikan isterinya kira-kira dua tahun lalu. Kemudian berkahwin dengan seorang gadis berusia 30-an. Suami lansung tak menjenguk atau memberi nafkah kepada anak-anaknya. Malah, anak-anak tak tahu di mana bapanya berada sekarang.

Maka hiduplah isteri sendirian  membesarkan 5 orang anak yang masih kecil antara 4-15 tahun, semuanya masih bersekolah. Dia menumpang di rumah yang dibina sendiri secara ala kadar di sebelah rumah ibu bapanya di Kluang. Wanita berusia 36 tahun ini terpaksa bekerja di sebuah kilang dengan gaji RM 600 untuk menampung hidup sekeluarganya.

Wang gaji ini tidaklah cukup untuk belanja seharian keluarga  ini. Bagaimanapun, pelajaran anak-anak tidak diabaikan, malah ibunya tetap tidak memberhentikan anak-anak dari sekolah walaupun tidak mampu. Dia mahu anak-anaknya berjaya dan menebus segala kesusahan yang dialami ibunya dalam membesarkan anak-anak.

Bantuan Zakat

Berdasarkan kes ini, hari ini saya menyokong untuk memberikan bantuan bulanan RM 300 sebulan (yang diterima setiap bulan) dari wang zakat kepada keluarga ini. Dia akan menerima wang ini tak lama lagi. Saya percaya, walaupun sudah mendapat bantuan tetapi masih belum mencukupi, tetapi sekadar meringankan bebanan.  Insyaallah, keluarga ini juga bakal menerima bantuan rumah dari Baitulmal selepas beberapa proses selesai.

Ke mana Bapa Anak Ini ?

Tergamak seorang bapa meninggalkan anak-anak tanpa memberi nafkah seperti ini. Lelaki ini, dulu seorang kakitangan kerajaan, sekarang sudah berhenti dan bekerja sendiri. Sedang dia bergembira bersama isteri barunya, janganlah lupakan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan belanja yang sepatutnya.

Berzakat dan Bersedekahlah

Kepada semua orang Islam yang membaca cerita ini, kalau kita ada kemampuan, sudikanlah kita bersedekah. Bukan saja kepada keluarga ini, tetapi kepada orang lain yang memerlukan. Kepada orang yang berada dan berkemampuan, mungkin nilai RM 10.00 dianggap murah, tapi bagi keluarga ini cukup berharga untuk meneruskan hidup mereka. Jadi apa salahnya kita hulurkan RM 10 kepada anak-anak ini bila kita menziarahinya. Berzakat dan bersedekahlah, untuk membantu sesama Islam.

Zaid Ibrahim Letak Jawatan dalam PKR


Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim  menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan. Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Kisah Rumah tangga Pelakon Rita Rudaini dan Pemain Bolasepak Aidil Zafuan

Kisah rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34 dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, ke mahkamah Syariah juga. Aidil telah membuat dua tuntutan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban terhadap Rita baru-baru ini.

Antaranya adalah, membuat tuntutan hadanah iaitu hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin, 15 bulan. Satu lagi tuntutan yang dibuat oleh Aidil adalah perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.

06 November 2010

Isteri Kata Kalau Suami Dia Kawin Lagi, Dia Lari, Padahal Suami Dia Dah Kawin


Seorang suami cakap dengan isteri dengan nada yang macam bergurau, lebih kurang begini.

"Bagaimana agaknya kalau abang kawin lagi ?". Kata suami.

"Kalau awak kawin lagi, saya bawak anak-anak lari, tinggalkan awak". Kata isteri.

Sebenarnya suami dia dah kawin lagi satu, cuma belum beritahu isteri jer. Dan tak ada peluang yang sesuai untuk beritahu isteri. Agaknya macam mana nak beritahu isteri ?
Pembaca tolonglah bantu.

Aidiladha pada Rabu 17 November

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Rabu, 17 November ini. Demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, sebentar tadi.

Alor Setar Banjir Besar, 80 Peratus Ditenggelami Air