Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

10 Januari 2011

Suami Nikah Senyap-senyap Dengan Bekas Isteri


Wanita ini, lewat 20-an berkahwin dengan lelaki duda 30-an yang dah ada dua orang anak. Kedua-dua anak itu dijaga oleh bekas isterinya. Suami tidak mengabaikan nafkah anak-anak dan selalu melawat anaknya di rumah bekas isteri sekurang-kurang seminggu sekali.

Perkahwinan kali kedua lelaki ini, selepas dalam 4 tahun bernikah, mereka dapat anak seorang dengan isteri baru. Hidup mereka bahagia. Baru-baru ini, isterinya mengetahui yang suaminya sudah bernikah semula dengan bekas isteri lamanya. Bukan main naik hangin lagi isteri dia dan mengamuk dengan suami dia. Kemudian dia minta diceraikan kerana katanya telah ditipu suaminya.

5 ulasan:

  1. hahaha.. boleh ker saya gelak ustaz.. saya tahu tak baik gelakkan orang.

    Biarlah suami tu nak kawin ngan sesaper pun dia suka.. dolu dolu dengan u gitu jugak kan.. sampai tercerai berai suami isteri tu... Belajar ler menerima apa adanya suami tu..

    BalasPadam
  2. Isteri yg 'terkemudian' diharap lapangkan dada, apapun suami ambil kembali janda dia, bukan 'anak dara dahi licin'. Mungkin si suami tersedar akan berat tanggungjawap (walaupun bkn wang sebab diberi nafkah) si isteri 'terdahulu' menjaga anak2 mereka.

    Kalau baca cerita ustaz, sisuami tak abaikan memberi nafkah anak2 maka sisuami boleh dikira bertanggungjawap. Cemburu tolak tepi lah!

    BalasPadam
  3. jangan gelakkan org... !!

    "... dolu dolu dengan u gitu jugak kan.. sampai tercerai berai suami isteri tu... "

    ada ke kisah... dgn u gitu jugak..? smp tercerai beraii.. ???

    AzMask..
    kemungkinan anda tersilap faham kisah ni...
    jangan2.. waktu bercerai dulu tu..
    si suami pun blum dgn si isteri yg kedua ni..? gamaknya la..

    BalasPadam
  4. Mintak maaf banyak2.. sebab gelakkan orang. Mungkin saya tersilap tafsir. Saya akui suami dia sedar kesilapan & ingin bertanggungjawab kembali. Syabas buat si suami..

    Si isteri terimalah apa adanya suami tu.. Redhalah ketentuan Allah... Tentu ada hikmah di sebaliknya. Mungkin si suami akan menjadi lebih bertanggung jawab. Jangan ler cepat sangat nak mengamuk dulu kemudian mintak cerai.. Tenang... tenang...

    BalasPadam
  5. hidup ni bagaikan roda.... terima jer qada & qadar Allah, janji bahagia... apa punca tidak bahagia? sebab tidak mengingati allah kerna "hanya dgn mengingati allah jiwa akan tenang".....

    bukan bahagia dikur ada suami, suami tak poligami, ada anak, ada rumah banglo, adan kereta besar dll hal dunia...

    kalu ukuran bahagia adalah harta benda, knp Whitney Houston 7 Michael jackson, Elvis Presley etc mati & menamatkan riwayat masing2 dgn mengambil dadah secara berlebihan & bergantung hidup dgn dadah???

    puncanya ~ mrk tak jumpa ayat al Quran ini..."hanya dgn mengingati Allah jiwa akan tenang"...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.