Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

22 Januari 2011

Isteri Jatuhkan Hukuman Penjara Pada Suami


Seorang isteri awal 50-an, mengetahui yang suaminya bernikah lagi satu kira-kita 3 bulan lalu. Bila sedar saja, isteri membebel berguni-guni dan ugut nak ambil tindakan termasuk nak tinggalkan suami dia. Tapi bila difikirkan semula, buat apa nak tinggalkan suami, bukan ada untung. Suami pun dah nikah, Kadi  sendiri  yang nikahkan pulak tu. Jadi nak pertikai kat mana-mana pun dah tak ada arah.

Maka, isteri jatuhkan hukuman penjara kepada suami dia. Suami nampaknya terpaksa menurut saja, bising-bising buat apa, berani buat beranilah  tanggung. Terpaksalah redha dengan hukuman penjara isteri dia tu. Hukuman penjara apa tu ?

Pertama, suami tak boleh bawa kereta sendiri ke pejabat. Pergi dan balik kerja isteri yang bawa kereta, suami duduk sebelah. Balik kerja, tepat pukul 5, mesti dah terpacak depan opis, tak boleh lambat-lambat. Orang lain diharamkan ambil suami dia, bimbang bini muda pula yang sambar.

Kedua, kalau suami nak bawak kereta, mesti ditemani anak  yang usia dah belasan tahun. Laporan terkini akan dihantar pada isteri dan tak boleh melencong ke mana-mana. Dibimbangi suami pergi ke rumah bini muda berasmaradana.

Penjara pun penjaralah, kata suami dia tu.... Sabar jer lah walaupun jiwanya bergelora teringatkan isteri muda yang muda dan gedik tu. Meraunglah si suami dalam penjara...

6 ulasan:

  1. salam.
    wah! dashatnya penjara si isteri tu..
    adakah wajar hukuman penjara tu..? dan adakah itu jalan penyelesaian yang terbaik...
    bagi pendapat khairill, untuk membuat sesuatu punishment tu biarlah akhirnya tu nanti memberikan satu hikmah dan boleh diterima oleh semua dan happy ending...memglah bermadu tu boleh dikatakan tidak digemari oleh perempuan/wanita, tapi dalam kes ni bagaimana kita nak atasi? perkara sudah berlalu, si suami pula seharusnya bersedia dengan apa yang akan berlaku...so kenalah prepair dengan sebaik mungkin. ambik la contoh sirah2 atau orang yang berpengalaman tu... selesaikanla supaya menjaga kebaikan si isteri-isteri tu.

    BalasPadam
  2. berdosa rr is3 tu..tak beik wat suami dia camtu..
    memang rr semua pompuan tak suka suaminya kawen lagi..tapi jgn sampai wat suami camtu...cian dia...

    BalasPadam
  3. Jika begitu sekali kawalan/sekatan isteri yg awal, tidakkah dia erti akan berdosa? Tanggungjawap suami pada isteri yg terkemudian terabai adakah siisteri mahu tanggung? Salah suami jika ada pun hanya bab administative dan tersinggung.

    BalasPadam
  4. kalau lah di terbalikkan keadaannya macam mana? bg mana rasa seorang suami jika isteri yg di sayanginya ada kekasih lain...sanggupkah suami membayangkann , ketika dia sedang bermesra dgn isteri barunya, ada lelaki lain pula yg sedang bermesra dgn isterinya...tak sakitkah? tak pedih kah hati? itu yg di alami seoranng isteri.

    Selalunya suami yg mahu berkahwin lain ini tidak mampu pun dari segi zahir..dgn isteri dan anak2 yg ada pun tidak dapat menanggung makan minum dgn sempurna..sudah pastikah tentang aurat, tentang sembahyang anak dan isterinya?
    Bersyukurlah dna sempurnakanlah tgggjawab dgn isteri dan anak-anak yg ada..itupun belum tentu lepas lagi..

    BalasPadam
  5. Ceta ustaz ni x lengkap le, nafkah zahir suami tu ok tak? .. Sbb klu ok, isteri tua tu bole le minta sebiji kondo, keta ke & wang saku bulanan... kemudian dgn umur 50an tu dia pi le attend majlis2 ilmu dgn member2nya spr pi rancangan 'tanyalah ustaz/ustazah', ke atau 'jalan2 mengembara cari khazanah Allah dlm & luar negeri' dll.. dia dpt pahala & ilmu, suami pun dapat insyaAllah..

    hai.. macam2

    nenek..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.