Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

06 Januari 2011

Nasib Kereta Lebih 15 Tahun : Memang Mahal, Dah Terpaksa (Episod 2)

Pergilah ke satu kedai ni, manalah tahu dapat murah insuran. Bukan apa, asalkan dapat hidup cukai jalan sudahlah. Kereta dah lama, harga pun bukan seberapa. Bukan nak cakap besar, tapi kalau ada eksiden pun, repair sendiri saja, bukan nak serah kat insuran pun. Kalau pergi insuran nanti, dah tentu banyak sangat kerenah. Malu muka pun ada, kereta dah lama dan murah, insuran entah layan entah tak. Lagi satu, kalau kerata dah murah, kos repair pun mestilah murah. Mustahil sangat macam harga sebiji kereta.

Semalam bila kedai insuran tu kata RM 520 dan cover 10,000. Kalau nak ikut saya, kenapa perlu cover 10,000 sebab kereta ni nilai separuh lebih murah pada tu. Tapi orang insuran tu dah kata macam tu, apa nak buat.

Hari ni, satu kedai tu kata insuran first party dalam RM 480. Alamak, mahal juga, cuma murahlah pada kedai hari tu. Bila tanya kalau nak buat third party boleh ker ? Orang tu kata, nak buat third party kena tunggu dalam seminggu. Alamak, lama tu, mana boleh tunggu.

 Maka nak taknak, kenalah buat juga insuran yang RM 480 tu, nak buat macam mana, kereta nak jalan. Kalau campur cukai jalan RM 330, maka jadilah RM 810. Tak apalah, cuma terfikir juga, tahun depan macam mana pulak ?

5 ulasan:

  1. salam...

    (Episod 2)..?
    mana pulak Episod 1..?

    tq...

    BalasPadam
  2. episod 1 ade.. cube cek balik entry sebelum ni..

    ustaz.. ape jadi dgn man burger?

    BalasPadam
  3. (Pantun berkerat-kerat)

    "Kalau ada isteri kedua, mesti ada isteri pertama.
    Kalau ada episod kedua, mesti ada episod pertama."

    BalasPadam
  4. Salam Ustaz, perkara yang sama berlaku pada saya... Saya juga bertanya pada suami... tahun depan macam mana? (dengan harapan dia kata tukar kereta), suami menjawab... tahun depan da tau macam ni kita amik insurans awal.... hehehe

    BalasPadam
  5. samalah nasib ngan saya. bulan 9 2010 mati sampai skng tak idup lg.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.