Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

20 Januari 2011

Pasaraya Econsave Kluang Kini Dibuka


Hari ini pasaraya Econsave Kluang dibuka di Jalan Mersing. Ini banyak memberi kebaikan kepada penduduk Kluang kerana barangan yang dijual di pasaraya ini lebih murah terutama makanan dan barang keperluan harian.

Cuma ada juga kesannya dengan bukanya pasaraya besar ini. Pertama peniaga runcit akan kekurangan pelanggan. Kedua, tak mustahil kalau ada pasaraya atau minimarket yang kekurangan pelanggan seterusnya terpaksa ditutup. Dulu di Yong Peng, bila Econsave buka, sebuah pasaraya berdekatan terpaksa ditutup.

Semalam saya ke Melaka, saya lihat banyak pasaraya besar dibuka termasuk Econsave di Sungai Udang. Di Kluang, pasaraya Gaint sudah tentu terkesan dengan pembukaan Econsave ini. Tak mustahil sebab apa yang saya lihat, dari segi harga, Econsave lebih berjaya menarik pelanggan.

Satu lagi, Econsave sepatutnya mengutamakan pekerja tempatan, janganlah terlalu bergantung kepada pekerja asing. Saya tak tahulah, ada atau tidak pekerja asing di Econsave Kluang ni, saya pergi pun belum. Dulu masa Econsave Senai dibuka saya datang. Bila masuk tandas, tukang cuci dia rasa orang Bangla atau Nepal. Bila pergi ambil troli, yang jaganya orang asing juga. Di dalam yang susun barang orang asing. Masa bayar tu, barulah lega tengok wanita tempatan. Tapi lepas saya bayar, dia beri resit, dia kata,

"Terima kasih bapak". Kata perempuan tu.

Waduhhh... koknya dipanggil bapak, aku rasa aku seperti orang tua...Rupanya warga asing juga jadi juruwang. Di Kluang ni masih ramai orang ternpatan yang masih mencari kerja, tak sukar mencari pekerja di sini. Utamakanlah orang sini, jangan buat alasan kata pekerja tempatan susah nak dapat.

7 ulasan:

  1. aritu saya p belum buka... tapi saya tengok ramai orang tempatan datang minta keje & ada yg pakai uniform dia pun. rasanya ramai org tempatan keje situ. katanya 20hb baru buka.

    BalasPadam
  2. hehe..dah pergi tadi..barang2 memang termurah..lagi2 susu ank saya..murah dekat rm3 dari pasar raya lain...emm nampaknya pekerja tempatan yg ramai la..dan yg senangnya dia ada surau...senang tuk org dan pekerja2 dia tunaikan solat...

    BalasPadam
  3. oh yeke...belum pegi lagi sb blum balik semenanjung. bagusla dah buka, dekat dgn rumah :))

    BalasPadam
  4. ada kerja kosong lagi ke??kalau ada ok lah..

    BalasPadam
  5. kentang/bwg harga lg murah di kedai runcit area
    dkt2 ONE Stop /Railway..cubalah.Boleh kongsi2 atau bg org lain lg

    BalasPadam
  6. tapi kadang silap org kita juga(melayu) sebab memilih & tak padan dengan kemahiran/kelulusan, sy berkata begini kerana saya seorang usahawan yang bergiat terlalu aktif dan mempunyai 3 kedai di kluang.... masalah utama memang lah pekerja....macam macam ragam orang kita, ade yang keje 2 hari, cuti 2 hari, ada yang selalu sakit...susah nak cakap. bila pekerja bermasalah mcm ni secara tak langsung hasil jualan bulanan pun merudum...so pening....memang tak semua orang macam ni tapi terlalu ramai yang macam ni. kadang terasa nak ambil orang luar je keje sebab mereka memang datang sini untuk cari duit bukan untuk main main...he he he ( cam mane rupanya bangla jual minyak wangi? ) pening juga memikirkan nya....he he he ( yan )

    BalasPadam
  7. klo ada jawatan kosong lg,alhamdulillah..dpt msuk kje secepat yg mungkin pun ok je..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.