Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

03 Januari 2011

Sekarang Minyak Masak, Dulu Gula, Beras, Diesel.. Apa Cerita ?


Heboh dua tiga hari ini kurang bekalan minyak masak di kedai-kedai. Kesian pada pengguna, pihak lain tergamak buat sampai macam ni yer. Maaf, saya tak tuduh sesiapa sama ada pengeluar atau pembekal atau siapa saja.  Kenapa susah dapat ? Maaf, kali ini jangan buat kenyataan menyalahkan pengguna lagi.

 Dulu gula kurang di pasaran,kata pengguna beli belian panik dan berlebihan serta simpan stok kat rumah. Ishhh... kalau sayalah, simpan gula banyak-banyak kat rumah buat apa, nanti dikerjakan semut jer. Lepas tu kata ramai orang seludup gula ke negara sempadan. Betul tu, seludup ni hari-hari berlaku tapi takkanlah sampai gula habis di pasaran. Bila gula naik harga jer, bertimbun gula ada kat kedai.

Dulu beras kurang di pasaran, katanya beras import dari negara luar ni berlaku banjir besar di sana dan ada sebab lain lagi. Tiba-tiba harga naik dan lepas naik, berlambak pulak beras di kedai-kedai. Dulu banyak stesen minyak kata diesel tak ada, tak lama lepas tu harga diesel naik mendadak, lepas tu ada pulak minyak.

Ini minyak masak pulak. Alahai... pergi ler mana-mana negeri, bersepah ladang sawit. Hairannya minyak masak tak ada pulak. Nak naik harga ker ?

3 ulasan:

  1. biasa la tu... hapuskan golongan kapitalis

    BalasPadam
  2. saya peniaga....dapat info memang harga minyak masak akan naik sebanyak RM3.00 kalau tak silap. harga gas pun dah naik kalau nak tau. pening la peniaga makanan mcm saya. nak kurangkan bahan nanti org komplen makanan tak sedap. ada takde pun naik 50 sen untuk soto yang saya jual.

    BalasPadam
  3. biasa la syeikh.... bukan ke Rakyat di HULU kan...?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.