Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

05 Januari 2011

Volkswagen Kereta Paling Banyak di China (Episod 14)


Melangkah saja saya ke China, pandangan saya tertumpu kepada kereta-kereta di sana sebab saya minat tengok kereta ni. Di lapangan terbang, teksi yang saya tengok adalah Volkswagen, model tu saya tak pernah nampak di Malaysia. Saya rasa mungkin kereta tu dalam tahun 2000, kalau ikut bentuk dia. Di bandar Guangzho, saya kira 80 peratus dari teksi adalah Volkswagen, manakala selebihnya adalah Hyundai Sonata model tahun 2000 dan Kia Optima model 2000.

Di jalanraya juga banyak  kereta Volkswagen perbagai model terkini yang di negara kita harganya 100-200 ribu. Di sana saya baca akhbar China Post dan satu artikel tu cerita pasal kejayaan Volkswagen mencatat jualan ke seribu juta di China, satu perkara yang tidak berlaku di negara kita. Tidak hairanlah saya sebab Volkswagen adalah kereta pertama di Eropah.

Di China, model kereta Jerman  menguasai jalanraya seperti Volkswagen, BMW dan Mercedes model terkini. Bukan kereta lama, tapi yang baru dan mahal-mahal. Bas yang saya naik pun jenis Higer, buatan Jerman juga, cantik dan kemas bas tu. Ada juga nampak bas jenis Volkswagen.

Kurang Kereta Buatan China

Kalau di negara kita, banyak jenis Proton atau Produa tapi di China jenis tempatan tak banyak, rasanya tak sampai 10 peratus. Kereta jenis Chery ada juga tapi sikit sangat berbanding kereta lain. Kereta Jepun seperti Honda dan Toyota ada juga tapi tak berapa banyak.

Kerjasama Volkswagen dan DRB-Hicom di Malaysia

Selepas kegagalan kerjasama antara Volkswagen dan Proton 2-3 tahun dulu menyebabkan Volkswagen bekerjasama dengan DRB-Hicom baru-baru ini. Sebab itulah saham DRB-Hicom naik begitu tinggi di Bursa Malaysia sekarang. Volkswagen akan memasang model keretanya di Pekan, Pahang dan bakal mewarnai dunia permotoran negara.

Cerita Kereta Episod 15, klik sini

1 ulasan:

  1. haaa restoren tu ambe pernah masuk

    BalasPadam

Dipersilakan komen.