Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

21 Januari 2011

Kenaikan Harga Santan Kelapa, Kenapa Gitu ?


Cerita dari orang Maran dan Temerloh, Pahang, katanya peniaga makanan paling ramai terjejas kerana kenaikan harga santan kelapa dari RM 4 sekilo kepada RM 12 sekilo. Macam tak percaya pun ada, tapi yang cerita tu sedara mara saya juga.

Dah tak cukup ker kelapa yang ada kat negara kita sampai harga naik sebegitu tinggi ?  Sekali fikir, ada juga betulnya, ramai orang sekarang tak suka tanam pokok kelapa. Mereka anggap tanaman tu tak penting lagi.

Kumpulan 'Kelapa'

Dulu tahun 1999, saya berkursus induksi di INTAN Kluang sebulan lamanya. Nama kumpulan yang saya pilih adalah kumpulan 'Kelapa' dan saya ketua kumpulan itu. Kelakar memang kelakar dan digelakkan orang pada mulanya. Mereka rasa kumpulan saya ketinggalan zaman dan tak komersial jer.

 Tapi bila saya terangkan kenapa nama kumpulan kelapa dipilih, mereka sedar juga. Saya kata, kelapa adalah satu pokok yang dilupakan sedangkan banyak manfaatnya. Buahnya boleh dimakan dan dibuat santan. Air boleh dibuat minum termasuk buat penawar. Minyak dia boleh buat minyak guna-guna, opsss silap, bukan minyak guna-guna, minyak masak. Lidi dia boleh buat penyapu dan cucuk sate. Batang dia boleh buat titi, hampas dia boleh buat makan itik. Daun boleh buat ketupat, umbut boleh makan. Upeh dia boleh main tarik-tarik dan macam-macam lagi kegunaannya.

Tanamlah Kelapa

Kenapa taknak tanam kelapa ? Tanamlah kat depan dan belakang rumah. Benih dia bukan mahal sangat, yang free pun ada. Takut anak kena hempap buah kelapa ker ?

Ker tak tahu kupas kelapa ? Senang jer le. Ker tak tahu kukur kelapa ? Senang jer, beli kukur mesin tu harga dalam RM 100, boleh pakai berpuluh tahun. Kat Pahang tu takkanlah tak ada pokok kelapa, banyak tu. Belilah buah kepala, yang dah gugur pun boleh, harga sen-sen saja.Lepas tu kukurlah.

Kalau nak harap santan dah siap, memanglah mahal.

2 ulasan:

  1. Belakang rumah ibu saya ada 2 pohon kelapa. Kelapa muda takde masaalah bila hendak minum dan jiran pun selalu juga minta bila ada anak2 yg demam terutama deman campak. Bila bulan syaaban dah mula kumpul sedikit demi sedikit sampai menjelang tiba akhir ramadhan untuk buat rendang!

    Kadang2 kalau takde kelapa tua dihari biasa, guna je susu segar buat masak.

    BalasPadam
  2. semalam diorang buang kelapa punye la banyak..membazir sungguh depa ni....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.