Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

07 Januari 2011

Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 59)


Ustaz Khalil hari itu ada banyak benda nak difikirkan dari soal kerja sebagai penguatkuasa hingga ke masalah peribadi Man Burger. Dia tahu, Man benar-benar mengharapkan pertolongannya, macam nada P.Ramlee dalam Filem Kasim Selamat, "pertolongan yang penghabisan kali" masa suruh tunjukkan di mana kuburnya Sabariah. "Baiklah..." Kata mak mertua Kasim Selamat.

Khalil tak patut tunggu lama nak tolong Man, kalau ditangguh mungkin jadi berpanjangan pulak. Patutnya hari tu Sabtu, Khalil dah ada buat perancangan dan lakukan permulaan usahanya itu. Tapi hari tu nampaknya dia tak boleh bergerak ke mana. Bila-bila masa saja, seorang Ketua Inspektor polis, ketua balai polis di situ  akan telefonnya berkaitan satu kes.

Ini kes bukan selalu berlaku, iaitu kes mengandung luar nikah dan percubaan hendak jual anaknya kepada seorang keluarga bukan Islam. Semalam, Khalil bersama penguatkuasa dan polis tersebut telah ke sebuah hotel budget dan mendapati seorang lelaki dan seorang wanita yang sarat mengandung menyewa dua bilik hotel. Wanita itu sedang menunggu hendak bersalin manakala lelaki pasangannya di bilik sebelah menemaninya. Dikatakan bila-bila masa saja wanita ini akan dihantar ke sebuah klinik swasta tak jauh dari situ yang akan diuruskan oleh satu pasangan suami isteri bukan Islam. Maklumat awal yang diterima, anak yang bakal lahir itu akan dijual kepada pasangan itu dengan bayaran ribuan ringgit.

Penguatkuasa dan polis telah memasang kaki di hotel dan klinik itu. Maka bila dihantar saja ke hospital dan bersalin, tangkapan akan dibuat oleh penguatkuasa dengan kerjasama polis. Jadi hari itu atau esok, berkemungkinan besar wanita itu akan melahirkan anak kalau diikutkan jangkaan laporan pemeriksaan perubataan. Maka, Ustaz Khalil perlu berada di JB dan fikirannya lebih tertumpu kepada kes itu iaitu perancangan dan persiapan menghadapinya.

Dalam kes Man Burger ini, kekadang rasa macam ada benda yang tak kena. Ada satu perkara yang dirasakan macam melanggar adat. Tapi sekali fikir lagi, adat pun kadang-kadang  perlu diketepikan demi kebaikan semua pihak. Yer, kali ini Khalil nak buat macam tentera, nekad saja, berjaya atau tidak belakang kira. Kalau tak buat dan tak cuba, sampai bila nak berjaya. Khalil yakin dia boleh berjaya berdasarkan sokongan dan harapan yang Man Burger berikan itu. Gambaran kejayaan serba sedikit Khalil sudah bayangkan. Kalau tak berjaya macam mana ?

Paksa!.... Yer sekali fikir, nak kena main paksa juga. Ugut!... Pun boleh juga kalau itu jalan yang terpaksa ditempoh. Ops, silap..... Jangan begitu, sebaiknya selesai cara baik, tapi kalau dah tak ada jalan lain, cara itu pun boleh.

Syira sedang dalam kebingungan. Sudah jam 3.00 petang, Man masih belum balik rumah dan Nizar masih belum muncul. Pasal Man, Syira tak kisah sangat, tapi Nizar tu.....Dia risau yang amat sangat dan terfikir, apakah yang berlaku kepada adiknya itu. Adakah terlibat kemalangan atau kena tahan polis atau moto rosak... ? Berserabut kepala Syira. Elok-elok datang JB nak tenangkan fikiran, begini pulak jadinya. Kalau Nizar balik nanti, siap Syira bebelkan berguni-guni. Syira tak boleh buat apa-apa sekarang, cuma mampu menunggu saja.

Badrol berjumpa Azizah si sebuah kedai makan di PJ di luar pengetahuan suami Azizah.

"Kak, Badrol tak mahu kehilangan Yanti...". Kata Badrol.

Azizah tunduk sambil giginya menggigit bibir bawahnya serta terdiam seketika.

"Kak, bila kakak cerita pasal Mat Burger, Badrol teringat akan kata-kata Yanti selama ini..." Kata Badrol.

Azizah terkejut juga dan nak tahu sangat cerita Badrol selanjutnya.

"Pernah kami keluar berdua dan beli burger di tepi jalan. Masa makan burger tu, Yanti memuji sangat penjual burger itu walaupun tak kenal.... Yanti selalu ungkapkan kata-kata, jangan pandang rendah pada seorang penjual burger tepi jalan. Pernah lagi dalam masa lain, Yanti kata dia nak jadi penjual burger yang berjaya." Kata Badrol lagi.

"Kak, Badrol dalam ketakutan sekarang ini, tolong kak". Kata Badrol.

"Yer Badrol, kakak akan terus menyokong Badrol dan akan berusaha merapatkan kau berdua. Jangan risau Badrol. Yanti ke JB kerana berkursus, esok katanya balik. Jangan risau, jangan fikirkan yang bukan-bukan Badrol". Kata Azizah.

"Badrol tahu kak. Tapi kenapa panggilan dan sms Badrol satu pun tak berjawab. Badrol tak ada buat salah atau bergaduh dengan Yanti sebelum tu. Kenapa Yanti buat Badrol begini, Yanti seksa hidup Badrol" Kata Badrol.

Azizah tak boleh jumpa Badrol lama kerana dia berpesan pada suaminya nak keluar sekejap saja. Azizah dah beberapa kali cuba nyatakan hasrat Badrol itu pada Yanti sebelum ini, tapi Yanti pusing cerita lain.

"Nani. Apa pendapat kau dalam keadaan aku macam ni. Perlu ker aku terima tawaran bos aku ni untuk pindah ke JB semula atau aku terus di KL saja ?" Kata Yanti dalam perbualan telefonnya dengan Nani, kawan serumahnya di Gombak, pensyarah tu.

"Fikir baik-baik Yanti, kalau kau salah langkah, kau akan menyesal selama-lamanya". Kata Nani.

"Jadi pada kau, aku perlu terus di KL saja ?" Tanya Yanti.

"Aku rasa begitu, kalau kau pilih ke JB belum tentu apa yang engkau cita-citakan tercapai. Lagi satu, ini kau yang pilih, bukan arahan berpindah, itu lain..... Kalau kau diarahkan bertukar tapi kemudian cita-cita kau tidak terlaksana, kau tak menyesal sangat sebab itu bukan pilihan kau. Tapi kalau kau sendiri yang pilih tapi tidak berjaya, aku rasa kau akan menyesal sangat. Yanti, jangan ulangi penyesalan yang sebelum ini" Kata Nani.

Walaupun serba sedikit nasihat Nani itu bertentangan dengan perasaan Yanti sebelum ini, tapi Yanti tetap menghargai nasihat kawan baiknya itu. Lagi pun, masa yang dia ada dalam seminggu, lama juga masa tu.

Dalam jam 3.30, Syira dengar moto masuk ke rumahnya. Cepat-cepat Syira buka pintu dan dilihatnya Nizar dengan muka selambanya.  Syira menyambut dengan cekak pinggang, berasap memang tak boleh cakaplah Syira. Ke mana Nizar pergi begitu lama ? Man pulak, pergi mana ? Sikit-sikit Aboi yang disuruh hantar makanan. Darah Syira dah naik sampai ke kepala dan atas rambut. Apa berlaku seterusnya ?

BERSABUNG KE EPISOD 60

6 ulasan:

  1. salam ustaz
    bila agaknya episod 60 akan terbit

    BalasPadam
  2. aduhai.. apekan daya episod mungkin sampai ke 100.. harap semua besabar ea..

    BalasPadam
  3. salam ustaz

    cerita yang sungguh menarik pada pandangan saya...adakah ini kisah benar yang dalam perhatian ustaz....
    harap kisah man ini diakhiri dengan kegembiraan

    BalasPadam
  4. bila lak episod ke-60 lak yee....

    BalasPadam
  5. as..salam ustaz
    bila nak keluar episod seterusnya...tak sabar rasa nak tau kesudahan cerita ni.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum.....dah 3 minggu bila lak ye episod ke-60 nak kluar ye...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.