Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

13 Januari 2011

Disebabkan Buka Beg Suami, Cerai Talak Tiga


Seorang suami 20-an berpesan kepada isterinya 20-an supaya jangan buka begnya. Dia marah pada isterinya kerana isteri pernah buka beg itu tanpa pengetahuannya yang di dalamnya ada beberapa perkara 'sulit'. Oleh kerana terlalu marah, suami kata lebih kurang begini.

"Kalau buka beg ini selepas ini, jatuh talak tiga".

Beberapa hari lepas, isteri buka beg itu. Kes ini dirujuk kepada saya, saya nasihatkan supaya segera mendapatkan pengesahan di Mahkamah Syariah dan pasangan diminta tidak duduk bersama buat masa ini. Hakim akan menentukan sama ada talak jatuh atau tidak dan bilangan talak sekiranya jatuh talak.

Pasangan ini bernikah lebih kurang 3 tahun dan dikurniakan seorang anak yang masih kecil.

Cerai secara Taklik

Ini adalah satu contoh perceraian secara taklik. Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.

Contohnya suami kata kalau buka beg jatuh talak. Jadi kalau isteri buka beg, maka jatuh talak. Bagaimanapun, biarlah hakim yang memutuskan.

5 ulasan:

  1. Salam ustaz...

    mungkinkah si suami ni pun salah sorang daripada sembilan rakyat kita yg sakit mental..


    sumber:
    http://www.cepp.utm.my/rcentre/download_view.php?download=1822

    BalasPadam
  2. entah2 pompuan tu yg sakit mental...dah orang pesan jgn bukak...yg dia pegi bukak tu kenapa?....kan dah kenaa....

    BalasPadam
  3. dah agak pun, si suami tu takut pecah tembelangnye....

    BalasPadam
  4. baru baca catatan ustaz ni..mmg menghairan kenapa lelaki terutama suami suka merahsiakan sesuatu atau marah benar jika brg2 mereka diusik..kes di atas psl beg..ada jgk psl hp..mrh benar bila dipegang hp mereka..padahal hp kita ni bila2 masa pon dorang boleh bkk haa..ustaz rase kenapa kebanyakan suami xbagi isteri sentuh hp mereka apatah lagi explore hp mereka?

    BalasPadam
  5. ppuan yg degil... saja cari bala... ilmu agama tak de...tu yg tak tau kesan sesuatu hukum... penuh prasangka... bersangka buruk la tu... konon nak check aktiviti suami...

    walaupun hidup bersuami isteri, perlu lah hormati privacy masing2....asalkan suami bertanggungjwb, cukup nafkah zahir batin, apa yg tamak, berprasangka & kecoh nak semak semua aktiviti suami????

    BalasPadam

Dipersilakan komen.