Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

02 Januari 2011

Peminat Teh Tarik Dalam Bahaya ?


Hari ini, dalam akhbar cerita pasal teh tarik. Nak diberitahu, saya kira hari-hari minum teh tarik sejak lebih 15 tahun dulu. Minum kat kedai mamak ada, kedai Melayu ada, buat sendiri pun ada. Boleh belajar cara buat tek tarik dengan saya. Klik Sini

Akhbar Cerita

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan(JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman berkata, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.

"Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di rata-rata kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama,” katanya.

Katanya, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.

Sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, katanya.

Bertegaslah

Ini bukan cerita baru sebenarnya. Dah lama saya dengar kenyataan-kenyataan seperti ini. Tak tahulah saya, teh yang saya minum tu bahaya ke tak. Harap-harap, pihak kementerian kesihatan menjalankan penguatkuasaan yang tegas termasuk membuat pemeriksaan di kedai makan terutama kedai mamak.

1 ulasan:

Dipersilakan komen.